Tuesday, March 8, 2011

Negara Islam



Berikut adalah 10 perkara yang saya perasan tentang Malaysia.sebuah Negara Islam.


1. Shopping kompleks sebesar Optimus Prime,tapi surau tersorok di bucu-bucu dengan saiz besar sikit aja dari pondok wakaf di tepi jalan.


2. Banyak organisasi baik hati buat billboard khidmat masyarakat tepi jalan.ada Berhati-hati di  jalan raya,Ingatlah orang tersayang,Jagalah orang tua anda dan sebagainya. tapi setakat ni saya belum jumpa billboard atau papan tanda kata,"Solatlah.Ingatlah Allah." atau "Ingatlah AKhirat."
paling-paling pun,sudahkah anda membayar zakat?
sedangkan daripada jumlah orang yang tak jaga ibu bapa,dan memandu dengan cuai,lebih ramai yang tak solat.

3. Masih ramai syarikat-syarikat (termasuk institusi kerajaan)buat meeting waktu solat Jumaat.

4. Bila jalan dekat bandar-bandar especially KL,orang yang berpurdah atau bertudung labuh akan lebih dipandang semacam. Macam spesimen yang cukup rare lah orang kata. Minah-minah rambut tocak ,pink colour,rainbow-coloured,rasta dan sebagainya tak nampak aneh pulak. Apatah lagi yang tutup aurat gaya normal tu.tengok,sampai jadi normal.

5. bila kau sembang pasal Hak Melayu kat warung atau isu ekonomi orang akan cakap kau Intelek Pejuang melayu sejati. Habis cemerlang tahap Mahathir lah. Tapi bila kau sembang pasal kerajaan Islam orang kata kau type-type ustaz,bukan sembang intelek,atau lagi dahsyat kau dipanggil "pemberontak". tak pun terpengaruh.fuh.saya pernah kena.

6. Fesyen Muslimah. Yang dilarang hadis tu lah yang jadi trend busana Muslimah. Sanggul tinggi macam pundak unta,ketat,jarang dan sebagainya.

7. Orang Islam rasa kalau guna ayat Quran dalam speech jadi kurang convincing,tak powerful,tak class,so tak nak guna.tapi bila orang bukan Islam guna ayat tafsir Quran bukan main hem02 lagi,mula lah melalah macam pakcik jual roti.

8.Bila kita boikot barang-barang Israel kita jadi bahan ejekan. Padahal sepatutnya merekalah kena boo sepanjang jalan.

9.Pub-pub,convenient store,warung mamak bukak 24jam tapi masjid asal lepas isya' mesti kunci.Ada lagi hebat waktu solat je xkunci.abes je zohor ,asar kunci terus.

10. Bila orang Malaysia pergi Vietnam atau Thailand ,punya jaga dan awas makanan tak halal.  Tapi bila di foodcourt yang masak semua bangsa asing yang belum tentu Islam,semua nampak yakin je.yelah,Malaysia kan "Negara Islam". [note:sinis ni.]

Mungkin amalan Islam itu semakin kurang. Mungkin yang jaga 'islam' tu hamoir pupus.merengkuk makin layu makin layu makin layu dalam kerusi swivel mewah di dalam pejabat berhawa dingin. mungkin yang 'jaga' negera itu terlalu sibuk. Mungkin agenda Islam tertimbus di bawah celahan fail-fail proposal hub hiburan,kasino baru,sekolah harapan dan sebagainya.

Saya sayang negara ini.cinta. saya juga seorang patriot walaupun saya tak pergi BTN. tak payah doktrin saya sanggup dukung senjata demi Malaysia dan agama.dan saya berdoa,Malaysia dan rakyatnya akan membesar menjadi sebuah komuniti Islam yang syumul dan subur dalam iman.

6 comments:

Mengharap RedhaMu said...

Setuju...tp kekadang kena tengok gak kat mana tptnya dan siapa yang melakukannya. Bab Surau kat Shopping Complx....Berapa ramai yang sembahyang? Adakah sesuatu masa solat itu penuh?? Adakah sampai keluar jemaah yang bersolat?? Lagipun bagunan tu siapa yang punya??
Bab billboard...untuk mambuat iklan sebesar billboard bkn senang. Kos tinggi..yang membaut iklan semuanya ada kepentingan utama iatu...DUIT!! sebab nak buat pun kena pakai DUIT!!...ada nak sponsor??
Bab fesyen muslimah....sememangnya mereka sendiri tidak memahami erti sebenar AURAT itu. Sebab pendekatan tidak dibuat dengan betul. Larang tidak dilaksanakan sepertimana dilakukan di Aceh!
Maka lakukanlah sedayan yang mampu...selebihnya berdoalah kepadaNya agar Malaysia ini berubah sepenuhnya mengamalkan kehidupan berlandaskan ISLAM...Aminnn.....

Anonymous said...

surau kecik kt shoping complex?mmg la.tu tempat beli belah bukan tempat beribadat.yg g shoping time2 waktu solat napenye.
yup,yg berjubah pun jubahnye lain macam.kaler yg menarik perhatian.ckp ttg aurat, bkn pkaian shj.kdg2 pkaian dh elok,berjubah smpai sapu lantai, bertudung mcm pkai telekung tp perlakuan antara lelaki n prmpuan xjage,ckp dgn suara yg sengaja dilembutkn,ketawe terbahak-bahak.tak kire lg ckp dlm telefon

NORIZAN ZAKARIA said...

"surau kecik kt shoping complex?mmg la.tu tempat beli belah bukan tempat beribadat.yg g shoping time2 waktu solat napenye."

solat tu perlu dilakukan di mana2. tgh shopping ke,tgh beli brg. jadi perlu ada surau. atleast skurg2nye ade org yg g shopping 2 depa solat. drpd xbuat lgsg?bg org yg kuat imannya gagah la juga keluar cri surau,tp yg 'kurg ' tu?
itu satu .satu lg."sape suruh keluar shopping wktu solat?"

sush nk lrg org pg shopping wktu solat.kdg2 org bli brg utk hal penting meniaga ke ape ke,riadah fmily ke msti akan mkn mse berjam2.dpd larang depa shopping wktu solat baik binakan surau utk depa solat.nelarang org pegi shoopping adlh terlalu IDEALISTIK drpd just buat surau.

saRaHiyLiA said...

xpernah pergi btn lg ye?..
huu bile dh pergi nnti akn rse sgt2 trkjut dgn ape yg dieorg cbe nk tnamkn dlm dri kter...;(

NORIZAN ZAKARIA said...

haha.sarah.asenye cm tw je..=p

Anonymous said...

ptotnye buat mcm plaza kotaraya

Related Posts with Thumbnails