Thursday, December 24, 2009

tahniah la amoi

4 comments
semalam result PMR keluar. terkesan dgn result tawar-tawar-kelat-payau adik lelaki sy baru-baru ini,saya terus menerjah adik wanita saya dgn bebelan. tum tam tum tam bebel,baru saya tanya,"so,mesti betuul teruk kan result ko?"


tak balas. ah.sah la tu.kalau tak tengah nanges,konfem tengah berkurung dalam bilik,kunci pintu,gari tangan,muncung mulut sampai besok.

pastu kakak saya bagi mesej.
"ko jangan main2.8A tu."

hehe. termalu la sikit. Tambah satu A dari kakaknya yang kurang cerdik ini.

                                                   ****************
"Nora,ko nak hadiah apa?" saya yang sweet bertanya.


"ko belikan orang buku rujukan bio gn fizik jela buat hadiah."






cet.patutla buleh score.skema.skema.skema.

buat Norhafizah kalau kamu membaca entry ini(eleh,kamu bukan tahu baca blog pun,emel pun tadak.haha)
don't rest on ur laurel. jangan cepat relaks. PMR is nothing. It's just something to give u a sense of confidence,just enough for u to venture into the torturing and gruelling world of pre-SPM studies. Ingat Allah,dan sesungguhnya kejayaan kamu cuma milik Allah. 
"Siapa yang mengenal Allah di kala senang,Allah akan mengenalnya di kala susah." ingat Hadis Nabi Muhammad s.a.w tersebut.


 

Dasar Makhluk Perosak

4 comments

semalam saya ke Spice Garden di Batu Ferringhi,Penang. Salah satu 'urban park',usaha ke arah 'garden city' la,walaupun tak secara holistik. malaysia amalkan 'taman dalam bandar' sedangkan yang patut diamalkan ialah 'bandar ITU taman'. begitulah kata prof Talhah lewat perbincangan kami beberapa hari lepas. Imej Bandar Curitiba terpampang di minda. okay, lupakan sekejap.


Jalan ke Spice Garden dihiasi dengan hamparan panorama lautan yang membiru di sepanjang sisinya. SubhanAllah. mulut saya tak lepas dari bertasbih. sehinggalah melewati satu pemandangan yng cukup menyakitkan hati.sakit teramat. [saya tidak sempat mengambil gambar untuk anda saksikan sendiri]. pinggir bukit yang sangat cerun saya kira,sedang dibina sebuah perumahan. MasyaAllah. saya mengetap bibir dan dalam geram,saya menggeleng, kalau lah kamu semua dapat melihat. Cerun tu curam,dan bukannya dibuat di pinggir bukit tapi di permukaan slope tu. Gila ke?
Orang gila pun tahu apa yang mererka buat tu merbahaya.


Manusia memang gila. Gila. semata-mata nak nampak hebat berumah atas bukit,sanggup khianat amanah Allah. 


Patutlah malaikat pun bertanya kepada Allah ketikamana Allah hendak menciptakan kita menjadi khalifah di muka bumi ini,mengapa diamanahkan bumi kepada kita?(Surah Al Baqarah,ayat 30)


Itu belum masuk bab tambak laut. Masing-masing nak rebut rumah sea view.gila. sedangkan Allah dah bagi percuma seaview. bentang tikar mengkuang tepi pantai,duduk sampai puas.Tengoklah dari tengahari sampai subuh. 


Tebang pokok bakau. satu hal. Bila tsunami datang,masing-masing merintih,"Ya Allah,kenapa kau duga kami sebegini rupa?". rubbish.blergh.
Yang kau pergi tebang benteng penampan ombak semulajadi tu buat apa??


Surah Ar-Ruum,ayat 41,

Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia,kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf
persoalan pertama,Berapa ramai saja yang insaf selepas tsunami 2006?Gempa Bumi di padang?Tanah runtuh Bukit antarabangsa?


Hadis riwayat Muslim mencatatkan,"Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya.Dia melihat apa yang telah kamu lakukan. "

Persoalan kedua,adakah kita pengurus yang baik??


p/s: saya bukanlah seorang penjaga alam yang terbaik,tapi sekurang-kurangnya saya ada jugakla kesedaran. *buy green bag,buy green bag,buy green bag.*

Wednesday, December 16, 2009

Okay.seriously.lesson learnt.

2 comments
betul cakap orang Melayu dulu-dulu. nenek saya,nenek kamu,moyang tuan-tuan dan puan-puan. Berbudi kepada tanah besar faedahnya. sebenarnya TANAHLAH yang berbudi kepada kita.satu-satunya budi yang kita boleh beri pada tanah ialah leave it as it is(tinggalkan ia sebagaimana ia ada) atau bangunkannya dengan cara semulajadi. organik.

saya ke pejabat CAP tadi. persatuan pengguna. melawat Vermihome dan tanaman yang mengguna baja kompos. ya. guna cacing dan najis lembu. guna daun-daun kering gugur depan laman. guna ranting-ranting kayu menghalang jalan. guna sisa-sisa sayur mak buang belakang rumah.
jual-jual baja kompos dapat sekilo rm8. fuh. main-main dengan tahi lembu dapat duit.


Pandai Allah jadikan alam. dalam konsep Vermihome(rumah cacing) kita beri cacing makan,dan cacing pula akan beri kita  baja kompos yang paling elok untuk tanaman.Yang tak ada kimia berbahaya. tiada racun. yang tak menghasilkan gentetically modified plants atau transgenic. MAKNANYA,YANG ALLAH CIPTA JUGA yang terbaik untuk kita dan alam. Subhanallah. Allah Maha Bijaksana.kan.kan. lesson learnt. titik.





p/s: masuk rumah CAP,jumpa se almari buku yang dijual. mata jadi rabun dan terus ke mode 'xsdarkan diri'. saya pulang dengan 'The de-westernization of knowledge' by Syed Naquib Al Attas. fuh. syok.

Tuesday, December 15, 2009

Akan merindui blog ini.

2 comments
Alhamdulillah,dah selamat smpai di lokasi program di Pulau Pinang. Program Manual Buku Hijau. Semoga dapat manfaat dan yang paling penting,semoga dapatlah menyumbang apa-apa. cuti saya selama 2 minggu yang sudah cuma penuh dengan online 24jam di rumah dan keluar beriada dengan keluarga;seronok;tapi saya tak mahu sepenuh cuti saya terbuang begitu sahaja. cuma ini yang mampu dilakukan. jadi lah. semoga ada manfaatnya.


semalam ke Popular. sebelum ke sini,awal-awal lagi 'poket' saya sudah bagi amaran jangan berbelanja berlebihan dan jangan singgah ke POPULAR. tapi ,nak buat macamana kalau dah nampak. dari mata turun ke hati. dari hati,turun ke poket. aduh. saya 'ter'beli buku lagi. satu buku aja. Rm18.00 saja. tapi tak kesal,saya tak pernah rasa berat bila berbelanja untuk buku. tapi seorang teman ada berpesan[bimbang melihat saya yang mengadu poket kering tapi mulut berbuih bercerita tentang senarai buku yang nak dibeli].Katanya,memanglah pasal ilmu tak boleh berkira,tapi takkan lah sampai berlapar. saat itu teringat quote kata2 Erasmus Mundus,seorang profesor,tokoh akademik yang terkenal,"When i have money,i buy books,when there is any,i'll buy food.".
Kata-kata tu buat saya tersenyum,lalu saya berbisik dalam hati,"sekali ni aja." dan bisikan itu saya ulang untuk keberapa kalinya selepas itu setiap kali singgah di POPULAR.


p/s: saya benci keadaan rambangmata-tapi-bermasalah-ekonomi bila di dalam POPULAR. rasa macam nak menggadai barang-barang berharga yang ada di kaunter POPULAR.
p/s2:lepas ni agak sukar nak update blog.mungkin sibuk.




Thursday, December 10, 2009

Bila mengingat mati..

8 comments

semalam selepas mengajar anak saudara mengaji saya menyambung bacaan kitab suci dan sampai ke satu ayat di dalam surah Al-Anbiya'.    

کل نفس ذاقة الموت
Setiap yang berjiwa pasti akan merasai mati...
Surah Al Anbiya',21:35

Masih terngiang-ngiang suara ustaz Afif membacakan ayat itu dalam salah sebuah kuliahnya tak lama dahulu. Semasa menemukan ayat tersebut,saya kuatkan sedikit suara dan ulang-ulang membaca sebanyak 3 kali. sekadar peringatan pada diri dan ahli keluarga yang mengerti. Terasa takut.bukan takut meninggalkan dunia. takut menemui alam barzakh. takut meninggalkan dunia tanpa amal yang cukup. aduh. 

tak lama selepas tu,kami menerima panggilan dari abah dari Kelantan. Allahuakbar. something happened. Abah terlibat dalam kemalangan. Berlaku kematian di sana. umur mangsa baru sebaya saya. Innalillah. saya masih terkejut. panjang ceritanya. rasanya tak perlu diceritakan. Ironinya,baru saja tadi saya mengulang-ngulang baca ayat tadi,dan berita tersebut bagai pengsahihan kepada apa yang telah saya baca. serius saya katakan,saya rasa,terkejut dengan kebetulan ini. 

saya masih terkejut dengan peristiwa semalam. adalah berbaki sisa-sisa kejutannya. Tapi saya peroleh satu pengajaran yang pasti,jangan pernah melupakan mati. 


Apa yang ingin saya katakan,dalam kehidupan seharian,jarang sekali kita mengingat mati. Saya sendiri. jarang. Sehari-hari bergelak ketawa dan membuat dosa mengata mengumpat sini sana. jarang sekali,masa bergelak ketawa dan berlibur tu mengingati yang suatu hari mulut akan kaku tak bersuara sambil tubuh dikambus tanah.

Kadang-kadang dalam hidup kita kerap berjanji. Sang Teruna berjanji akan menikahi sang gadis,dan tak akan 'mensia-siakan' nya,konon. Sang bapa berjanji membawa anaknya bercuti bila kerjanya selesai...nanti.nanti. Sang diri berjanji pada hati akan solat dan bertaubat bila tiba masanya nanti..nanti.nanti. Sang muda berjanji akan mula belajar agama bila sudah tua. kelak.Masing-masing tak pernah menyangka bahawa maut akan tiba malah 5 saat selepas itu pun. tiada lagi NANTI.

panjang angan-angan. panjang angan-angan kerana lupakan mati. Hargai masa yang ada dan jangan berharap untuk menemui esok. jangan ditangguhkan taubat dan jangan dipanjangkan janji. Bagaimana kalau tak sempat melihat cahaya matahari esok pagi?

  
Tambah Amal,Jauhi Dosa.Masa untuk SEDAR DIRI.

Ianya satu konsep yang mudah dan jelas bahawa jika kita mengingati mati,pasti kita akan terdorong melakukan hanya kebaikan dan meninggalkan kemaksiatan. Bila timbul rasa takut menghadapi soalsiasat Munkar dan Nakir dan seksaan kubur yang menghimpit,pasti akan mengekang nafsu dari memberontak.


surah Qaf,ayat 19 membariskan ayat yang jauh lebih membenam di kalbu. 
"Dan datanglah sakaratulmaut membawa kebenaran. Itulah kematian yang kamu lari daripadanya(tetapi ia pasti menemui kamu)"

 

 Surah Qaf,50:19
 dalam surah Al-jumuah, 
"Katakan (wahai Muhammad) sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).


Tak ada siapa boleh mengelak maut mahupun menundanya. Produk-produk ratusan ringgit dan botox-botox datuk datin hanya mampu melambatkan kedutan,tidak melambatkan maut.Tembok-tembok dan nuklear Bush mahupun Obama boleh membenteng negara tapi tidak membenteng jiwa dari sentuhan maut.Ayat-ayat pendinding tuan tuan dan puan-puan juga tidak mampu mendinding dari maut.


