Wednesday, March 30, 2011

Antara Wahyu dan slogan





Pengalaman praktikum di sekolah memang betul-betul membuka mata saya. Pelbagai karenah anak-anak kecil yang suci dan polos seolah tak tersentuh dengan kesyaitanan kehidupan. Yang nakal nya bukan kepalang,tapi saya tahu jiwanya tetap jua suci.

Kelmarin di kelas 3m. muridnya masyaAllah becok-becok. Nak bergegar blok dengan suara mereka saja. Saya cuma ganti guru yang tak hadir masa tu. Sudah selalu mengajak bermain permainan team-building yang selalu bikin gamat satu kelas,hari tu saya cuma suruh mereka siapkan kerja rumah yang diberi guru mereka. Matematik.
Saya alah dengan matematik tapi setakat tolak tambah tak jadi masalah.

Dari meja guru saya nampak sekelompok budak-budak riuh di meja belakang.
"Ni kenapa ni?Bising-bising kenapa ni?"saya tinggi suara.
"Cikgu,Thulasi tak buat kerja!"Natasha mengadu.
"Yang awak marah dia kenapa?awak pergi kutuk-kutuk dia awak dah buat kerja belum?"budak kecil tu sejak tadi saya tengok mengerumun anak kecil India itu macam lalat menjamu makanan.
"belum."dia geleng. Saya angkat tangan saja menunjuk ke mejanya. Muka mesti maintain bengis. dia pergi akur.

Saya nampak Thulasi menangis.
"Cikgu,depa kata saya makan babi."
"Hah?siapa kata?"
dia tunjuk kepada sekumpulan perempuan-perempuan yang kecok tadi.
"cikgu,Thulasi kata kami makan babi. Dia Kata Islam babi.!"balas seorang budak,marah.
"cikgu,depa kata saya dulu,saya pun kata la balik."

Mata saya membulat.

"SAYA BENCI..INDIA!" jelas statement keluar dari mulut Ali imran,murid lelaki kelas itu yang dari tadi mengutuk thulasi.

DIAM!!!

saya naik angin.

"Hey,ALi Imran!awak tahu tak nama ali imran tu nama siapa?Nama Surah Al Quran!awak tahu tak Imran tu sapa?Imran tu bapanya maryam!awak tahu tak maryam tu siapa?"
Ali imran geleng-geleng ,tersentak.agaknya terkejut saya memfokus kepadanya.
"maryam tu ibu nabi isa!Nama awak tu nama baik-baik,awak faham tak??"

dia tunduk.

"hey,awk semua! bolehke kita mengata agama lain??"
"Taak.."
"Awak tahu tak dalam surah Mumtahanah Allah kata,Allah tak melarang kamu berbuat baik dengan orang bukan Islam !"saya dah tak kira aras pemikiran budak-budak.Kau faham ke,tak faham ke,belum matang ke,akil baligh itu sudah belakang kira. Ayat tu meluncur keluar bagai papan luncur yang membelah ombak pantai Australia. 

"nabi dulu ada orang yahudi ni baling batu,air najis semua,Nabi ada marah tak?Nabi pergi melawat lagi orang tua tu bila sakit!"

Ada budak mengangkat tangan,"Saya pernah dengar cerita tu!Saya dengan ayah saya pergi ceramah ustaz!". Saya nampak anak itu bercerita kepada kawannya lanjutan cerita tersebut.

"Allah kata kena buat baik dengan orang bukan Islam. Mana boleh mengata agama lain!Thulasi pun sama!"

"cikgu,saya mana tahu.."Ali Imran tunduk. Semacam nak menangis.
Thulasi masih menangis.

Kali ini semua senyap.Say kira semua faham.

Saya jadi terfikir.

Cuba bayangkan situasi tadi,saya nasihatkan dengan kata-kata begini.


"Awak ni,kita kan 1malaysia,hidup sama-sama di dalam bumi yang merdeka.Kita mesti saling hormat menghormati..bla,bla,bla."

Tapi senarionya begitulah di malaysia ini.Anak-anak diajarkan slogan,bukan wahyu.

Kita nak generasi yang takut slogan atau takut Tuhan?





1 comments:

Mengharap RedhaMu said...

Amin....moga apa yang diajarkan pada anak2 didik itu akan mendatngkan kesan, teruskan usaha yang murni....ikhlaskan dalam setiap perbuatan...tugas guru adalah mulia...memberikan impak yang besar bilamana anak didik mereka berjaya kelak. Insya'allah, Allah akan membantu didalam setiap perkara yang mustahil.
Buatlah 2+1=1 :)

Related Posts with Thumbnails