Tuesday, February 28, 2012

Terima kasih kerana bersabar


peristiwa 3-4 hari lepas sangat menggugah iman aku.tenang aku.Kau tahu aku orang emosi. Benak aku penuh dengan kepercayaan tak rasional seperti kata Albert Ellis. Haha, Intelek saja yang faham.

Tapi setelah api padam dan bara menyejuk,baru aku nampak. Selalu nya macam tulah. tengah marah kau tak akan nampak apa2.

Bukan senang nak jadi macam kau. tenang dan bersabar, Orang kata kau macam-macam(silap kau juga yang masih tak mahir interpersonal) tapi kau tetap tenang dan tak melatah. "Peduli apa orang kata,kau kata.
tapi aku tegur juga kau kadang-kadang mengingatkan kau tentang adab dan akhlak dalam bercakap. Kau terima dengan hati lapang. tak macam aku yang cukup payah terima teguran.

Tapi Paling aku terkesan ialah bagaimana kau boleh bersabar dengan aku. Kata-kata lelaki yang kukira murabbi haritu betul2 buka mata aku betapa kau sudah banyak bersabar dengan egoku,karenahku.

Keras hatiku.

Marahku.

Prioritiku.

Senisitivitku.

Hingga akhirnya tiada apa yang kau buat melainkan semuanya nampak salah salah salah.

Tapi kau sabar.

Maaf aku bukan seorang yang lembut budi,tunduk dan taat. Aku punya pemikiran sendiri,caraku sendiri,dinamik gerakanku sendiri. Cita-cita aku melangit. Aku nak tubuhkan ribath banat. Aku nak adakah Majlis Selawat besar-besaran. Satu masa aku nak bertanding pilihanraya. My dreams are limitless man.

Tapi aku bimbang aku jadi besar kepala.

Semoga boleh bersabar sedikit lagi.Dan doakan Allah meleburkan ananiyah ku.

1 comments:

Anonymous said...

If some one wishes to be updated with hottest technologies then
he must be pay a quick visit this web page
and be up to date everyday.

Visit my web site: Abercrombie France

Related Posts with Thumbnails