Wednesday, February 29, 2012

Ayyuhal Walad dan aku.

4 comments
Malam ni ada majlis khatam kitab Ayyuhal Walad. Sungguh aku rasa majlis yang "not doing it justice" orang putih kata. Maksud aku,ia boleh jadi lebih grand memandangkan signifikan kuliah Ayyuhal Walad ini dalam atmosfera Bainun.




Aku tak sangka kuliah kitab yang berlanjutan sehingga 5 tahun akan tamat malam ni. Nostalgik kau tahu?Sudah tentu kau tak tahu. mari aku cerita.


Ayyuhal Walad saksi mata kepada turning point aku.Dalam kuliah ini aku rasa diketuk-ketuk hati ibarat tukul mengetuk paku.


Sakit. Sedar. Insaf.


Entah kenapa pembawaan Ustaz Afif betul-betul bagi impact. Sebab itu dulu aku sedikit taksub dengan dia. Pantang nampak bayangnya langsung ingat Tuhan. Cerita dulu. macam kau orang kampung first time dapat salam dengan Najib confirm kau tak basuh tangan seminggu kan. Aku memandang yang baik saja padanya. Peribadinya membentuk aku. Kuliah ini membentuk aku.


Sebelum kitab ni habis aku sebenarnya dah baca habis kitab ni malah diulang-ulang sehingga ayat yang selalu aku guna dalam sembang kencang aku hari2 ialah Ayat "Ma indakum yanfad,wam indallahi baqi" Apa yang ada disisi mu akan habis,apa yang ada di sisi Allah kekal."


Jadi tadi bila dibacakan ayat tu satu deja vu yang sayu datang menujah.


Sejarah aku dengan kuliah ayyuhal walad adalah sesuatu yang sentimental.Kalau kau selalu rasa sentimental bila dengar Lagu Kuch Kuch Hota Hai(aku tak salahkan kalian,cerita tu memang nostalgik melampau) aku akan touching dengan kitab ini. Banyak ia bantu membentuk aku jadi siapa diri aku sekarang. Menangis dengan dosa sendiri,dengan maksiat.


Kali pertama aku ke kuliah adalah tak disengajakan. Masa tu aku mula jinak2 pergi surau. kebetulan ada kuliah aku ikut saja.


Sehingga melekat . Mungkin kerana pembawaan ust Afif yang santai.Dan adakalanya menyentuh qalbu paling dalam. Mengetuk iman yang sedang tidur.


Pertama kali aku datang dengn tudung singkat. baju pun ala kadar.
pertama kali aku datang aku sosial.Masih keluar-keluar malam,masih tak jaga batas pergaulan.
Pertama kali aku datang aku tak tahu agama. Baca Al fatihah pun masih tergeliat.Solat terawih aku ikut-ikut orang saja.Time depa selawat di antara solat tu aku buat-buat menguap sebab aku tak hafal.Standard lah.Aku yakin ramai orang pun bukan hafal.




Kuliah ini bukan satu2nya yang mengubah aku. Cuma ia jadi saksi,dan jadi penguat.


Tak sangka aku boleh sampai ke tahap ini. Bukan atas usahaku,tapi atas kehendak ALlah. Tak tahu sujud sebanyak mana boleh mendefinisi syukur pada ALlah.


Pernah sekali aku tak ke kuliah sebab kawan ajak keluar. dengar suara ust di speaker surau yang bergema sehingga ke luar.Aku jalan perlahan-lahan sebab nak dengar kuliahnya. Selangkah,selangkah. Akhirnya sebelum bertolak keluar aku dah dapat dengar syarah satu hadis. Atau mungkin sebahagian.




Buat Ustaz Afif,aku doakan ia sentiasa sukses dalam kurniaan dan kasih sayang Allah. Aku doakan ia ikhlas,sentiasa ikhlas sebab aku melihat penyakit hati seperti ujub dan riya' selalu jadi kanser yang merebak dan memakan amal orang2 hebat.Dan setentunya aku mahu dia terhindar dari yang sedemikian. AKu doakan dia dalam fatihah.Dan tahniah atas penghabisan sebuah kuliah yang bagi aku sebuah 'lakaran Sejarah". Semuanya dari Allah.


kepada semua yang telah memainkan peranan dalam membawa aku ke tahap ini,aku panjatkan doa pada kalian. Ganjaran Allah juga yang paling awesome.

