Saturday, May 22, 2010

Thailand

0 comments
Angin pagi di Thailand memang sebijik seperti di Malaysia. Persis,cuma panasnya beda. Kering sikit,tak macam Malaysia yang panas-panas lekit sampai berpeluh. Suasananya pun sama. Tapi yalah,namanya pun jiran. Macam Johor dan Melaka. Tak banyak bezanya.
Jalannya aman. Tuk-tuk(dalam foto),sejenis teksi yang unik,lalu lalang seawal pagi meneropong potential customer. bonus lah kalau jumpa pelancong macam kami yang mudah ditipu ni. (Pernah ditipu hampir rm6;mungkin disini tak banyak.tapi di Songkhla boleh beli macam-macam!)

 Kebimbangan Kumpulan Baju merah merusuh di jalanan yang pada awalnya membelenggu kepala saya sudah semakin pudar. ya,setakat ini aman. Katanya Songkhla jauh dari Bangkok. Mungkin. tapi tetap diberi amaran berjaga-jaga. Cerita abang Fauzi pemandu pelancong kami yang oh,-sungguh-pekat-bunyi-thailandnya-ketika-berbahasa-Melayu tentang keadaan politik di Thailand sedikit sebanyak memberi gambaran kepada saya impak dari ketidakstabilan politik-kebetulannya tajuk tugasan politik saya semester ini,Peranan kerajaan dalam pemerintahan.Salah satu aspeknya ialah kestabilan poltik. Tapi Saya lebih banyak ambil contoh negara Pakistan berbanding Thailand. tentang kegagalan kerajaan Perves menyekat gerakan militan sehingga membawa kepada pembunuhan Benazir.

***************************

Apa yang dapat saya perolehi dari pengalaman ini? Semestinya bukan hanya keseronokan,meskipun kata orang,Songkhla adalah tempat terbaik untuk berseronok-seronok. Barangnya murah dan hotel-hotel berlambak! Kegiatan perempuannya  pun cukup aktif! nauzubillah.




Pertama: Mentimun pun akan menggolek,bila mana situasi mendesak.
          Pernah dengar pepatah,bagai mentimun dengan durian,menggolek luka,digolek pun luka?Situasi di Thailand menunjukkan rakyat bawahan tidak akan selamanya menunduk atas apa yang dilakukan pihak atasan. Setiap orang ada kehendak,dan bila kehendak mereka tak dipenuhi pasti mereka akan bangkit. Inilah yang sedang terjadi di Palestin. Rakyat dan pemuda palestin bukanlah dari dahulu seberani begini. Semangat juang mereka bertambah-tambah bila dihimpit dan ditindas. Inilah kebangkitan sang mustadh'afin.(golongan tertindas.)

Di Thailand pula,lain ceritanya,bukanlah sebegitu tertindas sebaliknya cuma mahu kehendak dan hak mereka dipenuhi. Suara ramai rakyat Thailand nampaknya mahukan Thaksin,bukannya Abhisit. teringat kisah Encik fauzi bagaimana Thaksin mempunyai ramai peminat. Dan bagaimana beliau menggunakan wang sebagai salah satu alat politik. Masih saya ingat kata-kata Encik Fauzi ketika ramai antara kami dilihat memakai baju merah,"kalau kat sini pakai baju merah buleh(dapat) pitih.Kalau pakai baju merah dapat 500,kalau kereta cat merah buleh 2000." 
Lucu.keesokan harinya lebih ramai peserta yang memakai baju merah.

Agak mengkagumkan seseorang yang pernah diguling pada September 2006 lalu yang ketika itu dikatakan sudah tidak popular dalam kalngan rakyat kerana kuku besi dan rasuah bagaimanapun sangat disayangi rakyatnya.with,or without the money.

cuma situasi di Thailand mengejutkan dunia dari segi ia menjadi manifestasi kuasa rakyat yang sebenar.
Saya tidak hairan jika perkara sama akan berlaku di Malaysia;rakyat bangkit secara massive apabila berlaku kepincangan yang ketara dalam pemerintahan. Semoga Aman Malaysia.Ameen.


