Monday, November 30, 2009

Banjir dan hikmah

2 comments
Tangan gatal. tak boleh berhenti. Semalam merungut2 blog rosak,lalu tekad tak mahu menulis lagi. haha, lucu.  seorang sahabat,menerusi laman facebook ketika saya menyuarakan hasrat nak berhenti blogging langsung bertanya," wht will u do if u don't write?" ya tak ya juga. huhu. tersenyum saya.


sekrang di muar hujan lebat, di kelantan pula dh banjir,macam mana la rumah kami di sana,dengar kata banjir juga, nanti-nantilah pergi jenguk. Di sini,jarang banjir tapi bila banjir tak dijangka. Banjir paling teruk masa tahun 2007. masih ingat lagi?yang masa tu di TV kerap main iklan minta sumbangan,dengan latarbelakang lagu sedih. Sedih la juga.


Tapi hakikatnya menjadi mangsa banjir memang perit. Barang banyak rosak,hidup di pusat pemindahan pun tak lah begitu menyeronokkan. Tapi saya redha,mesti ada hikmah Allah buat begitu, Cuma waktu-waktu ditmpa ujian begini,baru terasa bagaimana rasanya MEMERLUKAN. maksudnya,memerlukan bantuan. sebelum ni kalau ada orang nak bagi baju-baju tak pakai,saya geleng kepala aja,iyalah,baju di rumah banyak.
Bila dah tinggal di pusat pemidahan,semua serba tak cukup . terasa MEMERLUKAN. yang berkereta Mercedes pun jadi kekurangan,yang berumah banglo tengah sawah pun memerlukan,yang bekerja pegawai di pejabat berhawa dingin pun kesusahan,yang bergelang emas ke siku pun terdesak. Semua keperluan xcukup. Iyalah,nak balik ambil barang di rumah pun air tinggi. baru faham perasaan orang yang MEMERLUKAN.


Di pusat banjir makcik-makcik masak gotong royong. Saya masih ingat,lauk hari-hari sardin.sardin,sardin,sardin. Kami tak pula mengeluh.dah lapar,dan ..MEMERLUKAN. orang yang memerlukan tak memilih. Bak kata orang putih,beggars can't be choosers. tapi makcik-makcik yang memasak ni,kadang-kadang jadi pergaduhan. selisih faham. iyalah,bila ada yang macam malas kerja dan sebagainya. dan bila ada yang kepala mengarah,ada mulut becok dan sebagainya. Biasalah,sebelum banjir tak pernah beramah mesra,bila dah dekat kelam kabut. saya ingat lagi. dengar-dengar cerita dari emak.ada selisih faham di dapur. Di tempat saya kurang,di pusat satu lagi. Akhirnya makanan siap lambat. Nah,berlapar anak-anak tunggu nasi lauk sardin.

baru terasa pentingnya perpaduan. baru terasa pentingnya muhibah. Baru nampak relevannya semangat kejiranan.


Lepas tu bila banjir,saya masih ingat,ada solat berjemaah. itu pun berapa kerat saja yang ikut. ramai solat solo. Dah rugi 27 darjat solat. Tapi ramai juga yang baru kali ini lah berpeluang jemaah.


baru terasa asyiknya solat berjemaah. Baru terasa seronok bersalam-salaman lepas solat dan membaca doa beramai-ramai.

tapi masa ini lah doa jadi panjang. Benar kata Allah dalam surah Al Fussilat,
"Apabila Kami berikan nikmat kepada manusia,ia menjauhkan diri(daripada mentaati Kami ) dan menjadi sombong,dan apabila ia ditimpa malapetaka,maka panjang doanya." Surah Fussilat,41:51 
Tapi,tak apalah,janji berdoa, masa ini baru terasa betapa lemahnya di sisi Allah yang Maha Kuasa. 


Sambil saya menaip ni,hujan masih belum berhenti. Harap-harap taklah sampai banjir. tapi apa pun yang Allah turunkan ada hikmah nya. hebat Allah.
SubhanAllah. maha suci Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

Sunday, November 29, 2009

Korupsi,oh korupsi

0 comments
Saya       :kau nanti keje,quantity surveyor,tanah2 ni mesti ada kaitan dengan EIA kan?
Jiha       :ha,memang!aku  memang deal dengan EIA(environmental Impact Assessment). 
              tapi aku ingat nak jadi lec je la nanti...bahaya la keje ni  
saya       :la,kenapa?
Jiha       :macam kau cakap tadi tul,korupsi..urusan mintak2 approval ni banyak libatkann
              korupsi. takut aku pun terjebak. Projek Bukit Antarabangsa tu,sebenarnya patut    tak lulus tu,highland towers tu,macamana boleh lulus..?

....... 


sahabat saya dari USM menjentik kesedaran saya. dah lama sedar pasal korupsi ni,cuma keseriusannya saya terlupa sehingga lah semalam semasa perbualan ni berlangsung. sempat saya katakan pada Jiha ,sahabat saya,ketika dia mengatakan kerja guru senang,xada peluang korupsi. siapa cakap,saya bilang.lowongan korupsi banyak juga. Di mana-mana sebenarnya. Korupsi berkadar terus dengan kuasa. Semakin besar kuasa,autoriti,semakin berisiko dikorupsi.


tapi,apa apa pun saya bangga dengan sahabat cumel ni yang mahu elak korupsi. Sbenarnya ia pada diri,kalau jadi lec pun kalau hati hitam akan berlaku juga. Tapi sahabat saya bijak,ambil langkah mengelak.


um,korupsi.Akhir zaman katakan..
p/s:Teringat cerita kakak saya yang bercerita tentang korupsi terang-terangan di kaunter pengurusan sebuah pejabat kerajaan. Nak borang cepat diproses,kena lah hulur. Alahai.

Nak lari tema sekejap boleh?

