Saturday, March 13, 2010

Ujian .

0 comments
Ha,nanges la.nanges.nanges.

"Kamu tak normal la eichan." hati bermonolog. Dituding-tudingnya wajahku. Marah betul sang hati kepada gadis 'pathetic' ini.

"Kau kena kembali pada Allah,itu saja penyelesaiannya. Bertaubat,minta ampun." kata seorang sahabat.
Saya tersenyum kelat. Ah,bukan senang nak terima ujian.


Tapi lama-lama merefleks balik kepada amalan. Solat malam yang sudah kurang kualitinya,masyaAllah. Serikandi!layakkah kau bergelar serikandi?? Ya Allah,ketahuilah bahawa aku redha..

p/s: Baru selesai menyiapkan pengenalan bagi tugasan politik. Pengenalan cuma minta diselitkan sedikit tentang definisi menurut Islam. tahu-tahu 2/4 page pengenalan bercakap tentang perspektif islam sahaja. haraki,Syeikh hassan Al Banna,siyasah Al-Hakimah Ibnu Qayyim. edit. edit. oh,ya.Sedarkan,Islam itu syumul?


p/s 2: http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6940177.asp

sila-sila lihat:barokah pemimpin yang diredhai Allah. InsyaAllah.    

Saturday, March 6, 2010

Ayuh menjadi 'LUARBIASA'!

2 comments
Setibanya di Muar,saya terus berkejar ke Sekolah menengah Bukit Gambir untuk sambutan maulidurrasul. Ya,turun bas,air liur basi,semalaman di bas-straight ke majlis Maulidurrasul.hehe. Maaf kalau nampak ekstrem. Tapi akak kata saya nampak seperti baru lepas bersiap. haha.(saya buat-buat tak sedar kebarangkalian dia cuma menyedapkan hati saya)


Ceramah Maulidurrasul kali ni,masyaAllah,saya kira cukup menarik. ustaz yang dijemput adalah seorang ustaz dari SMAP Kajang yang saya tak sempat ketahui namanya.(saya terlewat sedikit masuk ke dewan).
ceramahnya biasa saja,sesuailah dengan kelompok audiens dari pelajar-pelajar sekolah menengah,hadis-hadis yang dibacakan juga adalah hadis-hadis yang biasa didengarkan tetapi apa yang cukup menarik saya ialah falsafah yang dibawakannya. UNTUK MENJADI ORANG YANG BERJAYA ,KITA HARUS JADI 'LUARBIASA'. contoh terbaik?Nabi Muhammad S.a.w


Bismillahirrahmanirrahim.Begini saya petik;(yang didalam kurungan adalah tambahan saya)


"Kita setiap hari solat berapa rakaat?"tanya Ustaz,
maka terkial-kial lah masing-masing mengira jari.saya cemerlang sikit. saya congak aja dalam otak.
"17 rakaat.subuh,zuhur,asar,maghrib,isya'.semuanya 17 rakaat kan?"tambah ustaz,.Eh,saya tak dapat jawapan lagi.
"ITU,BIASA."kata ustaz
"nabi solat setiap hari berapa rakaat?solat sunat rawatib 2 4 rakaat ba'da dan qabla,(kecuali asar tiada ba'da)itu belum termasuk 8 raka'at di 1/3 malamnya,juga witir 3 rakaat,juga dhuha,(yang menurut Saiyidatina Aisha,kadangkala dikerjakan 6,8,12,).nah.itu LUARBIASA."

saya tertarik. betul.angguk-angguk.

"setiap hari kita ke sekolah pukul 7. ah..itu BIASA."
"setiap hari kita makan 3 kali sehari,campur sarapan.(tak masuk minum petang+jajan+minum malam biskut meri dan sebagainya). 
"Nabi?kadangkala tak makan sampai berhari-hari.Makanan yang ada disedekah."
lalu ustaz membawakan kisah nabi dan 2 keping roti dan pemuda ahli neraka.Panjang ceritanya.




*************************************



PENDEK KATA:Dari ceramah itu.saya seakan-akan tersedar,kebanyakan orang-orang yang berjaya semuanya LUARBIASA. 

Saya mengingat2 beberapa peribadi insan2 luarbiasa selain Muhammad SAW.

