Thursday, December 24, 2009

Dasar Makhluk Perosak



semalam saya ke Spice Garden di Batu Ferringhi,Penang. Salah satu 'urban park',usaha ke arah 'garden city' la,walaupun tak secara holistik. malaysia amalkan 'taman dalam bandar' sedangkan yang patut diamalkan ialah 'bandar ITU taman'. begitulah kata prof Talhah lewat perbincangan kami beberapa hari lepas. Imej Bandar Curitiba terpampang di minda. okay, lupakan sekejap.


Jalan ke Spice Garden dihiasi dengan hamparan panorama lautan yang membiru di sepanjang sisinya. SubhanAllah. mulut saya tak lepas dari bertasbih. sehinggalah melewati satu pemandangan yng cukup menyakitkan hati.sakit teramat. [saya tidak sempat mengambil gambar untuk anda saksikan sendiri]. pinggir bukit yang sangat cerun saya kira,sedang dibina sebuah perumahan. MasyaAllah. saya mengetap bibir dan dalam geram,saya menggeleng, kalau lah kamu semua dapat melihat. Cerun tu curam,dan bukannya dibuat di pinggir bukit tapi di permukaan slope tu. Gila ke?
Orang gila pun tahu apa yang mererka buat tu merbahaya.


Manusia memang gila. Gila. semata-mata nak nampak hebat berumah atas bukit,sanggup khianat amanah Allah. 


Patutlah malaikat pun bertanya kepada Allah ketikamana Allah hendak menciptakan kita menjadi khalifah di muka bumi ini,mengapa diamanahkan bumi kepada kita?(Surah Al Baqarah,ayat 30)


Itu belum masuk bab tambak laut. Masing-masing nak rebut rumah sea view.gila. sedangkan Allah dah bagi percuma seaview. bentang tikar mengkuang tepi pantai,duduk sampai puas.Tengoklah dari tengahari sampai subuh. 


Tebang pokok bakau. satu hal. Bila tsunami datang,masing-masing merintih,"Ya Allah,kenapa kau duga kami sebegini rupa?". rubbish.blergh.
Yang kau pergi tebang benteng penampan ombak semulajadi tu buat apa??


Surah Ar-Ruum,ayat 41,

Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia,kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf
persoalan pertama,Berapa ramai saja yang insaf selepas tsunami 2006?Gempa Bumi di padang?Tanah runtuh Bukit antarabangsa?


Hadis riwayat Muslim mencatatkan,"Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya.Dia melihat apa yang telah kamu lakukan. "

Persoalan kedua,adakah kita pengurus yang baik??


p/s: saya bukanlah seorang penjaga alam yang terbaik,tapi sekurang-kurangnya saya ada jugakla kesedaran. *buy green bag,buy green bag,buy green bag.*

3 comments:

ooooooooo said...

nice article
ringkas padat

zf_zamir said...

boleh mula - minimakan penggunaan plastik..kalau setakat beli roti atau air kotak, tak perlu ambil plastik..kerana plastik tersebut akhirnya akan dibuang juga..

saya dah amalkan hampir setahun..boleh kira berapa banyak kita (seorang) mampu 'save' plastik bag..

NORIZAN ZAKARIA said...

ya. mengenai tindakan secar individual tu ada sy lakukan. alhamdulillah,sy biasakan membawa 'green bag' ke supermarket atau shopping mall spy xyah pkai plastik..n beli spu tangan spy g kafe xamik tisu pink yang selalu amik utk lap tgn(yg ni people often tend to forget),n juga tahun ni nak mula bw tupperware ke kelas. doakan sy istiqamah.

Related Posts with Thumbnails