2 comments
Entry ini mungkib berbau santai. Eh,eh,kalau santai mestilah xbuleh skema-skema. mesti rilek-rilek di shopping kompleks sikit. hoke. serius sikit.cuma mahu ceritakan kegembiraan.


um,tadi ada reunion. Walaupun asalnya macam malas nak pergi sebab dah lambat.tapi lepas 'dipanggil'(bahasa melayu bg 'called by phone') atau kata lainnya ditelefon,saya pergi,. ada kawan yang dah jumpa masa reunion raya aritu,ada yang belum jumpa2 eversince SPM. Rindu.. dan kuasa rabithah dan ukhuwah memperlihatkan kami masih buleh bersembang bergelak+bergurau+berposing bersama seperti kawan lama. hoke,mungkin lebih banyak bergelak .Terima kasih untuk jiha sebagai tuan rumah. sedap makanannya. pandai ustazah(mak jiha) masak=).


Saya sayang kawan-kawan saya. Sayang demi Allah. bertemu berpisah kerana Allah. Selesai2 majlis emak kepada Najihah bertanya kenapa xdibuat marhaban alang-alang dah ramai. dia mencadangkan dibuat lain kalinya. menarik. lain kali ya kawan-kawan?


By The way,miss jiha yang cumel,miss Eda cayang yang dah lama betul tak jumpa,Syila yang tiba-tiba terasa sangat kamceng dengannya,Adawiyah yang xhabis-habis memanggil saya serikandi islam izan(kan ke panjang tu..) dan juga kawan-kawan lain..sume dah cantik2. uhuuu~
Kawan-kawan,kita doa semoga Allah panjangkan umur kita dan terus kekalkan hubungan kita semua sampai bila-bila. next reunion,dekat kenduri kawen syila..haha!

Saturday, November 28, 2009

Bila dalam comfort zone.

3 comments
petang tadi berbual dgn seorang kawan lama.Old friend ,indeed. zaman sekolah menengah dulu.dia sekarang di Surrey,London.Oh.envy, haha.tapi tumpang gembira untuk dia. Tumpang bangga. Dan yang paling saya banggakan dan gembira ialah kesedarannya terhadap Islam. 
saya tertarik dengan kata-katanya dalam sesi ym td tadi. seluruh perbualan kami tadi sangat mengujakan saya. saat itu lagi otak saya dah menjerit,"This is going to be published in my blog!" sekadar perkongsian untuk sama2 berfikir.


Dia sebelumnya telah menceritakan tentang program usrah yang diadakan pelajar muslim di sana,. Sarah,sahabat saya bercerita tentang bagaimana mereka di sana terpaksa MENCARI ilmu agama instead of cuma MENERIMA. menarik. saya cuba bandingkan dengan pelajar kita. Sekurang-kurangnya pelajar maktab, saya sendiri. Banyak yang diperkatakan,satu situasi yang disebutkan betul-betul menarik perhatian saya. Muslim di malaysia sedang di dalam comfort zone.


mari kita refleks. Di bumi malaysia,bumi islam agama rasmi ni(walaupun tak seberapa kuat pelaksanaannya dalam peringkat lebih tinggi),ilmu agama senang dicari. Tolak ke tepi kuliah ustaz-ustaz wahabbi,"akak-akak" liberal,dan pakcik-pakcik 'sesat',kita ada baaaaanyak kuliah-kuliah agama,ceramah yang sah dan legal.


sebab itu lah remaja kita malas MENCARI ilmu tambahan. maaf ckp,especially pelajar2 yang ambil course agama. apa yang belajar di kelas tu cukuplah. itu pun tak terbelajar. Bagi pelajar yang bukan kursus agama pula,kita diselubungi perasaan selesa. selesa nak amal dan belajar Islam bila-bila masa saja. bila jadik begitu,kita belajar islam pun BILA-BILA MASA SAJE la. bila-bila mase free,bila-bila mase mood dtg,bila rasa cam teringin je. Bukan setiap masa. ada kuliah di surau pun terasa malas nak pergi.Iyalah,Ustaz Afif tak ke mana..esok-esok mesti ada lagi..kan?ataupun,alah,ceramah berlambak,tertinggal yang ini,ada lagi yang lain...


selesa memikirkan bila-bila masa saja boleh buat=leka menanti turun kekuatan untuk bergerak mencari ilmu.


beginilah kan. Mudah sekali nak dapat ilmu sampai ilmu tu tak dihargai. Bukan dalam bab ilmu saja,soal bertudung,berpakaian,malah dalam kehidupan pun. Bila dah diberi kebebasan beramal Islam secara kaaffah(sepenuhnya)-pakai pakaian Islam,bertutur cara Islam,perbanyakkan sebutan nama2 Allah,tegakkan syiar Allah,buat ceramah sana-sini,pergi kuliah dan sebagainya,kita tak pernah pula hargai. Iyalah,bila hidup di zon selesa. Ibarat di rumah,ada air dibazir-bazir..iyalah,air banyak,bila paip rosak,air sangkut,barulah berjimat,sayang cinta kasih pada air nan sedikit. Agak-agaknya bila negara kita jadi seperti di Selatan Thai,atau Palestin atau di negara-negara Barat lain,bagaimana ya. Seperti di pattani misalnya,nah..nak ke kuliah ditembak,nak ke ceramah dicekup,(bukan sebab tak ada tauliah atau wahhabi pun)hatta nak solat jumaat pun ditembak kejam.


jadi,sementara kita masih mampu bernafas dalam negara islam yang azannya masih boleh dialunkan lantang membelah angkasa,ceramahnya boleh diadakan dan diikuti di mana-mana,pakaian islam boleh dipakai tanpa sekatannya,Jubah boleh diperaga,serban masih boleh diletak di kepala,dan nama Allah boleh diebut-sebut setiap masa sekuat-kuatnya,amalkanlah cara hidup Islam sepenuhnya. hargai kesempatan dan kebebasan ini. Hargai kemudahan ini. Ilmu bukan datang terhidang,ilmu perlu dicari. dan perlu dicari. dan terus dicari. Lengkapi apa yang kurang,burulah ilmu khususnya ilmu fardhu 'ain.


p/s: HARGAI KEMUDAHAN DAN NIKMAT ALLAH BERI SEMENTARA NI.kejar ilmu. Ilmu sepatutnya ibarat air laut,ia tak pernah mengenyangkan. jangan pernah rasa puas dengan ilmu yang ada. CARI.BURU. BURU selagi kita punya kemudahan untuk melakukannya.

Apa kata anda?

