Thursday, June 16, 2011

Dakwah pakai Siasah

1 comments
Cuti n banyak mengajarkan aku tentang dakwah. Semua buku-buku dakwah yang aku baca,semua ceramah-ceramah dan dakwah training yang aku pergi,tiada yang mengajar aku sebanyak keluarga sendiri.

Dan baru aku tahu,dakwah itu pakai siasah(strategi).

Orang yang palng hebat siasahnya palng hebatlah dakwahnya. 

dakwah bil lisan itu sekarang sudah tak makan. Bukan langsung tak boleh guna tapi sekarang manusia tak lagi mahu dileter dan dinasihat sebab ego makin tinggi. 
Lagipun di mana saja yang dakwah bil lisan(kata-kata) itu boleh diguna?Di kawasan biahnya soleh mungkin bleh tapi dakwah itu sejagat dan universal. Atas bas juga kau perlu jalan dakwah. tempat berbeza,waqi' berbeza orangnya berbeza. rambut saja dah tak sama kaler bahkan hati dan perangainya. Makanya uslub dakwah pun berbeza. Di situ pakai siasah.

Keluarga yang awalnya aku kira betul-betul menguji mental dan emosi aku. Sebab aku tak berlapang dada. Aku nak harapkan biah di rumah sama seperti di kampus. Mimpilah.

macamana aku dulu,begitu lah mereka. Tapi dakwah has to be done somehow. Pakai siasah.

Suka aku katakan,menjelang akhir cuti aku cukup gembira dengan beberapa perubahan keciiiil yang berlaku dalam keluarga. Aku katakan keciiil sebab memang kecil. tapi signifikan. 

Paling penting keluargaku sendiri banyak mengajar aku apa ertinya dakwah dan bagaimana berdakwah. dakwah menjadikan da'ie sangat kreatif. Dakwah menjadikan da'ie cekal. Tak berputus asa.hebatnya dakwah. Sebagaimana kepala dakwah kita,baginda Rasul yang cekal tanpa lelah,macam tu lah sepatutnya kita.

Sepanjang cuti ni,aku sedar bahawa yang namanya dakwah tu bukan sekadar kau ceramah dan nasihat panjang lebar. atau kau nampak mad'u kau buat silap lalu kau terangkan hukum hakam. Juga bukan kau mengajar tajwid quran dan sebagainya.

Dakwah bagi aku,sebagai permulaannya yang penting ialah menyediakan SUASANA. Kau ubah suasana sesuatu tempat itu. jadikan ia islamik. baru hatinya mudah menerima dakwah. malah bila suasananya sudah elok,ia sendiri yang akan mencarimu.

aku juga sedar yang dakwah itu bukan kau dakwah pada mereka hari ini dan keesokan harinya mereka bangun sebagai alim,gosok gigi,mandi pagi dan berjubah dan berserban. No. Da'wah takes time.It's like making a building. The bigger the building u're making,the longer it takes. Bak kata Mat Salleh,Rome is not built in one day. jangan kata Kota Rome,Kota Bharu,Kelantan pun bukan maju dalam satu hari.

Dakwah itu bukan sekadar bil lisan. Itu yang utama sekali yang aku belajar. Sebab itu da'ie kena bijak.

Kau dengan sengaja tinggalkan buku doa/buku zikir(cth bekal akhirat) dekat atas meja pun kira langkah dalam dakwah.

Kau  pasang qasidah atau nasyid kuat2,itu dakwah. Lambat laun yang tak suka pun mesti akan ternyanyi2 lah .paling tidak terngiang2 di telinga bila ke mana-mana.

Da'wah bil hal juga. Da'wah dengan contoh akhlakmu yang super indah. 

