Thursday, January 14, 2010

Menjadi 'wanita'?




"Terpaksa atau tidak masuk PPI(Pergerakan Puteri Islam)?"tanya Puan Hanunah semasa sesi taaruf semalam.



"erm..terpaksa tu tidak laa..tp bukan pilihan pertama say...."

saya menjawab jujur ketika sesi ta'aruf di perjumpaan pertama kali PPI semalam.
Jujur saya katakan,PPI bukanlah pilihan saya sebaliknya sudah ditetapkan oleh institut.
kira bukan sukarela la.


jujur saya katakan,pertama kali mendapat tahu saya ditempatkan sebagai ahli PPI,hati kecil saya memberontak.Memberontak jiwa remaja saya yang mahu kelainan dan cabaran. Dari sekolah rendah semasa masih hingusan,sehingga ke sekolah menengah masih hingusan tapi dah pandai bawa sapu tangan,saya menjadi ahli PPI. memakai tudung pink yang sama,menyanyi lagu yang sama,menyertai aktiviti tahunan yang sama setiap tahun(memenangi pertandingan membuat sandwich.OH!)


dalam hati,terasa nak ilmu baru. Islam itu kan luas. Orang selalu fikir,"eh,kau kan islamik,masukla PPI."


ah. semua persatuan ini ciptaan kita. kita yang tentukan islamik atau tidak. saya mahu sertai PBSM. meronta-ronta nak belajar ikat anduh,beri rawatan kecemasa,dan macam2 lagi. Bukan hanya berkawad dan menjahit di Bilik Ekonomi Rumah Tangga seperti di sekolah dulu.


tapi ini beberapa hari yang lalu. saya pujuk hati,pasti ada hikmahnya Allah tetapkan saya di sini. Allah kan Maha Mengetahui.
Ada. Banyak. Antaranya mungkin Allah mahu saya jadi 'wanita'. wah,apakah?

haha. dalam perjumpaan kami semalam,ramai yang menyebut ayat berikut:saya nak jadi 'wanita' yang sebenar,atau nak jadi 'perempuan sejati".





saya pun terfikir..betul juga.
Kalau selamanya saya nak sertai aktiviti lasak,nak mengganas dan aktiviti super gagah(okay,over la kot istilah ni),bila pula saya nak jadi 'wanita sejati'?


Saya pun sedar,setakat ini,saya bukanlah apa yang dinamakan gadis yang lemah lembut,bersopan dan sebagainya. Bukanlah tak sopan,cuma masih ada kasarnya. Silat,jungle trekking,tanam bakau,aktiviti-aktiviti lasak itu memang cinta hati. berlari,melompat.Tak lah berapa 'ayu' sangat bukan?

InsyaAllah,harap-harap dapatlah pernyertaan saya dalam PPI me'lemah lembutkan lagi saya.'.semoga peribadi wnita muslimah dan solehah yang beradab lagi bersopan dapat dibentuk kepada diri saya sepanjang penglibatan. Semoga dapat jadi cerminan peribadi Muslimah. harapnya,InsyaAllah.



Satu lagi dari segi 'ilmu seorang perempuan'.Nah,apakah???
Mak selalu cakap,"kau nak jadik isteri orang kenalah pandai masak itu ini,bla,bla,bla.."
saya pandai memasak,tapi saya mahu lebih mahir lagi. mahu jadi macam mak. serba serbi tahu. masakan-masakan yang hebat-hebat. Saya mahu belajar membuat kek dan sebagainya
. dan PPI lah platformnya. 

Saya juga mahu pandai menjahit sehingga boleh buat baju sendiri seperti emak. Kan bagus?Dapat juga mempersiapkan diri sebagai isteri paling baik untuk suami saya nanti,walau siapapun dia.


Juga ukhuwwah. Semoga lebih rapat,biiznillah,dengan rabithah yang mengikat hati kami di bawah fikrah murabbi dan da'wah islamiyyah yang sama.


Dan Pengisian. saya suka aktiviti PPI. kem ibadat,dan bacaan ma'thurat setiap kali perjumpaan bagi saya adalah sesuatu yang indah. Alahai berkatnya aktiviti nanti,InsyaAllah. Saya mencadangkan dibuat juga bedah buku,atau mungkin fiqh nissa' dan banyak lagi kalau Allah mengizinkan.


sebagai penutup kalam,menulis entry ini membuat saya teringat pada sebuah ayat Al Quran,iaitu Surah Al Baqarah ayat 216,
"Boleh jadi yang kamu benci itu ada kebaikan bagimu. Boleh jadi(juga) yang kamu suka itu buruk bagimu. Allah jualah yang mengetahui sedang kamu tak mengetahui."
Jadi,sebaik-baik yang perlu saya lakukan ialah redha. Mungkin benar apa kata Puan Salina,pensyarah penasihat kami,ada hikmah Allah mahu saya kekal di PPI dari kecil sehingga sekarang. Semoga ada hasil yang baik nanti. Sekarang tak sabar pula nak pakai kain merah jambu.dan menyanyikan lagu Puteri lembaga Islam dengan ikhlas. paling seronok,tiada lelaki dalam perjumpaan kami.Yiha!



0 comments:

Related Posts with Thumbnails