0 comments
saya cuma nk quote dua perenggan dari Tom Hodgkinson dalam artikelnya,"with friends like this" dalam the guardian,

I despise Facebook. This enormously successful American business describes itself as "a social utility that connects you with the people around you". But hang on. Why on God's earth would I need a computer to connect with the people around me? Why should my relationships be mediated through the imagination of a bunch of supergeeks in California? What was wrong with the pub?
And does Facebook really connect people? Doesn't it rather disconnect us, since instead of doing something enjoyable such as talking and eating and dancing and drinking with my friends, I am merely sending them little ungrammatical notes and amusing photos in cyberspace, while chained to my desk? A friend of mine recently told me that he had spent a Saturday night at home alone on Facebook, drinking at his desk. What a gloomy image. Far from connecting us, Facebook actually isolates us at our workstations. 
                                                                              -Tom Hodgkins,The Guardian,Monday,18 January 2008

um..menarik jugak. Aduh. sakit pipi saya kena tamparan seorang AMERIKA yang tahu menilai erti kelalaian.aduhai.xpe,xpe,saya cuba manipulasi FB. betulkan niat,betulkan niat. 

Manipulating's enemy's weapon

50 comments

MANIPULATING ENEMY’S WEAPON
by:Serikandi Islam 

Don't be fooled by the title. As much as i aspires to write  a fully,top-notch academic writing with  impressive titles and fulls of jargons,i really can't. Not Yet,atleast. They say if you want to write academic,you have to be knowledgeable. An intellects who basically knows a lot of stuff.  Not quite there,yet.

Well,back to the real deal. So,what's the title’s all about? Manipulating enemy’s weapon?I bet everyone's already aware on how our enemy,Islam’s enemy try so hard to keep us away from Islam. Now I’m not being paranoid;the truth is they ARE treating us like enemy,and ready or not,they ARE ready to crush us to our very bones,until we follow their religion. The you-know-who,the world’s biggest killing monster,Israel. the Zionist. They murdered muslims around the world with their tricky and cunning plots no one could decipher nor predict until it long happened.
Surah Al Baqarah verse 120.; “..And the Jews will not be pleased with you, nor will the Christians(nasara), till you follow their creed.,” Allah said so,who are we to deny it?
clearly they have a mission. Oh,by the way,i browsed the internet just to check out who's behind facebookbloggers,etc.,Okay,maybe i AM a little paranoid. can't help it. Hedonisme is a fatal virus to ummah. i found this interesting article written by Tom Hodgkinson,an article that tells about all the horrific hazards behind facebook. (click on the sentence  for direct link to the article)

alright,so,Although they may not initially set up all these webs and application solely for the motives of distracting muslims from Islam,but at the end,Muslims internet users is beginning to satisfy their needs. They gets to do whatever they want for their own  entertainment,and they get to destroy us via hedonism too,it’s like killing two birds with one stone!
Alright. Now.
Are you a facebook users?or should I say addicts?are you youtube frequents?blogger maniac?Internet 24-7 surfer?
Not to scare you but if u are aware all of these which I’ve mention are,in fact,the jews and the nasrani’s weapon to distract our ummah from the real deal of what’s really going on. To distract us from the pain of Palestinians,and most dangerously,is their effort to keep us away from our ibadah to Allah. There ARE people who would leave solat for facebook,just as there ARE people who would postpone solat to the last minute just for some stupid tv shows on air. So how do we deal with this?The fact is,it’s going to be an uphill task or a mission impossible for me to ask all of us to log out facebook or friendster or even blogger and stay out of it for good. Like,not in a million years. hubbun dunia. this is what we’re all about. So what if we are reluctant to make this little sacrifices?there’s another way to make sure we’re not victims of these weapons. MANIPULATE. turn a bullet against the shooter. turn a cannon ball again the cannon itself. weapon devour master. sounds fair enough.
how to manipulate al kafirun’s weapon?
All this mediums to distract us and adds to our obliviousness to their hidden motives,CAN actually be used for our good. You can have fun with facebook or friendster or blogger or- you-name-them all the fun,that are able to hypotise you into being so engrossed and occupied,unaware of you surrounding. Okay,maybe I was a little exaggerating. But I am a user of facebook and I got to admit,in one way or another,it just makes you come back for more and the next thing you know,you have been sitting in front of the laptop and already an ADDICT! I noticed this a few days before so I backed off from it ‘atleast for temporary.
            OH NO.we still haven’t gone to the main part. SO,HOW DO YOU MANIPULATE THIS DANGEROUS ADDICTIONS INTO A GOOD THING THAT WILL BENEFITS MUSLIMS IN GENERAL?
A poison won’t be a bad thing if it can cure. Facebook won’t kill you if you use it for good things. I know a friend or two whose facebooks are all full of indzar,reminders,hadith and all. Some even make their facebook a medium for discussion. I can even name some of my friends with such Fb. prince al Ayubbi,Mujahidah Nurul Atikah,Jamaludin abu Bakar and many more. These people use Fb (which is originally supposed to distract us from reality and destroy us,)for Islamic jihad propaganda,to spread the spirit of jihad. Reading their fb,it reminds me of magazines Pengasuh,neraca,Al-imam,all those old times newspapers and magz back in the British uccupation era where these publications are used as medium for previous ulama’ and nationalist to instill the spirit of patriotism,and nationalism and how they have been used to shout the call for juhad via words and letters. FACEBOOK,BLOGGER,WHATEVER CAN be that way too. so,the next time you play facebook,don’t add another smile to the kafirun’s faces as you engrossed in useless hours of replying ‘hollow’ ,meaningless talks,but DO make facebook OUR WEAPON by sending words of reminders and make it as Islamic as possible. At least when someone read it it won’t be just a waste of time. At least you contribute even just by a single sentence, “ballighu anni walau ayah”. SO?

(In an attempt to keep away from facebook for a month first(checking how I do without it). No replying comments,nor uploading photos,nor taking quizzes.wish me luck=) )

Tuesday, November 24, 2009

Don't be afraid,Inallaha ma'ana.

