Saturday, March 6, 2010

Ayuh menjadi 'LUARBIASA'!


Setibanya di Muar,saya terus berkejar ke Sekolah menengah Bukit Gambir untuk sambutan maulidurrasul. Ya,turun bas,air liur basi,semalaman di bas-straight ke majlis Maulidurrasul.hehe. Maaf kalau nampak ekstrem. Tapi akak kata saya nampak seperti baru lepas bersiap. haha.(saya buat-buat tak sedar kebarangkalian dia cuma menyedapkan hati saya)


Ceramah Maulidurrasul kali ni,masyaAllah,saya kira cukup menarik. ustaz yang dijemput adalah seorang ustaz dari SMAP Kajang yang saya tak sempat ketahui namanya.(saya terlewat sedikit masuk ke dewan).
ceramahnya biasa saja,sesuailah dengan kelompok audiens dari pelajar-pelajar sekolah menengah,hadis-hadis yang dibacakan juga adalah hadis-hadis yang biasa didengarkan tetapi apa yang cukup menarik saya ialah falsafah yang dibawakannya. UNTUK MENJADI ORANG YANG BERJAYA ,KITA HARUS JADI 'LUARBIASA'. contoh terbaik?Nabi Muhammad S.a.w


Bismillahirrahmanirrahim.Begini saya petik;(yang didalam kurungan adalah tambahan saya)


"Kita setiap hari solat berapa rakaat?"tanya Ustaz,
maka terkial-kial lah masing-masing mengira jari.saya cemerlang sikit. saya congak aja dalam otak.
"17 rakaat.subuh,zuhur,asar,maghrib,isya'.semuanya 17 rakaat kan?"tambah ustaz,.Eh,saya tak dapat jawapan lagi.
"ITU,BIASA."kata ustaz
"nabi solat setiap hari berapa rakaat?solat sunat rawatib 2 4 rakaat ba'da dan qabla,(kecuali asar tiada ba'da)itu belum termasuk 8 raka'at di 1/3 malamnya,juga witir 3 rakaat,juga dhuha,(yang menurut Saiyidatina Aisha,kadangkala dikerjakan 6,8,12,).nah.itu LUARBIASA."

saya tertarik. betul.angguk-angguk.

"setiap hari kita ke sekolah pukul 7. ah..itu BIASA."
"setiap hari kita makan 3 kali sehari,campur sarapan.(tak masuk minum petang+jajan+minum malam biskut meri dan sebagainya). 
"Nabi?kadangkala tak makan sampai berhari-hari.Makanan yang ada disedekah."
lalu ustaz membawakan kisah nabi dan 2 keping roti dan pemuda ahli neraka.Panjang ceritanya.




*************************************



PENDEK KATA:Dari ceramah itu.saya seakan-akan tersedar,kebanyakan orang-orang yang berjaya semuanya LUARBIASA

Saya mengingat2 beberapa peribadi insan2 luarbiasa selain Muhammad SAW.

Syeikh Hassan Al Banna.seorang guru sekolah rendah seperti saya(insyaAllah,nanti),yang mampu mencipta revolusi dan meninggalkan legasi.Adakah beliau LUARBIASA?
 Sangat. Di umur 13 tahun kita asyik bermain-main basikal di hadapan rumah,ITU BIASA. Hassan Al Banna di usia 13 sudah menyertai demonstrasi menentang British.LUARBIASA.


Sultan Muhammad Al Fateh. Antara benchmark saya yang seakan terlalu tak tergapai. . Di usia 21 seusia saya,beliau berjaya menakluk KOnstantinople. KOTA KONSTANTINOPLE! bukan Kota Bharu atau Kota Tinggi jauh sekali KOTA A'FAMOSA,Tapi KOTA KONSTANTINOPLE!kubu terkuat Kristian ketika itu!
LUAR BIASA. 

Baru tadi,saya dengan bersungguh menceritakan kisah Sultan Muhammad Al fateh kepada adik perempuan saya. bagaimana satu ketika dia ingin mencari imam untuk bersolat jemaah. Dia mengerahkan kesemua tenteranya berhimpun. lalu ditanya,"Siapa di sini yang tidak pernah meninggalkan solat fardhu?Sila berdiri." kesemua tenteranya berdiri. tiada seorangpun yang duduk. Lalu ditanya lagi,"Siapa yang di sini belum pernah meninggalkan solat sunat rawatib?"Separuh tenteranya duduk. Tinggal separuh saja yang berdiri. Lalu ditanya lagi,"Siapa di sini yang belum pernah meninggalkan solat sunat tahajjud?"


lalu kesemua tenteranya duduk,kecuali seorang. Beliaulah Sultan Muhammad Al fateh. Lalu beliaulah yang mengimami solat berjemaah pada hari itu.


LUAR BIASA!

Pemikirannya Luar Kotak. Siapa sangka kapal boleh merentas daratan. Semua orang tidak yakin dengan idea gila itu tapi bagi beliau segalanya mungkin dan nah,70 buah kapal yang besar merentas daratan ke konstantinople.LUARBIASA. 


Sultan Salahuddin Al Ayubi. Penakluk BaitulMaqdis. Mula berkhidmat dengan panglima Nuruddin di dalam angkatan tentera ketika 17 tahun. Mei 1175,yakni 570 Hijrah diiktirf sebagai Sultan Mesir. Menakluk Baitul Maqdis dengan jayanya. Sultan,sahabat-sahabt,SULTAN. Sudah sifat seorang sultan ada harta yang banyak dan istana yang besar. Itu BIASA. Tapi Salahuddin? Dikatakan ketika mangkatnya, beliau tidak meninggalkan warisan.Dikatakan ketika mangkat beliau cuma punya 47 wang perak dan 1 dinar emas. Kain kafannya pun diberikan ole Menteri. Allahuakbar. LUARBIASA.

Khalid Al Walid,kebergantungan kepada ALlah yang sangat kuat memberanikan beliau meminum racun dengan keyakinan racun itu tidak akan mendatangkan mudarat,melainkan Allah sahaja yang mampu.LUARBIASA.

sbenanya banyak lagi pemimpin dunia yang lain yang LUARBIASA. Anda boleh kaji sendiri.


jadi,untuk berjaya,cuba lah jadi seseorang yang LUARBIASA. Jujr saya katakan,saya masih seorang yang biasa. Saya terikat dengan rutin seorang pelajar biasa,saya takut gagal,tak berani berfikir luar kotak dan menentang arus. orang yang BERFIKIRAN LUAR BIASA mesti berani menentang arus dan buat perkara yang well,luar biasa.


p/s: saya mencari ciri2 pemimpin terbaik, di Internet,semua ciri2 tersebut membayangkan satu perkara:LUARBIASA.

2 comments:

Anonymous said...

street : like this

Serikandi Islam said...

thanks;)

Related Posts with Thumbnails