Wednesday, June 8, 2011

Bila ujian itu dari darah dagingmu sendiri


"ni gambar ustaz mana pula kat hp kau ni?"
"itu?Itu syeikh Rohimuddin!" jawabnya girang.
"dia keturunan Nabi.."tambahnya lagi.
"haha"..mereka ketawa. "..Kau ni ijan.."

Dia jadi hairan. apa yang lucu?salahkah?

"keturunan nabi lah pulak. " Mereka buat muka sinis.
"Eh,betullah. la tak tahu ke,keturunan Nabi ada lagi sampai sekarang,keturunan nabi kan xputus. banyak pula tu. dari keturunan Hasan dan Husin..!" Dia membalas sungguh-sungguh. Mereka ketawa lagi sambil menggeleng-geleng seolaah-olah sedang mendengar cerita dongeng.

"La ilahaillallah. betullah yang nama habib-habib tu keturunan Nabi lah. "
"Oh kalau macam tu Habib jewel tu keturunan Nabi lah.?" ketawa lagi. gadis itu senyum tawar,cuba menahan marah. Ini dah lebih.

"Itu bukanlah..(tp tu pun xtw la kot ya.) Tapi memang betullah.Yang nama syed,syarifah tu pun."

"Kalau macam tu Bik Aini(mak saudara kami:bukan nama sebenar) tu keturunan Nabi lah?Sebab muka dia kan macam India-India-Arab sikit." tambahnya sambil ketawa. Ya Allah,sakitnya hati ini.

"Akak..." Gadis itu mengeluh.

"mana kau tahu?Ko ni main percaya je. Apa bukti dia kot dia tipu ke,, mana salasilahnya ?kita kan selalu ada pokok keluarga ,ha mana buktinya?" mukanya berlagak. Muka berlagak hebat. Keakuan,bisik hati kecil muhibbin.

"betul lah kak.Orang Arab ni mereka jaga keturunan diorang,diorang siap hafal nasab diorang terus sampai ke Rasulullah."

Kakaknya dilihat geleng-geleng angkuh.


gadis itu cuma mampu mengeluh sedih. begitu jauh dia meninggalkan keluarganya sehingga tidak sedar sampai begitu sekali tahap mereka. Adakah dia salah? Orang-orang ini mempersendakan keturunan kekasihnya. Kalau ikutkan hatinya mahu saja dia tampar mulut-mulut biadap tu. Tapi memikirkan akibatnya,tambah pula kedudukannya sebagai seorang adik.

Beratnya ujian ini. Dia sangat mencintai ulama'-ulama' dan habaib ini ,tapi pulang ke rumah kata-kata demikian yang dihamburkan oleh keluarganya sendiri. Dia cuma mampu berdoa pada Allah supaya mengampunkan mereka kerana mereka cuma tidak mengetahui.

Dan tanggungjawabnya lah untuk memberitahu. Tapi mereka sukar mendengar kata-katanya. Berbeza dengan adiknya,sudah mula mengikutinya. Dari memakai tudung labuh,kepada berstokin,bertudung bila abang-abang ipar di rumah,mendengar qasidah. semuanya diikuti dengan mudah. Mungkin kerana dia lebih muda. Tapi sukarnya mengubah atau menasihat orang yang lebih tua. Nasihat atau teguran dari faqir itu terasa macam sampah. Ditepis dengan laju.

Orang menyangka kehidupannya mudah. Di luar berdakwah kepada orang-orang bak ustazah bertauliah.Sedangkan untuk mentarbiyah keluarganya sendiri cukup payah. Cukup manis baginya bila dia mampu membuat ibu dan adiknya membaca Quran selepas solat maghrib. Atau bila mampu mentasmi' hafazan Surah Yasin anak saudaranya yang baru berumur 5 tahun. Terasa manis walaupun tak banyak yang dia lakukan. masih banyak kepincangan. Untuk buat mereka berhenti menonton tv pada waktu maghrib saja sudah payah,apatah lagi untuk mengajak solat jemaah jauh sekali beri tazkirah.

Dia terpaksa menukar wallpaper Habib Umar di desktopnya kerana bimbang menjadi fitnah kepada Al habib itu pula. Entah apa pula yang akan dikatakan nanti. Bila dia memasang qasidah. Dia memasang yang kontemporari,mungkin selawat Badriyah nyanyian kumpulan Saujana,atau Amer Munawer,atau VE(kini Al mawlid). semestinya tidak Haqqani atau Al Ihya'. belum lagi.

Padahal dia pernah melakukan semua ini dulu tapi bila ditinggalkan untuk beberapa bulan dia terpaksa mengulang lagi. meletihkan tapi terpaksa.demi Islam.

1 comments:

Mengharap RedhaMu said...

Sememangnya untuk melakukan sesuatu perubahan amatlah sukar,terutama dalam keluarga. Usah risau, yang penting adalah peranan memberitahu sudah dilakukan cuma susulilah dengan doa yang berpanjangan. Moga2 suatu hari nanti akan terbukti kesedaran kepada diri mereka. Insya'allah jika kita mencintai Hamba yang paling DIA cintai maka DIA tidak mensia-siakan. Wallahualam....

Related Posts with Thumbnails