0 comments


(specially dedicated to self and a beautiful friend named Muna'izzah and intan Zarith)


entry ini saya susun sebagai penenang pada diri. memang dah lama nak tulis entry sebegini tapi berdasarkan pengalaman lalu,entry yang berunsur sebegini dikomen oleh individu 'tertentu' dengan kata-kata yang menyakitkan. perkara itu telah menyebabkan saya berhenti blogging buat seketika. well,asalnya nak lama. konon2 selama-lamanya. tapi tangan yang gatal menulis tak akan pernah berhenti hanya kerana asakan manusia. =)
baru-baru ni terdengar cerita dari kawan. serupa. seakan beri kekuatan untuk tulis entry ini.


Biar orang buat kita,jangan kita buat orang
ayat ini dlu saya selalu dengar dari Intan,seorang kawan yang dulunya selalu berendam air mata. Ujian. dulu bila dengar perkataan ni,saya akan balas,"mana boleh macam tu,kalau kita diam ja ,sampai bila orang nak sedar,kita kena tunjuk sikit kita pun boleh marah!"
darah muda saya bersuara. wah,dulu pantang saya dengar orang merelakan diri dipijak. konon-konon pantang keturunan pendekar dicabar. tapi sekarang bila dah mengalami sendiri,baru sedar mengalah tak bermakna salah,tunduk tak bermakna diperintah,diam tak bermakna bodoh.


Hadapi dugaan dengan senyuman 
 

Pikir macam ni aja. Kalau nabi Muhammad S.A.W pun boleh bersabar dengan seksaan dan tantangan kaum musyrikin Quraisy,kenapa tidak kita?Nabi lagi teruk kena,dibaling batu dan najis sehingga dikatakan darah yang mengalir sehingga ke kaki bertakung di dalam kasutnya.masyaAllah.betapa tegarnya hati kekasih saya tu. 
Kita.?haha.tak payah tepuk dada tanya selera dah, tengok cermin,cermin muka. pernah menangis teresak-esak kerana ujian kecil?(aduh!terasa tamparan ke muka sendiri)
lebih teruk,pernah menangis kerana  lelaki?(aduh!terasa lagi)
lebih teruk,pernah menangis kerana lelaki yang bukan muhrim(okay,cukup tamparan itu!)
mungkin ada yang xditimpa dengan ujian sebegini,ada yang kesedihan oleh fitnah,ujian-ujian dalam mjahadah dan sebagainya. macam saya,,saya menghadapi ujian berat dari segi 'musuh' yang mendendami saya. Demi Allah,tidak pernah dalam sejarah hidup mencari musuh tapi bertubi-tubi pula disakiti dengan kata-kata dan perbuatan mengadu domba. Kaum adam pula tu yang mendendami.Tapi semua itu ujian. Adatlah. Mula-mula,memang marah. tapi teringat pendekatan nabi menghadapi kutukan dan cacian. Bersabar."la taghdhab,la taghdhab,falakal jannah." terngiang-ngiang hadis itu yang selalu saa sebutkan pada kawan-kawan. Jangan marah,jangan marah dan bagi mu syurga. kamu hentam lah saya sebanyak mana pun,saya tak akan membenci kamu,sebaliknya saya cuma akan membalas dengan senyuman. Bukan setakat manusia saja,katakan ditimpa musibah seperti kehilangan barang atau orang tersayang,atau apa-apa saja,cuba untuk senyum dan katakan,"aku redha". Ya,cakap memang senang tapi bagi saya kunci penyembuhan adalah keyakinan ianya sudah sembuh. Law of attraction juga mengatakan,apa yang kita fikir adalah apa yang akan terjadi kepada kita.jadi,tersenyumlah menghadapi dugaan.



Kalau kamu berniat ikhlas,Allah pasti menolongmu
kalau niat kamu semata-mata mahu mendekati Allah,jangan bimbang,jangan takut,jangan runsing,la tahzan,la khauf,Inallaha ma'ana wa ma'akum.
Allah akan  tolong,dan jangan bimbang tentang fitnah yang akan  disebarkan 'individu' itu,pandangan manusia tak penting,yang penting pandangan Allah. Kalau nak diikutkan pandangan manusia,tak wujud fitnah pun belum tentu manusia itu bersangka baik sentiasa. Husnuss zhon adalah sesuatu yang sukar bagi setiap jiwa.


Ubat patah hati(khas untuk sayangku Intan Zarith)
sayangku intan,ketahuilah, ma indakum yanfad,wa ma indallahi baqi. Apa yang disisimu akan habis,apa yang di sisi Allah itu kekal selamanya. (saya tak ingat ayat surah apakah ini;siapa yang tahu maklumkan.ia tercatat juga dalam Ayyuhal walad)
keyword dia ialah kebergantungan kepada manusia. ketahuilah tiada manusia yang mampu berpegang kepada janjinya. Tak ada. Sebab itu nabi Muhammad ditegur oleh Allah dalam surah Al Kahfi ayat 23-24 supaya mengucapkan Insya'Allah kalau berjanji. Itu nabi yang ma'sum sayang,apatah lagi kita yang dhaif ni. janganlah terluka di sebabkan manusia. Sembuhkan hati dengan Al quran,zikrullah dan teman2. saya nak memetik petikan dialog cerita Soleha yang saya tonton buat pertama kalinya petang tadi,"nabi Muhammad itu jadi kuat kerna ada para sahabat yang setia disisinya,makanya dia jadi tabah". begitulah lebih kurang. Selain ada Allah,kamu punya sahabat.
ini dia saya sertakan doa patah hati yang pernah diajarkan oleh seorang teman kepada saya,
(maaf,xdpt sertakan masa ni;tak boleh insert bentuk jawi,mungkin lain waktu@datang saja ke bilik saya)



Monday, November 23, 2009

Dai'e tak boleh pilih bulu.

9 comments
Situasi 1: 


daie: harini saya rasa puas dapat jalankan tugas dakwah..sronok bila dapat tadarus bersama-sama dengan rakan sefikrah,dapat usrah sama2. Nasib baik depa satu kepala. dapat saling 'berpesan-pesan ke arah kebenaran.."


Situasi 2:


daie: ustaz ajar,kita kena bergaul dengan orang alim ulama',jangan dengan orang yang kaki maksiat,Imam Nawawi pesan selalu bergaul dengan orang alim.Nabi kata kalau kamu berkawan dengan tukang besi,kamu akan mendapat bau besi,dan kalau berkawan dengan penjual minyak wangi akan dapat harumnya.Tak sia-sialah aku bergaul dengan orang alim saja.."


