Thursday, August 5, 2010

Bayi


Entry ini ditulis dengan perasaan yang cukup hiba.Asalnya ingin ditulis tentang Gaza,tetapi jemariku tak dapat melawan kehendak hati yang memberontak mahu didengari. Ya,entry ini berbau peribadi.

Beberapa hari lalu,sesuatu terjadi. seseorang akhawat mendekatiku dan MashaAllah,tidak pernah sekali dalam umurku aku cemburu kepada seorang kawan melebihi yang ini. Aku cemburu kerana ada rakanku yang memiliki seorang sahabat yang cukup hebat. [Izin laluan untuk air mata ini,sudah tak terbendung,maaf]

Baru sekarang aku menyedari bahawa aku sangat-sangat merindukan seorang sahabat yang prihatin akan imanku dan ke'istiqamah'an ku di dalam jalan da'wah. Aku rindu pada sahabat yang bertanya "sudah solat atau belum" atau,"ayuh jemaah bersama". Aku rindu pada sahabat yang mula risau bila melihat perubahan yang tidak baik pada diriku. Aku rindu pada sahabat yang mampu mengalirkan air mata bila melihatku semakin jauh dari Allah. Aku rindu pada sahabat yang menegurku bila aku berbuat salah pada Allah. Aku rindu pada sahabat yang mengingatkan aku kepada Allah cuma dengan melihat wajahnya.Aku rindu pada sahabat yang sama-sama berkongsi rasa kasih kepada Rasulullah.

Tapi sahabat itu tak kunjung tiba. Atau mungkin aku yang terlepas pandang? Semua yang menarikku kepada Allah seakan-akan kian menjauh. Aku terasa semakin 'kosong.' Sesekala hati ni menjerit di dalam,"Mana da'ie2 yang membawa aku kepada jalan ini??"

Aku rasa seperti seorang bayi yang baru diajar berjalan. Baru pandai bertatih,aku ditinggalkan untuk berlari mengejar mereka. Aku tak mahu tercicir.

Maafkan lah aku. Aku masih bayi. Dan bayi ini terasa sungguh asing sekali di daerah ini.

9 comments:

attiq said...

Subhanallah.


prnah Rasulullah SAW ditanya oleh para sahabat, apakah ciri2 seorang manusia yg blh dijadikan teman baik?

Baginda SAW mnjwb, dia adalah teman yg sama2 membantu kita tika kita mengingati Allah& dia jugalah yg memberi peringatan kpd kita ketika kita alpa dan lalai dlm mengngatNYa.


ichan..
i am sorry. am not a good buddy to u. kita usaha sama2 jd hamba Allah yg baik ye!

uhibbuki fillah.

eh, nnt ko sepak je aku kalu ko nmpk aku galak sgt ng bdk laki.CONTOH.

=D

NORIZAN ZAKARIA said...

ko sepak haku jugak tw.pstu kite men sepak menyepak same2.lol

um.thanks.(T.T)

haku ni xckup kuat.xcm ko.haku prlukan skongan dr blkg klo xhaku leka,mklumla babyface. eh bukan.mksud haku setahun jagung.(T.T)

Abu Haafidh said...

Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh ukhi. InshaaAllah all will turn out good. Just keep aiming high. :)

Truly, Allâh will admit those who believe (in the Oneness of Allâh Islâmic Monotheism) and do righteous good deeds, to Gardens underneath which rivers flow (in Paradise), wherein they will be adorned with bracelets of gold and pearls and their garments therein will be of silk. (AlHajj aya 23)

Serikandi Islam said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Serikandi Islam said...

Abu Hafidh.MashaAllah u're finally using ur kunyah.=) it's a beautiful name ,MashaAllah.

um,thanks for that encourgement.i just starting to feel a lil empty right now,fragile and so,.weak. InshaAllah,i just need to tune back in and find that missing piece to be back like before. make du'a brother,that Allah will guide my way through

Anonymous said...

tapi td intan tak tgk laki tapi kena sepak ngn eichan dah....hehe:)
shbt seperti itu ada..pasti ada..insyaAllah akan dtg pd mu nanti serikandi..:)

Serikandi Islam said...

inshaAllah..amiin.tenkiu intan..haha
lwk,lwk.itu kne sepak sbb laen..itu sbb eichan nk buat kombat no 1 xjadik2..geram2 kne taboh kuat sikit.lol

make du'a for me yeah intan?luv u!=)

Anonymous said...

yup2..always eichan mendoakan yg terbaik untuk dirimu dan diri ku jua..amin2 ya rabbb:)

nafastari said...

Mungkin sudah tiba masanya anda sendirilah yang menjadi sahabat seperti. Kerana anda sudah faham dam telah mempunyai rasa itu. Dan sekarang andalah yang perlu menjadi sahabat kepada orang-orang sekeliling anda bawalah mereka ke jalan itu. Saya tau anda mampu.InshaAllah.

Related Posts with Thumbnails