Jadi?
Tambahkan amal.Jangan tangguhkan apa yang boleh dibuat hari ini ke hari esok. Jangan kerap berjanji suatu yang anda sendiri tidak pasti. Hargai kesempatan yang ada untuk MENAMBAH BEKAL ke akhirat. SEDAR DIRI mulai sekarang. Maut tak mengenal usia. 

p/s: saya harap abah dan seluruh ahli keluarga mampu ambil ibrah dari apa yang terjadi. 
p/s2:INGAT MATI bukan sama sekali TAKUT MATI-hubbun dunia wakarahiyatul maut(cintakan dunia dan takutkan mati).apatah lagi kalau demi Islam. 




Monday, December 7, 2009

Generasi 'bentukan' media

6 comments
lu.jmmnjn\9uk.m/sekali lagi saya terpanggil untuk menulis tentang media. Saya bukan lah anti-media,malah ketika artikel ini ditulis,tv sedang terpasang,untuk sajian anak-anak isi rumah ni. Tapi,saya mula tumbuh bnci pada rancangan-rancangan hiburan media tempatan. Ejen utama hedonisme yang merampas jiwa dan minda anak-anak dan adik-adik kesayangan saya dari hakikat dunia realiti.

Semalam saya melihat keletah anak saudara cilik saya,baru lewat usia 3 tahun tahun tapi sudah petah bercakap. sepanjang malam dia bersembang tentang artis-artis Akademi Fantasia. Melopong saya melihat satu-persatu nama peserta disebut malah siap dinyatakan peserta musim ke sekian dan sekian . Malah,pada siang harinya dia merengek di hadapan nn,ivkedai-kedai mintanjnljh.bg6ee dibelikan sebuah mainan semata-mata kerana meniru lagak AC mizal di TV. Malah,pernah satu hari si comel ini saya lihat mengheret beg berodanya ke hulu ke hilir ,bila ditanya,dia menjawab," saya peserta tersingkir lah!.(AF)"
Sememangnya situasi ni mengundang rasa geli hati,saya pun malah ketawa melihat keletahnya. Tapi dalam lucu dan geli hati,timbul kebimbangan. sempat saya ceritakan perkara ini kepada seorang rakan dan luahkan kebimbangan  berhubung perkara ini.. Baru tersedar betapa kuat impak media khususnya television pada kanak-kanak. sedangkan generasi kini terus  menerus disuapkan dengan hiburan berterusan yang melampau. Pagi petang siang dan malam. 
  
Mana saya tak bimbang,hampir setiap kata-kata yang keluar dari mulut anak-anak masa kini adalah imitasi dari artis-artis yang dilihat di Tv. dan kalau apa yang ditirunya baik ,tak mengapa tapi ianya adalah sebaliknya. saya ambil contoh,anak saudara saya yang  berumur 3 tahun ini,sudah pandai berkata dengan kata-kata yang kasar meskipun kepada ibunya,kerana meniru kata-kata Awan dania yang sedikit tomboy (saya sendiri tak pernah menonton cerita ini,cuma diberitahu ibunya). banyak lagi tagline-tagline atau kata-kata 'trademark' yang kasar bunyinya dari watak-watak drama dan sebagainya. Dalam kelucuan melihat kecekapan skil imitasinya,saya tersangat bimbang.


Pengaruh televisyen begitu kuat. Inilah SENJATA musuh terhadap Islam yang paling sukar dielak. Unsur-unsur mazmumah dari segala segi,akhlak khususnya,meresap ke otak anak-anak langsung ke pembuluh darah menjadi sebati dengan darah daging anak-anak. natijahnya,sudah terbiasa dengan kata-kata kasar,melawan ibu bapa seperti yang dilihat di kartun-kartun dan cerita jenaka,dan sebagainya. Di mana cerminan akhlak islamiyyah yang murni?


Saya  fikir,bagaimana kita mahu capai matlamat membina masyarakat Muslim jika tingkat peribadi muslim pun sukar direalisasikan? Bagaimana mahu kita lahirkan generasi yang berjiwa pejuang sedangkan hampir separuh masa mereka di'tarbiyah' dan dididik oleh televisyen,dan bukannya guru atau ibubapa?

Di sini,peranan ibubapa adalah crucial. Kawal rancangan televisyen. Seorang teman saya,ketika saya adukan perkara ini berkata,seorang ustaz di Institut kami,seorang yang sangat saya segani,mendidik anaknya dengan cara yang bagi saya amat mengkagumkan. Tiada Tv. Beliau tidak mahu membiasakan anaknya dengan pengaruh-pengaruh hiburan yang melampau dari tv.