Situasi 3:


daie: Tak payah kot tegur dulu..ni bukan golongan mad'u aku ni,aku kecik lagi,golongan ni untuk yang dah tere-tere macam ustaz ke..biar diorang jela tegur..ni bukan tanggungjawab haku ,aku tak layak lagi tegur geng macamni..aku jaga geng-geng aku je dulu sekarang ni.."


situasi 4:


daie: Kang aku jalan dgn budak-budak ni kang orang kata aku ni x thiqah pulak,ustaz rock la,ustazah rock la..xpayahla rapat sangat dengan depa.nanti terjejas imej


situasi 5: 


daie:ish,aku nak tegur orang,kawan-kawan rapat aku pun buat maksiat lagi tak tertegur ,aku pun tak sempurna lagi. malu aku nak ambik tahu,kang orang kata aku poyo pulak


DAN jangan pula fikir daie-daie ini bukan KAMU semua. man qa la la Ila haillallah fahuwa da'ie. =) renung-renungkanlah.
Saya lebih suka ustaz-ustazah yang rapat dengan 'kami' yang kurang ilmu agama,yang kerap buat maksiat ni,daripada ustaz-ustazah yang menjauh sebab nak jaga imej sehingga menimbulkan jurang antara golongan mad'u dengan da'ie.Lihat saja nabi Muhammad. kalau dia cuma mahu berdakwah sesama yang setaraf dengannya,rasa-rasa akan sampaikah Islam kepada bilal bin Rabah?kepada Anas bin Malik?kepada golongan-golongan hamba?KEPADA KITA?
renung-renungkan wahai da'ie sekalian. dekati mad'umu.
Ballighu anni walau ayah-sampaikan dariku  walau sepotong ayat.Sya t ak kata,nabi Muhammad S.A.W kata.=)




(saya bukanlah da'ie terbaik..tapi pernah menjadi mad;u kepada dai'e2 yang baik sehingga mampu menjentik kesedaran dalam hati.apapun Hidayah milik Allah jua) 


Anything for u,emak

0 comments
Uwais al Qarni,whom the world may not know of,but is very well known among the sky dwellers. Prophet Muhammad mentioned him as the resident of the sky.."penghuni langit". Why?
when asked by Saiyidatina Aishah and fellow sahabat,Muhammad said,"he's a very obedient son and a dweller of the sky".

he lived in the same era  as Muhammad but never once,have met him in person. He have never met Muhammad in person,but never once has its impairs or affects his outstanding love for Muhammad s.a.w. He longed to see Muhammad due to this unbearable desire to meet his beloved Prophet,he missed him so much,but he kept his desired buried in heart due to his obedience to his old,paralysed and blind mother. such love. Such obedience.

I left a silat program which i was dying to go to,but i abandoned the program for the sake of my mother. I know i won't be spending much times in the village due to the  programme i have this holiday,so i forget the silat course so that i can meet up my mother earlier. and how was i glad to see her smile right when the car that carry me home enters the yard..SHE SMILED SO WIDE. i never knew she was so happy to see me.
and then i planned to go celebrate raya in Kelantan. She doesn't seem happy about it. her faced changed the moment my sister said she was celebrating her raya in Kelantan. Imagine if i said i was coming along. Sorry shuma,my beloved niece who kept on asking her mother when will i be coming;i can;t go with u,because i have a mother whom heart needs to be taken care of.Then a program by CARE. the first time i told her about leaving 3 weeks earlier for the program,she objected to it totally. I said nothing more. Sad,but never rebellious.
Up till now,i am still waiting for her confirmation. you're the only love i have so far ,emak. i''ll do anything for u insyaAllah,as long as it is halal. May Allah bless u.

Sunday, November 22, 2009

Sedang berangan?

0 comments
Qatadah dari Anas bin Malik melaporkan Nabi Muhammad bersabda,"semua yang ada pada anak adam akan  rosak atau tua kecuali dua perkara,iaitu,rakus(cintakan harta)dan juga panjang angan". Sebuah lagi hadis riwayat Al Bukhari berbunyi hampir sama,"Hati orang tua sentiasa berasa muda dalam dua perkara: pertama, pada cintakan dunia dan kedua, pada panjang angan-angan"
ALi bin Abi Thalib r.a paling takutkan dua perkara ;panjang angan-angan dan mengikut hawa nafsu kerana panjang angan-angan itu melupakan akhirat dan menurut hawa nafsu akan menghalangi dari haq(kebenaran)


panjang angan2 ni buat kita lupa akan  kematian,buat kita lupa tentang hari kiamat ,yang mana kalau kita tak siap bekal lekas2,kita akan bermasalah dalam soal jawab nanti., Dari kirikah atau kanankah akan kita terima kitab amalan nanti. Allahuakbar,kecut perut memikirkannya.


    setuju tak kalau saya kata remaja kita kuat berangan?

            Pada pandangan saya remaja Islam Melayu kuat betul berangan. apa sebab saya kata begitu?cuba lihat saja hobi remaja-remaja kita. Baca novel cinta sampai melekat ke muka,tengok cerita Korea berjam-jam,dengan drama cintanya,dan macam2 lagi.

           Saya tak suka baca novel,tapi taklah pula bermakna saya tak kuat berangan. Saya kelahiran Oktober dan kata fadzilah kamsah kelahiran Oktober ni kuat berangan. .Aduh!=)
Dan tak juga saya mengatakan yang semua pembaca novel adalah yang kuat berangan.bergantung pada jenis novel yang dibaca dan tujuan membaca.

    Begini:Saya banyak dikelilingi oleh pembaca novel yang bila tiba part2 tertentu akan keluar bunyi2 begini;"ah~sweetnya lelaki ni..","ah~romantiknya depa ni~" bagi yang membaca novel-novel islamik kadang-kadang terdengar juga,"aduhai~aku pun nak bercinta lepas kawin jugaklah.." angan-angan. Sebab tu remaja melayu suka baca novel sampai bertimbun2 sebab novel ni adalah 'escapade' atau pelepasan diri dari realiti. Novel JARANG realistik,melainkan novel-novel  yang bersifat sastera berat,satira dan novel realiti seperti Novel faisal tehrani ,shahnon ahmad dan sebagainya.

