Showing posts with label kisah sendiri. Show all posts
Showing posts with label kisah sendiri. Show all posts

Tuesday, September 13, 2011

Hebatnya bersuhbah

0 comments
"Um..Pak Uda. ana minta maaf kalau selalu sangat ganggu Pak Uda.sebenarnya ana tak ade la ada masalah sangat kalau ikutkan. Tapi ana selalu sikit-sikit nak rujuk Pak Uda,sebenarnya sebab.."

tiba-tiba hati merah ini jadi sebak.

"..sebab ana sebenarnya nak kan tarbiyah Pak Uda tu. Cara pak uda train ana,cara Pak Uda push ana,motivate ana. Itu yang anak nak sebenarnya."

Aku lihat lelaki itu tersenyum. Manis senyumnya seperti selalu. Ustaz yang ingin dipanggil Pak Uda tanda mesra,hanya berkata," Tak apa."

dan sejak itu memang dia banyak menggerakkan aku.

        Dulu macam cuma mimpi untuk mendapat tarbiyah darinya. Orang yang hebat,baik dari segi harakinya mahupun ilmunya. Pemikirannya kelas pertama,mentalitinya lain dari lainnya,mendengar sepatah nasihat darinya melegakan jiwa dan menyelesaikan kerunsingan.

Sengaja aku rujuk-rujuknya selalu walau pada hal sekecil-kecil sebab pada hal sekecil-kecil tulah kadangkala banyak yang aku dapat.

........................................

"Kau tahu,cara tercepat kau nak berubah dan tingkatkan iman ialah dengan suhbah."
"suhbah?"Ekspresi mukanya seakan-akan bertanya demikian. Beliau fokus ,mendengar dengan sepenuh perhatian.

"Suhbah maksudnya kau berdamping dengan orang baik-baik.Kau tahu bila kita berkawan dengan orang yang alim,para ulama' besar pengaruhnya akan sampai kepada kita. Walau kadang-kadang kita rasa hina dan tak layak bersama mereka."

Dia angguk-angguk. Tak perlu banyak respon. Aku rasa nasihat aku beri itu sudah meresap dalam jiwanya. Satu masa dia akan ingat dan fikir kembali. Tentang hebatnya SUHBAH.

...............................

"Kau dah lain kan sekarang.."Kata shabat lamaku dari bangku sekolah menengah Cina dulu. Dulu kami macam belangkas. dulu kami pernah berjanji setia sampai umur dewasa,akan selalu tegur sapa ,berkhabar berita. Akan kenal suami isteri. Kenal sampai mati. Kami pernah berkongsi cerita Kekasih hati kekasih gelap kekasih monyet kekasih abadi. Zaman muda mudi aku ada keseronokan dan dia.

"Lain?umm..entah."aku mengangkat bahu di hujung telefon.
"Lainla..dah banyak berubah."
"InsyaAllah,"
"Alhamdulillah."balasnya.

Orang berteka teki apa yang terjadi kepadaku sehingga mengubahku sehingga ke tahap begini,(walaupun diri ini sebenarnya jauh lebih jahat dan busuk hatinya berbanding yang lain) tak kurang juga yang membuat dugaan aku berubah kerana lelaki. "Sudah pasti ustaz itu...ustaz ini..si polan dan si polan".

Hatiku tak pernah memberi atribut pada diri tentang apa yang terjadi pada diriku. Semuanya kurniaan Allah. dan berkah sahabat-sahabat dan orang yang dekat denganku.Berkat Muhibbin di kelilingku yang sudi menemani insan faqir dan dhoif ini.

 “Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa.”(Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).

Thursday, September 8, 2011

Be yourself bro.

1 comments
"Kau ni,nak pergi The Curve macam ni?" dia angkat kening. Aku senyum saja. faham dah.
 Turun saja kereta dia pandang aku atas bawah. "Macam orang kampung."

Aku lekas-lekas tengok tingkap kereta. Tengok diri sendiri atas bawah. baju kurung,tudung labuh. Orang kampung  eh? Aku tengok kiri kanan. ada la dua tiga kerat orang di tempat parking. Perempuannya pakai cantik-cantik. hek eleh. nak beli barang aja kan. Tak perlu kot mekap mekap. 