Syeikh Hassan Al Banna.seorang guru sekolah rendah seperti saya(insyaAllah,nanti),yang mampu mencipta revolusi dan meninggalkan legasi.Adakah beliau LUARBIASA?
 Sangat. Di umur 13 tahun kita asyik bermain-main basikal di hadapan rumah,ITU BIASA. Hassan Al Banna di usia 13 sudah menyertai demonstrasi menentang British.LUARBIASA.


Sultan Muhammad Al Fateh. Antara benchmark saya yang seakan terlalu tak tergapai. . Di usia 21 seusia saya,beliau berjaya menakluk KOnstantinople. KOTA KONSTANTINOPLE! bukan Kota Bharu atau Kota Tinggi jauh sekali KOTA A'FAMOSA,Tapi KOTA KONSTANTINOPLE!kubu terkuat Kristian ketika itu!
LUAR BIASA. 

Baru tadi,saya dengan bersungguh menceritakan kisah Sultan Muhammad Al fateh kepada adik perempuan saya. bagaimana satu ketika dia ingin mencari imam untuk bersolat jemaah. Dia mengerahkan kesemua tenteranya berhimpun. lalu ditanya,"Siapa di sini yang tidak pernah meninggalkan solat fardhu?Sila berdiri." kesemua tenteranya berdiri. tiada seorangpun yang duduk. Lalu ditanya lagi,"Siapa yang di sini belum pernah meninggalkan solat sunat rawatib?"Separuh tenteranya duduk. Tinggal separuh saja yang berdiri. Lalu ditanya lagi,"Siapa di sini yang belum pernah meninggalkan solat sunat tahajjud?"


lalu kesemua tenteranya duduk,kecuali seorang. Beliaulah Sultan Muhammad Al fateh. Lalu beliaulah yang mengimami solat berjemaah pada hari itu.


LUAR BIASA!

Pemikirannya Luar Kotak. Siapa sangka kapal boleh merentas daratan. Semua orang tidak yakin dengan idea gila itu tapi bagi beliau segalanya mungkin dan nah,70 buah kapal yang besar merentas daratan ke konstantinople.LUARBIASA. 


Sultan Salahuddin Al Ayubi. Penakluk BaitulMaqdis. Mula berkhidmat dengan panglima Nuruddin di dalam angkatan tentera ketika 17 tahun. Mei 1175,yakni 570 Hijrah diiktirf sebagai Sultan Mesir. Menakluk Baitul Maqdis dengan jayanya. Sultan,sahabat-sahabt,SULTAN. Sudah sifat seorang sultan ada harta yang banyak dan istana yang besar. Itu BIASA. Tapi Salahuddin? Dikatakan ketika mangkatnya, beliau tidak meninggalkan warisan.Dikatakan ketika mangkat beliau cuma punya 47 wang perak dan 1 dinar emas. Kain kafannya pun diberikan ole Menteri. Allahuakbar. LUARBIASA.

Khalid Al Walid,kebergantungan kepada ALlah yang sangat kuat memberanikan beliau meminum racun dengan keyakinan racun itu tidak akan mendatangkan mudarat,melainkan Allah sahaja yang mampu.LUARBIASA.

sbenanya banyak lagi pemimpin dunia yang lain yang LUARBIASA. Anda boleh kaji sendiri.


jadi,untuk berjaya,cuba lah jadi seseorang yang LUARBIASA. Jujr saya katakan,saya masih seorang yang biasa. Saya terikat dengan rutin seorang pelajar biasa,saya takut gagal,tak berani berfikir luar kotak dan menentang arus. orang yang BERFIKIRAN LUAR BIASA mesti berani menentang arus dan buat perkara yang well,luar biasa.


p/s: saya mencari ciri2 pemimpin terbaik, di Internet,semua ciri2 tersebut membayangkan satu perkara:LUARBIASA.

Tuesday, February 23, 2010

Ukhuwah dan Ummah

2 comments

Rasa tak puas berkampung dengan anak-anak Merbok dalam program Angkatan Remaja Alam Sekitar (ARAS) Sabtu lalu. Rindu mereka. Yang lebih saya rindu,anak-anak gadis Merbok yang sangat ingin tahu dalam Islam,yang berebut-berebut mahu di saff hadapan di sebelah saya.

