Sunday, May 22, 2011

1 Jam yang Sia-sia

2 comments
 Scene dalam movie:

Pakcik     : kalau nak memikat anak,kau kena memikat orang tuanya dulu. Bawakla buah tangan sikit kalau melawat tu…durian ke,aku ni hantu durian.
Kamal Adli: Baik Pakcik

Besok. Kamal Adli bawa sebakul durian. Kamal Adli minta izin bawa anak dara pakcik itu keluar.
Pakcik: Kau nak bawa anak aku balik pukul berapa ni?
Kamal : Pukul 5.30 petang ,pakcik.
Pakcik: Awalnya?balikla lambat2 sikit…malam pun takpe
Kamal: Boleh ke pakcik?
Pakcik: Alah,kau dah rasuahkan aku dengan durian banyak ni,mestilah boleh..


BODOH punya bapak.

Inilah sebab aku benci cerita Melayu.
1jam naik bas terasa loser bila terpaksa menghadap cerita tak ada motif tu. Ayat dahlah sikit punya jiwang. Tengok pokok tepi highway lagi berfaedah.

Mereka mereka.

0 comments
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgR3tOexZpp0vGGrcBCoTBdrWcQKxzAMkVA4Ixxd3ZFU-_HunhqaRaDeeHWD9pGyXQ5K2L7RvXQc6Ct1Oei_PzVWemY9YlXP1OrJrD2KiRjQhynehKEf7fyXo5XESPeTmJgpOphn0Lb5tI/s320/DSC09134.JPG
mereka.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1igVO7H-QcQX-ZxxsAmghS4F_KaoUwPpae5aA0YF19UcSXDAgs9YO1nOCV7KSy3j5rhfazwuNcHugq6MeOzUM-Ochea5zeSLs7aNlezsNTetgxJ3-ITItR5IyztyGUzfYWI9nSNEH2X4/s320/SANY0453.JPG
dan adik comel ni.

Two head is better than one. three is better than two. Four is better than three.
Ada sebab saya selalu menumpang solat di blik kalian. Sebab dalam ramai,ada kekuatan. Ada kekuatan bila kau tidur lewat dan daging-daging di badanmu seolah melekat dengan katil dan kadang tak tersedar macam koma. Ada tangan yang menggerakkan mu. Juga ketika bangun qiam dan tengok orang itu selepas salamnya,bangkit untuk solat lagi dan solat lagi lalu hati kau kata,"Ish aku pun kena solat lagi juga." Atau semasa selepas solat melihat orang membaca Quran hati kau rasa tenang kerana kau pun membaca jua dan terasa ada kekuatan yang luarbiasa kerana semua orang melakukannya, Atau ketika kau membuat silap kepada Tuhanmu ada mulut yang menegur.

dan bila kau sedih,ada yang dapat membaca walau kau tak bersuara. Malah mendesak-desak minta dibicara. Atau bila kau sakit ada yang ambil tahu. Baik dan hangat seperti seorang ibu.

tak selalunya kau sempurna seperti malaikat.
jadi bila ada yang menerima jiwa ini yang serba cacat.
Indahnya dunia bukan kepalang.

Saturday, May 21, 2011

Rilekla

2 comments

Tahnya,orang Malaysia suka gelabah. Minyak naik ubahlah cara hidup.Pergi kerja Naiklah basikal.apa susah.

Surat untuk anakku II

0 comments
 Assalamualaikum anakku sayang. Ibu kembali lagi.
Anak apa khabar?Mesti sihat-sihat saja kan. Jangan bimbang,walau mak tak bagi minum susu 1malaysia buatan Korea Selatan pun kau boleh membesar dengan sihat. AlhamdulillahHari n idalam surat ni ibu tak nak berceloteh panjang,cuma ibu nak sampaikan beberapa nasihat pada kau. Ibu kau sungguh high-tech kan bagi nasihat pakai blogger. Yelah zaman kau nanti mesti kaulagi advance pakai email 1malaysia ja kan. Yelah dah buat mahal-mahal sampai 5ojuta takkan tak guna.bazir kan. 

