Tuesday, October 19, 2010

Sebuah entry di harijadi


Alhamdulillah.Hari ini Allah bagi lagi peluang bernafas untuk hamba yang selalu lalai ini. Tuhan itu Maha Pemurah. nyawa diberi tanpa perlu dibayar. Tak taat pun masih boleh berjalan dengan sepenuh penghidupan.
Allahuakbar.

Hari ini,tarikh yang hebat,2010-2010. Dengar kata kena tunggu seratus tahun lagi baru buleh jumpa tarikh macam ni.wahha!siapakah cukup panjang umurnya untuk menanti 100tahun lagi?

Hari ini juga tarikh lahir saya. Dan angka ini tidak menandakan apa-apa bagi saya selain diri yang melangkah semakin dekat kepada kematian.dan bertambahnya usia saya ,begitu bertambah juga bebanan dan taklifat saya.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang mengucapkan ucapan selamat. Syahdu. Siti Nazirah dan Muna'izzah mengingatkan saya akan kematian dalam ucapan selamatnya.*Blessing.*
eh.eh.aku sayang sama kaorang taw.=)

Apa mahu buat vs apa sudah buat?

Masih saya ingat kalam Syeikh Habib Abdullah Al Haddad dalam 'Peringatan bagi umur insan'. Beliau memetik sebuah syair Arab,
"Jika anda sudah berusia 20 tahun dan masih belum mencapai sebarang kemegahan,maka tiada lagi kemegahan bagimu."

Maksud kemegahan disini bukanlah kemegahan materi,macam punya banglo 8 tingkat,punya ferrari terpakai dan sebagainya. Bukan juga kemegahan glamor macam dapat SPM 20A,dapat masuk Tv ataupun dapat salam dengan Nik Aziz .Semestinya bukan.

Kemegahan bagi umur pemuda ialah bila dapat melunaskan impiannya. bila dapat membuat PERUBAHAN. bila dapat berbakti. dan dapat buat sesuatu.
UNTUK ISLAM.

Sultan Muhammad Al fateh,di saat umurnya 21,yakni umur yang sama dengan saya,sudah berhasil menakluk Konstantinople. sudah berhasil menjadi sebaik-baik raja,yang memimpin sebaik2 tentera.MAHU menakluk,dan SUDAH BERHASIL menakluk. melunas impian di usia hijau.

Abdullah Ibnu Umar,seorang ulama' dan sahabat rasulullah,mahu ikut serta dalam Perang Badar tapi disuruh pulang oleh Rasulullah kerana baru berusia 13 tahun! Sangat mendambakan berperang dengan Rasulullah ,dan terpilih jua dalam banyak peperangan lainnya. Malah menjadi antara orang penting dalam Fathul Makkah ketika berusia 20 tahun. 
MAHU berjihad,SUDAH berjihad.

ada orang umur begini sudah boleh buka perniagaan sendiri. sudah boleh tanggung dan sponsor majlis-majlis agama. majlis-majlis ilmu. ada orang umur begini sudah boleh mengajar kitab di kuliah. mengajar yang jahil dan kurang celik. membuka hati dan minda dengan izin-Nya. ada orang umur begini sudah punya buku sendiri. sudah menulis kitab sendiri.tersenyum tengok nama sendiri atas rak di Popular atau di toko-toko buku.

Saya jadi ralat,apa yang saya impikan yang sudah jadi nyata?paling penting,APA YANG SAYA SUDAH BUAT UNTUK ISLAM?

Umur pendek vs amal kurang

ada satu kalimah yang selalu disebutkan orang Barat,"so little time,so much to do." begitulah umpamanya hidup saya sekrang. Entah esok,lusa saya pergi tapi amal saya sikit amat. Dosa jangan cerita. kalau disebutkan satu persatu sampai raya tahun depan pun belum tentu habis disebut.

Bimbangnya. macam mana kalau dijemput pergi?Aduhai.(T.T)

Syair yang dipetik Dr Aidh Al Qarni di dalam bukunya,"Ilallazi na asrofu 'ala anfusihim" sangat menggentarkan hati saya.

Anak-anak muda mula tua
Orang-orang tua pun menghilang
Pagi berlalu dan petang pun datang
siang berganti malam dan malam berganti siang
pagi petang kita mencari keperluan
sedangkan keperluan orang hidup tiada habisnya
keperluan seseorang habis seiring dengan kematiannya
tiada keperluan kecuali amal soleh

(T.T)
need amal like oxygen.need Allah like life.

muda vs tua

Ada orang kata saya semakin matang. Alhamdulillah kalau itu hakikatnya. Lebih baik tua di usia muda dari muda di usia tua. tua pemikiran,bukan tua fizikal. orang muda yang matang lebih baik dari orang tua yang tak sedarkan diri. 

as for the physical being,it's better to be young even when you're old!

3 comments:

Bashir IbnDzul said...

Salaam,

semakin bertambah usia, semakin mudalah dirimu, semakin dekat dengan kematian.

Semoga bekal yang dibawa cukup untuk pulang ke destinasi...

NORIZAN ZAKARIA said...
This comment has been removed by the author.
NORIZAN ZAKARIA said...

yup!

amiinn..peringatan untuk diri

Related Posts with Thumbnails