Qatadah dari Anas bin Malik melaporkan Nabi Muhammad bersabda,"semua yang ada pada anak adam akan rosak atau tua kecuali dua perkara,iaitu,rakus(cintakan harta)dan juga panjang angan". Sebuah lagi hadis riwayat Al Bukhari berbunyi hampir sama,"Hati orang tua sentiasa berasa muda dalam dua perkara: pertama, pada cintakan dunia dan kedua, pada panjang angan-angan"
ALi bin Abi Thalib r.a paling takutkan dua perkara ;panjang angan-angan dan mengikut hawa nafsu kerana panjang angan-angan itu melupakan akhirat dan menurut hawa nafsu akan menghalangi dari haq(kebenaran)
panjang angan2 ni buat kita lupa akan kematian,buat kita lupa tentang hari kiamat ,yang mana kalau kita tak siap bekal lekas2,kita akan bermasalah dalam soal jawab nanti., Dari kirikah atau kanankah akan kita terima kitab amalan nanti. Allahuakbar,kecut perut memikirkannya.
setuju tak kalau saya kata remaja kita kuat berangan?
Pada pandangan saya remaja Islam Melayu kuat betul berangan. apa sebab saya kata begitu?cuba lihat saja hobi remaja-remaja kita. Baca novel cinta sampai melekat ke muka,tengok cerita Korea berjam-jam,dengan drama cintanya,dan macam2 lagi.
Saya tak suka baca novel,tapi taklah pula bermakna saya tak kuat berangan. Saya kelahiran Oktober dan kata fadzilah kamsah kelahiran Oktober ni kuat berangan. .Aduh!=)
Dan tak juga saya mengatakan yang semua pembaca novel adalah yang kuat berangan.bergantung pada jenis novel yang dibaca dan tujuan membaca.
Begini:Saya banyak dikelilingi oleh pembaca novel yang bila tiba part2 tertentu akan keluar bunyi2 begini;"ah~sweetnya lelaki ni..","ah~romantiknya depa ni~" bagi yang membaca novel-novel islamik kadang-kadang terdengar juga,"aduhai~aku pun nak bercinta lepas kawin jugaklah.." angan-angan. Sebab tu remaja melayu suka baca novel sampai bertimbun2 sebab novel ni adalah 'escapade' atau pelepasan diri dari realiti. Novel JARANG realistik,melainkan novel-novel yang bersifat sastera berat,satira dan novel realiti seperti Novel faisal tehrani ,shahnon ahmad dan sebagainya.
Drama-drama korea yang jalan ceritanya hampir sama saja semuanya,dengan perempuan yang buat2 comel,lelaki yang kacaknya tak realistik,semua-semua ini adalah bahan yang menghanyutkan remaja kita. Banyak lagi sebenarnya media-media yang menghanyutkan kita dari realiti dunia sebenar.
Maaf kalau saya katakan,novel-novel cinta yang bertimbunan di pasaran jarang yang menceritakan hakikat jeritan rakyat Palastin,jarang yang menonjolkan persoalan permasalahan umat,perpecahan dan sebagainya,jarang yang menceritakan dilema rakyat Selatan thai yang setiap hari hidup di atas garisan halus terentang antara dua bukit,menunggu jatuh berkecai,jarang juga yang menceritakan nilai-nilai murni. Ada yang lagi menggalakkan maksiat adalah.
Maaf kalau saya katakan,novel-novel cinta yang bertimbunan di pasaran jarang yang menceritakan hakikat jeritan rakyat Palastin,jarang yang menonjolkan persoalan permasalahan umat,perpecahan dan sebagainya,jarang yang menceritakan dilema rakyat Selatan thai yang setiap hari hidup di atas garisan halus terentang antara dua bukit,menunggu jatuh berkecai,jarang juga yang menceritakan nilai-nilai murni. Ada yang lagi menggalakkan maksiat adalah.
Bukanlah saya nak menggalakkan anda memboikot novel,atau pun drama,tapi bataskanlah dan berpada-padalah. Janganlah sampai terheret2 dan terbawa2. sampai saya lihat perbualan sehari2 pun tentang nur kasih,nasib watak novel dan sebagainya.
Kita masih punya peranan. Otak kita masih diperlukan untuk memikirkan dan menyumbang untuk masyarakat dna komuniti sekeliling,dan bukan hanya untuk meneka ending sesuatu novel dan air mata kita lebih bernilai untuk ditangiskan pada saudara muslim atau atas dosa sendiri daripada meratapi nasib sesuatu watak drama Korea atau apa pun.
Angan2 dgn cita2 xsama. Cita-cita boleh,yang mana kita tetapkan apa yang ingin dicapai satu hari nanti dan berusaha ke arahnya. Angan-angan ialah kamu tetapkan sasarannya dan setiap hari kamu berangan sudah mencapai sasaran itu.Jadi,tepuk dada tanya iman,pendekkah atau panjangkah angan2?
Ini adalah peringatan untuk diri juga,saya tak boleh terus berangan dan berangan. terlalu memikirkan masa depan. "Nanti aku nak buat begini,..Nanti esok nak buat begitu.." tentang kahwin lah,apa lah..tak sewajarnya bagi saya memikirkan perkara yang belum menjadi keperluan bagi saya. Saya masih giat dalam pemburuan. Jangan difikirkan hal masa depan.
Sekadar peringatan,
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari ,dari Anas bin Malik r.a berkata,"
“Nabi s.a.w. telah menggariskan beberapa garisan lalu ia bersabda ‘ini angan-angan manusia dan yang ini ajalnya. Ketika seseorang itu dalam keadaan demikian (panjang angan-angan yang tidak putus-putus) tiba-tiba datanglah garisan yang pendek (sampai ajalnya mati)
Bayangkan kematian menjemput kita ketika kita sedang berangan tentang bakal suami yang belum tentu lagi akan sampai,atau tentang ingin menjadi kaya,atau tentang Nur Amina dan Adam dalam Nur Kasih!
0 comments:
Post a Comment