Tuesday, February 28, 2012

Terima kasih kerana bersabar

1 comments
peristiwa 3-4 hari lepas sangat menggugah iman aku.tenang aku.Kau tahu aku orang emosi. Benak aku penuh dengan kepercayaan tak rasional seperti kata Albert Ellis. Haha, Intelek saja yang faham.

Tapi setelah api padam dan bara menyejuk,baru aku nampak. Selalu nya macam tulah. tengah marah kau tak akan nampak apa2.

Bukan senang nak jadi macam kau. tenang dan bersabar, Orang kata kau macam-macam(silap kau juga yang masih tak mahir interpersonal) tapi kau tetap tenang dan tak melatah. "Peduli apa orang kata,kau kata.
tapi aku tegur juga kau kadang-kadang mengingatkan kau tentang adab dan akhlak dalam bercakap. Kau terima dengan hati lapang. tak macam aku yang cukup payah terima teguran.

Tapi Paling aku terkesan ialah bagaimana kau boleh bersabar dengan aku. Kata-kata lelaki yang kukira murabbi haritu betul2 buka mata aku betapa kau sudah banyak bersabar dengan egoku,karenahku.

Keras hatiku.

Marahku.

Prioritiku.

Senisitivitku.

Hingga akhirnya tiada apa yang kau buat melainkan semuanya nampak salah salah salah.

Tapi kau sabar.

Maaf aku bukan seorang yang lembut budi,tunduk dan taat. Aku punya pemikiran sendiri,caraku sendiri,dinamik gerakanku sendiri. Cita-cita aku melangit. Aku nak tubuhkan ribath banat. Aku nak adakah Majlis Selawat besar-besaran. Satu masa aku nak bertanding pilihanraya. My dreams are limitless man.

Tapi aku bimbang aku jadi besar kepala.

Semoga boleh bersabar sedikit lagi.Dan doakan Allah meleburkan ananiyah ku.

Sneakers,Beg Vintage dan Tudung Labuh.

2 comments
Kelmarin dapat post yang rare dr bekas teman sebilik,Nana. Dibilangnya rindu.

"Ican,aku tulis entry pasal kau.buka!"

Aku taip alamat blognya.

Allah..Ada satu perasaan terharu bercampur nostalgic bila membaca entry. Seumur hidup tak pernah ada orang rindu kan aku sebegitu.

"yang selalu bergaduh itulah yang dirindu" bak kata Nana.

"Dulu kau kalau keluar akan pakai sneakers,dengan tshrt dan beg vintage kotak-kotak.Tapi lepas tu kau berubah."

Lebih kurang macam tulah bunyi entrynya.

"Dulu susah betul nak kejut kau bangun pagi. Tapi lepastu pukul 5.30 mesti alarm kau dah bunyi"

Little did everyone knows,antara pemangkin perubahan aku adalah Nanako sendiri. tak ramai tahu cerita ni,cuma aku dan naz. dan sekarang kau.

Dulu masuk maktab aku bukan pandai mengaji kau tahu?kenal huruf,kenal baris tapi membaca mesti merangkak-rangkak. Kira kalau orang dengar tu malu lah dengan budak PASTI.

It all started when satu hari kami sama2 baca Yassin. Nak exam,wajib ingat tuhan lebih ketika tu.Doa pun jadi panjang. Aku mula dulu. Dia mula kemudian. Tapi dia habis dulu.Lancar je bacaannya sedankan aku makin lama makin perlahan dan pelan,makin malu kerana bacaan yang merangkak-rangkak seperti hantu cerita Ju On.

Sejak itu aku jadi sangat malu dengan diri. Aku baca Quran setiap hari bila nanako tak ada di bilik. Malu oo orang dengar bacaan 1 kilometer sejam tu, lama lama ,sedar tak sedar aku semakin lancar. Sebab masalahnya bukan xpandai cuma tak biasakan mengaji. Lepas tu aku mula ambil kelas Quran untuk perelok bacaan. Sampailah tahun seterusnya aku sudah mula diminta jadi mentor untuk prgram tahsin Quran adik-adik. Malah aku sempat belajar tarannum walau mengaji tak habis.

Tak siapa tahu salah satu perubahan yang paling besar berlaku sebab Nanako. Aku tak rasa kau pun tahu Nanako.


