"Ican,aku tulis entry pasal kau.buka!"
Aku taip alamat blognya.
Allah..Ada satu perasaan terharu bercampur nostalgic bila membaca entry. Seumur hidup tak pernah ada orang rindu kan aku sebegitu.
"yang selalu bergaduh itulah yang dirindu" bak kata Nana.
"Dulu kau kalau keluar akan pakai sneakers,dengan tshrt dan beg vintage kotak-kotak.Tapi lepas tu kau berubah."
Lebih kurang macam tulah bunyi entrynya.
"Dulu susah betul nak kejut kau bangun pagi. Tapi lepastu pukul 5.30 mesti alarm kau dah bunyi"
Little did everyone knows,antara pemangkin perubahan aku adalah Nanako sendiri. tak ramai tahu cerita ni,cuma aku dan naz. dan sekarang kau.
Dulu masuk maktab aku bukan pandai mengaji kau tahu?kenal huruf,kenal baris tapi membaca mesti merangkak-rangkak. Kira kalau orang dengar tu malu lah dengan budak PASTI.
It all started when satu hari kami sama2 baca Yassin. Nak exam,wajib ingat tuhan lebih ketika tu.Doa pun jadi panjang. Aku mula dulu. Dia mula kemudian. Tapi dia habis dulu.Lancar je bacaannya sedankan aku makin lama makin perlahan dan pelan,makin malu kerana bacaan yang merangkak-rangkak seperti hantu cerita Ju On.
Sejak itu aku jadi sangat malu dengan diri. Aku baca Quran setiap hari bila nanako tak ada di bilik. Malu oo orang dengar bacaan 1 kilometer sejam tu, lama lama ,sedar tak sedar aku semakin lancar. Sebab masalahnya bukan xpandai cuma tak biasakan mengaji. Lepas tu aku mula ambil kelas Quran untuk perelok bacaan. Sampailah tahun seterusnya aku sudah mula diminta jadi mentor untuk prgram tahsin Quran adik-adik. Malah aku sempat belajar tarannum walau mengaji tak habis.
Tak siapa tahu salah satu perubahan yang paling besar berlaku sebab Nanako. Aku tak rasa kau pun tahu Nanako.
..............................
Tudung Lilit-lilit
Haha. Tudung belit2?Aku lah juara. Berapa kali lilitan seminit aku mampu buat tutup mata saja bro. Aku lah antara paling awal melaram dengan tudung Wardina aku. Baju Kain sari warna pink dengan tudung lilit 2kali cucuk pin atas kepala adalah antara uniform aku yang paling diingati dan disegani.
tapi sekarang aku cuma pakai tudung biasa aja.Luar je tukar,dalam masih orang yang sama,bro.
Dulu aku orang fashion,sekarang aku orang syariat(harapnya)
...........................
Shakila,seorang budak kelas aku yang aku kirakan intelek lah juga, pernah sebut ,"Ican,beruntung kau,you have found ur calling" .dalam bahasa melayu nya lebih kurang, "ican kau dah jumpa seru kau(tempat where u belong)
Aku mengangguk sambil bisik Hamdalah.
"Allah yang 'Call'."
Bila fikir2 balik,aku memang bahagia dengan tempat aku sekarang. Sebab itu aku selalu husnuzzhon dengan Tuhan sebab Dia beri aku benda baik satu demi satu.
..................................
Setiap orang akan berubah,janji kau pasang niat. Selebihnya Allah bantu.
Dan untuk Geng Tolu,walau aku bertudung labuh,berjubah,berstokin,aku masih Tolu macam kaorang. Aku masih orang yang sama yang ponteng kelas lepastu menyorok dalam bilik senyap2 bila Shahidan ronda. Aku masih orang yang sama yang lepak dengan kauorang di cybercafe Abang Ajim malam-malam sebab kita dulu bukan orang kaya yang mampu beli Dell atau Acer. Aku masih orang yang sama yang buang kemuncup bersama2 kaurang lepas lalu jalan shortcut nak balik bilik. Dan aku masih orang yang sama yang bila keluar ambil gambar di Toilet(Seolah-olah WAJIB?)
Orang yang sama,cuma kondisi hati yang berbeza=)
2 comments:
semnagat2 tolu2 :)
SEMANGAT.AGI HIDUP AGI MENTOLU=)
Post a Comment