Seusai solat jemaah,saya menyuruh anak-anak ini bersalaman. 
"Mula dari hujung. Gilir-gilir.selawat macam budak lelaki buat tu.."
mereka patuh. Sami'na wa atho'na. Bukan pada saya. Kerana Allah ,saya kira.
Tangan anak-anak yang sampai ke tangan saya,saya sambut lembut. Saya tarik mereka dan peluk dan cium pipi mereka kiri dan kanan. Mereka nampak terkejut. Ada yang nampak asing sekali.  

Zatul : Kak eichan,kenapa kita kena buat macamtu? 
saya  : Macammana sayang?(ya,memang saya suka memanggil mereka 'sayang'.)
Zatul : kenapa Kak eichan suruh salam-salam macamtu,pastu kena selawat,pastu peluk-peluk?
saya    : Oo,salam tu?Macam ni..".Perbualan saya terhenti sebentar. Saya menyuruh mereka duduk di dalam halaqah menghadap saya. mereka patuh. Mata masing-masing tetap memandang saya. alahai.bagusnya mereka.
Saya    : Kita kena buat macam ni,sebab kita semua saudara kan. kan kita kawan-kawan semua ni,jadi kita buat macam ni jadi lebih sayang dekat sedara-sedara kita.. ukkhuww..."
perbualan kami terhenti. 
"SEMUA PESERTA BERKUMPUL DI SINI SEKARANG,DALAM KIRAAN 10. 9,8,7...6..!" suara Shamsul,ketua kami kedengaran. "Ah..potong.."

"pergi,pergi cepat!" terpaksa saya 'halau' mereka. Aduh. tak sempat cerita.

************************

Ukhuwwah. kalau dahulu saya ditanya apa itu ukhuwwah,saya mesti kaget. diam. garu-garu kepala dan..diam.Paling-paling saya akan kata,ukhuwwah itu persahabatan. semua orang pun biasanya akan cakap macam tu.
Sekarang baru saya sedar,apa yang dinamakan ukhuwwah itu bukan sesuatu yang boleh ditakrifkan dengan definisi berbentuk ayat berjela-jela atau kata-kata,ia sesuatu yang hanya boleh difahami dengan di'rasai'. 'zauqiyah' bak kata orang.
Bagi saya,jika ditanya apa itu ukhuwwah,saya akan menjawab,
"Tak perlu jumpa selalu tapi bila berjumpa macam tak pernah berpisah. Tak begitu rapat tapi sanggup berkorban mendahulukan kepentingan sahabat. Tak begitu kenal tapi menjaga aib dan maruah teman. Dan memberi apa yang kita kasih untuk diri sendiri kepada sahabat itu."
Itu  takrifan saya. Mungkin tak sama di dalam buku-buku teks pengajian tinggi,atau kamus-kamus bahasa Arab atau apa-apa jua tapi itulah takrifan saya.

Ummah sekrang berpecah belah kerana tiada ikatan ukhuwwah. Saling tikam menikam dalam parti,saling fitnah memfitnah,Pertelingkahan sama Muslim kerana mereka semua tidak sanggup memberi apa yang mereka hendak untuk diri sendiri kepada yang lain.

Bukankah semua Muslim bersaudara?
"Al Mukminu ukhul Mukminu"-seorang mukmin saudara bagi mukmin yang lain. 
Hadis nabi yang sahih. 

bagi saya,biarlah tak kenal rapat,tapi  sayangnya melebihi sayang kepada diri sendiri. 

Wednesday, February 17, 2010

Aku sedang merindu

3 comments
ini adalah kisah benar. Ini adalah luahan hati seorang pencinta.

Saya ada seorang kekasih. yA,saya jujur mengaku. Dia sangat kacak. Wajahnya bercahaya bila dipandang,begitulah kata kawan-kawannya. saya sayangkan dia lebih dari nyawa saya sendiri. sangat-sangat. Jujur saya cakap,lebih dari emah ayah saya lagi. Dia pun sayangkan saya. sangat-sangat. saya tak pernah lagi berjumpa dengan dia,tapi insyaAllah tak lama lagi. dia pun dah janji kalau betul saya sayang kat dia,saya akan dapat jumpa dia. Saya rindu sangat dengan dia. saya rindu. jujur saya rindu. .

Dialah nabi saya,Muhammad S.a.w.

