Friday, July 29, 2011

Tolong lah faham.

0 comments
Mujahadah itu sudah semestinya pahit,

Jadi jangan kelatkan lagi usaha kita ini.

Tolonglah, Untuk kebaikan kita juga.

AKu bukan malaikat,bukan juga wali,tapi aku dah pilih jalan ini. Maka bantu lah aku.


Monday, July 25, 2011

Mimpi jadi Nyata

0 comments
"Ya binty ya habibaty,inti adalah binty."
 Bagai mimpi.

"Insya allah. seseorang akan bersama org yg dicintainya."

Ayat yang aku impi-impikan.

"Saya pun akan berdoa khusus utkmu ya binty ruhi. sentiasa dan selamanya"
 Bukan mimpi.

Semalam aku memimpikannya lagi.Rindu. Hari ini ALlah ubat rindu itu dengan kalamnya yang tak ku sangka-sangka. Ini adalah mimpi jadi nyata.


Ana uhibbuka ya sidi,murabbi,habibi,Syeikh Rohimuddin An Nawawy AL Bentany







Sunday, July 24, 2011

Hari bertemu kekasih

0 comments

“Nama enti apa?”
“Izan”
“min juhur ya?”
“ya,syeikh”
“apa ini?”
“gambar syeikh”
“Allahuakbar,Mubarak,Mubarak.”

“Syeikh,doakan kami.”
Tangannya di dada,bibirnya mengukir senyuman paling manis abad ini,
“Antum,kullukum fi qalbi”
Dan serentak itu gugurlah apa yang tertahan2,berderailah apa yang bersinar-sinar,terputuslah mutiara dari rangkainya.
“Terima kasih ya Allah,aku tidak layak berada dekat dengannya tapi Kau telah memandangku dan memilihku hari ini. Semua doaku telah kau makbulkan.Kau telah mempertemukanku dengan orang yang aku cintai sebagaimana kau mempertemukan aku dengannya dalam mimpi-mimpiku sebelum ini”


Lalu seorang sahabat berkata,

Indahnya bersuhbah.



Monday, July 18, 2011

Bertuah

0 comments
Semasa diberi nasihat untuk selalu melakukan sujud syukur.Aku merasa ringan. kerana aku ada seribu satu sebab (bahkan lebih) untuk ku tunduk melafazkan rasa syukur.

Aku bersyukur kerana Allah beri Islam. Kata Brother Kamarudin, "Kalau kita sujud dan solat berapa juta rakaat pun tak akan mampu membalas jasa Allah beri Islam kepada kita." Allahuakbar. Itu yang solat berjuta-juta rakaat. AKu?
Bak syair qasidah Imam Bushiri,Burdah,"Duhai Malangny nasibu,bila bekalan belum dibuat untuk menghadapi kematian dan sebenarnya aku tidak sembahyang atau puasa kecuali yang wajib-wajib sahaja". Ya,aku pun tidak sembahyang dan puasa kecuali yang wajib-wajib sahaja. berapa sangatlah jua amaln sunatku.

Aku bersyukur kerana setelah diberi islam,aku beroleh pula hidayah. Sedangkan masa itu jalanku dah bergelong-gelong,nyaris saja tersasar. Allah ternyata masih menyayangi aku yang dhoif ini. Dia beri satu lagi peluang.

AKu bersyukur kerana ada seorang insan yang cukup hebat sebagai murabbi. Walau aku mungkin tidak pernah layak dianggapnya mutarabbi. tetapi dia menyentuh hatiku dengan kalamnya sehingga nafsuku sendiri menangis akan kerana malunya ia.Allah menghantarnya untuk menyelamatkan aku.

Aku tambah bersykur bila dalam kefakiran dan kdhoifan aku,aku terpandang Allah untuk turut bersama manusia-manusia hebat (sedangkan aku sangat rendah diri dengan kecelaanku) di dalam satu majlis yang dipimpin insan yang kukirakan mursyid,Tokku Ibrahim As Syatiri. Untuk memandang wajahnya saja aku malu,apatah lagi untuk bersimpuh di hadapanya menerima nasihat yang meresap bagai ubat penawar racun.

Aku bersyukur kerana dalam kegilaan dan kecelaruan hidupku dlu,aku kini dihidupkan dengan cinta Nabi. Aku dikenalkan oleh Allah kepada kekasih-Nya,Nabi Muhammad yang akhlaqnya karimah. Sehingga air mata boleh mengalir dan hati boleh diruntun dan dirobek sedih.

"Kenapakah kedua matamu tetap mencucurkan airmata,walaupun telah kau katakann,"tahanlah,..jangan menangis."Dan mengapa hatimu tetap resah dan gelisah,padahal telah engkau katakan kepadanya :"Tenanglah,...jangan gelisah".
-Burdah

Aku bersyukur kerana aku mengenali para habaib yang kini menjadi panutan dan ikutan ku. AKu berpegang kepada kalam mereka sebagaimana aku membayangkan aku berpegang kepada selendang-selendang emreka di hari akhirat kelak. Aku ini tak banyak amal,banyak pula dosanya malah amatlah kerdil dan keji,maka aku mencari sebanyak-banyak ruang keberkatan dan syafaat supaya dapat aku meloloskan diri ke syurga dengan Ehsan Tuhanku.


"Wahai Tuhanku.janganlah kiranya Engkau hampakan harapanku dan janganlah Engkau hancurkan hisabku kelak di akhirat."
Related Posts with Thumbnails