petang tadi berbual dgn seorang kawan lama.Old friend ,indeed. zaman sekolah menengah dulu.dia sekarang di Surrey,London.Oh.envy, haha.tapi tumpang gembira untuk dia. Tumpang bangga. Dan yang paling saya banggakan dan gembira ialah kesedarannya terhadap Islam.
saya tertarik dengan kata-katanya dalam sesi ym td tadi. seluruh perbualan kami tadi sangat mengujakan saya. saat itu lagi otak saya dah menjerit,"This is going to be published in my blog!" sekadar perkongsian untuk sama2 berfikir.
Dia sebelumnya telah menceritakan tentang program usrah yang diadakan pelajar muslim di sana,. Sarah,sahabat saya bercerita tentang bagaimana mereka di sana terpaksa MENCARI ilmu agama instead of cuma MENERIMA. menarik. saya cuba bandingkan dengan pelajar kita. Sekurang-kurangnya pelajar maktab, saya sendiri. Banyak yang diperkatakan,satu situasi yang disebutkan betul-betul menarik perhatian saya. Muslim di malaysia sedang di dalam comfort zone.
mari kita refleks. Di bumi malaysia,bumi islam agama rasmi ni(walaupun tak seberapa kuat pelaksanaannya dalam peringkat lebih tinggi),ilmu agama senang dicari. Tolak ke tepi kuliah ustaz-ustaz wahabbi,"akak-akak" liberal,dan pakcik-pakcik 'sesat',kita ada baaaaanyak kuliah-kuliah agama,ceramah yang sah dan legal.
sebab itu lah remaja kita malas MENCARI ilmu tambahan. maaf ckp,especially pelajar2 yang ambil course agama. apa yang belajar di kelas tu cukuplah. itu pun tak terbelajar. Bagi pelajar yang bukan kursus agama pula,kita diselubungi perasaan selesa. selesa nak amal dan belajar Islam bila-bila masa saja. bila jadik begitu,kita belajar islam pun BILA-BILA MASA SAJE la. bila-bila mase free,bila-bila mase mood dtg,bila rasa cam teringin je. Bukan setiap masa. ada kuliah di surau pun terasa malas nak pergi.Iyalah,Ustaz Afif tak ke mana..esok-esok mesti ada lagi..kan?ataupun,alah,ceramah berlambak,tertinggal yang ini,ada lagi yang lain...
selesa memikirkan bila-bila masa saja boleh buat=leka menanti turun kekuatan untuk bergerak mencari ilmu.
beginilah kan. Mudah sekali nak dapat ilmu sampai ilmu tu tak dihargai. Bukan dalam bab ilmu saja,soal bertudung,berpakaian,malah dalam kehidupan pun. Bila dah diberi kebebasan beramal Islam secara kaaffah(sepenuhnya)-pakai pakaian Islam,bertutur cara Islam,perbanyakkan sebutan nama2 Allah,tegakkan syiar Allah,buat ceramah sana-sini,pergi kuliah dan sebagainya,kita tak pernah pula hargai. Iyalah,bila hidup di zon selesa. Ibarat di rumah,ada air dibazir-bazir..iyalah,air banyak,bila paip rosak,air sangkut,barulah berjimat,sayang cinta kasih pada air nan sedikit. Agak-agaknya bila negara kita jadi seperti di Selatan Thai,atau Palestin atau di negara-negara Barat lain,bagaimana ya. Seperti di pattani misalnya,nah..nak ke kuliah ditembak,nak ke ceramah dicekup,(bukan sebab tak ada tauliah atau wahhabi pun)hatta nak solat jumaat pun ditembak kejam.
jadi,sementara kita masih mampu bernafas dalam negara islam yang azannya masih boleh dialunkan lantang membelah angkasa,ceramahnya boleh diadakan dan diikuti di mana-mana,pakaian islam boleh dipakai tanpa sekatannya,Jubah boleh diperaga,serban masih boleh diletak di kepala,dan nama Allah boleh diebut-sebut setiap masa sekuat-kuatnya,amalkanlah cara hidup Islam sepenuhnya. hargai kesempatan dan kebebasan ini. Hargai kemudahan ini. Ilmu bukan datang terhidang,ilmu perlu dicari. dan perlu dicari. dan terus dicari. Lengkapi apa yang kurang,burulah ilmu khususnya ilmu fardhu 'ain.
p/s: HARGAI KEMUDAHAN DAN NIKMAT ALLAH BERI SEMENTARA NI.kejar ilmu. Ilmu sepatutnya ibarat air laut,ia tak pernah mengenyangkan. jangan pernah rasa puas dengan ilmu yang ada. CARI.BURU. BURU selagi kita punya kemudahan untuk melakukannya.
万恒娱乐官方网站-河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖
4 years ago
3 comments:
yosh!
ganbatte ne!
memburu ilmu bersama!
yosh!
ganbatte ne!
memburu ilmu bersama!
arigato...eh.eh..syukran
ayuh same2 jadik pemburu..huk2
Post a Comment