Friday, January 8, 2010

Sains Sosial dan Sekularisme



Um. Topik memang menarik semester ni. Subjek ESD( Education of Sustainable Development) mcm tu lah lebih kurang. Pembangunan lestari. Um. Tajuk saya semasa membuat Manual Aktiviti Hijau ,dan juga tajuk yang dibincangkan dengan Prof Talhah lewat perbincangan kami dalam pertemuan di anjung Budi beberapa minggu lalu.


cuma satu yang buat saya rasa kurang selesa. Unsur-unsur sekular.


Belajar Kajian Sosial memang penuh ranjaunya. Cabaran sekularisme yang akan terlalu banyak mengasak bergantung kepada pembawanya. Dan dalam kes kami,pembawa pengantarnya ialah seorang pensyarah Bukan Islam. Namun tak pula saya menyalahkan dia. It's her job,really,to teach only what is taught in her universities.Mengajar apa yang dibacanya dari teks teks dari luar negara. Mengajar geografi dari prisma ahli geografi Barat yang namanya selalu keluar Tv berbanding ahli geografi Islam. This is just not her fault. Lagipun,dengan sisitem pendidikan sedia ada,agak sukar untuk tidak lari dari sekularisme ini;apatah lagi bila diajarkan oleh seseorang yang tidak mengenal konsep syahadah dan Islam.
Tapi dia tak apalah,pelajar muslim?mampu kah tapis pendapat2 sekular ini?atau terlepas pandangkah?


Here's among the issue yang saya sempat catitkan sepanjang kuliah berlangsung semalam.


pertama: Kerap kali diulang tentang Teori Evolusi Darwin. Digunapakai dalam pembelajaran di kuliah semalam. Manusia berevolusi dari monyet. 
"Saya tahulah kamu berasal dari monyet," adalah antara kata-kata humor yang secara tak sedar mampu menggugat akidah. kawan-kawan ketawa. saya muram.


kedua: Tiada ilmu alam sekitar dalam agama termasuk Islam.
Saya masih ingat kata-katanya ketika menceritakan sejarah kesedaran alam sekitar timbul di dunia sehingga membawa kepada conference2 dan juga pelajaran alam sekitar merentas kurikulum. Beliau mengatakan dulu,orang tak belajar ilmu alam sekitar..orang belajar agama saja. lebih kurang begitulah. Mulut saya diam tapi hati saya menjerit,"YOU'RE WRONG!"



Ketiga: Pengistilahan yang membahayakan.
Kerapkali ditekankan istilah  'semualajadi' sehingga pada stau-satu masa kedengaran seolah-olah ia bukan dicipta Oleh Allah Al Khaliq,tetapi secara 'semulajadi'.


Banyak lagi. Tak teringat saya. 


Saya banyak berfikir selapas kelas;sekali  lagi saya katakan,saya tak menyalahkan beliau;saya cuma tidak puas kerana dalam  perbincangan tentang alam tadi,terlalu BANYAK,saya ulang,OH,TERLALU BANYAK peluang-peluang yang boleh dimasukkan tentang keagungan Allah,ruang-ruang untuk bertasbih dan memuji Allah,malah banyak point-point yang dinyatakan boleh dilihat di dalam al quran malah boleh  disebutkan. Dan saya juga  geram kerana semakin hari semakin banyak teori mengarut yang menjejaskan akidah dilontarkan dan ditelan bulat-bulat oleh pelajar. Bimbang.


  • 1.Teori Evolusi Darwin
Petang itu juga,saya ke perpustakaan. Saya mahu cari buku tentang penipuan evolusi. Yang boleh mematahkan teori evolusi Darwin. Siapa lagi yang lebih handal dalam bab ini melainkan Harun Yahya?Alhamdulillah,saya menemukannya dalam buku Bagi Golongan yang Berpemikiran. Just What i need. Dan dari buku ini,saya temukan bahawa ada lagi buku yang khsusu tentang penyangkalan evolusi yang ditulis beliau bertajuk Penipuan paling besar dalam sejarah Bidang Biologi:Darwinisme,dan 20 Dalil Mengapa Teori Evolusi Batal,Kesilapan Besar Golongan Evolusionis 1 dan 2,dan banyak lagi. Doakan saya dapat menemukan semua bahan ini. 


Saya belum habis membaca lagi,tapi saya tahu satu perkara dengan jelas,manusia bukan berasal dari monyet,tetapi dari Nabi Adam,seorang manusia. Dan kenapa saya katakan ianya bahaya untuk pelajar2 kita? Mari saya quote kata2 Harun Yahya;
Teori Evolusi,sebagai sebuah aliran falsafah dan konsep mengenai dunia,mengemukakan dakwaan dan anggapan palsu mereka-reka sandiwara sebagai sebuah penjelasan tentang kewujudan dan asal-usul hidupan sekadar melalui istilah kebetulan. Sebenarnya,ia berakar umbi di zaman lampau dan Greek Kuno.

 Semua falsafah ateis yang menafikan penciptaan,secara langsung atau tidak langsung meliputi dan mempertahankan idea mengenai evolusi termasuk beberapa ideologi dan sistem yang MENAFIKAN AGAMA.


Lihat pula apa kata Allah?
Saya selak tafsir Quranul Karim.
Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam. Kami angkut mereka di daratan dan di laut,Kami beri mereka rezeki yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dari kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan.

Surah Al-Isra',ayat 70.


dan Darwin pula mahu mengaku keturunan monyet?


Baik.