Kedua: Kerja biasa jarang ada halangan,kerja dakwah selalunya ada.
Kami pergi sudah tentu atas sebab yang baik,sebab pendidikan,ke Universiti Rajabhat dan sekolahnya. Yelah,bakal guru. Tapi meski di waktu shopping-shopping dan sukaria,suasana sungguh aman. Tak seperti yang kami sangkakan.Alhamdulillah,syukur tentunya.  teringat saya kisah yang diceritakan Wakil Pace dan Haluan Palestin di dalam ucapan mereka di Himmah(Himpunan Ummah untuk Palestin) baru-baru ini. Delegasi beramai-ramai ke sempadan Palestin malah di Mesir pun mendapat banyak tentangan. Diserang pasukan polis dan sebagainya. sampai ada yang cedera.Itupun belum menjejak ke kawasan bergolak .
Ya,kerja di jalan Allah memang banyak tantangannya.


p/s:tuk-tuk di dalam foto berbeza dengan yang kami naiki.
p/s 2:next trip,ke Bandung.nantikan muhasabahperjalanan seterusnya!
Ya,kerja di jalan Allah memang banyak tantangannya.



Thursday, May 20, 2010

Mengapa takut??

2 comments

Teringat ketika saya dilihat sedang khusyuk membaca Harakah di kantin apabila seorang 'pakcik' datang menghampiri. Apabila diberitahu saya pelajar subjek Politik beliau lantas bertanya pandangan saya tentang pilihanraya di Hulu Selangor. Masa tu,kalau tak silap seminggu sebelum pilihanraya. Saya bercakap panjang lebar. Bersemangatlah konon. 'Pakcik ni juga seakan banyak pengetahuannya saya semakin rancak bersembang. Aduh,suntikan adrenalin.
Tiba-tiba bila 'pakcik' tersebut tanya satu soalan yang dikira maut,saya boleh pula menjawab[aduh,saya masih tak percaya saya menjawab sebegitu.lucu ya amat]

Eh,entah2 pakcik ni spy x?

haha. entah angin apa masuk ke badan saya sampai boleh bagi jawapan begitu. 'Pakcik ' tu ketawa besar. Rupa-rupanya orang yang saya panggil 'pakcik' itu seorang ustaz di sebuah IPT tempatan. Hai,judge a book by its cover betul.
***************
Cerita tadi tak ada kena mengena pun dengan tajuk,mungkin tak sepenuhnya berkait. Tapi suka saya nak bawakan kata-kata 'pakcik' tu di akhir perbualan kami," Awak jangan takut..awak ni takut sangatlah.awak kan belajar. Tak kan nak sekat minda dan pemikiran tu"
lebih kurang begitulah bunyinya.
Masih di dalam tajuk,orang kita sekarang memang sinonim dengan perkataan 'TAKUT'. takut malu,takut kena tangkap,takut kena kutuk,takut perompak dan saya cukup yakin dalam kalangan bapak-bapak budak ni pun masih ada yang TAKUT HANTU. Nah,takut aja kerjanya.
Wah,lalu di mana pergantungan kepada Allah ni?
bab itu saya serahlah kepada iman rakan-rakan sekalian. Mahu takut hantu ke,takut Allah yang jauh lagi besar kuasanya.
tapi yang saya nak bawakan di sini ialah TAKUT GAGAL.

ya.takut gagal. [memang kenalah di musim-musim exam ni.]
ya,siapa yang tak takut gagal?saya akui saya pun takut gagal. 

Para mujahidin Islam dizaman Nabi khususnya dan selepasnya,slogannya cuma satu,Menang atau syahid. Dalam konteks ini,tiada kegagalan sebab dua-duanya bermaksud kemenangan malah syahid adalah kemenangan yang lebih unggul dari kemenangan dan penghidupan. jadi istilah 'gagal' tidak ada di dalam perjuangan mereka. . Sebab itulah mereka ibarat singa liar di dalam medan perang sangat memburu syahid.

nah. dalam perjuangan para syuhada'. menang dan hidup pun menang. syahid dan terkorban pun menang. Tapi mereka masih punya takut gagal,takut bila tentera Islam tewas,kedudukan agama suci ini tergugat. Bukan bermakna tiada kebergantungan kepada Allah. Malah,atas rasa takut gagal inilah,mereka malah kembali kepada Allah. Atas rasa takut gagal dan mengecewakan Islam,tentera Salahudin Al Ayubi dan sebaik-baik tentera,tentera Muhammad Al fateh tak tinggal tahajjud meski dalam waktu berperang. dan sebabkan takut gagal inilah mereka berjuang bersungguh-sungguh. bukan sekadar diam peluk tubuh kerana terlalu yakin.

takut gagal ada yang konstruktif dan destruktif. Yang destruktif adalah ketakutan yang bersifat membinasa,seperti kalian takutkan rugi berniaga terus takut untuk mencuba. Jalan apa yang paling selamat. Ya,mengemis aja. 

Takut gagal yang konstruktif adalah seperti para syuhada' dan mujahidin Islam. Mereka yakin dengan ayat Allah di dalam surah Al-Ra'du,ayat 11:

 
maksudnya:.......Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah nasib mereka sendiri...