Itu kepala otak aku la punya welstanchuung.

...........

"McD nak?"
alamak. soalan yang paling aku tak suka. malas nak cakap boikot,nanti ada aja sindiran menyusul.

"aaaa..orang teringin la nak makan nasi.lapar nasi."
"Nasi? ada ke nasi kat sini?Fast food r..macam orang kampong je"
"kat sini tak ada jual nasi ke?" Okay soalan ini memang macam orang kampung top-top punya. macam tak penah masuk KL.
"Ayam penyet ada. Jom."

...............


"Kau nak makan pakai tangan ke?"
"yela."
"kau..." dia buat muka tu lagi. Ah bengkak. Tak habis-habis KL kau.
"Kau ni ni,dah bagi nasi makan la pakai tangan. Dia pun tak sedia sudu. Kalau dia bagi sudu tu lainlah. Cuba kau tengok orang lain,lek je makan pakai tangan. Yang kau nak g kalut-kalut mintak sudu buat apa?"Aku balas.
dia tengok kiri-kanan. 
"Kita ni nak makan untuk diri sendiri,bukan untuk orang lain. Kau dahlah bayar dia lepas tu kau nak ikut dia pulak. Kita makan ikut puas kita la. makan nasi dengan ayam,rilek jelah. Kita makan nak puas hati kita bukan hati orang." aku membebel. Dua benda kau tak boleh buat dalam dunia ni,tinggal solat dan bagi aku cakap tentang prinsip. Memang la sampai malam.

Dia diam.
Dekat-dekat habis makan..."Pak!!" Dia letak sudu dia ratah ayam pakai tangan. “Susah r..”
Aku gelakkan dia puas-puas.

................

Masuk kereta giliran aku pula sindir dia.



Hidup ni kalau nak ikut redha orang memang susah bro. kalau ketam sibuk nak ikutkan jalannya buaya atau kucing,memang dah lama bunuh diri sebab sampai mati ketam tak boleh jalan tegak.
Kalau dah Melayu Melayu la. Apa erti pulak lah nak bersudu-garpu bermoden-moden tak bertempat?

Dan apa salahnya menghidupkan sunnah?Menegakkan syariat? Takkan pergi surau pakai jubah kau nak pergi The Curve pakai miniskirt? Whatthefish?

Sunnah tetap sunnah,syariat tetap syariat. Islam tu relevan di bandar atau di desa.Betullah kata hadis Islam di akhir zaman akan jadi gharib sekali. pakai tudung labuh orang pandang macam tak pakai baju. Tapi kata hadis itu juga,Beruntunglah orang yang dagang(Ghuraba'). Tidakkah kita mahu jadi orang yang beruntung?

Hidup untuk diri sendiri,bukan orang lain dude. Dan kalau kau cintakan diri sendiri pasti kau akan fikir banyak kali tentang akhirat. 

Tuesday, August 9, 2011

Penawar Hati hamba

4 comments
Sekarang 'hati' ku sedang tidak sihat. Ia sedang tenat. Ia memerlukan nasihat dari orang yang ahlinya. Ia mahu menangis di hadapan seorang yang arif dan mampu mengingatkan dia kepada Tuhannya.


Banyak masalah dihadapinya sekarang bikin hatinya serba tak tenang.


Setakat ini,inilah penawar hatiku.Buat menahan sakit dan pedih.


-Burdah-

Monday, August 8, 2011

Stress

1 comments

Ramadhan ni bulan berkat,. tapi stress.
Ah,dulu blog ni blog produktif. Isinya jenis yang bila kau google cari maklumat kau akan jumpa di blog ni. sekarang dah macam diari orang emo pula.

ouh,i've changed.


suddenly,i feel like i'm having...

INFERIORITY COMPLEX.

..dan ia bukan nama sebuah shopping complex.

Friday, July 29, 2011

Tolong lah faham.

0 comments
Mujahadah itu sudah semestinya pahit,

Jadi jangan kelatkan lagi usaha kita ini.

