Sunday, November 7, 2010

Surat untuk anakku,generasi 1malaysia.


assalamualaikum nak. ini ibumu,bercakap kepadamu sebelum engkau dilahirkan. Mungkin masa ni atau sikit hari lagi kau akan belajar karangan tak rasmi. Itupun kalau Bahasa Melayu tak diajar dalam bahasa Inggeris pula. mana lah tahu,zaman kau,semua boleh berlaku.dan kau akan lihat surat ini sedikit tak mengikut format,[banyak]tapi abaikanla.sesungguhnya ketaatan kepada ibu mengatasi peraturan peperiksaanmu. Dan janganlah kau jadi pemuda yang exam-oriented. Nescaya kau akan jadi generasi dungu[maaf ibu guna perkataan dahsyat-dahsyat. Kau rujuklah kamus nak.].generasi dungu yang tahu menurut saja apa yang tertulis di teks. 

Mungkin buku teks sejarah kau akan kata Hero kemerdekaan yang sebenar ialah Tunku Abd Rahman. itu ibu boleh tolerate lagi sayang[eh ibu rojak pula.i sound silly when i speak malay,nak].Mungkin buku teks sejarah kau akan kata Bapa Transformasi adalah Hero sebenar negara. Beliaulah bapa perpaduan,bapa Malaysia,bapa Cina,India,Melayu kadazan dan segala macam bapa. Mungkin juga dalam zaman kamu Buku sejarah kamu akan kata[buat pertama kali] gelaran Ibu Transformasi,Ibu Malaysia,Ibu PERMATA,Ikon Busana Muslimah,Wanita Pertama,kedua dan ketiga dan sebagainya.Maka janganlah kau hanya tahu menurut saja anakku dan menghafal semata-mata nak lulus Sejarah kerana kalau tak lulus kau tak dapat masuk MRSM apatah lagi PERMATA.

Anakku,
mungkin di zaman kamu kemudahan Internet tersebar luas. Sambil tutup mata pun kau boleh godam[bukan goda,nak]website orang. Jadi kau janglah buka web pelik-pelik.terutama laman web porno seperti laman-laman lucah,dan akhbar Metro. 

Anakku,
kalau anda seorang lelaki,jagalah akhlak dan imanmu. janganlah mempermainkan anak gadis orang. Ibu kalau boleh tak mahu menantu ibu lulusan Sekolah Harapan.walaupun di zaman anakanda itulah Sekolah yang paling feymous dan paling ramai application sampai kena ikut result periksa macam MRSM. tapi ibu lagi prefer menantu dari SMKA nak. Nauzubillah. biarlah anakanda kata ibu diskriminasi.walaupun wajahnya secantik model Mongolia tapi ibu harap janganlah dipandang hanya rupa.ibu cuma sayangkanmu. Ibu doa semoga dapat yang terbaik.
dan kalau boleh ibu mahu kau jadi seorang ulama'. dan bila kau jadi ulama' janganlah kau cuma tahu membodek dan memenangkan yang terang-terang bersalah. Janganlah jadi ulama' su' nak.

Anakku,
kalau anda seorang perempuan. Ibu rayu jaga akhlak dan imanmu. Sesungguhnya malu itu perhiasan wanita nak. Janganlah kau bersikap tidak malu dan tidak menjaga batasmu lalu berpeluk-pelukan dan mencium2 pipi seperti Orang Barat walaupun dengan pemain Badminton paling kacak pun anakku.Dan jagalah auratmu. sesungguhnya pakaian Muslimah di zamanmu terlalu menyakitkan mata,maka pakailah busana mukminah. kalau nama 'mukminah' pun mereka pakai untuk buat design seksi2 anakanda jahitlah sendiri.

Anakku,
bila sudah dewasa kerjalah dengan tekun. Tak guna kalau anakanda kerja di Menarra 100 tingkat kalau anakanda tidak jujur dalam kerja.kerja itu ibadah nak. Tapi lebih dari kerja di menara,ibu lebih bimbang kau tersalah pilih kerja di tempat-tempat hiburan yang bertaburan di tepi jalan. walaupun kampung kita dah jadi hub hiburan,tapi carilah kerja lain nak.kalau kau benar-benar tak dapat kerja maka menjual goreng pisang adalah lebih mulia nak.

Maka perbanyakkanlah mengingati Allah.dan jauhilah perkara-perkara yang melalaikanmu. janganlah kau mengikut sahabtmu ke konsert-konsert Adam Lembek,lady Gagap dan raaaaamai lagi artis picisan yang runtuh akhlaknya.Ibu tahu konsert begitu sekarang banyak sekali,maka jauhilah.

Anakku ,ikatlah tali silaturrahim sesama ahli masyarakatmu dan berilah salam bila berjumpa. Berhentilah memberi salam 1 malaysia seperti rakan-rakanmu lakukan kerana rasulmu tidak mengajar malah kau tak akan dapat pahala. ingat kan kata-kata Rasulullah ketika Zhar Al Ghifari pertama kali bertemunya?Allah telah mengajarkanku ucapan selamat yang lebih baik dari itu.
Nak,ibu tidak tahu nasibmu kelak.Negara sudah berubah.Islam kini hanya pada nama. Maafkan ibu jika ibu sendiri tidak mampu memberikanmu didikan yang terbaik tapi ibu cuba.
Sekian dari ibumu,
Serikandi islam izan

8 comments:

SITI NORATTIQAH HJ AZMAN said...

kah kah kah.


well done!


nak, makcik ni pon risau kat anak-anak zaman kamu ni.

Serikandi Islam said...

itulah.haih.oh anakku!

[act entry asal ialah pbualan dua mat rempit.ttp sbb dahsyat sgt degree die hku tukar jdik 'mild' ckit.hehe]

Anonymous said...

assalamu'alaikum mak n mak cik atiq,, hehehe,, (^____^)

subhanallah,, cantek tol pengisian n pendekatan yg digunakan,, laen dr yg laen,, sgt mdlm,, well done,, truskan pjuangnmu,,

Mujahid At-Tufail ibn Amr ad-Dawsi said...

nak, jika ibumu risaukan mu apetah lagi bapamu nak..

walaupun bapamu ni terkenal dengan ego yang tinggi tak mustahil bapamu ini tidak boleh menangis mengenangkan nasibmu nakk...

great job serikandi..teruskan usaha upgrade minda Islam..
:)

Serikandi Islam said...
This comment has been removed by the author.
Serikandi Islam said...

eh eh syahir.sedapnye name gelaran ko.heh.;p

Serikandi Islam said...

anonymous: syukran. semoga diredhai InsyaAllah.

syahir: haha..mcm kau lak bapak..haha
haih.sape xisau mase depan generasi.dgn keadaan Kerajaan Islam yg makin pudar.

naz said...

nsb baik ko edit..klu x jadi wild wild world.me kasih tuk peringatan ni.sinis, kebenaran ini ttp ku telan walau pahit. =)

Related Posts with Thumbnails