Dan di rumah aku juga belajar,kalau mahu berdakwah thiqah itu adalah sangat penting. Bila orang menghormati kau,lebih mudah ia mengikut. Bila kau disegani dan dipandang tinggi lebih mudah dipatuhi. Bila kau practice apa yang kau leterkan dan nasihatkan,mad'u mu pun akan mudah mendengar nasihat.
Surah Al Baqarah ayat 216 ada menyebut,  "boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." 
Allahuakbar.Ujian keluarga yang aku hadapi cuma tarbiyah dan pelajaran yang Allah sedang berikan.


Wednesday, June 8, 2011

Bila ujian itu dari darah dagingmu sendiri

1 comments
"ni gambar ustaz mana pula kat hp kau ni?"
"itu?Itu syeikh Rohimuddin!" jawabnya girang.
"dia keturunan Nabi.."tambahnya lagi.
"haha"..mereka ketawa. "..Kau ni ijan.."

Dia jadi hairan. apa yang lucu?salahkah?

"keturunan nabi lah pulak. " Mereka buat muka sinis.
"Eh,betullah. la tak tahu ke,keturunan Nabi ada lagi sampai sekarang,keturunan nabi kan xputus. banyak pula tu. dari keturunan Hasan dan Husin..!" Dia membalas sungguh-sungguh. Mereka ketawa lagi sambil menggeleng-geleng seolaah-olah sedang mendengar cerita dongeng.

"La ilahaillallah. betullah yang nama habib-habib tu keturunan Nabi lah. "
"Oh kalau macam tu Habib jewel tu keturunan Nabi lah.?" ketawa lagi. gadis itu senyum tawar,cuba menahan marah. Ini dah lebih.

"Itu bukanlah..(tp tu pun xtw la kot ya.) Tapi memang betullah.Yang nama syed,syarifah tu pun."

"Kalau macam tu Bik Aini(mak saudara kami:bukan nama sebenar) tu keturunan Nabi lah?Sebab muka dia kan macam India-India-Arab sikit." tambahnya sambil ketawa. Ya Allah,sakitnya hati ini.

"Akak..." Gadis itu mengeluh.

"mana kau tahu?Ko ni main percaya je. Apa bukti dia kot dia tipu ke,, mana salasilahnya ?kita kan selalu ada pokok keluarga ,ha mana buktinya?" mukanya berlagak. Muka berlagak hebat. Keakuan,bisik hati kecil muhibbin.

"betul lah kak.Orang Arab ni mereka jaga keturunan diorang,diorang siap hafal nasab diorang terus sampai ke Rasulullah."

Kakaknya dilihat geleng-geleng angkuh.


gadis itu cuma mampu mengeluh sedih. begitu jauh dia meninggalkan keluarganya sehingga tidak sedar sampai begitu sekali tahap mereka. Adakah dia salah? Orang-orang ini mempersendakan keturunan kekasihnya. Kalau ikutkan hatinya mahu saja dia tampar mulut-mulut biadap tu. Tapi memikirkan akibatnya,tambah pula kedudukannya sebagai seorang adik.

Beratnya ujian ini. Dia sangat mencintai ulama'-ulama' dan habaib ini ,tapi pulang ke rumah kata-kata demikian yang dihamburkan oleh keluarganya sendiri. Dia cuma mampu berdoa pada Allah supaya mengampunkan mereka kerana mereka cuma tidak mengetahui.

Dan tanggungjawabnya lah untuk memberitahu. Tapi mereka sukar mendengar kata-katanya. Berbeza dengan adiknya,sudah mula mengikutinya. Dari memakai tudung labuh,kepada berstokin,bertudung bila abang-abang ipar di rumah,mendengar qasidah. semuanya diikuti dengan mudah. Mungkin kerana dia lebih muda. Tapi sukarnya mengubah atau menasihat orang yang lebih tua. Nasihat atau teguran dari faqir itu terasa macam sampah. Ditepis dengan laju.