Tolonglah, Untuk kebaikan kita juga.

AKu bukan malaikat,bukan juga wali,tapi aku dah pilih jalan ini. Maka bantu lah aku.


Sunday, May 22, 2011

1 Jam yang Sia-sia

2 comments
 Scene dalam movie:

Pakcik     : kalau nak memikat anak,kau kena memikat orang tuanya dulu. Bawakla buah tangan sikit kalau melawat tu…durian ke,aku ni hantu durian.
Kamal Adli: Baik Pakcik

Besok. Kamal Adli bawa sebakul durian. Kamal Adli minta izin bawa anak dara pakcik itu keluar.
Pakcik: Kau nak bawa anak aku balik pukul berapa ni?
Kamal : Pukul 5.30 petang ,pakcik.
Pakcik: Awalnya?balikla lambat2 sikit…malam pun takpe
Kamal: Boleh ke pakcik?
Pakcik: Alah,kau dah rasuahkan aku dengan durian banyak ni,mestilah boleh..


BODOH punya bapak.

Inilah sebab aku benci cerita Melayu.
1jam naik bas terasa loser bila terpaksa menghadap cerita tak ada motif tu. Ayat dahlah sikit punya jiwang. Tengok pokok tepi highway lagi berfaedah.

Mereka mereka.

0 comments
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgR3tOexZpp0vGGrcBCoTBdrWcQKxzAMkVA4Ixxd3ZFU-_HunhqaRaDeeHWD9pGyXQ5K2L7RvXQc6Ct1Oei_PzVWemY9YlXP1OrJrD2KiRjQhynehKEf7fyXo5XESPeTmJgpOphn0Lb5tI/s320/DSC09134.JPG
mereka.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1igVO7H-QcQX-ZxxsAmghS4F_KaoUwPpae5aA0YF19UcSXDAgs9YO1nOCV7KSy3j5rhfazwuNcHugq6MeOzUM-Ochea5zeSLs7aNlezsNTetgxJ3-ITItR5IyztyGUzfYWI9nSNEH2X4/s320/SANY0453.JPG
dan adik comel ni.

Two head is better than one. three is better than two. Four is better than three.
Ada sebab saya selalu menumpang solat di blik kalian. Sebab dalam ramai,ada kekuatan. Ada kekuatan bila kau tidur lewat dan daging-daging di badanmu seolah melekat dengan katil dan kadang tak tersedar macam koma. Ada tangan yang menggerakkan mu. Juga ketika bangun qiam dan tengok orang itu selepas salamnya,bangkit untuk solat lagi dan solat lagi lalu hati kau kata,"Ish aku pun kena solat lagi juga." Atau semasa selepas solat melihat orang membaca Quran hati kau rasa tenang kerana kau pun membaca jua dan terasa ada kekuatan yang luarbiasa kerana semua orang melakukannya, Atau ketika kau membuat silap kepada Tuhanmu ada mulut yang menegur.

dan bila kau sedih,ada yang dapat membaca walau kau tak bersuara. Malah mendesak-desak minta dibicara. Atau bila kau sakit ada yang ambil tahu. Baik dan hangat seperti seorang ibu.

tak selalunya kau sempurna seperti malaikat.
jadi bila ada yang menerima jiwa ini yang serba cacat.
Indahnya dunia bukan kepalang.

Sunday, March 6, 2011

Kahwin

4 comments





Sini sana semua orang cakap pasal kahwin.

Monday, November 15, 2010

Butterfly effect dan Ummu Mihjan

5 comments
Mula-mula terfikir," Kenapa saya dipilih?"

sepanjang duduk di dalam perbincangan itu,saya meneliti satu persatu muka-muka yang ada di situ. bukan calang-calang orang.

makin saya berfikir makin saya yakin ia bukan kerana potensi saya. bukan juga kerana kelebihan yang saya ada.

mulalah suara-suara dalam hati berprasangka,"adakah aku dipilih hanya kerana 'orang lain'?

lama persoalan itu melemahkan semangat saya. saya rasa saya bukanlah diperlukan sangat.

kemudian saya berfikir,"ah,peduli apa. aku patut senang kerana dapat peluang untuk menyumbang."