JANGAN TERLALU TAKUT GAGAL SEHINGGA MENYERAH SEBELUM MENCUBA. Gagal itu lumrah. adat. kalau tak pernah merasa gagal,di mana rasa nikamat 'berjaya' itu. Ibarat makan hari-hari makan banyak,hari-hari makan sedap,lama-lama pasti bosan. tak rasa nikmatnya. tapi bila dah selalu tahan perut[katakan hujung bulan duit semua sudah kering;dilema pelajar]bila sekali dapat makan sedap alangkah nikmatnya.

Sebelum Sultan Muhammad Al fateh berjaya menakluk Konstantinople,sudah ramai individu-individu hebat cuba menakluknya. Masing-masing mahu menjadi 'sebaik-sebaik raja' yang disebut nabi. Saiyidina Ali pada tahun 34 Hijrah telah mencuba,tapi gagal. Diikuti Muawiyah pada 84 H,juga gagal. Diikuti Sultan Sulaiman Abdul Malik,kemudiannya Khalifah Harun ar rasyid,diikuti bapa Sultan Muhammad sendiri iaitu Sultan Murad tapi tetap jua gagal. Malah Muhammad Al fateh sendiri sudah beberapa kali gagal tapi beliau tak pernah berputus asa malah mencuba sehinggalah Konstantinople berjaya ditundukkan pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 Jamadil awal 857 H.

kenal Thomas Edison?pencipta mentol lampu  tu?Guru beliau pernah berkata bahawa beliau terlalu bodoh untuk belajar apapun,pernah dipecat dua kali atas sebab 'tidak produktif'. dan usahanya mencipta lampu menemui 1000,saya ulangi 1000 kegagalan. Bila ditanya,"bagaimana rasanya untuk gagal sebanyak 1000 kali?"
beliau menjawab ,

"saya tidak gagal 1000 kali. mentol lampu merupakan sebuah ciptaan dengan 1000 langkah."

optimis bukan?
p/s: kegagalan itu ubat. memang pahit mula-mula tapi lama-lama baru nampak kesannya.

Monday, May 17, 2010

Bacalah

11 comments
Pernah dengar kisah tentang otak siapa yang paling mahal dalam dunia?Rasanya dah ramai yang sudah mendengar kisah ini. Tapi tak mengapa,sekadar imbasan.

Seorang lelaki mahu membeli organ,dan semua otak berbeda harganya,ada yang mahal,ada yang murah dan ada satu yang paling mahal. Lalu ditanya otak siapa dan mengapa mahal sungguh harganya.
Jawapnya;otak ini otak orang melayu dan ianya mahal kerana sangat sedikit digunakan.

Nah,berdarah hidung dibuatnya. Orang melayu otaknya paling mahal,sebab jrang guna. Keadaanya sama lah macam jual baju bundle. Baru pakai sekali dua,paling-paling baru tolak 20-30% diskaun. Kalau yang dah pakai beribu-ribu kali dan berjuta-juta lemon tu harga pun sehabis potongan lah kan.

Di dalam Alquran,betapa banyaknya ayat Allah yang diakhiri persoalan,"Apakah kamu tidak berfikir?"
Afala yatafakkarun,afala ta'kilun,afala yatadabbarun dan sebagainya.
Ini adalah satu cabaran dari Al Khaliq supaya kita sentiasa berfikir.Cabar otak dan minda.

AGAK-AGAKNYA KENAPA KURANG BERFIKIR?SEBAB TIADA MODAL NAK DIFIKIRKAN. SEBAB KURANG PENGETAHUAN. SEBAB KURANG MEMBACA.

Daripada 177 buah negara,statistik tahap celik huruf rakyat Malaysia ,negara kita di tangga ke 86(Statistik tahun 2009). Boleh kata separuh. Kalau anda berjiwa 'melayu',anda akan kata,"ala,boleh la tu..separuh tu..atleast bukan last" dan kalau anda berjiwa MELAYU-ISLAM,hati anda akan berkata,dengan dahi yang berkerut,"Ish,ish,,tak boleh jadi ni.." sambil geleng-geleng kepala dan lupa kembali. Insaf 2 saat pun jadi lah,kata hati-hati kita.

Lalu DI mana Arab Saudi?Tangga ke 112.
DI mana Mesir?Tangga ke 132.
Iran? 113.
ISRAEL?Oh,di tangga 56. Celik huruf rupanya orang2 Yahudi laknatullah. Agaknya sebab inilah mereka berjaya ya,kata saya dengan sinis . Sudah gaharu lagi mahu bertanya.