           Drama-drama korea yang jalan ceritanya hampir sama saja semuanya,dengan perempuan yang buat2 comel,lelaki yang kacaknya tak realistik,semua-semua ini adalah bahan yang menghanyutkan remaja kita. Banyak lagi sebenarnya media-media yang menghanyutkan kita dari realiti dunia sebenar. 
            Maaf kalau saya katakan,novel-novel cinta yang bertimbunan di pasaran jarang yang menceritakan hakikat jeritan rakyat Palastin,jarang yang menonjolkan persoalan permasalahan umat,perpecahan dan sebagainya,jarang yang menceritakan dilema rakyat Selatan thai yang setiap hari hidup di atas garisan halus terentang antara dua bukit,menunggu jatuh berkecai,jarang juga yang menceritakan nilai-nilai murni. Ada yang lagi menggalakkan maksiat adalah.

   Bukanlah saya nak menggalakkan anda memboikot novel,atau pun drama,tapi bataskanlah dan berpada-padalah. Janganlah sampai terheret2 dan terbawa2. sampai saya lihat perbualan sehari2 pun tentang nur kasih,nasib watak novel dan sebagainya.
      Kita masih punya peranan. Otak kita masih diperlukan untuk memikirkan dan menyumbang untuk masyarakat dna komuniti sekeliling,dan bukan hanya untuk meneka ending sesuatu novel dan air mata kita lebih bernilai untuk ditangiskan pada saudara muslim atau atas dosa sendiri daripada meratapi nasib sesuatu watak drama Korea atau apa pun.
         Angan2 dgn cita2 xsama. Cita-cita boleh,yang mana kita tetapkan apa yang ingin dicapai satu hari nanti dan berusaha ke arahnya. Angan-angan ialah kamu tetapkan sasarannya dan setiap hari kamu berangan sudah mencapai sasaran itu.Jadi,tepuk dada tanya iman,pendekkah atau panjangkah angan2?


       Ini adalah peringatan untuk diri juga,saya tak boleh terus berangan dan berangan. terlalu memikirkan masa depan. "Nanti aku nak buat begini,..Nanti esok nak buat begitu.." tentang kahwin lah,apa lah..tak sewajarnya bagi saya memikirkan perkara yang belum menjadi keperluan bagi saya. Saya masih giat dalam pemburuan. Jangan difikirkan hal masa depan.
Sekadar peringatan,
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari ,dari Anas bin Malik r.a berkata,"
Nabi s.a.w. telah menggariskan beberapa garisan lalu ia bersabda ‘ini angan-angan manusia dan yang ini ajalnya. Ketika seseorang itu dalam keadaan demikian (panjang angan-angan yang tidak putus-putus) tiba-tiba datanglah garisan yang pendek (sampai ajalnya mati)


  
Bayangkan kematian menjemput kita ketika kita sedang berangan tentang bakal suami yang belum tentu lagi akan sampai,atau tentang ingin menjadi kaya,atau tentang Nur Amina dan Adam dalam Nur Kasih!

Kebuntuan

3 comments
sedang buntu. sudah mula menulis dari tadi. taip taip-padam. taip-taip-padam. rehat kejap. taip lagi.,select all,cut dan paste dalam word. ini lebih sesuai dijadikan artikel. terlalu panjang. saya perlu belajar menulis dengan pendek. ada saja info yang nak dimasukkan. ilmu yang dikongsi. Bukan bermaksud saya banyak ilmu,cuma kuat bercakap mungkin..ohh~
saya cuba untuk memendekkan penulisan untuk tujuan perkongsian di blog,sebab saya tahu seberapa banyak ilmu dan info pun,orang tak akan baca kalau terlalu panjang. Bila dah jadi begini,hati jadik bertanya,"betulke aku ni boleh menulis?"

Friday, November 20, 2009

Mari hentikan kitar hidup bodoh ini!

2 comments
STUPID CYCLE-hibernation is  not for  intellects.
by:Serikandi Islam(Norizan Zakaria)


Stupid cycle. No,no,we’re not learning life cycle of a species ,metamorphosis and all that. stupid cyle is a term defining a phenomenon we,ourselves,experienced. I repeat,WE,dear friends,WE. Now before I start,just a disclaimer that by putting on such title,I wasn’t calling everyone stupid(for god sake,we’re all universities undergraduate!we make it this far,so no one is stupid).