Biar kecil,biar langsung nampak tak signifikan peranan saya tapi saya percaya Allah itu Maha adil dan mengetahui. Allah sudah janji balasan bagi setiap amal sekecil zarah pun. dan saya percaya,setiap tindakan yang kecil itu sebenarnya mempengaruhi dan menyumbang perubahan yang besar. Itulah 'The Butterfly Effect'.
.........................

sejak dulu,saya tidak pernah punya 'peluang sebenar' untuk menyumbang dalam apa-apa gerakkerja Islam. masuk ke maktab,barulah kadangkala peluang itu muncul itupun,awalnya cukup sedikit. maksud saya ruang dan peluang itu ada,cuma saya tak pernah buka mata pada peluang-peluang ini sehingga ia secara lama-kelamaan seolah 'tertutup'.

dulu saya tak pernah peduli tentang keberadaan Islam di kampus. perjuangan sahabat-sahabat. 

sekarang bila saya terasa rindu untuk 'memberi' kerana terasa selama hidup saya masih belum ada 'sumbangan' lagi yang telah saya beri pada Islam. setakat seringgit dua dalam tabung surau ,saya tak kira itu satu sumbangan yang patut saya banggakan dan cukup berpuas hati. sedangkan para sahabat Nabi even pejuang Islam masakini berhabis bukan sedikit untuk Islam.

sekarang saya rasa 'dahaga' untuk menyumbang. saya tak peduli tak punya jawatan dalam BKS,atau JPP atau apa-apa badan gerakan Islam. saya tak peduli bekerja belakang tabir[malah lebih menyenanginya] saya tak peduli kerja menyental periuk dalam setiap program.saya tak kisah. bila saya tengok kawan-kawan saya sibuk dengan kerja-kerja untuk islam di kampus,saya cemburu. kerana masa saya habis dengan benda-benda yang mengarut.tak berguna. buka tutup internet,facebook,tidur. mujur saya seorang yang ulat buku kalau tidak saya tak ubah seperti katak bawah tempurung.

saya mahu menyumbang sebanyak mungkin. mungkin bersabung nyawa seperti hanzalah.Jual hidup dengan harga yang murah. Mewakafkan nyawa dan darah di jalan Allah.
tapi kalau tak punya peluang pun,cukuplah saya menjadi seperti UMMU MIHJAN.

Siapa Ummu Mihjan?

seorang wanita sederhana yang mungkin tidak dikenal orang tapi tersebut dalam kitab-kitab hadis dan riwayat-riwayat hadis Imam Bukhari,Muslim,Abu Daud dan ramai lagi. dan kini blog saya.

Ada seorang perempuan kulit hitam yang kerjanya membersihkan masjid. Setiap hari kerjanya membersihkan masjid. Pada suatu hari ia meninggal. Rasulullah bertanya kenapa sudah tidak lagi melihatnya di masjid.Setelah diberitahu bahawa dia sudah meninggal dunia,Rasulullah bertanya kenapa tidak memberitahu baginda lalu meminta ditunjukkan kuburnya.lalu Nabi langsung ke kuburnya dan solat jenazah.

Hebat bukan?sekdar petugas yang tidak sebesar peranan khalifah.tidak sebesar gabenor. Malah tidak dikenal kebanyakan orang. tapi diberi penghormatan rasulullah.

DEMI ALLAH,SAYA INGIN MENJADI SEPERTI UMMU MIHJAN.Tidak dikenali kerana tugas saya,tapi diganjari Allah kerana sumbangan saya yang tak seberapa.

kerana saya yakin kepada keadilan Allah.

dan saya percaya akan konsep "THE BUTTERFLY EFFECT"


Thursday, November 4, 2010

Kenapa terlalu lemah?

0 comments
 In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani


Daun muda masih hijau
segar dan mekar
ditimpa air tak jatuh
ditiup angin tak luruh

pemuda kena kuat. ditimpa air tak jatuh,ditiup angin tak luruh.persis daun muda.