Siapa yang tak rindu kepada cahaya bumi ini?rahmatallil'alamin?siapa tak kasih kepada pengubat hati,manusia terindah di muka bumi ini.?siapa yang tak menangis mengenang kisah hidupnya?

sebentar tadi saya melihat iklan Maulidur rasul di televisyen,dengan tema 'menghidupkan sunnah Rasulullah.' Ia buat saya terfikir,"berapa banyak saja sunnah Rasulullah yang saya amalkan sehari2?"
Setakat baca doa sebelum makan,dahulukan memakan buah dan lain-lain,itu cuma sebahagian kecil saja dari amalam rasulullah.Itupun selalu juga terlepas. 
Teringat kisah sahabat-sahabat nabi yang begitu bersungguh2 mengikut sunnahnya sehingga ke perkara-perkara yang kecil seperti memakai sandal sibtiyyah(Ubaid Bin Juraij) dan sebagainya. apatah lagi sunnah-sunnah lain yang diamal tanpa lupa dan lalai.
Sungguh,telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu(yaitu) bagi orang yang mengharap(rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat dan banyak mengingat Allah"
Surah Al ahzab;33: 
 
Membaca buku syama'il Muhammad S.a.W ,salah satu karya terbaik tentang peribadi rasulullah karya Imam tirmidzi;hati saya makin terpaut pada kekasih Allah ini.

dari apa yang saya baca,ternyata Muhammad bukan insan biasa. dia adalah insan kamil yang benar-benar diutuskan Allah sebagai nabi. Keperibadiannya memukau..

Ayuh kita renung-renung serba sedikit sifat-sifat akhlak dan ibadat nabi,sunnah baginda yang boleh kita ikut:

1. Berpuasa Isnin -Khamis

Aisyah r.a meriwayatkan,
Maksudnya: Rasulullah S.a.w selalu mengharao dan menunggu untuk berpuasa pada hari isnin dan Khamis.
(Riwayat Tirmidzi,nasa'i,Ibnu majah dan Ahmad)

-saya mengenali seorang sahabat yang istiqamah berpuasa isnin khamis sepanjang minggu. Saya pula selalu saja gagal. 

2. Solat Malam
Abu Hurairah r.a meriwayatkan,
Maksudnya: "Rasulullah S.a.W melaksanakan solat sehingga kedua kaki beliau membengkak. Beliau ditanya," Mengapa engkau melakukan hal ini,padahal engkau mengetahui bahwa Allah S.w.t telah mengampuni semua dosaku yang telah berlalu dan aka datang?' Beliau menjawab,"Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur(afala akunu abdan shakuraa?)


3. Gurauan yang benar(haq) dan tidak melampau
 Abu Hurairah meriwayatkan,Maksudnya,"para sahabat berkata,"Wahai rasulullah,engkau mencandai kami". rasulullah S.a.w menjawab,"Aku tidak akan pernah berkata yang tidak benar"
(Riwayat tirmidzi,Bukhari dan Ahmad)

Anas bin Malik r.a meriwayatkan,maksudnya: "rasulullah pernah memanggilnya ,"Wahai orang yang memiliki dua telinga!"
-Kita?hahah.bergurau tak kena tempat. ketawa macam tak ingat dunia.

4. Membaca Al Quran kalimah demi kalimah
Ya'la bin Mamlak meriwayatkan,maksudnya:  "ya'la bin Mamlak kepada ummu salamah tentang cara Rasulullah S.A.W membaca Al Quran. Menurut ummu salamh.rasulullah S.A.>W membaca Al Quran dengan sangat jelas,kalimat per kalimat."
(Riwayat tirmidzi,Abu dawud,dan nasa'i)


Hakikatnya,banyak lagi keperibadian Rasulullah yang mana jika ditelusuri satu per satu,kerinduan itu akan merenggut jiwa kalian sehingga menitiskan air mata. Rindunya pada nabi. usah dicerita saat membaca detik-detik kewafatan baginda. MasyaAllah.

Ayuh hitung diri sahabat,termasuk saya sendiri.betapa banyak sunnah Rasulullah yang tak teramal.Bukan saja bab ibadahnya,malah tidurnya,pakaiannya,minumnya malah bicaranya,ayuhlah kita amalkan sunnah2 ini sebagai bukti kecintaan pada nabi kita.

Kekasih saya,kekasih kalian juga,bukan?


Saturday, February 13, 2010

Apa yang terbaru

2 comments

Apa yang terbaru sekarang?