Orang menyangka kehidupannya mudah. Di luar berdakwah kepada orang-orang bak ustazah bertauliah.Sedangkan untuk mentarbiyah keluarganya sendiri cukup payah. Cukup manis baginya bila dia mampu membuat ibu dan adiknya membaca Quran selepas solat maghrib. Atau bila mampu mentasmi' hafazan Surah Yasin anak saudaranya yang baru berumur 5 tahun. Terasa manis walaupun tak banyak yang dia lakukan. masih banyak kepincangan. Untuk buat mereka berhenti menonton tv pada waktu maghrib saja sudah payah,apatah lagi untuk mengajak solat jemaah jauh sekali beri tazkirah.

Dia terpaksa menukar wallpaper Habib Umar di desktopnya kerana bimbang menjadi fitnah kepada Al habib itu pula. Entah apa pula yang akan dikatakan nanti. Bila dia memasang qasidah. Dia memasang yang kontemporari,mungkin selawat Badriyah nyanyian kumpulan Saujana,atau Amer Munawer,atau VE(kini Al mawlid). semestinya tidak Haqqani atau Al Ihya'. belum lagi.

Padahal dia pernah melakukan semua ini dulu tapi bila ditinggalkan untuk beberapa bulan dia terpaksa mengulang lagi. meletihkan tapi terpaksa.demi Islam.

Tuesday, June 7, 2011

Ujian :Tribute to a broken heart,and Kak Suhaili.

2 comments

Ujian.
Siapa lah yang tak pernah ditimpa ujian. Kalau adat bumi sentiasa ditimpa hujan,adat langit sentiasa ditutup awan,adat pokok daunnya selalu keguguran,maka adat manusia kan selalu didatangi ujian.

Ujian I:

[2:214] Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

Kita mahu masuk syurga tapi dengan cara yang mudah? Tiada jalan pintas ke syurga abadi. Ganjarannya super-hebat maka ujian dan tribulasinya juga seharusnya nelayakkan kita untuk syurga. Kalau ditimbang amalan kita memang tidak cukup untuk syurga maka Allah beri kita ujian kerana dengan kesabaran kita ini mudah-mudahan ia melayakkan kita ke syurganya.

Kak,bila memilih Islam memang jalannya sukar dan meletihkan. Menguji kesabaran dan menduga ketahanan. Tapi sebandingkah kesengsaraan kita dengan Bilal Bin Rabah?Baru beberapa lama memeluk Islam sudah diuji dengan disiksa di tengah padang pasir dengan memakai baju besi yang panas dan melekat dengan daging-daging di badannya ,memanggangnya hdup-hidup di bawha terik matahari. Semakin disiksa mulutnya semakin ligat menyebut "ahad,ahad" bermaksud Yang Esa,Yang Esa.

Bagaimana pula dengan Sumaiiyah?Perempuan pertama syahid di jalan Allah. Disiksa dikat di tengah padang pasir tapi hatinya utuh memilih Allah sehingga ditikam dan dibunuh. Tempatnya di syurga.




[5:48] Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Qur’an dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat diantara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu,

Qul La Ilahaillallah,summas taqim.(Katakan la ilahaillallah dan berteguhlah) Pesan Rasulullah kepada seorang sahabatnya.

Dalam Setiap Ujian ,Allah berada cukup dekat dengan kita.Pray. He  always listen. Maybe He doesn't fulfill our prayers yet,but why gives you stuff when it might not be good for you?and verily He knows best,don't He?


“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” – al-Baqarah : 286.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya”- at-Talak : 7

Ujian II(Untuk diri)

"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat  216)

Biarlah.kalau ada jodoh,ada lah tapi kalau Tak ada jodoh nak buat macammana. allah juga yang tahu yang terbaik untukmu wahai diri.


Ujian III(untuk diri)

“Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman” – ali Imran : 139.

Inilah ujian pertamamu sebagai da'ie. Ayuh mulakan Misi dakwahmu! Satu hari nanti sinar agama akan melimpah dalam keluargamu!

Related Posts with Thumbnails