Saturday, February 26, 2011

Berteguhlah.



orang yang buat kerja baik diibaratkan seperti kain putih yang tergantung. akan ada sebilangan yang dengki akan menunggu di ahadapan kain itu sepanjang masa,menunggu smapai masa terpalit sedikit kotoran dan mereka akan menuding-nuding dan mencerca kain putih tersebut.

usahlah digusarkan kata-kata orang yang dengki dan iri hati,kerana yang menilai dan melihat mu adalah Allah dan penilaianNya lah yang terutama.

begitulah dalam jalan dakwah dan kerja-kerja yang ma;ruf.pasti ada yang tak senang. berilah ruang dan berlapang dadalah. Kita berebut-rebut mahu melaksanakan sunnah Rasulullah,mencontohi baginda,maka ketahuilah kesusahan dan tribulasi dalam gerakkerja Islam itu sendiri satu sunnah. Sekrang tanyakan pada jiwa,sanggup bersusahpayah seperti baginda?Sekurang-kurangnya darah kita masih tak tmpah sehingga bertakung di kasut.

teruskan usahamu.pedulikan kata-kata mereka yang tidak mengerti dan sentiasalah memohon supaya Tuhan memandumu.

semoga kau terus tsabat dalam perjuangan mu,wahai da'ie.

berteguhlah bak batu karang. Dihempas ombak tak pecah,disebat arus tak hanyut.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails