Saturday, January 30, 2010

sayonara blogging

4 comments
i was reading An nisaa' until i reached a verse telling about comitting mistakes and asking for forgiveness from Allah. i felt so uneasy that night somehow. it went on until after isya'. i don't know why.um.


to all readers of this blog,Thanks u for all your support all this while. This is the last u'll ever hear from me. for the second time,a sign have came to let me know i'm better off not blogging. definitely not cut out for this.May Allah help me in my online uzlah and islah into becoming a better person(and a quieter mouth,and a well-preserved tongue):)

Sorry for all those hearts i may have hurt,all those words that touched,or all those writing that may offend. sorry to wiratakdidendang as well who used to send negatives comment to me and some of my friends's blog.

Goodbye now. happy blogging everyone.This is me,Serikandi Islam,signing off for good insyaAllah.
(thinking of quiting some other things too until i find a peace of mind))

Thursday, January 14, 2010

Menjadi 'wanita'?

0 comments


"Terpaksa atau tidak masuk PPI(Pergerakan Puteri Islam)?"tanya Puan Hanunah semasa sesi taaruf semalam.



"erm..terpaksa tu tidak laa..tp bukan pilihan pertama say...."

saya menjawab jujur ketika sesi ta'aruf di perjumpaan pertama kali PPI semalam.
Jujur saya katakan,PPI bukanlah pilihan saya sebaliknya sudah ditetapkan oleh institut.
kira bukan sukarela la.


jujur saya katakan,pertama kali mendapat tahu saya ditempatkan sebagai ahli PPI,hati kecil saya memberontak.Memberontak jiwa remaja saya yang mahu kelainan dan cabaran. Dari sekolah rendah semasa masih hingusan,sehingga ke sekolah menengah masih hingusan tapi dah pandai bawa sapu tangan,saya menjadi ahli PPI. memakai tudung pink yang sama,menyanyi lagu yang sama,menyertai aktiviti tahunan yang sama setiap tahun(memenangi pertandingan membuat sandwich.OH!)


dalam hati,terasa nak ilmu baru. Islam itu kan luas. Orang selalu fikir,"eh,kau kan islamik,masukla PPI."


ah. semua persatuan ini ciptaan kita. kita yang tentukan islamik atau tidak. saya mahu sertai PBSM. meronta-ronta nak belajar ikat anduh,beri rawatan kecemasa,dan macam2 lagi. Bukan hanya berkawad dan menjahit di Bilik Ekonomi Rumah Tangga seperti di sekolah dulu.


tapi ini beberapa hari yang lalu. saya pujuk hati,pasti ada hikmahnya Allah tetapkan saya di sini. Allah kan Maha Mengetahui.
Ada. Banyak. Antaranya mungkin Allah mahu saya jadi 'wanita'. wah,apakah?

haha. dalam perjumpaan kami semalam,ramai yang menyebut ayat berikut:saya nak jadi 'wanita' yang sebenar,atau nak jadi 'perempuan sejati".





saya pun terfikir..betul juga.
Kalau selamanya saya nak sertai aktiviti lasak,nak mengganas dan aktiviti super gagah(okay,over la kot istilah ni),bila pula saya nak jadi 'wanita sejati'?


Saya pun sedar,setakat ini,saya bukanlah apa yang dinamakan gadis yang lemah lembut,bersopan dan sebagainya. Bukanlah tak sopan,cuma masih ada kasarnya. Silat,jungle trekking,tanam bakau,aktiviti-aktiviti lasak itu memang cinta hati. berlari,melompat.Tak lah berapa 'ayu' sangat bukan?

InsyaAllah,harap-harap dapatlah pernyertaan saya dalam PPI me'lemah lembutkan lagi saya.'.semoga peribadi wnita muslimah dan solehah yang beradab lagi bersopan dapat dibentuk kepada diri saya sepanjang penglibatan. Semoga dapat jadi cerminan peribadi Muslimah. harapnya,InsyaAllah.



Satu lagi dari segi 'ilmu seorang perempuan'.Nah,apakah???
Mak selalu cakap,"kau nak jadik isteri orang kenalah pandai masak itu ini,bla,bla,bla.."
saya pandai memasak,tapi saya mahu lebih mahir lagi. mahu jadi macam mak. serba serbi tahu. masakan-masakan yang hebat-hebat. Saya mahu belajar membuat kek dan sebagainya
. dan PPI lah platformnya. 

