Monday, May 17, 2010

Bacalah


Pernah dengar kisah tentang otak siapa yang paling mahal dalam dunia?Rasanya dah ramai yang sudah mendengar kisah ini. Tapi tak mengapa,sekadar imbasan.

Seorang lelaki mahu membeli organ,dan semua otak berbeda harganya,ada yang mahal,ada yang murah dan ada satu yang paling mahal. Lalu ditanya otak siapa dan mengapa mahal sungguh harganya.
Jawapnya;otak ini otak orang melayu dan ianya mahal kerana sangat sedikit digunakan.

Nah,berdarah hidung dibuatnya. Orang melayu otaknya paling mahal,sebab jrang guna. Keadaanya sama lah macam jual baju bundle. Baru pakai sekali dua,paling-paling baru tolak 20-30% diskaun. Kalau yang dah pakai beribu-ribu kali dan berjuta-juta lemon tu harga pun sehabis potongan lah kan.

Di dalam Alquran,betapa banyaknya ayat Allah yang diakhiri persoalan,"Apakah kamu tidak berfikir?"
Afala yatafakkarun,afala ta'kilun,afala yatadabbarun dan sebagainya.
Ini adalah satu cabaran dari Al Khaliq supaya kita sentiasa berfikir.Cabar otak dan minda.

AGAK-AGAKNYA KENAPA KURANG BERFIKIR?SEBAB TIADA MODAL NAK DIFIKIRKAN. SEBAB KURANG PENGETAHUAN. SEBAB KURANG MEMBACA.

Daripada 177 buah negara,statistik tahap celik huruf rakyat Malaysia ,negara kita di tangga ke 86(Statistik tahun 2009). Boleh kata separuh. Kalau anda berjiwa 'melayu',anda akan kata,"ala,boleh la tu..separuh tu..atleast bukan last" dan kalau anda berjiwa MELAYU-ISLAM,hati anda akan berkata,dengan dahi yang berkerut,"Ish,ish,,tak boleh jadi ni.." sambil geleng-geleng kepala dan lupa kembali. Insaf 2 saat pun jadi lah,kata hati-hati kita.

Lalu DI mana Arab Saudi?Tangga ke 112.
DI mana Mesir?Tangga ke 132.
Iran? 113.
ISRAEL?Oh,di tangga 56. Celik huruf rupanya orang2 Yahudi laknatullah. Agaknya sebab inilah mereka berjaya ya,kata saya dengan sinis . Sudah gaharu lagi mahu bertanya.

Aneh negara kaya minyak pun ada yang tak tahu membaca,sedangkan Palestin yang anak-anak sebaya As Syahid Faris Audah yang tinggalkan sekolah untuk membaling batu ke kereta-kereta kebal Zionis boleh pula melayakkan mereka di tangga ke 77.

Persoalannya,ADAKAH ISLAM TIDAK MENYERU MEMBACA?ADAKAH ALLAH TIDAK MENYURUH BELAJAR?


Surah Al Alaq diturunkan di negeri manakah?Adakah Israel?Adakah Amerika?Atau Apakah Georgia(yang di ranking pertama?)


Bacalah dengan nama Tuhanmu.

Ayat yang pertama disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW ialah ayat ini.
Apakah ada dorongan yang lebih kuat untuk kita membaca?

Salah satu faktor yang menyebabkan rakyat kita terbelakang dan umat Islam mundur ialah kerana tak banyak membaca. Kes buang bayi,zina dan barah sosial terjadi kerana kurang membaca dan mentadabburi AL Quran. Dan remaja-remaja kita termasuk jugalah yang sedang membebel ni] cubalah kalian bandingkan dengan remaja-remaja luar negara,khususnya di Barat.Pengetahuan am mereka jauh lebih baik dari kita walaupun di usia muda.                                                        
 


Pemuda kitaa tidak merasa lazatnya ilmu yang dibaca dari buku. Tak merasa nikmatnya mengetahui pelbagai perkara dari helaian-helaian kertas pada harga yang murah. Saya tertarik dengan kata-kata seorang tokoh akademik,Erasmus Mundus,
“When I have money,I buy books,when I have any left,I buy books”.
Ulama’ulama terdahulu jangan berani lah dipertikai cinta mereka kepada buku. lihat sahaja Imam Ghazali dan sayangnya kepada kitab-kitabnya ketika hendak disamun di dalam perjalanannya.



Saya tak terkejut bila Malaysia tersenarai dalam TOP 30 pengguna Facebook terbanyak di dunia! Di tangga ke 21.Sedangkan Israel,negara kecintaan mark Zukerberg,sang Yahudi pengasas Facebook berada di tangga ke 28,ya,masih di TOP 30 tapi di belakang kita.

Seperti kata seorang Indonesia di Blognya yang saya baca,ketika negara maju sedang membaca,kita sibuk mengisi status.

Nampaknya rakyat kita lebih sukakan "Wajah buku"[facebook] daripada "isi buku"itu sendiri!
p/s:Lebih suka membeli sendiri dari meminjam. Datuk A. Samad Said pernah berkata,"jika anda meminjam buku di perpustakaan,anda akan terkebelakang lima tahun.".

11 comments:

attiq said...

hahaha


"jika anda meminjam buku di perpustakaan,anda akan terkebelakang lima tahun."


haha

ooooooooo said...

assalamualaikum
sekadar berkongsi
sebenarnya malaysia berkongsi kedudukan dengan singapura indonesia filipina tempat no 1 yang menyumbang trafic facebook

us pon sekadar nombor 2
acam .terkejut tak?

Facebook.com’s Worldwide Traffic Rank
CountryRank
Indonesia 1
Malaysia 1
Philippines 1
Singapore 1
United States 2


anda boleh lihat sendiri di sini
http://www.alexa.com/siteinfo/facebook.com

heh

ape2 pon
artikel yang bagus

NORIZAN ZAKARIA said...

Attiq:that's y la haku rse cm terkebelakang puluh2 ta0n.hue.

AKh Umar Zakir:MasyaAllah.jazakallah khair utk kongsian ni.umm..dlm bab traffic mang org msia la..yg stats ana amek tu dr penembusan jalur lebar..broadband penetrtation..mknenye yg btul2 aktif la..

Malaysia bolehlah katakan.

Ibnu Samaon Al-Kuala Lumpury said...

salam ziarah. best tulisan anda. subhanallah. jazakillah kongsi pandangan motivate semangat mmbaca.

btullah asyik dengan wajah buku sampai lupa isi buku tu yang afdal.. syukran

NORIZAN ZAKARIA said...

syukran kathir for reading. um..itulah dugaan pemuda Islam sekarang. hiburan ni,kalau kita gunakan berpada,menyenangkan. kalau terlebih,melalaikan.

apa2pun buku pintu kepada ilmu dunia. Semoga Allah merahmati kite dgn kecintaan d ilmu.Ameen

Bashir IbnDzul said...

dan pastikan buku paling utama tidak diabaikan. (Al-Qur'an)

kemudian, jika suka beli buku, jangan buat pekasam. koleksi je. tapi biar buku tu nampak lusuh, sebab diselak byk kali utk mengambil 'ibrah darinya.

p/s - ana tau penulis bagus. so saranan ini sebagai tambahan utk dimuatkan dlm entry ini.

NORIZAN ZAKARIA said...

haha..akh..first thanks for commenting..kemabli ke dunia blogginga akhirnya,Alhamdulillah.

yeap,Al Quran buku terutama. Surah iqra' pun dari Alquran..masakan kita boleh tenggalkan..

syukran ats pringatan tu utk kite semua.jazakalla khair=)

Bashir IbnDzul said...

sambutan mcm org baru balik haji plak. wakaka.

sama2. saling mengingati sesama kita.

NORIZAN ZAKARIA said...

haha.balik haji.
lawak r

Unknown said...

salam,
tulisan anda sedikit sebanyak dapat memberi ilmu dan nasihat kepada pembaca..keep blogging..saya sangat membutuhkan blog2 yang berinformasi,bermotivasi dan ber2macam lagi..

Serikandi islam said...

@jj: syukran.sedang mencuba menyumbangkan apa yang termampu..teruskan membaca=)

Related Posts with Thumbnails