..............................

Tudung Lilit-lilit

Haha. Tudung belit2?Aku lah juara. Berapa kali lilitan seminit aku mampu buat tutup mata saja bro. Aku lah antara paling awal melaram dengan tudung Wardina aku. Baju Kain sari warna pink dengan tudung lilit 2kali cucuk pin atas kepala adalah antara uniform aku yang paling diingati dan disegani. 

tapi sekarang aku cuma pakai tudung biasa aja.Luar je tukar,dalam masih orang yang sama,bro.

Dulu aku orang fashion,sekarang aku orang syariat(harapnya)

...........................

Shakila,seorang budak kelas aku yang aku kirakan intelek lah juga, pernah sebut ,"Ican,beruntung kau,you have found ur calling" .dalam bahasa melayu nya lebih kurang, "ican kau dah jumpa seru kau(tempat where u belong)

Aku mengangguk sambil bisik Hamdalah.

"Allah yang 'Call'."

Bila fikir2 balik,aku memang bahagia dengan tempat aku sekarang. Sebab itu aku selalu husnuzzhon dengan Tuhan sebab Dia beri aku benda baik satu demi satu.

..................................

Setiap orang akan berubah,janji kau pasang niat. Selebihnya Allah bantu.

Dan untuk Geng Tolu,walau aku bertudung labuh,berjubah,berstokin,aku masih Tolu macam kaorang. Aku masih orang yang sama yang ponteng kelas lepastu menyorok dalam bilik senyap2 bila Shahidan ronda. Aku masih orang yang sama yang lepak dengan kauorang di cybercafe Abang Ajim malam-malam sebab kita dulu bukan orang kaya yang mampu beli Dell atau Acer. Aku masih orang yang sama yang buang kemuncup bersama2 kaurang lepas lalu jalan shortcut nak balik bilik. Dan aku masih orang yang sama yang bila keluar ambil gambar di Toilet(Seolah-olah WAJIB?)

Orang yang sama,cuma kondisi hati yang berbeza=)

Tuesday, September 27, 2011

Wahai Nabi syafaatkanlah kami!

1 comments

Hamba ini faqir yang dina
mengharap pandang Tuhan Penyayang
hanyalah khayal sepanjang masa
mengharap bertemu Tuan seorang.

Malu-malu al faqir malu
Siapalah hamba nan dina jiwa
Rindu rindu sang hati rindu
Kepingin menatap wajah nan mulia

Indah permai sang bulan purnama
Terlebih indah wajah kekasih
Gundah gulana menanti berjumpa
Bibir menyebut hati merintih

Aduhai kasih karangan hati
Seluruh raga saksi diri
Cinta ini segala jati
aku ini pencinta Nabi.

Duhai Nabi kekasih hati
bayangmu mengusap belai bumi
Tanah manakah tidak kan suci
menerima langkah lembut Sang Nabi.

Wahai kekasih sejuta wangi
Harummu melewati pagar Firdausi
betapa rindu menggigit hati
Hingga harumanmu menyapa diri.

Wahai rasul rahmat alam
Seluruh bumi menyatakan cinta
Maka apakah aku kan berdiam
Ketika semua berlumba mencinta?

Malu malu Al Faqir nan dina
di bibir cinta di hati dusta
Selawat ku langka sunnah ku alpa
Manakah sudi Tuan berjumpa

Aduhai Tuan penawar hati
Mohon kasihan jiwa yang melarat
Amal tiada zikir pun sepi
mengharap syurga berkat syafaat

Kalau kekasih sudah menyayang
melihat bumbungnya hati terawang
Inilah kisah Al Faqir seorang
mendengar Madinah jiwa melayang

Bilakah kan dapat kaki melangkah
ke tanah suci diaman Tuan
Kalau berkenan Sang Kuasa Tuhan
Semoga sampai melunaskan angan.



 Ya Allah pertemukan lah dia dalam tidurku dan dalam jagaku di akhirat kelak.Aku mencintainya kerna ia dariMu

Sunday, September 25, 2011

Dakwah bil Hal

0 comments
"Dik..kita ni orang islam..sepatutnya kita tutup aurat.. Rambut kita ni bukan untuk ditayang-tayang dik oi..adik mahukah nanti di neraka rambut ini dibakar2?" Kata seorang makcik yang sungguh prihatin dan cakna sekali bunyinya lalu berlalu meninggalkan seorang gadis berambut merah. Makcik itu memberi salam sopan sebelum berlalu dengan tudung arini dan kebaya ketat serta kain jarangnya.