Saya juga mahu pandai menjahit sehingga boleh buat baju sendiri seperti emak. Kan bagus?Dapat juga mempersiapkan diri sebagai isteri paling baik untuk suami saya nanti,walau siapapun dia.


Juga ukhuwwah. Semoga lebih rapat,biiznillah,dengan rabithah yang mengikat hati kami di bawah fikrah murabbi dan da'wah islamiyyah yang sama.


Dan Pengisian. saya suka aktiviti PPI. kem ibadat,dan bacaan ma'thurat setiap kali perjumpaan bagi saya adalah sesuatu yang indah. Alahai berkatnya aktiviti nanti,InsyaAllah. Saya mencadangkan dibuat juga bedah buku,atau mungkin fiqh nissa' dan banyak lagi kalau Allah mengizinkan.


sebagai penutup kalam,menulis entry ini membuat saya teringat pada sebuah ayat Al Quran,iaitu Surah Al Baqarah ayat 216,
"Boleh jadi yang kamu benci itu ada kebaikan bagimu. Boleh jadi(juga) yang kamu suka itu buruk bagimu. Allah jualah yang mengetahui sedang kamu tak mengetahui."
Jadi,sebaik-baik yang perlu saya lakukan ialah redha. Mungkin benar apa kata Puan Salina,pensyarah penasihat kami,ada hikmah Allah mahu saya kekal di PPI dari kecil sehingga sekarang. Semoga ada hasil yang baik nanti. Sekarang tak sabar pula nak pakai kain merah jambu.dan menyanyikan lagu Puteri lembaga Islam dengan ikhlas. paling seronok,tiada lelaki dalam perjumpaan kami.Yiha!



Monday, January 11, 2010

Khalifah

0 comments

Aku lihat langit,aku bertasbih
Hamparan biru yang tak berpasak
malah tak pernah jua rebah
menghempas tanah
Apa lagi terbelah
jua goyah
sehingga tiba Al-Qiyaamah
 

aku lihat hijau,aku bertasbih
Maha Suci Allah yang mencipta kedamaian
Udara yang ku jamah
Dan sedikitnya ibadah
betapa tidak aku bersyukur
dan bersujud dengan keinsafan


Aku lihat awan,aku istighfar
polusi dan kehancuran dari tangan kapitalis
dan lelaki-lelaki berperut besar
tersenyum pada sayupnya cerobong asapnya 
menembus langit mega

mengintai dari balik cermin hitam kereta mewah
berbondong menuju ke persidangan-persidangan retorika
menari di muka depan berita 
dengan topeng 'prihatin' dan 'peka',
"ya,kami bimbang dunia sudah semakin tua".
lalu pulang mengusir nelayan dari tanah lahirnya.
hanya kerana emas dan harta yang tak pernah muat dalam keranda

Topik-topik didiskusi
Korupsi,korupsi,agenda tersembunyi
Makan sana dan makan sini
Rancangan kerosakan dunia
lalu lancar bawah meja,
senyum saja pada dunia,
mereka takkan meragui kita,
kerana kita orang kaya,
dunia ini kita yang punya

Hubbun Dunia wakarahiyatul maut
wajah-wajah keji yang tak pernah kenal 'cukup'. 


Aku lihat bukit,aku gementar

Apakah cukup tertunai rasa syukurku?
aku,kamu,dan kamu 
kehijauan yang diberi percuma
Udara yang mengisi dada
Dan bunga-bunga yang indah berkuntuman
langit membiru yang menyenangkan
 

Maka nikmat Allah yang mana telah kau dustakan?(Al-Quran:Surah Ar-Rahman) 

Aku lihat bumi,aku sadar,
Allah maha Agung
Maha Pencipta
dan dari ciptaan-Nya
aku makin sadar,
jika Dia
sangat dekat denganku. 
Dan rasa dekat ini menambah takutku
apakah cukup tertanggung
tanggungjawabku sebagai khalifah-Mu?

sajak ini diilhamkan dari kejadian kisah benar yang berlaku di Buyat,sebuah perkampungan nelayan di Minahasa Selatan,sulawesi utara,juga dari cebisan-cebisan realiti dunia

Friday, January 8, 2010

Sains Sosial dan Sekularisme

2 comments

Um. Topik memang menarik semester ni. Subjek ESD( Education of Sustainable Development) mcm tu lah lebih kurang. Pembangunan lestari. Um. Tajuk saya semasa membuat Manual Aktiviti Hijau ,dan juga tajuk yang dibincangkan dengan Prof Talhah lewat perbincangan kami dalam pertemuan di anjung Budi beberapa minggu lalu.


cuma satu yang buat saya rasa kurang selesa. Unsur-unsur sekular.


Belajar Kajian Sosial memang penuh ranjaunya. Cabaran sekularisme yang akan terlalu banyak mengasak bergantung kepada pembawanya. Dan dalam kes kami,pembawa pengantarnya ialah seorang pensyarah Bukan Islam. Namun tak pula saya menyalahkan dia. It's her job,really,to teach only what is taught in her universities.Mengajar apa yang dibacanya dari teks teks dari luar negara. Mengajar geografi dari prisma ahli geografi Barat yang namanya selalu keluar Tv berbanding ahli geografi Islam. This is just not her fault. Lagipun,dengan sisitem pendidikan sedia ada,agak sukar untuk tidak lari dari sekularisme ini;apatah lagi bila diajarkan oleh seseorang yang tidak mengenal konsep syahadah dan Islam.
Tapi dia tak apalah,pelajar muslim?mampu kah tapis pendapat2 sekular ini?atau terlepas pandangkah?


Here's among the issue yang saya sempat catitkan sepanjang kuliah berlangsung semalam.


pertama: Kerap kali diulang tentang Teori Evolusi Darwin. Digunapakai dalam pembelajaran di kuliah semalam. Manusia berevolusi dari monyet. 
"Saya tahulah kamu berasal dari monyet," adalah antara kata-kata humor yang secara tak sedar mampu menggugat akidah. kawan-kawan ketawa. saya muram.


kedua: Tiada ilmu alam sekitar dalam agama termasuk Islam.
Saya masih ingat kata-katanya ketika menceritakan sejarah kesedaran alam sekitar timbul di dunia sehingga membawa kepada conference2 dan juga pelajaran alam sekitar merentas kurikulum. Beliau mengatakan dulu,orang tak belajar ilmu alam sekitar..orang belajar agama saja. lebih kurang begitulah. Mulut saya diam tapi hati saya menjerit,"YOU'RE WRONG!"



Ketiga: Pengistilahan yang membahayakan.
Kerapkali ditekankan istilah  'semualajadi' sehingga pada stau-satu masa kedengaran seolah-olah ia bukan dicipta Oleh Allah Al Khaliq,tetapi secara 'semulajadi'.


Banyak lagi. Tak teringat saya. 


Saya banyak berfikir selapas kelas;sekali  lagi saya katakan,saya tak menyalahkan beliau;saya cuma tidak puas kerana dalam  perbincangan tentang alam tadi,terlalu BANYAK,saya ulang,OH,TERLALU BANYAK peluang-peluang yang boleh dimasukkan tentang keagungan Allah,ruang-ruang untuk bertasbih dan memuji Allah,malah banyak point-point yang dinyatakan boleh dilihat di dalam al quran malah boleh  disebutkan. Dan saya juga  geram kerana semakin hari semakin banyak teori mengarut yang menjejaskan akidah dilontarkan dan ditelan bulat-bulat oleh pelajar. Bimbang.


  • 1.Teori Evolusi Darwin
Petang itu juga,saya ke perpustakaan. Saya mahu cari buku tentang penipuan evolusi. Yang boleh mematahkan teori evolusi Darwin. Siapa lagi yang lebih handal dalam bab ini melainkan Harun Yahya?Alhamdulillah,saya menemukannya dalam buku Bagi Golongan yang Berpemikiran. Just What i need. Dan dari buku ini,saya temukan bahawa ada lagi buku yang khsusu tentang penyangkalan evolusi yang ditulis beliau bertajuk Penipuan paling besar dalam sejarah Bidang Biologi:Darwinisme,dan 20 Dalil Mengapa Teori Evolusi Batal,Kesilapan Besar Golongan Evolusionis 1 dan 2,dan banyak lagi. Doakan saya dapat menemukan semua bahan ini. 