  • 2. Tiada Ilmu alam sekitar dalam Islam?
Rakan-rakan yang tidak sedar kepincangan kenyataan ini akan mengangguk saja. Oh,salah. Saya telah membaca sebuah buku berjudul Islam dan Ekologi himpunan Fadzlun M Khalid (kalau tak silap) yang saya temukan di Pejabat Sahabat Alam Malaysia(SAM) ketika membuat Manual bebrapa minggu lalu. Menarik. Jujur saya katakan,selepas membaca buku tersebut,pandangan saya berubah. Pandangan saya terhadap penjagaan alam sekitar juga berubah. Betapa dekat Islam dan Alam sekitar. [Thanks to Kak Fatin SAM yang mahu memberikan buku tersebut secara percuma kepada saya]
Betapa banyak hadis dan ayat Ala Quran yang menjelaskan tentang peri penting menjaga alam.
Dan semalam di perpustakaan,saya telah temukan satu buku lagi,
Islam dan Alam sekitar. Buku ini sangat  menggembirakan saya kerana mengandungi tulisan Syed Hossein Nasr. Siapa beliau?Prof Talhah,seorang pensyarah subjek pembangunan bandar dan..(saya kurang ingat nama subjek tersebut) dan juga pengarah di Anjung Budi,Usm telah mencadangkan kepada saya buku karangan Syed Hossein Nasr,The Encounter of Men and Nature. Saya tak menemukannya tapi saya menemukan salah satu tulisannya di dalam buku ini.(Malah sudah siap diterjemahkan!)


Seblum ini dalam post2 saya berkaitan alam sekitar telah saya nyatakan beberapa hadis berkaitan alam sekitar.Nanti ada masa saya post satu entry khsus yang menceritakan ilmu alam sekitar dari wolrdview(pandangan semesta)Islam.


  • 3. Pengistilahan. Um.sistem. sistem.


hakikatnya,Ilmu Geografi tidak pernah bercanggah dengan Islam. Ilmu Geografi BARATlah yang sebenarnya bercanggah dengan konsep Islam. Kalau kita betul-betul mengkaji Al Quran,kita akan mendapati banyak teori-teori kejadian alam yang selari dengan Al Quran. Saya sendiri tidak akan sedar perbezaan 'Geografi dari perspektif Barat' dan 'Geografi dari perspektif Islam' jika tidak bercakap dengan Profsor Talhah Idrus yang acapkali menyebutkan hadis dalam setiap hujahnya,juga petikan ayat Al Quran yang benar lagi nyata.


Pesan saya,berhati-hatilah dalam belajar. Saya sebenarnya bimbang,takut kalau dalam ketawa dan angguk-angguk pelajar Muslim,iktikad di hati secara tak langsung tergoyah. AWAS.


p/s: Teringat kisah bagaimana Galilleo Galillei yang mengemukakan teori bahawa Bumi bergerak mengelilingi matahari sekalgus menyokong teori Copernicus dan ditentang golongan gereja sehingga terpaksa diarah menarik balik balik teori tersebut dan menghentikan kajiannya. Cuba Lihat al Quran. Tidakkah selari?Kalau tak silap Surah Yasin. Islam dan ilmu alam tak pernah bercanggah. kalaupun bercanggah,kitalah yang salah,kerana Allah lebih Mengetahui.


2 comments:

Bashir IbnDzul said...

Salaam,

Cuba cari "Kitab Tauhid" tulisan Abdul Majid Aziz Az-Zindani. InshaALlah banyak persoalan boleh anti rungkaikan untuk jelaskan pada pensyarah itu.

Teori darwin, jelas-jelas sangat karut. Kalau monyet berevolusi menjadi manusia, mengapa masih wujud monyet sekarang ini? Lagipun memang tiada bukti yang kukuh mengenai teori itu. (dan banyak lagi boleh bidas teori ini gunakan Al-Qur'an)

Islam dan alam sekitar, banyak juga dalam Al-Qur'an, telah disebut mengenai alam sekitar. Juga kerosakan yang dilakukan kerana tangan-tangan manusia. Cumanya, kurangnya perbincangan mendalam untuk isu ini.

Sistem alam dan geografi. 1431 tahun yang lalu, bagaimana Al-Qur'an boleh mengetahui tentang wujudnya garis pemisah antara lautan? Antara air masin dan air tawar. Sedangkan tiada alat atau teknologi canggih pada masa itu.

Sebenarnya banyak yang boleh dikaji dari Al-Qur'an. Dan betapa ketika kejatuhan islam, banyak buku-buku tulisan orang Islam, telah ditulis semula oleh cendekiawan barat (sebenarnya peniru ilmu je) dan mereka terbitkan semula atas nama mereka.

Padahal, Islam telah lebih dahulu menerajui pelbagai bidang.

Banyak tulis, banyak silap. Harap perbetulkan jika ada yang kurang tepat atau salah.

p/s - ana pun minat alam sekitar terutama haiwan liar. Suka juga tengok dokumentari pasal haiwan. Satu topik yang menarik, tapi tak ramai yang mempunyai minat seperti ini di Malaysia. (kajian Islam dalam geografi dan alam sekitar)

NORIZAN ZAKARIA said...

betul,anda benar. sy pun baru kini (terutama setlh mmbaca byk buku2 alam sekitar n berjumpa dgn org tertentu) sedar yang perlunya reformasi dalam pendidikan alam sekitar. Ilmu yang sudah lama diajarkan Allah di dalam al quran ,cuma memerlukan kita untuk menggali isinya.

utk rujukan,sila rujuk juga Islam dan Ekologi,Fadzlun M Khalid,dan Islam dan alam sekitar oleh Zaini Ujang.dan Islam dan krisis alam sekitar oleh Prof syed Hossein Nasr juga the encounter of men and nature dr penulis yg sama.

oh,ya,terima kasih krn berkongsi bhn bacaan tsebut.

Related Posts with Thumbnails