..................................


"Kita adalah remaja-remaja cetakan Al Quran haruslah menjaga akhlak dan tingkahlaku kita. Tunjukkan peribadi orang yang cintakan NABI!!!" 
Tett. SHARE.
ya,kalimah yang ditaipnya muncul di dinding uterus facebook. 


                     "bagus,inilah akhlak yang dibanggakan nabi" -Peah,2 seconds ago. 
                     "terbaiklah Timah."-meon,3 seconds ago.
                     "Tahniah atas kecaknaan anda." YB Jamil ,5seconds ago.
                     "molek do'oh!-Mang Ganu,10 seconds ago.


ngee.senyum. 
         eh?eh?ada lagi?     .......
                     "good job dear,ini yang buat b makin cyg ni.-Handsome Boy ,15 seconds ago.
                      "Oh mai god.tenkiu b. I saja jerr,rimas lerr tengowk orang2 yang burowk akhlaknyeww zaman skrg nieww..huk huk huk." -Minah ,16 seconds ago.




cet.


Prinsip aku mudah aja. orang yang hatinya ikhlas nasihatnya menyentuh jiwa. Walaupun nasihatnya sambil senyum kau boleh nangis. itu lah sifat guru aku.


memang kita terima masihat tak tengok pada yang memberi tapi pernah tak dengar istilah dakwah bil hal atau qudwah qabla da'wah?


Lu pikir la sendiri




*Dialog dan nama-nama di atas adalah rekayasa semata-mata.*
        

Dakwah bil Hal

0 comments
"Dik..kita ni orang islam..sepatutnya kita tutup aurat.. Rambut kita ni bukan untuk ditayang-tayang dik oi..adik mahukah nanti di neraka rambut ini dibakar2?" Kata seorang makcik yang sungguh prihatin dan cakna sekali bunyinya lalu berlalu meninggalkan seorang gadis berambut merah. Makcik itu memberi salam sopan sebelum berlalu dengan tudung arini dan kebaya ketat serta kain jarangnya.




..................................


"Kita adalah remaja-remaja cetakan Al Quran haruslah menjaga akhlak dan tingkahlaku kita. Tunjukkan peribadi orang yang cintakan NABI!!!" 
Tett. SHARE.
ya,kalimah yang ditaipnya muncul di dinding uterus facebook. 


                     "bagus,inilah akhlak yang dibanggakan nabi" -Peah,2 seconds ago. 
                     "terbaiklah Timah."-meon,3 seconds ago.
                     "Tahniah atas kecaknaan anda." YB Jamil ,5seconds ago.
                     "molek do'oh!-Mang Ganu,10 seconds ago.


ngee.senyum. 
         eh?eh?ada lagi?     .......
                     "good job dear,ini yang buat b makin cyg ni.-Handsome Boy ,15 seconds ago.
                      "Oh mai god.tenkiu b. I saja jerr,rimas lerr tengowk orang2 yang burowk akhlaknyeww zaman skrg nieww..huk huk huk." -Minah ,16 seconds ago.




cet.


Prinsip aku mudah aja. orang yang hatinya ikhlas nasihatnya menyentuh jiwa. Walaupun nasihatnya sambil senyum kau boleh nangis. itu lah sifat guru aku.


memang kita terima masihat tak tengok pada yang memberi tapi pernah tak dengar istilah dakwah bil hal atau qudwah qabla da'wah?


Lu pikir la sendiri




*Dialog dan nama-nama di atas adalah rekayasa semata-mata.*
        

Tuesday, September 20, 2011

Beza pemikiran orang yahudi dan orang Melayu

2 comments


Ini page view blog saya untuk bulan.Orang israel pun baca blog saya. Ya,Yahudi suka membaca. rujuk entry baca. Orang Yahudi sifatnya suka mengkaji. saya banyak buat entry ilmiah dalam bahasa English,boleh jadi ada yang terbaca.

Macammana pemikiran orang Melayu?

Pageview paling banyak minggu ini adalah untuk entry nikah. Ceh.


p/s: Kantoi reader xbanyak,you~
Related Posts with Thumbnails