Saya belum habis membaca lagi,tapi saya tahu satu perkara dengan jelas,manusia bukan berasal dari monyet,tetapi dari Nabi Adam,seorang manusia. Dan kenapa saya katakan ianya bahaya untuk pelajar2 kita? Mari saya quote kata2 Harun Yahya;
Teori Evolusi,sebagai sebuah aliran falsafah dan konsep mengenai dunia,mengemukakan dakwaan dan anggapan palsu mereka-reka sandiwara sebagai sebuah penjelasan tentang kewujudan dan asal-usul hidupan sekadar melalui istilah kebetulan. Sebenarnya,ia berakar umbi di zaman lampau dan Greek Kuno.

 Semua falsafah ateis yang menafikan penciptaan,secara langsung atau tidak langsung meliputi dan mempertahankan idea mengenai evolusi termasuk beberapa ideologi dan sistem yang MENAFIKAN AGAMA.


Lihat pula apa kata Allah?
Saya selak tafsir Quranul Karim.
Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam. Kami angkut mereka di daratan dan di laut,Kami beri mereka rezeki yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dari kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan.

Surah Al-Isra',ayat 70.


dan Darwin pula mahu mengaku keturunan monyet?


Baik.


  • 2. Tiada Ilmu alam sekitar dalam Islam?
Rakan-rakan yang tidak sedar kepincangan kenyataan ini akan mengangguk saja. Oh,salah. Saya telah membaca sebuah buku berjudul Islam dan Ekologi himpunan Fadzlun M Khalid (kalau tak silap) yang saya temukan di Pejabat Sahabat Alam Malaysia(SAM) ketika membuat Manual bebrapa minggu lalu. Menarik. Jujur saya katakan,selepas membaca buku tersebut,pandangan saya berubah. Pandangan saya terhadap penjagaan alam sekitar juga berubah. Betapa dekat Islam dan Alam sekitar. [Thanks to Kak Fatin SAM yang mahu memberikan buku tersebut secara percuma kepada saya]
Betapa banyak hadis dan ayat Ala Quran yang menjelaskan tentang peri penting menjaga alam.
Dan semalam di perpustakaan,saya telah temukan satu buku lagi,
Islam dan Alam sekitar. Buku ini sangat  menggembirakan saya kerana mengandungi tulisan Syed Hossein Nasr. Siapa beliau?Prof Talhah,seorang pensyarah subjek pembangunan bandar dan..(saya kurang ingat nama subjek tersebut) dan juga pengarah di Anjung Budi,Usm telah mencadangkan kepada saya buku karangan Syed Hossein Nasr,The Encounter of Men and Nature. Saya tak menemukannya tapi saya menemukan salah satu tulisannya di dalam buku ini.(Malah sudah siap diterjemahkan!)


Seblum ini dalam post2 saya berkaitan alam sekitar telah saya nyatakan beberapa hadis berkaitan alam sekitar.Nanti ada masa saya post satu entry khsus yang menceritakan ilmu alam sekitar dari wolrdview(pandangan semesta)Islam.


  • 3. Pengistilahan. Um.sistem. sistem.


hakikatnya,Ilmu Geografi tidak pernah bercanggah dengan Islam. Ilmu Geografi BARATlah yang sebenarnya bercanggah dengan konsep Islam. Kalau kita betul-betul mengkaji Al Quran,kita akan mendapati banyak teori-teori kejadian alam yang selari dengan Al Quran. Saya sendiri tidak akan sedar perbezaan 'Geografi dari perspektif Barat' dan 'Geografi dari perspektif Islam' jika tidak bercakap dengan Profsor Talhah Idrus yang acapkali menyebutkan hadis dalam setiap hujahnya,juga petikan ayat Al Quran yang benar lagi nyata.


Pesan saya,berhati-hatilah dalam belajar. Saya sebenarnya bimbang,takut kalau dalam ketawa dan angguk-angguk pelajar Muslim,iktikad di hati secara tak langsung tergoyah. AWAS.


p/s: Teringat kisah bagaimana Galilleo Galillei yang mengemukakan teori bahawa Bumi bergerak mengelilingi matahari sekalgus menyokong teori Copernicus dan ditentang golongan gereja sehingga terpaksa diarah menarik balik balik teori tersebut dan menghentikan kajiannya. Cuba Lihat al Quran. Tidakkah selari?Kalau tak silap Surah Yasin. Islam dan ilmu alam tak pernah bercanggah. kalaupun bercanggah,kitalah yang salah,kerana Allah lebih Mengetahui.


Related Posts with Thumbnails