Sunday, December 19, 2010

Terhutang budi,Tergadai undi

4 comments
"Kau ni,nak kerja dengan kerajaan,tapi beli buku-buku Nik Aziz" kata seseorang apabila melihat buku tentang Tuan Guru di atas meja saya. Buku itu bertajuk Sikap Saya:Rebah,Bangkit dan Terus Bangkit yang saya hadamkan dengan cukup lahap sekali.lazat.

Saya muak dengan kata-kata begitu.

"habis tu, aku kena baca buku pasal Najib?Oh Atau Rosmahkah?"saya jawab begitu dalam hati.Di mulut saya bidas juga elok-elok sampai dia diam.

Here's the thing. Kerajaan itu,seperti kita-kita juga.ia adalah PEKERJA. Pemimpin dibayar untuk berkhidmat untuk rakyat. jadi segala bakti dan sumbangannya APATAH LAGI DENGAN DUIT RAKYAT,itu kan sememangnya tugasnya?

ramai orang yang seolah-olah terhipnosi dengan sumbangan-sumbangan yang kerap disebut dalam Buletin Utama dengan perasmian itu perasmian ini ,projek-projek baru yang namanya mesti nak ada 1Malaysia.Setakat ni tidak pernah lagi kegagalan atau kepincangannya disebut dalam Buletin jam 8 itu.

Saya bukan nak kata apa,cuma,when it comes to memilih pemimpin,kita perlu berfikir,bukan sekadar atas dasar 'terhutang budi." 

Sebab kerajaan itu tugasnya memang memberi.Ia khadam.Sepatutnya lah kan.

Dan masalahnya ialah rakyat seolah-olah terikat .Mindanya dan juga mentalitinya. Semuanya tersekat. Tuan Guru adalah seorang ulama’,dan saya telah banyak membaca bukunya yang indah-indah dan lazat-lazat kandungannya. Penuh dengan peringatan tentang akhirat. Bukannya tentang masalah orang Melayu,Melayu dan Melayu yang tak akan bawa kita ke bulan pun.
 Dan kebanyakan buku-buku Tuan Guru itu BUKAN tentang politik.

Mahasiswa diikat.berjaga mulut.Penjawat am lebih robotik. menurut seperti brainwashed tanpa mahu berpikir.

Bersikap lebih terbuka bukan bermakna menentang kerajaan. Janganlah terlalu paranoid.Cuma semua orang sudah jadi semakin takut berfikir.bahaya.




Related Posts with Thumbnails