Aneh negara kaya minyak pun ada yang tak tahu membaca,sedangkan Palestin yang anak-anak sebaya As Syahid Faris Audah yang tinggalkan sekolah untuk membaling batu ke kereta-kereta kebal Zionis boleh pula melayakkan mereka di tangga ke 77.

Persoalannya,ADAKAH ISLAM TIDAK MENYERU MEMBACA?ADAKAH ALLAH TIDAK MENYURUH BELAJAR?


Surah Al Alaq diturunkan di negeri manakah?Adakah Israel?Adakah Amerika?Atau Apakah Georgia(yang di ranking pertama?)


Bacalah dengan nama Tuhanmu.

Ayat yang pertama disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW ialah ayat ini.
Apakah ada dorongan yang lebih kuat untuk kita membaca?

Salah satu faktor yang menyebabkan rakyat kita terbelakang dan umat Islam mundur ialah kerana tak banyak membaca. Kes buang bayi,zina dan barah sosial terjadi kerana kurang membaca dan mentadabburi AL Quran. Dan remaja-remaja kita termasuk jugalah yang sedang membebel ni] cubalah kalian bandingkan dengan remaja-remaja luar negara,khususnya di Barat.Pengetahuan am mereka jauh lebih baik dari kita walaupun di usia muda.                                                        
 


Pemuda kitaa tidak merasa lazatnya ilmu yang dibaca dari buku. Tak merasa nikmatnya mengetahui pelbagai perkara dari helaian-helaian kertas pada harga yang murah. Saya tertarik dengan kata-kata seorang tokoh akademik,Erasmus Mundus,
“When I have money,I buy books,when I have any left,I buy books”.
Ulama’ulama terdahulu jangan berani lah dipertikai cinta mereka kepada buku. lihat sahaja Imam Ghazali dan sayangnya kepada kitab-kitabnya ketika hendak disamun di dalam perjalanannya.



Saya tak terkejut bila Malaysia tersenarai dalam TOP 30 pengguna Facebook terbanyak di dunia! Di tangga ke 21.Sedangkan Israel,negara kecintaan mark Zukerberg,sang Yahudi pengasas Facebook berada di tangga ke 28,ya,masih di TOP 30 tapi di belakang kita.

Seperti kata seorang Indonesia di Blognya yang saya baca,ketika negara maju sedang membaca,kita sibuk mengisi status.

Nampaknya rakyat kita lebih sukakan "Wajah buku"[facebook] daripada "isi buku"itu sendiri!
p/s:Lebih suka membeli sendiri dari meminjam. Datuk A. Samad Said pernah berkata,"jika anda meminjam buku di perpustakaan,anda akan terkebelakang lima tahun.".

Tuesday, May 4, 2010

Aminulrasyid: keadilan,bukan kontroversi.

2 comments
Assalamualaikum. Apa Khabar semua?Apa khabar imannya?Baik-baik,salim2 saja harapnya ya. Wah,lama sungguh tak menulis. asal bersemangat ada saja kemuncup yang tajam bersuara mematahkan semangat.haha.tak apa. Saya tak kisah.

Akhir-akhir ini,suratkhabar dah jadi satu yang wajib . Wajah saya adalah wajah pelanggan tetap di kedai pakcik Suratkhabar. kadangkala pakcik akan bertanya tentang pandangan saya mengenai politik semasa. seperti tadi,pakcik bertanya tentang Anwar Ibrahim dan hubungannya dengan israel. 

MasyaAllah,banyak berita yang muncul sekarang ya. Kalau dulu satu dua saja berita hangat,sekrang ni boleh kata setiap muka surat tu tak ada yang tak berbaca lah. tapi inilah bahaya media. Sensationalizing facts and news. Mensensasikan fakta dan berita. Ia dipanggil Agenda-Setting theory. Anda boleh tanya pakcik google klau mahu. 

Aminulrasyid. Nah,saya yakin ramai yang apabila mendengarkan khabar ini akan mengetuk meja,mengepal penumbuk menahan marah dan sebagainya .Panas hati. Yalah,lihat saja headlines  perb-akhbar utama tempatan. Masing-masing buat frontpage. masing-masing berlumba mencari tajuk yang paling sensasi . Ditambah pula kenyataan media itu,kenyataan media ini. Baik. Seorang anak muda yang belum habis PMR pun lagi ditembak mati oleh pegawai polis sedangkan tidak melakukan kesalahan. 

