Thursday, December 10, 2009

Bila mengingat mati..



semalam selepas mengajar anak saudara mengaji saya menyambung bacaan kitab suci dan sampai ke satu ayat di dalam surah Al-Anbiya'.    

کل نفس ذاقة الموت
Setiap yang berjiwa pasti akan merasai mati...
Surah Al Anbiya',21:35

Masih terngiang-ngiang suara ustaz Afif membacakan ayat itu dalam salah sebuah kuliahnya tak lama dahulu. Semasa menemukan ayat tersebut,saya kuatkan sedikit suara dan ulang-ulang membaca sebanyak 3 kali. sekadar peringatan pada diri dan ahli keluarga yang mengerti. Terasa takut.bukan takut meninggalkan dunia. takut menemui alam barzakh. takut meninggalkan dunia tanpa amal yang cukup. aduh. 

tak lama selepas tu,kami menerima panggilan dari abah dari Kelantan. Allahuakbar. something happened. Abah terlibat dalam kemalangan. Berlaku kematian di sana. umur mangsa baru sebaya saya. Innalillah. saya masih terkejut. panjang ceritanya. rasanya tak perlu diceritakan. Ironinya,baru saja tadi saya mengulang-ngulang baca ayat tadi,dan berita tersebut bagai pengsahihan kepada apa yang telah saya baca. serius saya katakan,saya rasa,terkejut dengan kebetulan ini. 

saya masih terkejut dengan peristiwa semalam. adalah berbaki sisa-sisa kejutannya. Tapi saya peroleh satu pengajaran yang pasti,jangan pernah melupakan mati. 


Apa yang ingin saya katakan,dalam kehidupan seharian,jarang sekali kita mengingat mati. Saya sendiri. jarang. Sehari-hari bergelak ketawa dan membuat dosa mengata mengumpat sini sana. jarang sekali,masa bergelak ketawa dan berlibur tu mengingati yang suatu hari mulut akan kaku tak bersuara sambil tubuh dikambus tanah.

Kadang-kadang dalam hidup kita kerap berjanji. Sang Teruna berjanji akan menikahi sang gadis,dan tak akan 'mensia-siakan' nya,konon. Sang bapa berjanji membawa anaknya bercuti bila kerjanya selesai...nanti.nanti. Sang diri berjanji pada hati akan solat dan bertaubat bila tiba masanya nanti..nanti.nanti. Sang muda berjanji akan mula belajar agama bila sudah tua. kelak.Masing-masing tak pernah menyangka bahawa maut akan tiba malah 5 saat selepas itu pun. tiada lagi NANTI.

panjang angan-angan. panjang angan-angan kerana lupakan mati. Hargai masa yang ada dan jangan berharap untuk menemui esok. jangan ditangguhkan taubat dan jangan dipanjangkan janji. Bagaimana kalau tak sempat melihat cahaya matahari esok pagi?

  
Tambah Amal,Jauhi Dosa.Masa untuk SEDAR DIRI.

Ianya satu konsep yang mudah dan jelas bahawa jika kita mengingati mati,pasti kita akan terdorong melakukan hanya kebaikan dan meninggalkan kemaksiatan. Bila timbul rasa takut menghadapi soalsiasat Munkar dan Nakir dan seksaan kubur yang menghimpit,pasti akan mengekang nafsu dari memberontak.


surah Qaf,ayat 19 membariskan ayat yang jauh lebih membenam di kalbu. 
"Dan datanglah sakaratulmaut membawa kebenaran. Itulah kematian yang kamu lari daripadanya(tetapi ia pasti menemui kamu)"

 

 Surah Qaf,50:19
 dalam surah Al-jumuah, 
"Katakan (wahai Muhammad) sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).


Tak ada siapa boleh mengelak maut mahupun menundanya. Produk-produk ratusan ringgit dan botox-botox datuk datin hanya mampu melambatkan kedutan,tidak melambatkan maut.Tembok-tembok dan nuklear Bush mahupun Obama boleh membenteng negara tapi tidak membenteng jiwa dari sentuhan maut.Ayat-ayat pendinding tuan tuan dan puan-puan juga tidak mampu mendinding dari maut.


Jadi?
Tambahkan amal.Jangan tangguhkan apa yang boleh dibuat hari ini ke hari esok. Jangan kerap berjanji suatu yang anda sendiri tidak pasti. Hargai kesempatan yang ada untuk MENAMBAH BEKAL ke akhirat. SEDAR DIRI mulai sekarang. Maut tak mengenal usia. 

p/s: saya harap abah dan seluruh ahli keluarga mampu ambil ibrah dari apa yang terjadi. 
p/s2:INGAT MATI bukan sama sekali TAKUT MATI-hubbun dunia wakarahiyatul maut(cintakan dunia dan takutkan mati).apatah lagi kalau demi Islam. 




8 comments:

Unknown said...

Death is always the best reminders. JazakAllah khair ya ukhti!

NORIZAN ZAKARIA said...

thanks u for reading..let us reflects ourselves and conastantly reminding ourselves of death..

Bashir IbnDzul said...

ingat mati means kita bersedia seperti bersedia utk exam jugak.. maka simpan byk2 carrying mark utk final..!!

ehsanhalim said...

ayat ni buat org gabra:

".....lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya). surah Al-jumuah

NORIZAN ZAKARIA said...

kahfi8:

yeah...bolehla.huk2..sy dh abes exam..kamu buat leklok for ur final..same2 kita capai kejayaan demi Islam.=)

NORIZAN ZAKARIA said...

ehsan:

yes.sy xmasukkan ayat seterusnya sambungan ayat dalam surah jumuah.kalau dengar boleh cemas..tapi Alhamdulillah la kalau mampu merasa sesuatu apabil dgr ayat tu:iaitu orang-orang yang apabila mendengar ayat al-quran akan gementar hatinya-orang yang beriman,insyaAllah. semoga kita terus diberikan hidayah dan bimbingan oleh Allah.

Muna 'Izzah Md Isa said...

aminnn :))

NORIZAN ZAKARIA said...

aminnnnnnnnn

Related Posts with Thumbnails