Malam ni ada majlis khatam kitab Ayyuhal Walad. Sungguh aku rasa majlis yang "not doing it justice" orang putih kata. Maksud aku,ia boleh jadi lebih grand memandangkan signifikan kuliah Ayyuhal Walad ini dalam atmosfera Bainun.
Aku tak sangka kuliah kitab yang berlanjutan sehingga 5 tahun akan tamat malam ni. Nostalgik kau tahu?Sudah tentu kau tak tahu. mari aku cerita.
Ayyuhal Walad saksi mata kepada turning point aku.Dalam kuliah ini aku rasa diketuk-ketuk hati ibarat tukul mengetuk paku.
Sakit. Sedar. Insaf.
Entah kenapa pembawaan Ustaz Afif betul-betul bagi impact. Sebab itu dulu aku sedikit taksub dengan dia. Pantang nampak bayangnya langsung ingat Tuhan. Cerita dulu. macam kau orang kampung first time dapat salam dengan Najib confirm kau tak basuh tangan seminggu kan. Aku memandang yang baik saja padanya. Peribadinya membentuk aku. Kuliah ini membentuk aku.
Sebelum kitab ni habis aku sebenarnya dah baca habis kitab ni malah diulang-ulang sehingga ayat yang selalu aku guna dalam sembang kencang aku hari2 ialah Ayat "Ma indakum yanfad,wam indallahi baqi" Apa yang ada disisi mu akan habis,apa yang ada di sisi Allah kekal."
Jadi tadi bila dibacakan ayat tu satu deja vu yang sayu datang menujah.
Sejarah aku dengan kuliah ayyuhal walad adalah sesuatu yang sentimental.Kalau kau selalu rasa sentimental bila dengar Lagu Kuch Kuch Hota Hai(aku tak salahkan kalian,cerita tu memang nostalgik melampau) aku akan touching dengan kitab ini. Banyak ia bantu membentuk aku jadi siapa diri aku sekarang. Menangis dengan dosa sendiri,dengan maksiat.
Kali pertama aku ke kuliah adalah tak disengajakan. Masa tu aku mula jinak2 pergi surau. kebetulan ada kuliah aku ikut saja.
Sehingga melekat . Mungkin kerana pembawaan ust Afif yang santai.Dan adakalanya menyentuh qalbu paling dalam. Mengetuk iman yang sedang tidur.
Pertama kali aku datang dengn tudung singkat. baju pun ala kadar.
pertama kali aku datang aku sosial.Masih keluar-keluar malam,masih tak jaga batas pergaulan.
Pertama kali aku datang aku tak tahu agama. Baca Al fatihah pun masih tergeliat.Solat terawih aku ikut-ikut orang saja.Time depa selawat di antara solat tu aku buat-buat menguap sebab aku tak hafal.Standard lah.Aku yakin ramai orang pun bukan hafal.
Kuliah ini bukan satu2nya yang mengubah aku. Cuma ia jadi saksi,dan jadi penguat.
Tak sangka aku boleh sampai ke tahap ini. Bukan atas usahaku,tapi atas kehendak ALlah. Tak tahu sujud sebanyak mana boleh mendefinisi syukur pada ALlah.
Pernah sekali aku tak ke kuliah sebab kawan ajak keluar. dengar suara ust di speaker surau yang bergema sehingga ke luar.Aku jalan perlahan-lahan sebab nak dengar kuliahnya. Selangkah,selangkah. Akhirnya sebelum bertolak keluar aku dah dapat dengar syarah satu hadis. Atau mungkin sebahagian.
Buat Ustaz Afif,aku doakan ia sentiasa sukses dalam kurniaan dan kasih sayang Allah. Aku doakan ia ikhlas,sentiasa ikhlas sebab aku melihat penyakit hati seperti ujub dan riya' selalu jadi kanser yang merebak dan memakan amal orang2 hebat.Dan setentunya aku mahu dia terhindar dari yang sedemikian. AKu doakan dia dalam fatihah.Dan tahniah atas penghabisan sebuah kuliah yang bagi aku sebuah 'lakaran Sejarah". Semuanya dari Allah.
kepada semua yang telah memainkan peranan dalam membawa aku ke tahap ini,aku panjatkan doa pada kalian. Ganjaran Allah juga yang paling awesome.
万恒娱乐官方网站-河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖
4 years ago