Nah,siapakah yang tak kasihan?Baik.Saya sekarang ingin mengajak kalian untuk melihat dari perspektif berbeza. Pertama sekali,saya ingin anda lihat bagaimana kita tahu tentang kisah ini. Dari media. Akhbar yang anda perlu bayar sekurang-kurangnya Rm1 untuk menyelaknya.(melainkan yang baca free dan tak kisah dijeling abang penjual akhbar). Sebagai media,untuk mensensasikan sesuatu cerita,perlu ada watak jahat dan baik. Dan Di dalam kes ini,kita dibawa untuk melihat polis sebagai watak jahatnya. 

Kita tak berada di tempat kejadian. Kita cuma didedahkan kisah dari sisi keluarga Aminulrasyid.

Bukan saya tak kasihan.MasyaAllah demi Allah,pertama kali saya mendengarnya saya cukup geram. kritik,kutuk katakan saja. Semua saya hampurkan depan suratkhabar di tangan. 

Dan saya bukan pula kata kita tak perlu kasihan pada Arwah. Cuma saya ingin menekankan supaya jangan terlalu meghentam institusi pertahanan negara(polis) ,malah dengan desakan-desakan dan latahan masyarakat yang terdakyah provokasi media sehingga membawa kepada cadangan penubuhan Suruhanjaya diraja. Saya tahu ramai yang tidak aka bersetuju dengan pandangan saya ini. Tetapi cuba fikirkan,seorang remaja meninggal ditembak polis diberi perhatian meluas tetapi berapa ribu polis yang meninggal,cacat,cedera parah dalam operasi demi mempertahankan kita semua,berapa ramai yang diberi perhatian sebegini apatah lagi dipampang di muka depan akhbar? Sarjan Roslan Bachik,seorang polis trafik yang baru-baru ini cedera parah dilanggar ketika membuat operasi sekatan jalan raya. Cuma ada satu kolum kecil menceritakan tentangnya (itupun mungkin kerana ada lawatan dari Musa Hassan yang mungkin ada juga nilai komersial bagi akhbar). 

Ada sesiapa yang peduli?

dan ingin sekali saya ajak kalian untuk berfikir tentang implikasi dari hentam-menghentam institusi polis ini. 

masyarakat menghentam cara kerja polis yang terlalu rigid,waspada dan tegas ini. Selepas kes ini,after all being said and done,saya yakin pihak polis akan mengatur cara kerja baru ,dan mengambil pendekatan berlembut,bertoleransi atau dalam kata lain,lebih 'laissez-faire' dalam tugasnya. Hal ini bermaksud lebih diplomasi dengan sebarang individu yang mencurigakan;baik mereka penjenayah berbahaya dunia atau rakyat biasa apa pun. bayangkan implikasinya. 
hal ini sama situasinya seperti kes guru merotan murid yang terlalu diperbesarkan sehingga akhirnya ditetapkan  dan diperjelaskan (made clear) dalam setiap sekolah guru tidak boleh menyentuh muridnya malah ada yang tidak berani meninggi suara pun pada muridnya. 

Implikasi kedua ialah;dengan gembar gembur media dan masyarakat yang sudah didoktrin oleh konsep 'Just Will prevail' atau Keadilan harus Dibela(Justice upheld) dsb akan menyebabkan kemungkinan penjenayah yang betul-betul bersalah(bukan seperti Aminulrasyid) pula akan digambarkan sebagai tertindas. Kesalahan polis akan cuba dicari di lowong mana pun bagi menampakkan imej 'ditindas dan dianiaya' golongan pesalah. bayangkan.

Pesan saya,bersimpati itu boleh,dan keadilan bagi saya perlu tapi wajar dilakukan secara profesional. Tanpa provokasi dan gembar gembur media. Masyarakat harus bertenang dan jangan sewenang-wenang menghentam tanpa didasari hujah konkrit. Serahkan kepada pihak berkuasa dan bertawakkal. Jangan jadi seperti kes Teo Beng Hock yang mendapat perhatian dan respons hangat umum akhirnya mendapati beliau bukan dibunuh. Dr PornThip ,pakar forensik parti pembangkang pun mendiam.

Apa-apa pun,saya setulusnya mendoakan roh arwah sentiasa dicucuri rahmat,diberikan maghfirah dan keampunan dan dikurniakan ganjaran syurga InsyaAllah. Amin. Al fatihah.

Kepada masyarakat umum,janganlah mudah melatah dan menyalahkan kerajaan mahupun institusi polis bertubi-tubi. Yang berbuat salah mungkin segelintir,maka jalankanlah keadilan secara profesional .Janganlah satu institusi ditampal label 'berdosa' di dahi mereka kerana satu dua yang tersilap.


Related Posts with Thumbnails