Wednesday, December 16, 2009

Okay.seriously.lesson learnt.


betul cakap orang Melayu dulu-dulu. nenek saya,nenek kamu,moyang tuan-tuan dan puan-puan. Berbudi kepada tanah besar faedahnya. sebenarnya TANAHLAH yang berbudi kepada kita.satu-satunya budi yang kita boleh beri pada tanah ialah leave it as it is(tinggalkan ia sebagaimana ia ada) atau bangunkannya dengan cara semulajadi. organik.

saya ke pejabat CAP tadi. persatuan pengguna. melawat Vermihome dan tanaman yang mengguna baja kompos. ya. guna cacing dan najis lembu. guna daun-daun kering gugur depan laman. guna ranting-ranting kayu menghalang jalan. guna sisa-sisa sayur mak buang belakang rumah.
jual-jual baja kompos dapat sekilo rm8. fuh. main-main dengan tahi lembu dapat duit.


Pandai Allah jadikan alam. dalam konsep Vermihome(rumah cacing) kita beri cacing makan,dan cacing pula akan beri kita  baja kompos yang paling elok untuk tanaman.Yang tak ada kimia berbahaya. tiada racun. yang tak menghasilkan gentetically modified plants atau transgenic. MAKNANYA,YANG ALLAH CIPTA JUGA yang terbaik untuk kita dan alam. Subhanallah. Allah Maha Bijaksana.kan.kan. lesson learnt. titik.





p/s: masuk rumah CAP,jumpa se almari buku yang dijual. mata jadi rabun dan terus ke mode 'xsdarkan diri'. saya pulang dengan 'The de-westernization of knowledge' by Syed Naquib Al Attas. fuh. syok.

2 comments:

Ariff Putera Tun Tuah said...

We can afford to save our Earth instead of destroying it.. Please save our Earth.. =_=

NORIZAN ZAKARIA said...

yes...u r so right..dalam surah Al Qasas ayat 77 ketika allah mengatakan bahawa Allah ingin menciptakan manusia sebagai khalifag di muka bumi,malaikat bertanya,mengapa diciptakan manusia sebagai kahlifah bumi padahal mereka hanya merosak dan menumpahkan darah. Allah dan para malaikat sudah maklum sikap perosak kita.

Tugas menyelamatkan bumi bukan hanya terletak di pundak aktivis,sebaliknya semua orang. Tahniah Tun sebab concern

Related Posts with Thumbnails