Saturday, May 21, 2011

Surat untuk anakku II


 Assalamualaikum anakku sayang. Ibu kembali lagi.
Anak apa khabar?Mesti sihat-sihat saja kan. Jangan bimbang,walau mak tak bagi minum susu 1malaysia buatan Korea Selatan pun kau boleh membesar dengan sihat. AlhamdulillahHari n idalam surat ni ibu tak nak berceloteh panjang,cuma ibu nak sampaikan beberapa nasihat pada kau. Ibu kau sungguh high-tech kan bagi nasihat pakai blogger. Yelah zaman kau nanti mesti kaulagi advance pakai email 1malaysia ja kan. Yelah dah buat mahal-mahal sampai 5ojuta takkan tak guna.bazir kan. 

Anakku,ibu nak ajar kamu tentang kejujuran.
Dalam hidup ni.kau akan berdepan dengan banyak ragam manusia. Ada yang yang jujur,ada yang kuat menipu. Ada yang akan selalu kata,"Sumpah aku tak tipu.Kau nak tuduh aku kau sumpah dulu aku tipu." . Atau bila ada orang kau syak curi pemadam kau di sekolah dia akan kata,"Sumpah aku tak curi pemadam kau. " Jangan pula kau pergi kata, "Aku sumpah kau yang curik". Jangan jadi orang yang bodoh nak. Jangan sia-siakan masamu dengan sumpah menyumpah.

Ibu nak anak ibu sentiasa jujur dalam hidup. Jangan biasakan dirimu berdusta apatahlagi bernista. 

Satu lagi nak. Bila berbicara,amalkanlah budaya 'practice what you preach'. ha Kan ibu dah skiping.eh speaking. Dalam Surah As Saff,ayat 2 yang selalu ibu bace dalam solat," Wahai orang-orang yang beriman ,kenapa kamu katakan apa yang tidak kamu kerjakan?"

Nah. Kau jangan jadi seperti ketua kampung kita Pak Najik yang iya2 suruh orang kampung berjimat sedangkan isterinya OMG shopping tak hengat . Tidur pun di hotel juta-juta ringgit di negara Arab. Jiran dia Pak Muhaidin boleh suruh ibu siapkan mental Kau bilang nak,macamana orang kampung nak bersiap mental nak sedang isteri Tok Ketua macam orang sakit mental berbelanja. Mungkin stokinnya pun lagi mahal dr kereta ibu, OMG ! 

Anakku yang ibu cintai,letaklah dunia hanya di tanganmu dan bukan di hati. Anggaplah dunia itu ibarat pasir yang kau genggam,dengan mudah ia menyusup keluar. Sedang akhirat lekat di hatimu.

Baiklah,sekian sahaja sehingga kini. Ibu sedang dalam musim exam. Doakanlah ibu.(eh macamana kau nak doa kau belum lahir) .
Assalamualaikum.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails