Saturday, February 26, 2011

Berteguhlah.

0 comments

orang yang buat kerja baik diibaratkan seperti kain putih yang tergantung. akan ada sebilangan yang dengki akan menunggu di ahadapan kain itu sepanjang masa,menunggu smapai masa terpalit sedikit kotoran dan mereka akan menuding-nuding dan mencerca kain putih tersebut.

usahlah digusarkan kata-kata orang yang dengki dan iri hati,kerana yang menilai dan melihat mu adalah Allah dan penilaianNya lah yang terutama.

begitulah dalam jalan dakwah dan kerja-kerja yang ma;ruf.pasti ada yang tak senang. berilah ruang dan berlapang dadalah. Kita berebut-rebut mahu melaksanakan sunnah Rasulullah,mencontohi baginda,maka ketahuilah kesusahan dan tribulasi dalam gerakkerja Islam itu sendiri satu sunnah. Sekrang tanyakan pada jiwa,sanggup bersusahpayah seperti baginda?Sekurang-kurangnya darah kita masih tak tmpah sehingga bertakung di kasut.

teruskan usahamu.pedulikan kata-kata mereka yang tidak mengerti dan sentiasalah memohon supaya Tuhan memandumu.

semoga kau terus tsabat dalam perjuangan mu,wahai da'ie.

berteguhlah bak batu karang. Dihempas ombak tak pecah,disebat arus tak hanyut.

euww~politik itu kotor!

0 comments

"Awak tu masih belajar ey,awak tak perlu terlibat-terlibat dengan politik ni.Belum masanya lagi" seorang pensyarah mengingatkan.Ada sinis dan sindir di hujung nadanya.


"Bagi saya politik tu kotor. orang politik semua sama aja" seorang sahabat,beberapa waktu yang lalu mengulas. 

"aristotle kata Man is by nature a political animal. Ini menunjukkan apabila berpolitik,manusia cenderung untuk hilang sifat kemanusiaan dan menunjukkan sisi binatangnya."

Ah.persetan. 
Semua orang menyalahtanggap politik. Bila Aristotle bersuara,semua mata memandang dan tangan mencatat. Dunia melopong menanggap karya hero Yunani ini. Sedagkan dia bukan sempurna. Nabi pun bukan. Malaikat pun bukan.Cuma seorang manusia di bandar Athens.

POLITIK TIDAK KOTOR.AHLI POLITIK ITU YANG MENGOTORKANNYA.

Politik ibarat satu gelanggang tinju. Lantai kanvasnya masih jua putih bersih,gelanggangnya masih baru. tapi bila ada peninju yang main kasar,terlalu kasar,darah bertumpahan dan isi perut bersepahan dan justeru mengotorkan lantai yang putih suci. 
Peninju itu yang keji dan kotor atau gelanggang itu kah.?

Analalogi lebih mudah:Politik adalah sebuah bekas kosong. Gelas,mungkin. Jika air yang mengisi nya air yang kotor maka bekas itu akan tercemar bukan?Kalau air yang mengisinya air kali yang suci bersih,air Tasnim GAU misalnya,nah,bekasnya juga turut bersih.air mutlak yang suci lagi menyucikan.

Pendek kata,kotor atau tidak politik itu kerana diisi dengan pemainnya yang keji.

Ke mana-mana saya pergi,bila mana bercakap tentang politik tempatan,mesti ada yang berkata,"Aku tak sokong mana-mana pun.Ah,politik semua samalah.politik tu kotor"

Apa benarkah politik itu kotor.?

Bagaimana politik yang diajarkan Tuhan?Apakah ia sama kotor?

Berbeza dengan politik yang diajarkan Barat,Politik dalam islam adalah sesuatu yang exceptional kerana ia bersumber dan bertunjangkan ketuhanan. Siyasah Islam bukan seperti siyasah marxisme yang bertunjangkan ekonomi dan material,bukan juga seperti Realpolitik machiavelli yang bernadikan serakah pada pangkat dan kekuasaan.Siyasah Islam bersifat 'divine' iaitu suci.Berhubung langsung dengan urusan ketuhanan dan bukan satu juzuk yang terpisah seperti pegangan Barat. Siyasah Islam ada untuk menjaga syariat Islam itu sendiri,seperti kubu yang memagari istana.

Ilmu dan strategi politik Islam terakam kemas dalam lipatan sirah maghazi dan sirah nabawiyyah yang tersohor untuk dikutip oleh sekalian manusia sebagaimana ilmu strategi politik China terakam dalam karya Tsun Tzu "The Art of War .Kita lebih-lebih lagi wajar berbangga degan ilmu siyasah yang diturunkan Nabi,bukan manusia sebarangan.

Naskhah Kitabul Kariim Al Quran dan fiqh sirah sepatutnya menjadi hidangan ruji ahli politikus.Bukan semata-mata The Prince yang mengajarkan kebrutalan RealpOlitik ataupun Das Capital karl marx dengan junjungan Marxisme dan ideologi komunis nya mahupun Samuel Huntington. Kita juga punya Imam AL Mawardi mengajarkan segenap inci tentang politik Islam.

Politik Islam berpaksikan arahan Allah sebagai mandat paling utama. Jadi tidak mungkin ia terselleweng bukan?Inilah yang dinamakan hakimiyyah ilahiyyah. Arahan tuhan sebagai paksi utama.Seterusnya  risalah iaitu hadis Nabi dan seterusnya khalifah.

Saya malas mengulas panjang.[Eh,tapi macam panjang jugalah]

Kotor politik kerana pemainnya. Bila naik takhta kerana mengidam material.

Bagaimana memilih pemimpin?

1. Yang Jaga Islam
Imam Ghazali menyebutkan dalam kitabnya yang merangkumi ilmu2 siyasah,Al-Tibr al-Masbuk fii Nashihat al-Muluk yang merupakan kumpulan-kumpulan nasihat kepada Sultan Muhammad Ibnu Malik dr Saljuk.menurut Imam Ghazali,khalifah adalah pelindung pelaksanaan syari’at .Nah,nilai pemimpin anda apakah ia melindungi syariat. Jika ya,maka 
pilihlah dia.
Kalau tak ada juga pilihlah yang paling hampir kepada ini.Manusia bukan perfect,buddy..


2. Yang jaga rakyat
 Apa orang kata,from the people,by the people,for the people?haa..
Tengok sajalah contoh Umar Al Khattab yang berjalan di malam hari dengan menyamarkan identiti. Tanpa berita tanpa media. Tanpa wartawan. Tanpa kelipan cahaya DSLR,Buletin Utama,Utusan dan sebagainya.

3. Yang bijak
Bijak,bukan pandai. Bijak bukan bermaksud kau lulus bahasa Arab di negeri nun jauh,atau kau ada tauliah berkeping-keping atau ada sijil beratus-ratus.
Tapi kau kena bijak.



Related Posts with Thumbnails