Anakku,ibu nak ajar kamu tentang kejujuran.
Dalam hidup ni.kau akan berdepan dengan banyak ragam manusia. Ada yang yang jujur,ada yang kuat menipu. Ada yang akan selalu kata,"Sumpah aku tak tipu.Kau nak tuduh aku kau sumpah dulu aku tipu." . Atau bila ada orang kau syak curi pemadam kau di sekolah dia akan kata,"Sumpah aku tak curi pemadam kau. " Jangan pula kau pergi kata, "Aku sumpah kau yang curik". Jangan jadi orang yang bodoh nak. Jangan sia-siakan masamu dengan sumpah menyumpah.

Ibu nak anak ibu sentiasa jujur dalam hidup. Jangan biasakan dirimu berdusta apatahlagi bernista. 

Satu lagi nak. Bila berbicara,amalkanlah budaya 'practice what you preach'. ha Kan ibu dah skiping.eh speaking. Dalam Surah As Saff,ayat 2 yang selalu ibu bace dalam solat," Wahai orang-orang yang beriman ,kenapa kamu katakan apa yang tidak kamu kerjakan?"

Nah. Kau jangan jadi seperti ketua kampung kita Pak Najik yang iya2 suruh orang kampung berjimat sedangkan isterinya OMG shopping tak hengat . Tidur pun di hotel juta-juta ringgit di negara Arab. Jiran dia Pak Muhaidin boleh suruh ibu siapkan mental Kau bilang nak,macamana orang kampung nak bersiap mental nak sedang isteri Tok Ketua macam orang sakit mental berbelanja. Mungkin stokinnya pun lagi mahal dr kereta ibu, OMG ! 

Anakku yang ibu cintai,letaklah dunia hanya di tanganmu dan bukan di hati. Anggaplah dunia itu ibarat pasir yang kau genggam,dengan mudah ia menyusup keluar. Sedang akhirat lekat di hatimu.

Baiklah,sekian sahaja sehingga kini. Ibu sedang dalam musim exam. Doakanlah ibu.(eh macamana kau nak doa kau belum lahir) .
Assalamualaikum.

Thursday, May 19, 2011

Apa penanda aras kau dah dewasa?

7 comments

Dulu masa saya kecik-kecik saya dengan adik kami selalu gelakkan orang yang pakai simcard Celcom. sebab masa tu yang pakai maxis adalah remaja2. Celcom lak target market dia orang yang tua-tua. Lepastu kami selalu cakap orang yang pakai Celcom tu golongan cikgu-cikgu yang dah ada anak lima,guru besar,businessman,menteri besar dan orang korporat yang skema. so bila ada ahli family kitorg yang pakai celcom konfem kena ejek skema seolah-olah menjadi skema itu adalah seperti menghidap selesema burung. eh tapi kalau ada orang kena selesema burung kami tak gelak. orang skema je kami gelak.


Then saya selalu set in mind seseorang tu boleh dianggap matang dan dewasa bila dia pergi kedai makan dia order air panas. contoh teh tarik,teh panas. kan dewasa tu?
Dalam kalangan kawan-kawan yang selalu minum air begini adalah Naz. jadi everytime dia order saya akan kata,"Wah,dewasanya kau minum air orang tua." Sebab orang muda suka minum air ais kan?tak pun juice.cam orange juice,lemonade,laicikang.kan.kan.kan.

Dulu saya tak pernah rasa keinginan untuk menjadi 'matang'. Tak pernah nampak beratnya tanggungjawab. tak pernah nampak masa depan. Sekarang sudah.

Tapi orang kadang-kadang tetap nampak kita macam budak2.terutama family. ya,memang perangai kita keanak-anakan tapi orang putih kata itu young at heart. jiwa muda,pemikiran tetap matang.masuk akal x?