 Eksperimen Albert Bandura(1977) dalam mengemukakan teori pembelajaran sosialnya sudah membenarkan hakikat kanak-kanak belajar dari pemerhatian dan peniruan iaitu antara empat peringkat pembelajaran tingkahlaku iaitu attention,retention,reproduction(di sinilah berlakunya imitasi) dan juga motivation di mana kanak-kanak termotivasi untuk terus mengimitasi. Nah. ini baru bab hiburan. tentang kesan buruk terhadap akhlak. belum masuk lagi akidah. Baru tadi saya menukar siaran Tv apabila ahli keluarga saya lihat sedang menonton cerita Indonesia yang mneceritakan tentang peri dan dewi dan sebagainya. malah drama bawang Putih dan Bawang Merah dari Indonesia yang satu masa dahulu menjadi quite a phenomena saya lihat tak lebih dari satu anasir yang bakal mengelirukan dan menjejaskan pemahaman akidah kanak-kanak. Mana tidaknya,wataknya dilihat bersembahyang malah menyebut nama Allah,kemudian meminta tolong pula pada si peri. Siapakah peri ini di dalam Al -Quran? Ini akan menjejaskan tauhid kanak-kanak.malah ada juga bahagian(saya dengar) watak permpuan yang rajin solat ini berzina lalu melahirkan anak luar nikah. MasyaAllah.

Membesarkan anak pada masa kini kian sukar. Ibubapa terpaksa 'berebut' hak mendidik anak dengan media. Guru juga akan mengalami kesukaran membentuk generasi akan datang yang telah sedia terbentuk oleh 'astro Ria' dan sebagainya. 
sebagai konklusi,saya suka untuk hamparkan sebaris konklusi dari Wang Da-wei,dari Media management school,Communication university of China,Beijing dalam kajiannya yang bertajuk "A study on media culture's negative influence on children"
The point is to learn how to use media correctly to improve the positive effects and limit the negative influence on our children. We should make best use of this
cultural tool to educate our children and simultaneously protect them from the bad influence.


p/s: runsing memikirkan cabaran menjalankan misi saya di sekolah nanti. bagaimana mahu membentuk pejuang Islam dengan generasi 'bentukan ' media ?

Thursday, December 3, 2009

Saya tersenyum kerana saya seorang wanita

8 comments


Tadi saya melihat emak menyapu lantai,sambil membebel-bebel sebab sampah banyak. saya panggil emak.
"Emak,mak,"saya panggil.
saya buka buku Riwayat Bidadari Syurga dan tunjukkan kepada emak.
"mak,setiap wanita yang menyapu lantai sambil berzikir pahalanya sama seperti menyapu lantai di Baitullah."
mak yang setia mendengar terus tersenyum,"eh,kalau macam tu aku nak pergi berzikir lah!"Emak jawab ,teruja,lalu  terus ke depan sambung menyapu.
haha. Cerita ini cerita betul ,serius betul,malah baru saja terjadi. mak saya memang comel perangainya. tergelak saya.
sambil-sambil dia menyapu saya dengar dia menyambung,"ni kalau yang selama ni mak menyapu ni,berzikir ,agaknya dah banyak dah ek pahala mak."
:)
saya tersenyum lagi.alhamdulillah.janji ikhlas mak.

                                                         ...                                                  
beberapa hari yang lalu,saya pernah membaca satu cerita tentang seorang perempuan yang ingin mengahwini suaminya semata-mata kerana nak membantu suaminya berdakwah. Dia mahu menjadi individu yang mengurus segala keperluan suaminya supaya suaminya senang menjalankan kisah dakwah. lalu beberapa hari yang lalu,saya ceritakan kisah ini kepada seorang teman dan katakan yang saya ingin menjadi persis wanita mulia itu. Saya mahu jadi pengurus suami kelak,jadi tulang belakang,jadi penawar hati supaya lebih giat berdakwah(itu pun kalau saya dapat suami yang buat kerja dakwah nanti,InsyaAllah). Yang pasti,saya juga mahu menolong agama Allah.


