Teringat ketika saya dilihat sedang khusyuk membaca Harakah di kantin apabila seorang 'pakcik' datang menghampiri. Apabila diberitahu saya pelajar subjek Politik beliau lantas bertanya pandangan saya tentang pilihanraya di Hulu Selangor. Masa tu,kalau tak silap seminggu sebelum pilihanraya. Saya bercakap panjang lebar. Bersemangatlah konon. 'Pakcik ni juga seakan banyak pengetahuannya saya semakin rancak bersembang. Aduh,suntikan adrenalin.
Tiba-tiba bila 'pakcik' tersebut tanya satu soalan yang dikira maut,saya boleh pula menjawab[aduh,saya masih tak percaya saya menjawab sebegitu.lucu ya amat]
Eh,entah2 pakcik ni spy x?
haha. entah angin apa masuk ke badan saya sampai boleh bagi jawapan begitu. 'Pakcik ' tu ketawa besar. Rupa-rupanya orang yang saya panggil 'pakcik' itu seorang ustaz di sebuah IPT tempatan. Hai,judge a book by its cover betul.
***************
Cerita tadi tak ada kena mengena pun dengan tajuk,mungkin tak sepenuhnya berkait. Tapi suka saya nak bawakan kata-kata 'pakcik' tu di akhir perbualan kami," Awak jangan takut..awak ni takut sangatlah.awak kan belajar. Tak kan nak sekat minda dan pemikiran tu"
lebih kurang begitulah bunyinya.
Masih di dalam tajuk,orang kita sekarang memang sinonim dengan perkataan 'TAKUT'. takut malu,takut kena tangkap,takut kena kutuk,takut perompak dan saya cukup yakin dalam kalangan bapak-bapak budak ni pun masih ada yang TAKUT HANTU. Nah,takut aja kerjanya.
Wah,lalu di mana pergantungan kepada Allah ni?
bab itu saya serahlah kepada iman rakan-rakan sekalian. Mahu takut hantu ke,takut Allah yang jauh lagi besar kuasanya.
tapi yang saya nak bawakan di sini ialah TAKUT GAGAL.
ya.takut gagal. [memang kenalah di musim-musim exam ni.]
ya,siapa yang tak takut gagal?saya akui saya pun takut gagal.
Para mujahidin Islam dizaman Nabi khususnya dan selepasnya,slogannya cuma satu,Menang atau syahid. Dalam konteks ini,tiada kegagalan sebab dua-duanya bermaksud kemenangan malah syahid adalah kemenangan yang lebih unggul dari kemenangan dan penghidupan. jadi istilah 'gagal' tidak ada di dalam perjuangan mereka. . Sebab itulah mereka ibarat singa liar di dalam medan perang sangat memburu syahid.
nah. dalam perjuangan para syuhada'. menang dan hidup pun menang. syahid dan terkorban pun menang. Tapi mereka masih punya takut gagal,takut bila tentera Islam tewas,kedudukan agama suci ini tergugat. Bukan bermakna tiada kebergantungan kepada Allah. Malah,atas rasa takut gagal inilah,mereka malah kembali kepada Allah. Atas rasa takut gagal dan mengecewakan Islam,tentera Salahudin Al Ayubi dan sebaik-baik tentera,tentera Muhammad Al fateh tak tinggal tahajjud meski dalam waktu berperang. dan sebabkan takut gagal inilah mereka berjuang bersungguh-sungguh. bukan sekadar diam peluk tubuh kerana terlalu yakin.
takut gagal ada yang konstruktif dan destruktif. Yang destruktif adalah ketakutan yang bersifat membinasa,seperti kalian takutkan rugi berniaga terus takut untuk mencuba. Jalan apa yang paling selamat. Ya,mengemis aja.
Takut gagal yang konstruktif adalah seperti para syuhada' dan mujahidin Islam. Mereka yakin dengan ayat Allah di dalam surah Al-Ra'du,ayat 11:
maksudnya:.......Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah nasib mereka sendiri...
JANGAN TERLALU TAKUT GAGAL SEHINGGA MENYERAH SEBELUM MENCUBA. Gagal itu lumrah. adat. kalau tak pernah merasa gagal,di mana rasa nikamat 'berjaya' itu. Ibarat makan hari-hari makan banyak,hari-hari makan sedap,lama-lama pasti bosan. tak rasa nikmatnya. tapi bila dah selalu tahan perut[katakan hujung bulan duit semua sudah kering;dilema pelajar]bila sekali dapat makan sedap alangkah nikmatnya.
Sebelum Sultan Muhammad Al fateh berjaya menakluk Konstantinople,sudah ramai individu-individu hebat cuba menakluknya. Masing-masing mahu menjadi 'sebaik-sebaik raja' yang disebut nabi. Saiyidina Ali pada tahun 34 Hijrah telah mencuba,tapi gagal. Diikuti Muawiyah pada 84 H,juga gagal. Diikuti Sultan Sulaiman Abdul Malik,kemudiannya Khalifah Harun ar rasyid,diikuti bapa Sultan Muhammad sendiri iaitu Sultan Murad tapi tetap jua gagal. Malah Muhammad Al fateh sendiri sudah beberapa kali gagal tapi beliau tak pernah berputus asa malah mencuba sehinggalah Konstantinople berjaya ditundukkan pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 Jamadil awal 857 H.
kenal Thomas Edison?pencipta mentol lampu tu?Guru beliau pernah berkata bahawa beliau terlalu bodoh untuk belajar apapun,pernah dipecat dua kali atas sebab 'tidak produktif'. dan usahanya mencipta lampu menemui 1000,saya ulangi 1000 kegagalan. Bila ditanya,"bagaimana rasanya untuk gagal sebanyak 1000 kali?"
beliau menjawab ,
"saya tidak gagal 1000 kali. mentol lampu merupakan sebuah ciptaan dengan 1000 langkah."
optimis bukan?
p/s: kegagalan itu ubat. memang pahit mula-mula tapi lama-lama baru nampak kesannya.
2 comments:
tulisan inspirasi!
bagus2x.
tu ah, mahasiswa sekarang. terlalu pesimis, banyak sangat perkiraan dalam bertindak. tapi akhirnya, langsung tak buat apa-apa.
berhati-hati itu penting, tapi bukan langsung berpeluk tubuh, kerana takut risiko.
yap.haha..entry lum siap..dh ade yg komen.syukran akh..sori td font kcik sgt..
umm..betul..ade yg tlalu takut smpai xbrani cuba pun.
cth: xbrani nk amal islami[bertudung ,menghafal quran dsb] takut xistiqamah..sdgkan mencuba dlu lebih baik dan mujahadahlah.umm
Post a Comment