1. Saya tersenyum tengok ramalan sy beberapa hari lepas mengena. Zahrain,ADUN Bayan Baru akhirnya keluar PKR. Saya dah ramalkan perkara ni dalam 4 hari lalu. Sekarang saya nak tengok apakah Tan Bee Beng akan ikut jejak langkahnya.
Tapi apa yang buat saya terpikir,'kenyataan Zahrain ttg ni. Mungkinkah dia sudah nampak sebuah masa depan yang KITA tak nampak?umm..

2.Saya nyaris menangis melihat perbalahan ahli sunni dan shi'ah di ruang komentar YouTube semalam. Niat hati nak men download video Salahuddin Al ayubi,tapi melihat komen2 puak shi'ah yang menghentam para sahabat dan menjulang dengan obsesinya Imam ali,ditambah dengan bantahan-bantahan dari golongan sunni,saya sedar mengapa Islam di dunia kini dilanda fitnah yang dahsyat. Kita tak berpadu.

Teringat pula komentar seorang Amerika saya kira,juga di Youtube,ketika menonton video Muhammad Al Fateh beberapa hari lepas-Bunyinya lebih kurang begini:
Let them enjoy this moment,it was the only thing they have to celebrate. Look what aeppen to them now. they become nations of beggars dan the poors.
Tidak kah anda rasa hendak menangis?

3. Anak saudara saya yang berumur 4 sudah pandai menghafal al fatihah dan surah al ikhlas. Walaupun xla begitu membanggakan,tapi usaha dia nak menyebut satu persatu huruf sangat menarik hati. Alhamdulillah. semoga terus menjadi generasi Quran dan gadis solehah. 

Dari sini,saya tersedar,betapa kanak-kanak mudah menangkap ilmu. Jadi cepat2 isi hati mereka dengan Islam sbeelum keras dengan hedonisme.
4. Seorang ukhti yang sangat sy sayangi seminggu lalu mengatakan dia tertarik dengan sebuah entry di dalam blog saya yang bertajuk,"melahirkan pejuang." Kata-katanya mengingatkan saya pada misi saya itu. saya tahu,saya belum cukup layak dan terlalu idealistik tentang membentuk jiwa pejuang sedangkan saya sendiri bukanlah seorang yang cukup layak,tapi saya mahu cuba. 

5. Perkara ini sekalgus mengingatkan saya pada sebab sebenar saya berblogging. Bukan sebab nak penghargaan manusia,pengiktirafan orang,atau followers yang ramai. jadi kalau sesekali dikritik,itu untuk pengislahan diri juga bukan?Tak perlu lah putus asa bukan?

Apa yang terbaru?Saya kini kembali berbloggging. Maaf kerana menjadi 'drama queen'.

Saturday, January 30, 2010

sayonara blogging

4 comments
i was reading An nisaa' until i reached a verse telling about comitting mistakes and asking for forgiveness from Allah. i felt so uneasy that night somehow. it went on until after isya'. i don't know why.um.


to all readers of this blog,Thanks u for all your support all this while. This is the last u'll ever hear from me. for the second time,a sign have came to let me know i'm better off not blogging. definitely not cut out for this.May Allah help me in my online uzlah and islah into becoming a better person(and a quieter mouth,and a well-preserved tongue):)

Sorry for all those hearts i may have hurt,all those words that touched,or all those writing that may offend. sorry to wiratakdidendang as well who used to send negatives comment to me and some of my friends's blog.

Goodbye now. happy blogging everyone.This is me,Serikandi Islam,signing off for good insyaAllah.
(thinking of quiting some other things too until i find a peace of mind))

Thursday, January 14, 2010

Menjadi 'wanita'?

0 comments


"Terpaksa atau tidak masuk PPI(Pergerakan Puteri Islam)?"tanya Puan Hanunah semasa sesi taaruf semalam.



