Saturday, June 19, 2010

Flotila?mavi marmara?Palestin?eh.ada ape a?



assalamualaikum dan selamat selamat sejahtera serta [salam 1 malaysia?].haha. Apa khabar imannya?rasa-rasanya iman saya saja yang rasenya semakin lemah.harus cepat-cepat dikukuhkan. Al imanu yazid wa yankus. [iman itu bertambah dan berkurang].astagfirullah..

Akhir-akhir ini,sedang hangat isu GAZA diperkatakan. Konvoi,flotila.oh.RMK 10.[saya pasti tak ramai yang menontonnya].
Cuba tanya sekalian orang,let's say,ambil la dalam 20 responden. pergi tepi jalan tempat orang lalu lalang dan tanyakan,apa yang berlaku pada 31 Mei 2010?Apa yang berlaku pada flotila ke Gaza?siapa Mavi Marmara?siapa Ehud Barak dan siapa pula Raccip Tayyip Erdogan?

Baik,cukupla sekadar tanya apa berlaku pada flotila ke Gaza. Saya yakin dalam 20 responden tu mesti ada juga yang tak dapat menceritakan apa yang berlaku atau sekurang-kurangnya menjawab. Percayalah,ada.

Hakikatnya,banyak golongan muda remaja yang terleka sungguh dan seolah-olah terperangkap dalam tempurungnya sendiri. Tempurung yang well-furnished dengan home teather,kemudahan facebook,tempat lepak dan sebagainya. Tapi masih,ianya sebuah tempurung(sebuah atau sebiji?)

Ramai yang MALAS ambil tahu. dan ini bukan golongan peleseran yang ponteng kelas,berhenti mengaji dan tanam anggur dan strawberi,bukan-bukan-bukan. Bahkan mahasiswa!!
Bukan saja isu Palestin,isu semasa malaysia sendiri. Kes judi Piala Dunia[siapa kata sudah basi?],kes korupsi[oh,cukup banyak untuk diperkatakan,dan pelbagai isu dan sekurang-kurangnya pengetahuan am.

baik.Berapa ramai yang tahu berita tentang pengharaman Dr Zakir Naik di canada?
Juga Imam Masjidil haram.imam Sudais,di Canada?
Oh,berapa ramai yang KENAL dr Zakir Naik dan Imam sudais?

mungkin isu itu dianggap tidak penting bagi sesetengah pihak. Nanti adalah pula yang kata,"itu hal luar negara,fokus yang dalam negara dulu.."
Baik. Sudah berapa banyak isu dalam negara yang kita tahu?Saya sendiri mengakui,mungkin ada isu yang masih saya terlepas pandang. Tapi kita cuba untuk AMBIL TAHU.
Yes,that's it. Sikap AMBIL TAHU lah sikap yang patut ada pada belia dan mahasiswa kini. kalau mahu terkurung pun,jangan di dalam tempurung,tapi dalam gelas. Biar boleh lihat apa yang berlaku di dunia luar. Teknologi kan super hebat. Apapun jua caranya,silalah AMBIL TAHU.

p/s: cukup anti dengan segelintir orang yang marah pada orang yang mengutuk-ngutuk Israel dengan mengatakan,"setakat kutuk-kutuk baik tak payah,bukan boleh ubah apa-papa" sedangkan dia sendiri tak mencadangkan apa-apa tindakan yang lebih baik. Bagi saya,mengutuk itu jauh lebih baik. sekurang-kurangnya kita memperjelaskan pendirian kita biar di akhirat nanti ada juga bukti cinta kita pada saudara seagama dan benci pada musuh Islam. Sekurang-kurangnya musuh tahu masih ada umat Islam yang prhatin walaupun tak berkuasa buat apa2.Selemah-lemah iman adalah membenci dalam hati dan atas daripadanya,ialah mencegah dengan lisan. Tiada disebutkan berpeluk tubuh.
sekurang-kurangnya ada bukti ambil tahu dan ambil berat.

p/s 2: kagum dengan seorang sahabat yang kerap bertanya isu-isu semasa dari saya untuk turut sama peka. Tahniah street runner.


3 comments:

School Of Tots said...

lapar kita makan
ngantuk kita tidur
buntu kita senyum
hidup akan mati

Pena Maya said...

betul2.
setuju dengan artikel ni.
btw zakir naik tu kat uk rasanya
http://www.youtube.com/watch?v=31YIOIsht3c&feature=youtu.be

ni ada video pasal tu..
sebenarnya golongan remajalah yang kena sedar.sebab golongan dewasa diorang ada tanggungjawab semua.

tapi.
takpe.
yang sedar berusaha.

good job btw.
assalamualaikum

Serikandi Islam said...

zakir naik ;di Canada pun..diharamkan gak..um..

school of tots:well-said

Related Posts with Thumbnails