Monday, July 18, 2011

Bertuah


Semasa diberi nasihat untuk selalu melakukan sujud syukur.Aku merasa ringan. kerana aku ada seribu satu sebab (bahkan lebih) untuk ku tunduk melafazkan rasa syukur.

Aku bersyukur kerana Allah beri Islam. Kata Brother Kamarudin, "Kalau kita sujud dan solat berapa juta rakaat pun tak akan mampu membalas jasa Allah beri Islam kepada kita." Allahuakbar. Itu yang solat berjuta-juta rakaat. AKu?
Bak syair qasidah Imam Bushiri,Burdah,"Duhai Malangny nasibu,bila bekalan belum dibuat untuk menghadapi kematian dan sebenarnya aku tidak sembahyang atau puasa kecuali yang wajib-wajib sahaja". Ya,aku pun tidak sembahyang dan puasa kecuali yang wajib-wajib sahaja. berapa sangatlah jua amaln sunatku.

Aku bersyukur kerana setelah diberi islam,aku beroleh pula hidayah. Sedangkan masa itu jalanku dah bergelong-gelong,nyaris saja tersasar. Allah ternyata masih menyayangi aku yang dhoif ini. Dia beri satu lagi peluang.

AKu bersyukur kerana ada seorang insan yang cukup hebat sebagai murabbi. Walau aku mungkin tidak pernah layak dianggapnya mutarabbi. tetapi dia menyentuh hatiku dengan kalamnya sehingga nafsuku sendiri menangis akan kerana malunya ia.Allah menghantarnya untuk menyelamatkan aku.

Aku tambah bersykur bila dalam kefakiran dan kdhoifan aku,aku terpandang Allah untuk turut bersama manusia-manusia hebat (sedangkan aku sangat rendah diri dengan kecelaanku) di dalam satu majlis yang dipimpin insan yang kukirakan mursyid,Tokku Ibrahim As Syatiri. Untuk memandang wajahnya saja aku malu,apatah lagi untuk bersimpuh di hadapanya menerima nasihat yang meresap bagai ubat penawar racun.

Aku bersyukur kerana dalam kegilaan dan kecelaruan hidupku dlu,aku kini dihidupkan dengan cinta Nabi. Aku dikenalkan oleh Allah kepada kekasih-Nya,Nabi Muhammad yang akhlaqnya karimah. Sehingga air mata boleh mengalir dan hati boleh diruntun dan dirobek sedih.

"Kenapakah kedua matamu tetap mencucurkan airmata,walaupun telah kau katakann,"tahanlah,..jangan menangis."Dan mengapa hatimu tetap resah dan gelisah,padahal telah engkau katakan kepadanya :"Tenanglah,...jangan gelisah".
-Burdah

Aku bersyukur kerana aku mengenali para habaib yang kini menjadi panutan dan ikutan ku. AKu berpegang kepada kalam mereka sebagaimana aku membayangkan aku berpegang kepada selendang-selendang emreka di hari akhirat kelak. Aku ini tak banyak amal,banyak pula dosanya malah amatlah kerdil dan keji,maka aku mencari sebanyak-banyak ruang keberkatan dan syafaat supaya dapat aku meloloskan diri ke syurga dengan Ehsan Tuhanku.


"Wahai Tuhanku.janganlah kiranya Engkau hampakan harapanku dan janganlah Engkau hancurkan hisabku kelak di akhirat."

0 comments:

Related Posts with Thumbnails