Dan tadi saya temukan satu ayat di dalam sebuah buku yang sangat menggembirakan saya.
"Allah S.W.T akan memasukkan setiap wanita yang membantu suaminya di dalam urusan agama ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya:)


dan kamu tahu?seorang wanita solehah lebih baik dari 70 orang lelaki soleh.ya,tersenyumlah wanita,kerana dirimu,begitu berharga.

 Sekali lg tersenyum mengingat hadis Nabi Muhammad S.A.W riwayat Muslim yang berbunyi," Dunia adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita solehah"
betapa tinggi darjat wanita.

p/s:teringat akan buku Benarkah Wanita dikongkong syariat yang dibeli dari ustaz Afif lama dahulu yang masih belum habis dibaca. semoga dapat kembali membacanya.

Wednesday, December 2, 2009

siapa pendatang 'asing' ni?

2 comments
duduk di rumah ni baru dapat merasa tengok tv. di maktab jarang-jarang sekali. malas nak turun tengok tv. bila di rumah ni,nak tengok tv rancangan kena ikut taste mak. apa lagi,drama melayu lah. yang endingnya senang-senang saya boleh ramal. mesti akan ada yang mati,samada tengah sujud atau dalam tidur,lepas tu mesti ada adegan tolak-tolak ,halau-dari-rumah-dalam hujan,mertua xrestu perkahwinan dan sebagainya. stereotype.tapi bila saya dan adik-adik komen macam tu,mak marah,katanya,"senang-senang kau ja buat filem"haha. lucu.


tapi cerita Melayu saya boleh tahan lagi. ada la juga sekurang-kurangnya mesej yang dapat sampai. tapi yang buat saya sakit jiwa ialah cerita Indonesia. masyaAllah,dari pagi,Soleha,lepastu tengahari cerita karut apa tu yang lelaki buruk rupa tu,terus ke cerita indon apa tah lagi selepasnya. kalau setakat Soleha tu saya boleh tahan la lagi,ada la juga unsur muslimahnya. tapi cerita khurafat yang tayang waktu zuhur tu. hari tu tertengok sekali,sebab mak dah pasang. Dengan Dewi Bulan lah,pari2 lah. Astagfirullah. Geram juga. cerita macam ni kalau kanak-kanak tengok tak ke terpengaruh. kalau cerita Holywood boleh tahan la,budak-budak ni faham lah juga 'orang putih memang macam tu. Orang putih tak sembahyang".Mungkin anak-anak kecil akan kata begitu. tapi kalau dah berwajah melayu tu,faham-fahamlah.Sedangkan kita tahu tiada tuhan melainkan Allah, Allah mencipta bulan,mencipta langit. tak mungkin ada dewi bulan lah,dewi apalah.


Mungkin ada yang berkata saya terlalu 'syadid' dalam menilai hiburan. Terlalu rigid. saya benci kenyataan sebegitu. saya pun suka hiburan,saya juga manusia,tapi hiburan tak bermanfaat macam tu tak patut. selama-lamanya anak-anak dihidang dengan angan-angan dan fantasi. Dunia putera kacak,puteri cantik,pari-pari dan macam-macam lagi. rancangan yang mengheret generasi dari realiti.

Rancangan Indonesia terlampau banyak saya kira. Sempat saya katakan dengan sinis tadi kepada adik saya,"ai,dah macam terjajah pula". iyalah. 
 lepas ini,bolehla pegawai imigresen sambut pendatang-pendatang "konon asing" dari Indonesia di sempadan dengan kata-kata,"selamat datang,buat lah macam rumah sendiri"

p/s: mungkin perlu tukar nama pendatang 'asing'. saya pula terasa asing di rumah sendiri.