             I was first introduced to this term by a friend by the name Attiq. One heck of an intellectual who learns so much from addictive reading she does every single moment of her leisure times. Then I hear it again on a talk in SBIB,some programme I went to.The first time I hear about it,I can already guess what it’s about. Such an interesting concept and  statement but I never really thought of it before(come to think of it,I wasn’t realy quite  a thinker before,I’ve only started THINKING recently,around a few months back,and my previous blog was a shameful failure in a way that I’ve disgraced myself via nonsense talk and zero-aspiring notes about my life.)
Stupid cycle refers to our lifestyle where we sort of live to our compulsory routine,and end your day without any contribution to others or any contribution to society. for example,you go to class,7.45 sharp in the morning(okay.ignore ‘sharp’),and then you listen to boring lectures,chat around with friends(collecting sins as you go along) ,lesson ends and you go back to you room. Perform Zuhur,and get a nap(which often can’t be called a nap;more like hibernation).  After your so-called ‘rest’,you wake up for asar,and open you laptop. Surf the net,log in to facebook,replies every single comments on friendster,or report about your boring day in your blog,etc. When night comes,there’s solat maghrib,and Isya’,back to your beloved Acer or Hp or Toshiba and back on the net. Replying wallpost ,and comments to friend living just next door,bla,bla,bla..and many more of non-meaningful acitivites. Then you go back to bed,your favourite place to be at,and sleep until the next day come and the same routine repeats. The same thing everyday. So how is it stupid? class- eat -sleep-,-class,-eat,sleep. If there’s no class in the list,your life routine is just like that of a CAT! No substance,no work-a-sweat job,no new knowledges,and in short,NO IMPACT!No changes to yourself in a way that you do not gain new knowledge except from what you learn in class(if you DO pay attention in class). No improvement.
"He whom his two days are equal, is in loss,He whom his one day are worse(than the day before),is cursed,he whom his (deeds) does not increase at all, is in insufficiency and whoever is in insufficiency,then death is better for him.(Barang siapa yang dua harinya sama, maka ia telah rugi, barang siapa yang satu harinya lebih jelek, maka ia terlaknat, barang yang (kebaikannya) tidak bertambah sama sekali, maka ia berada dalam kekurangan, dan barang siapa yang berada dalam kekurangan, maka kematian lebih baik baginya".)-Mafhum of a hadith Muhammad S.A.W. Well?
Improvement is a must. Islah. a change for the better. Hijra. All of which if it existed in your daily life,you can kiss Stupid cycle sayonara.But just improving yourself isn’t enough. Don’t you like making changes to others?to the society?Knowing your existence in the world DO matters,and it Do bring changes? Or would you prefer to be a dead tree stump?that just sits and rest,and die when it’s time without anybody noticing?Hey,stand up and go warm some hearts,move and help the society. Give to the society what you expect them to give you. Join Da’wah programmes,visit a charity homes,Go to an outside kuliah-(pengajian kitab,usrah luar kampus-meets society,different age range,gather new knowledge). Just a little justification for why all this matters,is EXPERIENCE.Now who can deny the beneficial factor of experience?I would pay through the nose for experience. I would sacrifice my sleep for experience. I would spend the only weekend I have for a thing called experience. But what’s more important than that,is TO MAKE CHANGES IN SOCIETY. You maybe just one person,who can’t change the world, but you can try. The analogy is like an ant trying to lift a sugarcube 20 times its size. He tried to move the sugarcube but It won’t budge. But if it come back again another day and does the same thing,and others follows the ant and help push the sugarcube,it will move litte by little till it reach the ant’s home. Little by little.
From Jabir Bin Abdullah reported Muhammad have said , “Khairunnasi anfauhum linnas” The best of men are those who are useful(contributing)to others.-A Hasan Hadith riwayah by Imam At Thabarani. USEFUL,people,useful. Now think,are we being useful to others.?Have we been contributing to the society?
LET’S STOP THIS STUPID CYCLE,FELLOW ‘MAHASISWA’(somehow,I find the word ‘mahasiswa’ more convinving than ‘undergraduate’.)LET’S CONTRIBUTE TO UMMAH. LET’S ROCK THE SOCIETY WITH OUR THOUGHTS AND IDEAS. WE ARE YOUNG. AS SYABAB,YOUNG MUJAHIDIN MUJAHIDAH,WE ARE THE OPTIMUM JUNDI,THE OPTIMUM MEDIUM,THE OPTIMUM WORKER FOR THE EFFORT OF UPHOLDING ISLAM. Young people should be strong and energetic,young ‘mahasiswa’ should be rational,creative,smart and full of bright ideas. Young people should be running here and there,multitasking amanah and juggling balancely his ukhrawi needs and worldly needs.


Wednesday, November 18, 2009

Ayuh kita lahirkan pejuang!

0 comments
akhir2 ini saya banyak menyuarakan seruan kepada pendidik.Bakal murabbi. bunyinya macam sudahpun bergelar cikgu. belum lagi. Tapi memang sejak akhir2 ni,saya sdikit bersemangat akalau bercakap tentang misi saya di sekolah nanti. Ya misi. sebab sebelum ini saya tak pernah,TAK PERNAH berfikir panjang tentang tugas di sekolah nanti. apatah lagi misi saya bila bergelar 'cekgu' kelak. yalah,saya muda lagi..Rasa macam baru semalam tinggalkan dewan SPM,(dan baru semalam menangis menatap slip keputusan=) ).Tapi entah dari bila bermula,saya mula tak sabar nak menjejakkan kaki ke sekolah dan menanti saat satu kelompok wajah2 segar dibebankan masa depannya di pundak saya. berat,tapi saya tak sabar. sebab saya punya misi.


Saya baru kini tersadar kalau guru itu punya autoriti dan peranan yang cukup besar dan signifikan. Maksud saya,kami diberi kuasa menentukan pemikiran dan masa depan kanak2 belum cukup umur yang diserah kepada kami. di bawah telunjuk guru,minda anak2 boleh dicuci untuk menjadi pekebun,menjadi perompak,pengemis malah saudagar minyak terkaya di dunia hatta cakerawala sekalipun dengan izin-Nya. KAMI.GURU.haha..jadi hati-hatilah wahai sekalian ibubapa..(sengaja menyelitkan unsur suspen disitu)


apa yang saya mahu katakan,kalau kita(harus diingatkan tulisan ini dituju khusus kepada bakal pendidik)kalau kita boleh hasilkan doktor,lawyer,majistret,kerani pangkat 3,dan macam-macam lagi. Kenapa tidak boleh kita lahirkan pejuang??Ya,bakal Syuhada' maksud saya,pejuang Islam maksud saya,Jundullah,Rafi'uddin dan sebagainya.


Pernah bertanya kenapa kini tak ramai pejuang yang berani seperti dulu?apa lagi di Malaysia. Pemuda-pemuda diikat di kerusi kuliah ,dengan mulut terkunci rapat dengan pita selotape AUKU dan Akta 174. hatta mahu bangkit mengangkat pisau lipat sebesar ruas jari pun bimbang digelar radikal,bimbang menjadi tetamu ISA. tapi selain dari itu,pemuda malaysia kini semuanya tetap saja lembik.longlai. Sudah jarang saya lihat rijal2 yang bersukan pada petangnya,menebas rumput,mengembara menyertai program2 dakwah dan kemasyarakatan. Yang ada cuma generasi PS2,generasi Ipod,generasi computer games. Tiada kesedaran tentang dunia luar. Tak terdengar suara rayuan Palestina dan masyarakat lain. Tiada kesedaran untuk bangun membantu Islam dalam apa cara termampu. SOCIAL CONTACT dengan masyarakat hanyalah melalui facebook,tagged,friendstermu name it.