Saya dah dewasa lah.kadang-kadang memang perangai keanak-anakan tapi minda saya sudah 22tahun. Saya sudah tak sembang tentang drama Korea bila saya jumpa kawan.Juga tak sembang tentang gosip kahwin cerai artis,apatah lagi Justin Bieber.

Saya faham tanggungjawab dan tahun ini adalah tahun pertanggungjawaban bagi saya. tahun pembelajaran.

Tak semestinya kita tak pandai masak sepuluh lauk atau kemas rumah atau gubah bunga kita belum cukup 'matang' kan?

Dewasa itu memahami tanggungjawab,memahami situasi dan mampu bertindak dengan rasional kan? Walaupun kadangkala saya menjerit kecil bila bateri Handphone habis atau teruja kinja-kinja bila jumpa video Habib tapi itu tak bermakna saya belum dewasa.kan.?

Jadi...mak?Macammana?=)

Thursday, May 5, 2011

Kesibukan itu lazat.

0 comments

Kata-Kata hikmah ada menyebut:
"Jika kamu tidak disibukkan dengan kebaikan maka kamu akan disibukkan dengan kebatilan."


Akhir-akhir ni memang sibuk sekali.Dengan usrahnya,dengan ziarah mad'unya,dengan program-program lain.pengajian kitab dan sebagainya. tapi entah kenapa kesibukan ini rasa lazat. Yummy,tahu. macam jajan.
Bila sibuk begini,handphone pun tak diusik,kadangkala sampai orang marah "Buang dalam parit je Hp ko tu" bak kata Atiq. yak yok,atiq dah marah. "rawr" kata beliau. Tapi paling penting bila sibuk lah,hati rasa tenang dan aman. Aneh?ya.

Seronok bila sibuk dengan kerja-kerja dakwah tahu?Rasa diri ni berguna walaupun kalau nak diikutkan Islam itu tak perlu pun kita bahkan kita yang dahagakan setapak ruang dalam barisan 
perjuangan Islam.Kalau ikutkan kau cuma bocah picisan yang bermain kerikil tepi jalan tapi bila Islam melihatmu dan mengiktirafmu untuk turut serta dalam barisan perjuangan dakwah ilallah kau rasa oh-indahnya-dunia.

Semenjak selalu sibuk saya dapat melihat satu rumusan. Nak jauhkan diri dari maksiat kena sibukkan diri dengan benda-benda agama. Banyakkan duduk dalam persekitaran yang menunjang pada agama. yelah kalau hari-hari duduk dalam kedai karaoke atau Tanjung Golden Village agak susah lah nak ingat Tuhan. Tipu la kalau kau kata kau tengah tengok Transformers dekat wayang kau masih mampu gerak2 tasbih. Atau ingat Allah. selawat??

 Pendek kata aktiviti yang dibuat sehari-harian mesti mengingatkan kita pada Tuhan. Contoh;pergi usrah,atau makan-makan bersama sahabat eratkan ukhuwwah,sambil2 makan boleh tazkirah sorang sikit. nah,biar hidup nampak tak sempat bernafas tapi nafas yang kita ambil sentiasa seiring dengan zikrullah.Ini lah yang selalu saya cari. Kesibukan sehingga tak sempat nak rasa udara segar pun. Tak sempat lihat cuaca indah. Tapi terisi dengan perkara-perkara yang menyenangkan hati. 


Ada satu pepatah Spanish yang maksud nya lebih kurang sama dengan kata-kata hikmah yang saya sebut mula-mula sekali tadi."The busy man is troubled with but one devil; the idle man by a thousand. Orang sibuk tidak banyak diganggu oleh pikiran-pikiran atau niat yang buruk.berbanding orang yang statik menghitung waktu. Orang yang banyak masa terluang akan banyak memikirkan benda-benda yang tak patut difikirkan. Malah saya sendiri berfikir orang yang kerjanya mengumpat sehari suntuk itu adalah kerana hidupnya terlalu lapang dan banyak masa terluang. Mungkin mereka sudah penat beribadah sehingga sudah cukup bekalan ke akhirat dan masa mereka masih banyak tersisa!