Sedang menyiapkan powerpoint maza ya'ni untuk pembentangan di usrah,sambil-sambil otak pasca-peperiksaan sibuk mengingatkan,'ingat,CASPER!' bila mana huruf digunakan dalam slide kabur.

perut masih sakit. sudah tiga hari. angin. monsun mungkin . sebab selalu orang kalau perut masuk angin sapu2 cap kapak dah baik. i went to the farmacy. sebab saya memang tak layan klinik. cepat hemo tgk MA yang cincai.hampir semua penyakit dilabelnya demam dan balik bolehla bawak panadol tambah koleksi dekat rumah. beli dekat kedai sepapan rm1 lagi murah dari tambang pegi klinik. 

td nak muntah lagi. dan lagi.walaupun makan cuma 2-3 suap. sedih tengok nasi yang menangis nak dibuang. intan kata lainkali mintak dengan kakak kedai tu,"kak,bagi nasi 5 sudu." heh.

dua hari ni cukup kerap juga mengaduh. entah berapa kali.hari ni.
saya teringat Rasulullah.nak mengaduh pun malu.
Rasulullah cukup kuat. 

Suatu hari baginda masuk ke Masjidil Haram untuk solat.lalu dilihat pembesar Quraisy dan leher nabi diikat dan ditarik. Nabi dipukul-pukul. Menangis?Mengaduh?
Tidak.

Di Tha'if. Nabi dicaci dan dilempari batu sehingga berdarah tubuhnya. mengalir sampai bertakung di sepatu. Ya Rabb. Baginda cuma berkata,"ya Allah,maafkanlah kaumku,sesungguhnya mereka itu kaum yang tidak mengetahui." (H.riwayat Bukhari& Muslim)

Perang Uhud.Topeng Besi nabi dilempar batu.Serpihannya menembus pipi Nabi sehingga mengalir darah dari celah-celah topengnya. Sakit?Kau fikir?
kalau saya emcee sebulan jawabnya. lalu mengemis simpati di status facebook kononnya tersangat sakit. lembik.

heh.malu lah eichan. Rasulmu lebih perit kesakitannya. apa yang kau alami ni belum apa-apa. 

teringat beberapa hari lepas,ada program motivasi bersama pelajar Maahad.saya mengadu 'restless'. tak cukup tidur sebab malam sebelumnya gunting VIPP sampai tergunting jari.tak tipu.kepenatan. perasaan masa tu macam zombi. saya merungut. Muna dan atiq mesti bosan tapi saya tak peduli. yang saya tahu saya penat.

Tapi rasul berdakwah lagi penat. Malu tahu,malu. Bila sikit macam tu dah mengadu penat.

Dan ini bukan untuk saya saja sebab semua orang pun mesti begitu. Dalam dakwah semua terasa penat. rasa cukup lelah bila mad'u tak makan saman. rasa cukup fed-up bila orang-orang tetap tak nak beriman.

saya,antara orang yang cepat merasa lelah. Bila pertama kali saya pakai tudung labuh di rumah,emak dan adik beradik yang lain terkejut. ada yang menyakat. "Ai,sejak bila jadi ustazah?"

sampai bila saya semakin menunjukkan perubahan. saya mula istiqamah pakai stokin,mak mula-mula marah. bukanlah marah sangat. cuma,saya tahu emak tak biasa. bagi dia,tutp aurat cukup pakai tudung. mak orrang yang rajin solat,mengajar budak mengaji dan suaranya mengaji cukup sedap. tapi macam kebanyakan orang-orang kampung lainnya,mak anggap 'orang islam biasa' ialah memakai tudung,solat,puasa dan cukup itu. mak kata pakai stokin,"over nya.nak macam ustazah pulak."

bila adik beradik saya ajak makan kfc dan McDonald,saya tolak elok-elok cakap saya boikot. diorang macam tak dapat terima.sejak tu,isu ‘saya dan boikot’ jadi bahan ejekan.

