Tuesday, May 4, 2010

Aminulrasyid: keadilan,bukan kontroversi.


Assalamualaikum. Apa Khabar semua?Apa khabar imannya?Baik-baik,salim2 saja harapnya ya. Wah,lama sungguh tak menulis. asal bersemangat ada saja kemuncup yang tajam bersuara mematahkan semangat.haha.tak apa. Saya tak kisah.

Akhir-akhir ini,suratkhabar dah jadi satu yang wajib . Wajah saya adalah wajah pelanggan tetap di kedai pakcik Suratkhabar. kadangkala pakcik akan bertanya tentang pandangan saya mengenai politik semasa. seperti tadi,pakcik bertanya tentang Anwar Ibrahim dan hubungannya dengan israel. 

MasyaAllah,banyak berita yang muncul sekarang ya. Kalau dulu satu dua saja berita hangat,sekrang ni boleh kata setiap muka surat tu tak ada yang tak berbaca lah. tapi inilah bahaya media. Sensationalizing facts and news. Mensensasikan fakta dan berita. Ia dipanggil Agenda-Setting theory. Anda boleh tanya pakcik google klau mahu. 

Aminulrasyid. Nah,saya yakin ramai yang apabila mendengarkan khabar ini akan mengetuk meja,mengepal penumbuk menahan marah dan sebagainya .Panas hati. Yalah,lihat saja headlines  perb-akhbar utama tempatan. Masing-masing buat frontpage. masing-masing berlumba mencari tajuk yang paling sensasi . Ditambah pula kenyataan media itu,kenyataan media ini. Baik. Seorang anak muda yang belum habis PMR pun lagi ditembak mati oleh pegawai polis sedangkan tidak melakukan kesalahan. 

Nah,siapakah yang tak kasihan?Baik.Saya sekarang ingin mengajak kalian untuk melihat dari perspektif berbeza. Pertama sekali,saya ingin anda lihat bagaimana kita tahu tentang kisah ini. Dari media. Akhbar yang anda perlu bayar sekurang-kurangnya Rm1 untuk menyelaknya.(melainkan yang baca free dan tak kisah dijeling abang penjual akhbar). Sebagai media,untuk mensensasikan sesuatu cerita,perlu ada watak jahat dan baik. Dan Di dalam kes ini,kita dibawa untuk melihat polis sebagai watak jahatnya. 

Kita tak berada di tempat kejadian. Kita cuma didedahkan kisah dari sisi keluarga Aminulrasyid.

Bukan saya tak kasihan.MasyaAllah demi Allah,pertama kali saya mendengarnya saya cukup geram. kritik,kutuk katakan saja. Semua saya hampurkan depan suratkhabar di tangan. 

Dan saya bukan pula kata kita tak perlu kasihan pada Arwah. Cuma saya ingin menekankan supaya jangan terlalu meghentam institusi pertahanan negara(polis) ,malah dengan desakan-desakan dan latahan masyarakat yang terdakyah provokasi media sehingga membawa kepada cadangan penubuhan Suruhanjaya diraja. Saya tahu ramai yang tidak aka bersetuju dengan pandangan saya ini. Tetapi cuba fikirkan,seorang remaja meninggal ditembak polis diberi perhatian meluas tetapi berapa ribu polis yang meninggal,cacat,cedera parah dalam operasi demi mempertahankan kita semua,berapa ramai yang diberi perhatian sebegini apatah lagi dipampang di muka depan akhbar? Sarjan Roslan Bachik,seorang polis trafik yang baru-baru ini cedera parah dilanggar ketika membuat operasi sekatan jalan raya. Cuma ada satu kolum kecil menceritakan tentangnya (itupun mungkin kerana ada lawatan dari Musa Hassan yang mungkin ada juga nilai komersial bagi akhbar). 

Ada sesiapa yang peduli?

dan ingin sekali saya ajak kalian untuk berfikir tentang implikasi dari hentam-menghentam institusi polis ini. 

masyarakat menghentam cara kerja polis yang terlalu rigid,waspada dan tegas ini. Selepas kes ini,after all being said and done,saya yakin pihak polis akan mengatur cara kerja baru ,dan mengambil pendekatan berlembut,bertoleransi atau dalam kata lain,lebih 'laissez-faire' dalam tugasnya. Hal ini bermaksud lebih diplomasi dengan sebarang individu yang mencurigakan;baik mereka penjenayah berbahaya dunia atau rakyat biasa apa pun. bayangkan implikasinya. 
hal ini sama situasinya seperti kes guru merotan murid yang terlalu diperbesarkan sehingga akhirnya ditetapkan  dan diperjelaskan (made clear) dalam setiap sekolah guru tidak boleh menyentuh muridnya malah ada yang tidak berani meninggi suara pun pada muridnya. 

Implikasi kedua ialah;dengan gembar gembur media dan masyarakat yang sudah didoktrin oleh konsep 'Just Will prevail' atau Keadilan harus Dibela(Justice upheld) dsb akan menyebabkan kemungkinan penjenayah yang betul-betul bersalah(bukan seperti Aminulrasyid) pula akan digambarkan sebagai tertindas. Kesalahan polis akan cuba dicari di lowong mana pun bagi menampakkan imej 'ditindas dan dianiaya' golongan pesalah. bayangkan.

Pesan saya,bersimpati itu boleh,dan keadilan bagi saya perlu tapi wajar dilakukan secara profesional. Tanpa provokasi dan gembar gembur media. Masyarakat harus bertenang dan jangan sewenang-wenang menghentam tanpa didasari hujah konkrit. Serahkan kepada pihak berkuasa dan bertawakkal. Jangan jadi seperti kes Teo Beng Hock yang mendapat perhatian dan respons hangat umum akhirnya mendapati beliau bukan dibunuh. Dr PornThip ,pakar forensik parti pembangkang pun mendiam.

Apa-apa pun,saya setulusnya mendoakan roh arwah sentiasa dicucuri rahmat,diberikan maghfirah dan keampunan dan dikurniakan ganjaran syurga InsyaAllah. Amin. Al fatihah.

Kepada masyarakat umum,janganlah mudah melatah dan menyalahkan kerajaan mahupun institusi polis bertubi-tubi. Yang berbuat salah mungkin segelintir,maka jalankanlah keadilan secara profesional .Janganlah satu institusi ditampal label 'berdosa' di dahi mereka kerana satu dua yang tersilap.


2 comments:

Related Posts with Thumbnails