Lebah Dipuji,Nyamuk Ditampar.

"It's not so much how busy you are, but why you are busy. The bee is praised. The mosquito is swatted."
-Mary O'Connor.
Ini adalah satu kata-kata yang saya kira sangat menarik.
Ianya bukan tentang sebagaimana sibuk pun kamu,tetapi KENAPA kamu sibuk. Lebah dipuji dan nyamuk ditampar. Kalau nak diikutkan sibuk,semua orang sibuk. Ada sibuk main rasuah.ada yang sibuk tayang video lucah ada yang sibuk merancang agenda jahat ada juga sibuk merancang benda yang bukan-bukan. Ada juga yang buat benda yang baik,membuat kerja dakwah tetapi gerakkerjanya tidak tersusun,kerja sampai dibuat dua kali,masalah datang sebab tiada dokumentasi atau catatan misalnya dan banyak lagi masalah-masalah akibat ketidakcekapan dalam bekerja. 

Jadilah seperti lebah.Sibuknya sibuk yang berkualiti dan produktif. Bukan sibuk membingit seperti nyamuk yang bukan sahaja tak produktif malah menyusahkan orang pula.

Kewajipan dan masa
Pernah dengar kata-kata orang putih selalu sebut,"So Little Time,So Much to do?" 

“Demi masa. Sesungguhnya insan itu berada di dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman, beramal soleh, saling berwasiat dengan kebenaran, dan saling berwasiat dengan kesabaran.”
[QS al-‘Asr, 103;1-3]

Ya.Sebab itu Imam Hassan Al Banna menyebut,"Kewajipan itu lebih besar dari waktu yang ada". Sebab kewajipan setiap Muslim itu ada banyak sekali. Cuma ramai yang buat-buat tak perasan. Atau perasan lapang. Kata Baginda Nabi,"

"Setiap orang daripada kamu adalah penggembala dan setiap seorang dari kamu akan ditanya perihal penggembalaannya. Pemimpin adalah penggembala dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang lelaki adalah penggembala dalam keluarganya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang wanita adalah penggembala dalam rumah suaminya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Buruh adalah penggembala dalam harta majikannya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Jadi setiap seorang dari engkau semua itu adalah penggembala dan tentu akan ditanya perihal penggembalaannya. "
Hadis Muttafaq'alaih

Apa-apa pun,kesibukan itu sebenarnya lazat. Indah. Terutama bila sibuk itu sebenarnya uzlah kita dari seala macam dugaan iman yang selama ini memesongkan kita. Bukan sibuk yang semakin menjarakkan dari butiran tasbih dan alunan zikir. Bukan sibuk yang memaksa kau menggadaikan imanmu dan bertoleransi dengan syara'.

Ayuh umat Islam,bersibuklah dalam memikirkan masalah ummah. Dunia sudah cukup parah dan bejat untuk dibiarkan tanpa ada sebarang tindakan. Sudah cukuplah manusia yang berpeluk tubuh dan berpangku tangan.

Ayuh sahabat bersibuklah mencari kelengkapan dan bekalan buat dirimu. Hati mu sudah cukup tercemar dengan noda dunia yang parah dan bejat. Sudah cukuplah kealpaanmu sekian waktu engkau hidup.

Ayuh pejuang bersibuklah menjalankan kerja agama. Hidupmu telah cukup selesa tanpa seinci anggota terluka di jalanNya. Sudah cukuplah baring-baring dan rehatmu serta anganmu yang tak berkesudahan.

Sibuk 'ini' lazat,sebab ia menjauhkan ku dari segala macam ancaman iman yang selama ini sukar aku hindari. Semoga aku terus di'sibukkan' dengan cara begini.

Related Posts with Thumbnails