Showing posts with label doa untuk Malaysia. Show all posts
Showing posts with label doa untuk Malaysia. Show all posts

Tuesday, March 8, 2011

Negara Islam

6 comments

Berikut adalah 10 perkara yang saya perasan tentang Malaysia.sebuah Negara Islam.


1. Shopping kompleks sebesar Optimus Prime,tapi surau tersorok di bucu-bucu dengan saiz besar sikit aja dari pondok wakaf di tepi jalan.


2. Banyak organisasi baik hati buat billboard khidmat masyarakat tepi jalan.ada Berhati-hati di  jalan raya,Ingatlah orang tersayang,Jagalah orang tua anda dan sebagainya. tapi setakat ni saya belum jumpa billboard atau papan tanda kata,"Solatlah.Ingatlah Allah." atau "Ingatlah AKhirat."
paling-paling pun,sudahkah anda membayar zakat?
sedangkan daripada jumlah orang yang tak jaga ibu bapa,dan memandu dengan cuai,lebih ramai yang tak solat.

3. Masih ramai syarikat-syarikat (termasuk institusi kerajaan)buat meeting waktu solat Jumaat.

4. Bila jalan dekat bandar-bandar especially KL,orang yang berpurdah atau bertudung labuh akan lebih dipandang semacam. Macam spesimen yang cukup rare lah orang kata. Minah-minah rambut tocak ,pink colour,rainbow-coloured,rasta dan sebagainya tak nampak aneh pulak. Apatah lagi yang tutup aurat gaya normal tu.tengok,sampai jadi normal.

5. bila kau sembang pasal Hak Melayu kat warung atau isu ekonomi orang akan cakap kau Intelek Pejuang melayu sejati. Habis cemerlang tahap Mahathir lah. Tapi bila kau sembang pasal kerajaan Islam orang kata kau type-type ustaz,bukan sembang intelek,atau lagi dahsyat kau dipanggil "pemberontak". tak pun terpengaruh.fuh.saya pernah kena.

6. Fesyen Muslimah. Yang dilarang hadis tu lah yang jadi trend busana Muslimah. Sanggul tinggi macam pundak unta,ketat,jarang dan sebagainya.

7. Orang Islam rasa kalau guna ayat Quran dalam speech jadi kurang convincing,tak powerful,tak class,so tak nak guna.tapi bila orang bukan Islam guna ayat tafsir Quran bukan main hem02 lagi,mula lah melalah macam pakcik jual roti.

8.Bila kita boikot barang-barang Israel kita jadi bahan ejekan. Padahal sepatutnya merekalah kena boo sepanjang jalan.

9.Pub-pub,convenient store,warung mamak bukak 24jam tapi masjid asal lepas isya' mesti kunci.Ada lagi hebat waktu solat je xkunci.abes je zohor ,asar kunci terus.

10. Bila orang Malaysia pergi Vietnam atau Thailand ,punya jaga dan awas makanan tak halal.  Tapi bila di foodcourt yang masak semua bangsa asing yang belum tentu Islam,semua nampak yakin je.yelah,Malaysia kan "Negara Islam". [note:sinis ni.]

Mungkin amalan Islam itu semakin kurang. Mungkin yang jaga 'islam' tu hamoir pupus.merengkuk makin layu makin layu makin layu dalam kerusi swivel mewah di dalam pejabat berhawa dingin. mungkin yang 'jaga' negera itu terlalu sibuk. Mungkin agenda Islam tertimbus di bawah celahan fail-fail proposal hub hiburan,kasino baru,sekolah harapan dan sebagainya.

Saya sayang negara ini.cinta. saya juga seorang patriot walaupun saya tak pergi BTN. tak payah doktrin saya sanggup dukung senjata demi Malaysia dan agama.dan saya berdoa,Malaysia dan rakyatnya akan membesar menjadi sebuah komuniti Islam yang syumul dan subur dalam iman.

Related Posts with Thumbnails