Tuesday, February 23, 2010

Ukhuwah dan Ummah



Rasa tak puas berkampung dengan anak-anak Merbok dalam program Angkatan Remaja Alam Sekitar (ARAS) Sabtu lalu. Rindu mereka. Yang lebih saya rindu,anak-anak gadis Merbok yang sangat ingin tahu dalam Islam,yang berebut-berebut mahu di saff hadapan di sebelah saya.

Seusai solat jemaah,saya menyuruh anak-anak ini bersalaman. 
"Mula dari hujung. Gilir-gilir.selawat macam budak lelaki buat tu.."
mereka patuh. Sami'na wa atho'na. Bukan pada saya. Kerana Allah ,saya kira.
Tangan anak-anak yang sampai ke tangan saya,saya sambut lembut. Saya tarik mereka dan peluk dan cium pipi mereka kiri dan kanan. Mereka nampak terkejut. Ada yang nampak asing sekali.  

Zatul : Kak eichan,kenapa kita kena buat macamtu? 
saya  : Macammana sayang?(ya,memang saya suka memanggil mereka 'sayang'.)
Zatul : kenapa Kak eichan suruh salam-salam macamtu,pastu kena selawat,pastu peluk-peluk?
saya    : Oo,salam tu?Macam ni..".Perbualan saya terhenti sebentar. Saya menyuruh mereka duduk di dalam halaqah menghadap saya. mereka patuh. Mata masing-masing tetap memandang saya. alahai.bagusnya mereka.
Saya    : Kita kena buat macam ni,sebab kita semua saudara kan. kan kita kawan-kawan semua ni,jadi kita buat macam ni jadi lebih sayang dekat sedara-sedara kita.. ukkhuww..."
perbualan kami terhenti. 
"SEMUA PESERTA BERKUMPUL DI SINI SEKARANG,DALAM KIRAAN 10. 9,8,7...6..!" suara Shamsul,ketua kami kedengaran. "Ah..potong.."

"pergi,pergi cepat!" terpaksa saya 'halau' mereka. Aduh. tak sempat cerita.

************************

Ukhuwwah. kalau dahulu saya ditanya apa itu ukhuwwah,saya mesti kaget. diam. garu-garu kepala dan..diam.Paling-paling saya akan kata,ukhuwwah itu persahabatan. semua orang pun biasanya akan cakap macam tu.
Sekarang baru saya sedar,apa yang dinamakan ukhuwwah itu bukan sesuatu yang boleh ditakrifkan dengan definisi berbentuk ayat berjela-jela atau kata-kata,ia sesuatu yang hanya boleh difahami dengan di'rasai'. 'zauqiyah' bak kata orang.
Bagi saya,jika ditanya apa itu ukhuwwah,saya akan menjawab,
"Tak perlu jumpa selalu tapi bila berjumpa macam tak pernah berpisah. Tak begitu rapat tapi sanggup berkorban mendahulukan kepentingan sahabat. Tak begitu kenal tapi menjaga aib dan maruah teman. Dan memberi apa yang kita kasih untuk diri sendiri kepada sahabat itu."
Itu  takrifan saya. Mungkin tak sama di dalam buku-buku teks pengajian tinggi,atau kamus-kamus bahasa Arab atau apa-apa jua tapi itulah takrifan saya.

Ummah sekrang berpecah belah kerana tiada ikatan ukhuwwah. Saling tikam menikam dalam parti,saling fitnah memfitnah,Pertelingkahan sama Muslim kerana mereka semua tidak sanggup memberi apa yang mereka hendak untuk diri sendiri kepada yang lain.

Bukankah semua Muslim bersaudara?
"Al Mukminu ukhul Mukminu"-seorang mukmin saudara bagi mukmin yang lain. 
Hadis nabi yang sahih. 

bagi saya,biarlah tak kenal rapat,tapi  sayangnya melebihi sayang kepada diri sendiri. 

2 comments:

Unknown said...

Great post, masyaAllah.

Kadangkala orang fikir niat baik, tapi cara tidak betul. Nak betulkan sesuatu situasi bermula dengan akhlaq yang baik seperti contoh Nabi. Ada masa dia keras, ada masa dia lembut. Dan perlu juga sedia untuk menerima kritikan dari pihak lain. Mana la tau hujah mereka lebih kuat, kene reconsider dan fikir balik. Tak boleh jugak tutup telinga dan expect yang orang berakhlaq mulia.

Ramai orang pernah berkata benar tetapi dgn cara yang tak betul. Kita perlu ambik mana yang baik, abaikan yang tak betul, insyaAllah.

Serikandi Islam said...

betul-betul BERLAPANG DADA.KAN?

setiap orang kena pandai menghormati kepelbagaian. Tidak semestinya pendapat orang lain dari kita,dia adalah salah.

permasalahan ulama' dan alim kita ialah mereka tak pandai menghargai perbezaan pendapat. sepatutnya berhujah dengan hikmah,dan baik.

Nabi Muhammad pun boleh bertoleransi menerima pandangan sahabat dri Parsi,Salman Al farisi dalam perang Khandak.
Ukhuwwah,binalah ukhuwwah

Related Posts with Thumbnails