Pernah dengar kisah tentang otak siapa yang paling mahal dalam dunia?Rasanya dah ramai yang sudah mendengar kisah ini. Tapi tak mengapa,sekadar imbasan.
Seorang lelaki mahu membeli organ,dan semua otak berbeda harganya,ada yang mahal,ada yang murah dan ada satu yang paling mahal. Lalu ditanya otak siapa dan mengapa mahal sungguh harganya.
Jawapnya;otak ini otak orang melayu dan ianya mahal kerana sangat sedikit digunakan.
Nah,berdarah hidung dibuatnya. Orang melayu otaknya paling mahal,sebab jrang guna. Keadaanya sama lah macam jual baju bundle. Baru pakai sekali dua,paling-paling baru tolak 20-30% diskaun. Kalau yang dah pakai beribu-ribu kali dan berjuta-juta lemon tu harga pun sehabis potongan lah kan.
Di dalam Alquran,betapa banyaknya ayat Allah yang diakhiri persoalan,"Apakah kamu tidak berfikir?"
Afala yatafakkarun,afala ta'kilun,afala yatadabbarun dan sebagainya.
Ini adalah satu cabaran dari Al Khaliq supaya kita sentiasa berfikir.Cabar otak dan minda.
AGAK-AGAKNYA KENAPA KURANG BERFIKIR?SEBAB TIADA MODAL NAK DIFIKIRKAN. SEBAB KURANG PENGETAHUAN. SEBAB KURANG MEMBACA.
Daripada 177 buah negara,statistik tahap celik huruf rakyat Malaysia ,negara kita di tangga ke 86(Statistik tahun 2009). Boleh kata separuh. Kalau anda berjiwa 'melayu',anda akan kata,"ala,boleh la tu..separuh tu..atleast bukan last" dan kalau anda berjiwa MELAYU-ISLAM,hati anda akan berkata,dengan dahi yang berkerut,"Hey,Mana boleh!" sambil geleng-geleng kepala lepas tu lupa balik. Insaf 2 saat pun jadi lah,kata hati-hati kita.
Lalu DI mana Arab Saudi?Tangga ke 112.
DI mana Mesir?Tangga ke 132.
Iran? 113.
ISRAEL?Oh,di tangga 56. Celik huruf orang2 Yahudi laknatullah. Agaknya sebab inilah mereka berjaya ya,kata saya dengan sinis . Sudah gaharu lagi mahu tanya.
Aneh negara kaya minyak pun ada yang tak tahu membaca,sedangkan Palestin yang anak-anak sebaya As Syahid Faris Audah yang tinggalkan sekolah untuk membaling batu ke kereta-kereta kebal Zionis boleh pula melayakkan mereka di tangga ke 77.
Persoalannya,ADAKAH ISLAM TIDAK MENYERU MEMBACA?ADAKAH ALLAH TIDAK MENYURUH BELAJAR?
Surah Al Alaq diturunkan di negeri manakah?Adakah Israel?Adakah Amerika?Atau Apakah Georgia(yang di ranking pertama?)
Bacalah dengan nama Tuhanmu.
Ayat yang pertama disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW ialah ayat ini.
Apakah ada dorongan yang lebih kuat untuk kita membaca?
Salah satu faktor yang menyebabkan rakyat kita terbelakang dan umat Islam mundur ialah kerana tak banyak membaca. Kes buang bayi,zina dan barah sosial terjadi kerana kurang membaca dan mentadabburi AL Quran. Dan remaja-remaja kita termasuk jugalah yang sedang membebel ni] cubalah kalian bandingkan dengan remaja-remaja luar negara,khususnya di Barat.Pengetahuan am mereka jauh lebih baik dari kita walaupun di usia muda.
Saya tak terkejut bila Malaysia tersenarai dalam TOP 30 pengguna Facebook terbanyak di dunia! Di tangga ke 21.Sedangkan Israel,negara kecintaan mark Zukerberg,sang Yahudi pengasas Facebook berada di tangga ke 28,ya,masih di TOP 30 tapi di belakang kita.
Seperti kata seorang Indonesia di Blognya yang saya baca,ketika negara maju sedang membaca,kita sibuk mengisi status.
Nampaknya rakyat kita lebih sukakan "Wajah buku"[facebook] daripada "isi buku"itu sendiri!