akhir2 ini saya banyak menyuarakan seruan kepada pendidik.Bakal murabbi. bunyinya macam sudahpun bergelar cikgu. belum lagi. Tapi memang sejak akhir2 ni,saya sdikit bersemangat akalau bercakap tentang misi saya di sekolah nanti. Ya misi. sebab sebelum ini saya tak pernah,TAK PERNAH berfikir panjang tentang tugas di sekolah nanti. apatah lagi misi saya bila bergelar 'cekgu' kelak. yalah,saya muda lagi..Rasa macam baru semalam tinggalkan dewan SPM,(dan baru semalam menangis menatap slip keputusan=) ).Tapi entah dari bila bermula,saya mula tak sabar nak menjejakkan kaki ke sekolah dan menanti saat satu kelompok wajah2 segar dibebankan masa depannya di pundak saya. berat,tapi saya tak sabar. sebab saya punya misi.
Saya baru kini tersadar kalau guru itu punya autoriti dan peranan yang cukup besar dan signifikan. Maksud saya,kami diberi kuasa menentukan pemikiran dan masa depan kanak2 belum cukup umur yang diserah kepada kami. di bawah telunjuk guru,minda anak2 boleh dicuci untuk menjadi pekebun,menjadi perompak,pengemis malah saudagar minyak terkaya di dunia hatta cakerawala sekalipun dengan izin-Nya. KAMI.GURU.haha..jadi hati-hatilah wahai sekalian ibubapa..(sengaja menyelitkan unsur suspen disitu)
apa yang saya mahu katakan,kalau kita(harus diingatkan tulisan ini dituju khusus kepada bakal pendidik)kalau kita boleh hasilkan doktor,lawyer,majistret,kerani pangkat 3,dan macam-macam lagi. Kenapa tidak boleh kita lahirkan pejuang??Ya,bakal Syuhada' maksud saya,pejuang Islam maksud saya,Jundullah,Rafi'uddin dan sebagainya.
Pernah bertanya kenapa kini tak ramai pejuang yang berani seperti dulu?apa lagi di Malaysia. Pemuda-pemuda diikat di kerusi kuliah ,dengan mulut terkunci rapat dengan pita selotape AUKU dan Akta 174. hatta mahu bangkit mengangkat pisau lipat sebesar ruas jari pun bimbang digelar radikal,bimbang menjadi tetamu ISA. tapi selain dari itu,pemuda malaysia kini semuanya tetap saja lembik.longlai. Sudah jarang saya lihat rijal2 yang bersukan pada petangnya,menebas rumput,mengembara menyertai program2 dakwah dan kemasyarakatan. Yang ada cuma generasi PS2,generasi Ipod,generasi computer games. Tiada kesedaran tentang dunia luar. Tak terdengar suara rayuan Palestina dan masyarakat lain. Tiada kesedaran untuk bangun membantu Islam dalam apa cara termampu. SOCIAL CONTACT dengan masyarakat hanyalah melalui facebook,tagged,friendstermu name it.
SEBAB ITU SAYA SANGAT BERSEMANGAT. tak sabar rasanya nak menyahsekularkan pendidikan adik-adik saya. Tak sabar nak suap otak mereka dengan Islam,dengan kisah2 keberanian panglima2 Islam,tentang peri pentingnya syariat,tentang peranan sebagai muslim. Saya bukan nak men'cuci fikiran' saya nak men'suci fikiran'. Tak sabar nak bina mindset mereka supaya berfikir seperti 'seorang penegak Islam',bukan sekadar seorang individu biasa.
Ayuh rakan-rakan.Tidakkah kalian rasa terharu mengingat betapa besar kuasa kita ke atas generasi. tapi jangan lupa diri. Kita ada tanggungjawab menghidup daulah Islamiyyah. Ayuh nyasekularkan pendidikan yang sudah sedia sekular. Ayuh Islami kan ilmu-ilmu dari Barat. Ayuh kembalikan ke udara nama-nama sarjana Asia tengah,ayuh pudarkan taksub dan kagum pada pemikir2 Orientalis yang berfikir cuma atas nama dunia.
Ayuh!kita isi dada dengan ilmu.Kita isi pembuluh darah dengan semangat yang berdenyut2,semoga istiqamah dalam mendidik bakal pejuang!
bersama murid-murid Sk Sungai Rusa
p/s:Mahu lahirkan juga generasi pemimpin pewaris Salahudin Al Ayubu dan Sultan Muhammad Al Fateh. Amin..
0 comments:
Post a Comment