Tuesday, November 24, 2009

Don't be afraid,Inallaha ma'ana.




(specially dedicated to self and a beautiful friend named Muna'izzah and intan Zarith)


entry ini saya susun sebagai penenang pada diri. memang dah lama nak tulis entry sebegini tapi berdasarkan pengalaman lalu,entry yang berunsur sebegini dikomen oleh individu 'tertentu' dengan kata-kata yang menyakitkan. perkara itu telah menyebabkan saya berhenti blogging buat seketika. well,asalnya nak lama. konon2 selama-lamanya. tapi tangan yang gatal menulis tak akan pernah berhenti hanya kerana asakan manusia. =)
baru-baru ni terdengar cerita dari kawan. serupa. seakan beri kekuatan untuk tulis entry ini.


Biar orang buat kita,jangan kita buat orang
ayat ini dlu saya selalu dengar dari Intan,seorang kawan yang dulunya selalu berendam air mata. Ujian. dulu bila dengar perkataan ni,saya akan balas,"mana boleh macam tu,kalau kita diam ja ,sampai bila orang nak sedar,kita kena tunjuk sikit kita pun boleh marah!"
darah muda saya bersuara. wah,dulu pantang saya dengar orang merelakan diri dipijak. konon-konon pantang keturunan pendekar dicabar. tapi sekarang bila dah mengalami sendiri,baru sedar mengalah tak bermakna salah,tunduk tak bermakna diperintah,diam tak bermakna bodoh.


Hadapi dugaan dengan senyuman 
 

Pikir macam ni aja. Kalau nabi Muhammad S.A.W pun boleh bersabar dengan seksaan dan tantangan kaum musyrikin Quraisy,kenapa tidak kita?Nabi lagi teruk kena,dibaling batu dan najis sehingga dikatakan darah yang mengalir sehingga ke kaki bertakung di dalam kasutnya.masyaAllah.betapa tegarnya hati kekasih saya tu. 
Kita.?haha.tak payah tepuk dada tanya selera dah, tengok cermin,cermin muka. pernah menangis teresak-esak kerana ujian kecil?(aduh!terasa tamparan ke muka sendiri)
lebih teruk,pernah menangis kerana  lelaki?(aduh!terasa lagi)
lebih teruk,pernah menangis kerana lelaki yang bukan muhrim(okay,cukup tamparan itu!)
mungkin ada yang xditimpa dengan ujian sebegini,ada yang kesedihan oleh fitnah,ujian-ujian dalam mjahadah dan sebagainya. macam saya,,saya menghadapi ujian berat dari segi 'musuh' yang mendendami saya. Demi Allah,tidak pernah dalam sejarah hidup mencari musuh tapi bertubi-tubi pula disakiti dengan kata-kata dan perbuatan mengadu domba. Kaum adam pula tu yang mendendami.Tapi semua itu ujian. Adatlah. Mula-mula,memang marah. tapi teringat pendekatan nabi menghadapi kutukan dan cacian. Bersabar."la taghdhab,la taghdhab,falakal jannah." terngiang-ngiang hadis itu yang selalu saa sebutkan pada kawan-kawan. Jangan marah,jangan marah dan bagi mu syurga. kamu hentam lah saya sebanyak mana pun,saya tak akan membenci kamu,sebaliknya saya cuma akan membalas dengan senyuman. Bukan setakat manusia saja,katakan ditimpa musibah seperti kehilangan barang atau orang tersayang,atau apa-apa saja,cuba untuk senyum dan katakan,"aku redha". Ya,cakap memang senang tapi bagi saya kunci penyembuhan adalah keyakinan ianya sudah sembuh. Law of attraction juga mengatakan,apa yang kita fikir adalah apa yang akan terjadi kepada kita.jadi,tersenyumlah menghadapi dugaan.



Kalau kamu berniat ikhlas,Allah pasti menolongmu
kalau niat kamu semata-mata mahu mendekati Allah,jangan bimbang,jangan takut,jangan runsing,la tahzan,la khauf,Inallaha ma'ana wa ma'akum.
Allah akan  tolong,dan jangan bimbang tentang fitnah yang akan  disebarkan 'individu' itu,pandangan manusia tak penting,yang penting pandangan Allah. Kalau nak diikutkan pandangan manusia,tak wujud fitnah pun belum tentu manusia itu bersangka baik sentiasa. Husnuss zhon adalah sesuatu yang sukar bagi setiap jiwa.


Ubat patah hati(khas untuk sayangku Intan Zarith)
sayangku intan,ketahuilah, ma indakum yanfad,wa ma indallahi baqi. Apa yang disisimu akan habis,apa yang di sisi Allah itu kekal selamanya. (saya tak ingat ayat surah apakah ini;siapa yang tahu maklumkan.ia tercatat juga dalam Ayyuhal walad)
keyword dia ialah kebergantungan kepada manusia. ketahuilah tiada manusia yang mampu berpegang kepada janjinya. Tak ada. Sebab itu nabi Muhammad ditegur oleh Allah dalam surah Al Kahfi ayat 23-24 supaya mengucapkan Insya'Allah kalau berjanji. Itu nabi yang ma'sum sayang,apatah lagi kita yang dhaif ni. janganlah terluka di sebabkan manusia. Sembuhkan hati dengan Al quran,zikrullah dan teman2. saya nak memetik petikan dialog cerita Soleha yang saya tonton buat pertama kalinya petang tadi,"nabi Muhammad itu jadi kuat kerna ada para sahabat yang setia disisinya,makanya dia jadi tabah". begitulah lebih kurang. Selain ada Allah,kamu punya sahabat.
ini dia saya sertakan doa patah hati yang pernah diajarkan oleh seorang teman kepada saya,
(maaf,xdpt sertakan masa ni;tak boleh insert bentuk jawi,mungkin lain waktu@datang saja ke bilik saya)



0 comments:

Related Posts with Thumbnails