"erm..terpaksa tu tidak laa..tp bukan pilihan pertama say...."

saya menjawab jujur ketika sesi ta'aruf di perjumpaan pertama kali PPI semalam.
Jujur saya katakan,PPI bukanlah pilihan saya sebaliknya sudah ditetapkan oleh institut.
kira bukan sukarela la.


jujur saya katakan,pertama kali mendapat tahu saya ditempatkan sebagai ahli PPI,hati kecil saya memberontak.Memberontak jiwa remaja saya yang mahu kelainan dan cabaran. Dari sekolah rendah semasa masih hingusan,sehingga ke sekolah menengah masih hingusan tapi dah pandai bawa sapu tangan,saya menjadi ahli PPI. memakai tudung pink yang sama,menyanyi lagu yang sama,menyertai aktiviti tahunan yang sama setiap tahun(memenangi pertandingan membuat sandwich.OH!)


dalam hati,terasa nak ilmu baru. Islam itu kan luas. Orang selalu fikir,"eh,kau kan islamik,masukla PPI."


ah. semua persatuan ini ciptaan kita. kita yang tentukan islamik atau tidak. saya mahu sertai PBSM. meronta-ronta nak belajar ikat anduh,beri rawatan kecemasa,dan macam2 lagi. Bukan hanya berkawad dan menjahit di Bilik Ekonomi Rumah Tangga seperti di sekolah dulu.


tapi ini beberapa hari yang lalu. saya pujuk hati,pasti ada hikmahnya Allah tetapkan saya di sini. Allah kan Maha Mengetahui.
Ada. Banyak. Antaranya mungkin Allah mahu saya jadi 'wanita'. wah,apakah?

haha. dalam perjumpaan kami semalam,ramai yang menyebut ayat berikut:saya nak jadi 'wanita' yang sebenar,atau nak jadi 'perempuan sejati".





saya pun terfikir..betul juga.
Kalau selamanya saya nak sertai aktiviti lasak,nak mengganas dan aktiviti super gagah(okay,over la kot istilah ni),bila pula saya nak jadi 'wanita sejati'?


Saya pun sedar,setakat ini,saya bukanlah apa yang dinamakan gadis yang lemah lembut,bersopan dan sebagainya. Bukanlah tak sopan,cuma masih ada kasarnya. Silat,jungle trekking,tanam bakau,aktiviti-aktiviti lasak itu memang cinta hati. berlari,melompat.Tak lah berapa 'ayu' sangat bukan?

InsyaAllah,harap-harap dapatlah pernyertaan saya dalam PPI me'lemah lembutkan lagi saya.'.semoga peribadi wnita muslimah dan solehah yang beradab lagi bersopan dapat dibentuk kepada diri saya sepanjang penglibatan. Semoga dapat jadi cerminan peribadi Muslimah. harapnya,InsyaAllah.



Satu lagi dari segi 'ilmu seorang perempuan'.Nah,apakah???
Mak selalu cakap,"kau nak jadik isteri orang kenalah pandai masak itu ini,bla,bla,bla.."
saya pandai memasak,tapi saya mahu lebih mahir lagi. mahu jadi macam mak. serba serbi tahu. masakan-masakan yang hebat-hebat. Saya mahu belajar membuat kek dan sebagainya
. dan PPI lah platformnya. 

Saya juga mahu pandai menjahit sehingga boleh buat baju sendiri seperti emak. Kan bagus?Dapat juga mempersiapkan diri sebagai isteri paling baik untuk suami saya nanti,walau siapapun dia.


Juga ukhuwwah. Semoga lebih rapat,biiznillah,dengan rabithah yang mengikat hati kami di bawah fikrah murabbi dan da'wah islamiyyah yang sama.


Dan Pengisian. saya suka aktiviti PPI. kem ibadat,dan bacaan ma'thurat setiap kali perjumpaan bagi saya adalah sesuatu yang indah. Alahai berkatnya aktiviti nanti,InsyaAllah. Saya mencadangkan dibuat juga bedah buku,atau mungkin fiqh nissa' dan banyak lagi kalau Allah mengizinkan.


sebagai penutup kalam,menulis entry ini membuat saya teringat pada sebuah ayat Al Quran,iaitu Surah Al Baqarah ayat 216,
"Boleh jadi yang kamu benci itu ada kebaikan bagimu. Boleh jadi(juga) yang kamu suka itu buruk bagimu. Allah jualah yang mengetahui sedang kamu tak mengetahui."
Jadi,sebaik-baik yang perlu saya lakukan ialah redha. Mungkin benar apa kata Puan Salina,pensyarah penasihat kami,ada hikmah Allah mahu saya kekal di PPI dari kecil sehingga sekarang. Semoga ada hasil yang baik nanti. Sekarang tak sabar pula nak pakai kain merah jambu.dan menyanyikan lagu Puteri lembaga Islam dengan ikhlas. paling seronok,tiada lelaki dalam perjumpaan kami.Yiha!



Related Posts with Thumbnails