Bila saya asyik mengaji,ada suara-suara yang kata,"xyahla nak alim-alim sangat,asyik atas tikar sejadah". mereka bukan  jahat,percayalah,cuma tak biasa mungkin. saya pun baru lagi begini. sebelum ini tdak.

semua ini kadang-kadang melelahkan saya.

pernah ketika balik dari sebuah daurah,saya berpakaian jubah dan tudung labuh. Saya tiba-tiba teringat,"eh,nak balik dengan pakaian begini?"

lalu seorang kawan mengingatkan,"bangga dengan izzah Islam,eichan." saya faham. saya pulang dengan jubah dan tudung labuh itu. 

"Pakai macam orang Arab aja mak tengok.." saya tak tahu itu sindiran atau tidak tapi saya cuma pikir positif dan bila anda bersangka baik,ia jadi sesuatu yang sangat comel tahu.

saya pernah dikata Al Maunah,juga pernah dilabel ekstremis bila membuka video jihad Palestin di Youtube. Melampau!

ujian ini pernah melelahkan saya.kadang-kadang saya menangis.

tapi nabi tak pernah lelah. 

kita semua ,mengaku atau tidak,cepat merasa jemu dan letih dengan ujian. cepat hilang semangat. cuba bayangkan kalau Nabi hilang semangat ketika diletakkan perut unta busuk ketika sedang solat di hadapan Kaabah. atau ketika dilempari batu di Thaif. atau ketika para Muslimin membantah dan tidak mahu bercukur tanda protes akibat Perjanjian Hudaibiyah di bawah poho Samrah. Atau ketika mana Abu Thalib meninggal tanpa syahadah. atau ketika bapa saudaranya hamzah dibunuh dan jantungnya dilapah.

Saya pernah mendengar kata-kata seorang sahabat,"kalau nak kira terasa,Nabi lagi patut terasa."

Mana tidaknya,nabi lagi banyak rintangan. Pernah satu ketika seorang Badui meminta harta daripada Rasulullah lalu merentap selendang kasar buatan Najran yang di leher Rasulullah sampai berbekas. Biadap kan?kalau saya dah lama badui tu tidur di ICU. Tapi Nabi tidak. Baginda berpaling dan tersenyum lalu memerintahkan orang memberi apa yang ia mahukan.(Hadis dari abu Hurairah)

MashaAllah. 

begitu juga dalam semua yang dilakukan. cepat sangat putus asa. give-up, menyerah. haih. pemuda adalah daun hijau. segar. ditimpa air tak jatuh,ditiup angin tak luruh.


Monday, November 30, 2009

Banjir dan hikmah

2 comments
Tangan gatal. tak boleh berhenti. Semalam merungut2 blog rosak,lalu tekad tak mahu menulis lagi. haha, lucu.  seorang sahabat,menerusi laman facebook ketika saya menyuarakan hasrat nak berhenti blogging langsung bertanya," wht will u do if u don't write?" ya tak ya juga. huhu. tersenyum saya.


sekrang di muar hujan lebat, di kelantan pula dh banjir,macam mana la rumah kami di sana,dengar kata banjir juga, nanti-nantilah pergi jenguk. Di sini,jarang banjir tapi bila banjir tak dijangka. Banjir paling teruk masa tahun 2007. masih ingat lagi?yang masa tu di TV kerap main iklan minta sumbangan,dengan latarbelakang lagu sedih. Sedih la juga.


Tapi hakikatnya menjadi mangsa banjir memang perit. Barang banyak rosak,hidup di pusat pemindahan pun tak lah begitu menyeronokkan. Tapi saya redha,mesti ada hikmah Allah buat begitu, Cuma waktu-waktu ditmpa ujian begini,baru terasa bagaimana rasanya MEMERLUKAN. maksudnya,memerlukan bantuan. sebelum ni kalau ada orang nak bagi baju-baju tak pakai,saya geleng kepala aja,iyalah,baju di rumah banyak.
Bila dah tinggal di pusat pemidahan,semua serba tak cukup . terasa MEMERLUKAN. yang berkereta Mercedes pun jadi kekurangan,yang berumah banglo tengah sawah pun memerlukan,yang bekerja pegawai di pejabat berhawa dingin pun kesusahan,yang bergelang emas ke siku pun terdesak. Semua keperluan xcukup. Iyalah,nak balik ambil barang di rumah pun air tinggi. baru faham perasaan orang yang MEMERLUKAN.


