Angin pagi di Thailand memang sebijik seperti di Malaysia. Persis,cuma panasnya beda. Kering sikit,tak macam Malaysia yang panas-panas lekit sampai berpeluh. Suasananya pun sama. Tapi yalah,namanya pun jiran. Macam Johor dan Melaka. Tak banyak bezanya.
Jalannya aman. Tuk-tuk(dalam foto),sejenis teksi yang unik,lalu lalang seawal pagi meneropong potential customer. bonus lah kalau jumpa pelancong macam kami yang mudah ditipu ni. (Pernah ditipu hampir rm6;mungkin disini tak banyak.tapi di Songkhla boleh beli macam-macam!)
Kebimbangan Kumpulan Baju merah merusuh di jalanan yang pada awalnya membelenggu kepala saya sudah semakin pudar. ya,setakat ini aman. Katanya Songkhla jauh dari Bangkok. Mungkin. tapi tetap diberi amaran berjaga-jaga. Cerita abang Fauzi pemandu pelancong kami yang oh,-sungguh-pekat-bunyi-thailandnya-ketika-berbahasa-Melayu tentang keadaan politik di Thailand sedikit sebanyak memberi gambaran kepada saya impak dari ketidakstabilan politik-kebetulannya tajuk tugasan politik saya semester ini,Peranan kerajaan dalam pemerintahan.Salah satu aspeknya ialah kestabilan poltik. Tapi Saya lebih banyak ambil contoh negara Pakistan berbanding Thailand. tentang kegagalan kerajaan Perves menyekat gerakan militan sehingga membawa kepada pembunuhan Benazir.
***************************
Apa yang dapat saya perolehi dari pengalaman ini? Semestinya bukan hanya keseronokan,meskipun kata orang,Songkhla adalah tempat terbaik untuk berseronok-seronok. Barangnya murah dan hotel-hotel berlambak! Kegiatan perempuannya pun cukup aktif! nauzubillah.
Pertama: Mentimun pun akan menggolek,bila mana situasi mendesak.
Pernah dengar pepatah,bagai mentimun dengan durian,menggolek luka,digolek pun luka?Situasi di Thailand menunjukkan rakyat bawahan tidak akan selamanya menunduk atas apa yang dilakukan pihak atasan. Setiap orang ada kehendak,dan bila kehendak mereka tak dipenuhi pasti mereka akan bangkit. Inilah yang sedang terjadi di Palestin. Rakyat dan pemuda palestin bukanlah dari dahulu seberani begini. Semangat juang mereka bertambah-tambah bila dihimpit dan ditindas. Inilah kebangkitan sang mustadh'afin.(golongan tertindas.)
Di Thailand pula,lain ceritanya,bukanlah sebegitu tertindas sebaliknya cuma mahu kehendak dan hak mereka dipenuhi. Suara ramai rakyat Thailand nampaknya mahukan Thaksin,bukannya Abhisit. teringat kisah Encik fauzi bagaimana Thaksin mempunyai ramai peminat. Dan bagaimana beliau menggunakan wang sebagai salah satu alat politik. Masih saya ingat kata-kata Encik Fauzi ketika ramai antara kami dilihat memakai baju merah,"kalau kat sini pakai baju merah buleh(dapat) pitih.Kalau pakai baju merah dapat 500,kalau kereta cat merah buleh 2000."
Lucu.keesokan harinya lebih ramai peserta yang memakai baju merah.
Agak mengkagumkan seseorang yang pernah diguling pada September 2006 lalu yang ketika itu dikatakan sudah tidak popular dalam kalngan rakyat kerana kuku besi dan rasuah bagaimanapun sangat disayangi rakyatnya.with,or without the money.
cuma situasi di Thailand mengejutkan dunia dari segi ia menjadi manifestasi kuasa rakyat yang sebenar.
Saya tidak hairan jika perkara sama akan berlaku di Malaysia;rakyat bangkit secara massive apabila berlaku kepincangan yang ketara dalam pemerintahan. Semoga Aman Malaysia.Ameen.
Kedua: Kerja biasa jarang ada halangan,kerja dakwah selalunya ada.
Kami pergi sudah tentu atas sebab yang baik,sebab pendidikan,ke Universiti Rajabhat dan sekolahnya. Yelah,bakal guru. Tapi meski di waktu shopping-shopping dan sukaria,suasana sungguh aman. Tak seperti yang kami sangkakan.Alhamdulillah,syukur tentunya. teringat saya kisah yang diceritakan Wakil Pace dan Haluan Palestin di dalam ucapan mereka di Himmah(Himpunan Ummah untuk Palestin) baru-baru ini. Delegasi beramai-ramai ke sempadan Palestin malah di Mesir pun mendapat banyak tentangan. Diserang pasukan polis dan sebagainya. sampai ada yang cedera.Itupun belum menjejak ke kawasan bergolak .
Ya,kerja di jalan Allah memang banyak tantangannya.
p/s:tuk-tuk di dalam foto berbeza dengan yang kami naiki.
p/s 2:next trip,ke Bandung.nantikan muhasabahperjalanan seterusnya!
Ya,kerja di jalan Allah memang banyak tantangannya.
0 comments:
Post a Comment