SEBAB ITU SAYA SANGAT BERSEMANGAT. tak sabar rasanya nak menyahsekularkan pendidikan adik-adik saya. Tak sabar nak suap otak mereka dengan Islam,dengan kisah2 keberanian panglima2 Islam,tentang peri pentingnya syariat,tentang peranan sebagai muslim. Saya bukan nak men'cuci fikiran' saya nak men'suci fikiran'. Tak sabar nak bina mindset mereka supaya berfikir seperti 'seorang penegak Islam',bukan sekadar seorang individu biasa.




Ayuh rakan-rakan.Tidakkah kalian rasa terharu mengingat betapa besar kuasa kita ke atas generasi. tapi jangan lupa diri. Kita ada tanggungjawab menghidup daulah Islamiyyah. Ayuh nyasekularkan pendidikan yang sudah sedia sekular. Ayuh Islami kan ilmu-ilmu dari Barat. Ayuh kembalikan ke udara nama-nama sarjana Asia tengah,ayuh pudarkan taksub dan kagum pada pemikir2 Orientalis yang berfikir cuma atas nama dunia.




Ayuh!kita isi dada dengan ilmu.Kita isi pembuluh darah dengan semangat yang berdenyut2,semoga istiqamah dalam mendidik bakal pejuang!




bersama murid-murid Sk Sungai Rusa

p/s:Mahu lahirkan juga generasi pemimpin pewaris Salahudin Al Ayubu dan Sultan Muhammad Al Fateh. Amin.. 

Tuesday, November 17, 2009

Pemuda yang bersujud kaku

2 comments
Tadi aku ke rumah Allah
melangkah atas nama imarah dan barokah

melewati selipar-selipar di tangga yang ada cuma sepasang dua
dan suara-suara pemuda
yang tak serancak di bulan puasa
atau tika majlis kuliah seorang ustaz muda,
adalah seorang dua
membaca kalam Tuhan dengan asyiknya,
melantunkan udara kedamaian pada hati yang kerinduan.

Tadi aku ke rumah Allah
sedang dalam duduk bermenung
menanti getaran suara muazzin
memanggi sekalian abidin,salikin jua ghafilin
terlihat aku satu sosok tubuh di cermin kaca
menyingkap cerita di sebalik tabir saf pemuda
aku lihat ada lelaki yang sujudnya lama
lama dan terusan berlama
dahinya mengucup hamparan benang-benang
wilayah anbiya'.


Pemuda ini,
ku lihat masih terus sujud
sehingga terasakan malam menjadi tua
dengan menanti selesai sujudnya
seakan batu yang melekat erat
mencium bumi dalam ketundukan
pemuda ini seolah tak mahu bangkit lagi melihat dunia
dan terus tenggelam dalam keabdiannya
lalu bertanya dalam diri
"wahai pemuda,dosa sebesar apakah yang kau bentangkan kepada tuhanmu sehingga lama benar sujudmu?"
sedang aku yang berselimut pakaian dosa
kerap pula melupakan
munajat dan rayuan harapan dalam sujud di hamparan
apatah lagi bertarung dengan belitan keenakan nikmat malam
untuk sembahkan sebuah pengabdian
dalam tunduk dan rintihan kekesalan

aku melihat pemuda itu
masih jitu dalam sujudnya
seolah dalam nafasnya berkata
biar aku mati dalam keadaan begini
aku tak mahu bangkit lagi.
dengan hati yang mencium bumi
Betapa,dekat lagi rohmu dengan ilahi Rabbi
beruntunglah kamu,wahai pemuda yang bersujud kaku

akhirnya kau ku lihat bangun jua
sementara aku,dalam menanti kau mengangkat wajah
sedang separuh nyawa dibaham lawwamah
dan pukulan pada diri
mengapa tak bisa sujud seperti itu
seorang pemuda yang bersujud kaku

10.00p.m
sajak dicipta dalam otak sewaktu melihat peristiwa benar ni di Al Ghazali sebelum isya'  tadi. Astagfirullah(dan saya tidak dapat mengenalpasti siapa pemuda tersbut,semoga Allah memberkati beliau)

Monday, November 16, 2009

sedang bertarung di medan imtihan..

2 comments
keinginan menulis membuak2 tersekat di ruas-ruas jari,tak dapat terzahir dalam dentuman2 menghentuk keyboard . Saya sedang sibuk bertarung dengan kertas pepriksaan. Saya percaya semua pun begitu,cuma stail saya lebih kepada study di saat2 akhir.saat genting."i work better under pressure,"kononnya prinsip saya.

dalam gian saya untuk menulis(yang saya sangka sudah hilang keinginan itu)saya lepaskan jua di laman Facebook.Di bahagian notes. di sana saya lebih selesa,kerana commenting lebih mudah,dan fokus cuma pada menulis. tak perlu edit2 sana sini untuk template yang cantik,shoutbox sana sini atau galak mencari follower bagi nampak lebih menarik. SAYA CUMA MAHU MENULIS. dan penulisan saya juga tidak lagi remeh seperti dulu,tidak pula ia semakin baik dan berisi mantap saya kata,cuma mungkin tidak semerapu stail penulisan yang lama. Berbual kosong tentang hidup saya,tentang perkara2 memalukan yang berlaku,luahan perasaan,betapa omong-omong picisan yang tak membangunkan rakayat,malah tak mampu menggerakkan walau sehelai lalang di padang. Saya mahu menulis dengan lebih berani dan matang. Suara hati seorang rakyat dan siswa yang tak terdengarkan ,tenggelam dalam keriuhan mencari kebenaran kerajaan.


InsyaAllah selepas exam tamat,saya akan kembali menggegar papan kekunci menaipkan kalimah2 kebenaran. harapnya terlaksana.

p/s: baru sahaja nak berevolusi ,sudah ada suara2 menegur penulisan saya yang disifatkannya penulisan yang sangat bagus,tetapi terlalu 'berbahaya'. Jangan bimbang. saya cuma suarakan idea dan buah pikiran,bukan bantahan atau provokasi jalanan.(penulisan tentang sistem pendidikan IPGM mendapat 58 komen yang memberangsangkan. kredit untuk Muna'izzah atas feedback yang intelektual.Juga Ciffi dengan ngauman Bahasa International nya.)
Related Posts with Thumbnails