Di pusat banjir makcik-makcik masak gotong royong. Saya masih ingat,lauk hari-hari sardin.sardin,sardin,sardin. Kami tak pula mengeluh.dah lapar,dan ..MEMERLUKAN. orang yang memerlukan tak memilih. Bak kata orang putih,beggars can't be choosers. tapi makcik-makcik yang memasak ni,kadang-kadang jadi pergaduhan. selisih faham. iyalah,bila ada yang macam malas kerja dan sebagainya. dan bila ada yang kepala mengarah,ada mulut becok dan sebagainya. Biasalah,sebelum banjir tak pernah beramah mesra,bila dah dekat kelam kabut. saya ingat lagi. dengar-dengar cerita dari emak.ada selisih faham di dapur. Di tempat saya kurang,di pusat satu lagi. Akhirnya makanan siap lambat. Nah,berlapar anak-anak tunggu nasi lauk sardin.

baru terasa pentingnya perpaduan. baru terasa pentingnya muhibah. Baru nampak relevannya semangat kejiranan.


Lepas tu bila banjir,saya masih ingat,ada solat berjemaah. itu pun berapa kerat saja yang ikut. ramai solat solo. Dah rugi 27 darjat solat. Tapi ramai juga yang baru kali ini lah berpeluang jemaah.


baru terasa asyiknya solat berjemaah. Baru terasa seronok bersalam-salaman lepas solat dan membaca doa beramai-ramai.

tapi masa ini lah doa jadi panjang. Benar kata Allah dalam surah Al Fussilat,
"Apabila Kami berikan nikmat kepada manusia,ia menjauhkan diri(daripada mentaati Kami ) dan menjadi sombong,dan apabila ia ditimpa malapetaka,maka panjang doanya." Surah Fussilat,41:51 
Tapi,tak apalah,janji berdoa, masa ini baru terasa betapa lemahnya di sisi Allah yang Maha Kuasa. 


Sambil saya menaip ni,hujan masih belum berhenti. Harap-harap taklah sampai banjir. tapi apa pun yang Allah turunkan ada hikmah nya. hebat Allah.
SubhanAllah. maha suci Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

Sunday, November 29, 2009

Nak lari tema sekejap boleh?

2 comments
Entry ini mungkib berbau santai. Eh,eh,kalau santai mestilah xbuleh skema-skema. mesti rilek-rilek di shopping kompleks sikit. hoke. serius sikit.cuma mahu ceritakan kegembiraan.


um,tadi ada reunion. Walaupun asalnya macam malas nak pergi sebab dah lambat.tapi lepas 'dipanggil'(bahasa melayu bg 'called by phone') atau kata lainnya ditelefon,saya pergi,. ada kawan yang dah jumpa masa reunion raya aritu,ada yang belum jumpa2 eversince SPM. Rindu.. dan kuasa rabithah dan ukhuwah memperlihatkan kami masih buleh bersembang bergelak+bergurau+berposing bersama seperti kawan lama. hoke,mungkin lebih banyak bergelak .Terima kasih untuk jiha sebagai tuan rumah. sedap makanannya. pandai ustazah(mak jiha) masak=).


Saya sayang kawan-kawan saya. Sayang demi Allah. bertemu berpisah kerana Allah. Selesai2 majlis emak kepada Najihah bertanya kenapa xdibuat marhaban alang-alang dah ramai. dia mencadangkan dibuat lain kalinya. menarik. lain kali ya kawan-kawan?


By The way,miss jiha yang cumel,miss Eda cayang yang dah lama betul tak jumpa,Syila yang tiba-tiba terasa sangat kamceng dengannya,Adawiyah yang xhabis-habis memanggil saya serikandi islam izan(kan ke panjang tu..) dan juga kawan-kawan lain..sume dah cantik2. uhuuu~
Kawan-kawan,kita doa semoga Allah panjangkan umur kita dan terus kekalkan hubungan kita semua sampai bila-bila. next reunion,dekat kenduri kawen syila..haha!

Related Posts with Thumbnails