Friday, July 9, 2010

Hai Pluralis,liberalis,orientalis,eveolusionis







Hai pluralis,
kau mencanang-canang slogan-slogan dan laungan
semua agama sama,katamu
KARUT!
Bagaimana boleh pada masa yang sama
Tuhan itu tunggal,dan kemudiannya tiga?(Malah ada yang bertambah-tambah lagi bilangannya)
Monotheism dan Politheism
Bagai kalian mengatakan kalian ada,dan pada masa yang sama mengatakan pula kalian ada.
[Dan betapa indah jika kalian tidak pernah ada di muka bumi Khaliq ini]


Hai pluralis
mencipta momokan konflik kemajmukan
ijtima'i
kalian bilang islam memecahkan perpaduan?
hai si akal cetek,pernahkah Al Quran menyuruhmu berdiskriminasi 
atas nama perbedaan?

Hai pluralis,mencucuh percikan api
padahal yang memecahbelahkan kami itu engkaulah
betapa besar kesesatan yang kau bawa.

Apa Khabar sang liberalis
yang mendabik dada
menuntut itu dan ini
meminda itu dan ini
memijak haq dan mencium batil
kau pilih apa yang kau berkenan dari agamaku
Apakah sudah hilang AKALMU?
"Wahai orang-orang yang beriman!masuklah ke dalam jalan islam secara kaafah(menyeluruh).Janganlah kamu turuti langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu."
Apakah tidak pernah kau baca ayat ini?(Atau kau juga memilih ayat quran mana yang kau suka??)
"Oh,bertudung itu cuma adat bangsa Arab"
dengan angkuh kau membuat dusta yang lebih besar
dari cakerawala dan isinya.
Apakah kau fikir tuhanmu kurang cerdik daripadamu 
hingga tak mampu membedakan adat dan suruhan?

Hai liberalis bodoh!
kalian berdiri lagaknya perwira
berdiri atas dasar hak asasi manusiawi
Persetan persamaan jantina mu!
Andai sahaja kalian tahu
kelebihan yang Allah telah limpahkan pada kaummu
feminismu satu drama rebel yang diasak-asak ke muka keingkaran
hatimu sudah dirasuk syaitan dunia Barat!!

Hai orientalis
yang ibaratnya tugasmu cuma memalsukan cerita kami
rekayasa versi jahanammu
untuk salahsangka kaum mu yang tidak mengerti

hai evolusionis
ketika kalian sedang berpeluh mencari jalan
aku sudah terduduk dan tertawa lucu
hampir sahaja aku berguling di lantai kerana mentertawakan gelagatmu
Kau menegakkan benang yang basah
menjadi besi waja
bagaimana menukar doktrin khayalanmu
menjadi satu kebenaran dunia?

Hai evolusionis
kau mendakwa dirimu saintis
tapi dakwaan mu tak ubah seperti watak kartun Jepun
manusia dari monyet?
Asal binatang terevolusi dari haiwan laut?

Kau hidangkan lelucon untuk dunia sains
dan sememangnya aku tak pernah peduli kebenaran sains
kerana yang benar mendahului ilmu manusia ialah ilmu penciptanya.
Setelah gagal kau temukan fosil idamanmu
sebagai bukti evolusi era pertengahan
kau merangkak mengusung idea terdesak
".haiwan ini dengan tiba-tiba berubah menjadi haiwan darat tanpa melalui era pertengahan"
neo-darwinis tersengih-sengih
dengan cerita karut wayang kulit
cukup-cukuplah.
Kalian,sesungguhnya telah mendukung satu dusta yang sangat berat
lantaran egomu yang melangit
hanya untuk
mengakui
ada Pencipta yang mengalahkan teori-teori mu.

Hai umat Islam
janganlah kau terkalahkan oleh si tolol-si tolol ini
tokoh-tokoh kongsi raya dan kongi agama
wanita-wanita bersepanduk dan berjambul
yang menidakkan kata-kata Muhammad
ilmuwan-ilmuwan yang khianat pada kebenaran ilmu
dan saintis-saintis yang hampir hilang akal
dan menabur doktrin cerita dongeng dan bedtime stories 
yang didakwa "pure science"

KALIAN-BIKIN-AKU-MELUAT.titik.

p.s: surah di atas,Al Baqarah:208

2 comments:

Anonymous said...

hermm..
pnuh emosi nih..
t.manusia.. kalau xder buk ni ssh gak nak faham tntg pkra2 cmni

Serikandi Islam said...

haha..memang emosional..um,liberalis dan pluralis tu diinspirasi dr Tuhan manusia,tp evolusionis terdorong dr bacaan buku2 Harun Yahya ttg kejatuhan teori evolusi..orientalis lak dr cerita2 bohong dan penyelewengan fakta orientalis ttg kisah haditsul ifki saiyidina Aishah n byk lg.

Related Posts with Thumbnails