Expanding da'wah

0 comments
 (a summary of my article entitled "redefining da'wah. it's 4pages long in Microsoft words so i hv to shorten it up for blogging purpose)


I’ve heard a lot of voices talking about da’wah recently,here and there. The word ‘da’wah’ is beginning to be quite ubiquitous. . suddenly everybody’s talking about da’wah,which is GOOD though,not that I’m complaining. At least it shows how,how conscious and aware muslims are about the needs for da’wah.
but still, (there’s always have to be a but,huh)it seems that people often tend to forget one thing when talking about da’wah;well,either they forget or they ignore because it seems a little too hard to do.-da’wah to the non-muslim. i,myself was beginning to forget ,myself until someone reminded me sometimes ago,jazakllh  Bro kamarudin.

 da'wah is't just about calling someone to prayer,or correcting fellow muslims wrong doings and preaching for ma'ruf. MOst oftenly,almost everyone forgets of the true 'da'wah' and for whom does it really meant to,foremost.da'wah to the non-muslim.
i've read a lot of blogs and webs,all containing tazkirahs and telling stories of how they taught their muslim friends of do's and don'ts ini Islam,and articles on how important da'wah is but none,as far as i have seen,none have mention the importance of da'wah towards the non-muslim.


I've written a notes,(a mini-article) in Fc regarding the current issue which is the banning of mosque minaret in Switzerland and many other moves indicating discrimination towards the Islam worls and expect feedbacks from others. i received a comment,unexpectedly coming from the man I've heard so much of(good things,all of them)from my friend,Bro Kamarudin Abdullah,a man known for his brilliant comparative religion class. i've always been interested in his class and wished to join but never had a chance(no notification,i blamed myself for that for not being alert. So much for a 'knowledge hunter')
he replied," Tanya secara ikhlas, salah siapa sehingga wujud perasaan..ini.
Umat Islam lah punca yang sebenarnya kerana mereka lupa Perintah Utama Allah..yakni Jihad dan Dakwah".
 

translated: ask sincerely,whose fault is it that this feeling exists,Muslims are the real cause because they forget Allah's decree..which is jihad and da'wah"


Below are,as a simple share of thoughts from this shallow mind of mine,what WE,can do,within our capability and opportunity to commit da'wah to the non-muslims.
1. 1. The first step,a major leap,is making friends woth the non-muslims. Now ask ourselves,how many of non-muslims friends do we have.
2. 2. Show a good akhlak. WE,are mirrors that reflect Islam in generals. The ‘Islam’ that Prophet Muhammad brings that have touched a lot of the non-muslims hearts back then was an islam that reflect peace,and  harmony,and love,and a religion that teaches gih level of morality. Just looked at how Muhammad react to those kafirun who used to throw rubbish and stones and cursed and condemned him. All retaliated with the sweetest smile and forgiveness. masyaAllah.
4.  3. Shah Kirit,another comparative religion,an awesome man in the field of da'wah,said the ‘master key’ in da’wah to the non-muslim is by studying their religion. So,go to a comparative religion class if there is any nearby. grab the chance so you can debate with wisdom should there is anyone asking. (I,myself haven’t got a chance to attend one. the first time it was held near my place,I wasn’t notified and was already in other places joining an environmental camp;I fully blamed myself for not being alert) for info,you can add bro kamrudin Abdullah via fb,his name is Kamarudin Abdullah,or contact brother Shah Kirit himself at this link.
     So,people,lets expand our social range. Approach the non muslim with an open heart. If you don’t have enough knowledge to preach,at leats let’s do our parts by showing good examples of akhlak islamiyah like Prophet Muhammad S.A.W taught us. Wallahua’alam. I’m just a fakir who doesn’t necessarily fulfil everything she says. Allahuakbar.

Tuesday, December 1, 2009

Pemikir Dunia?yeah,right.

2 comments

Kalau ada kucing yang mengembek seperti kambing,mestilah kambing lebih suka pada kucing yang mengembek dari kucing-kucing lain bukan?
Pemikir 'kebaratan' mestilah dipandang tinggi 'orang barat'.
akal liberal mestilah dihargai kepala-kepala liberal 
Tahniah la pakcik liberal dapat tewaskan George Soros dalam carta. Berbaloi kerja "bertoleransi' dengan pendirian Barat terhadap Islam dan kompromi dengan agama sendiri?


Dunia akhir zaman. Kucing banyak yang mengembek sebab nak nampak lebih besar.


-on The Top 100 Global Thinkers 2009,Top 32.

Related Posts with Thumbnails