Dulu masa saya kecik-kecik saya dengan adik kami selalu gelakkan orang yang pakai simcard Celcom. sebab masa tu yang pakai maxis adalah remaja2. Celcom lak target market dia orang yang tua-tua. Lepastu kami selalu cakap orang yang pakai Celcom tu golongan cikgu-cikgu yang dah ada anak lima,guru besar,businessman,menteri besar dan orang korporat yang skema. so bila ada ahli family kitorg yang pakai celcom konfem kena ejek skema seolah-olah menjadi skema itu adalah seperti menghidap selesema burung. eh tapi kalau ada orang kena selesema burung kami tak gelak. orang skema je kami gelak.
Then saya selalu set in mind seseorang tu boleh dianggap matang dan dewasa bila dia pergi kedai makan dia order air panas. contoh teh tarik,teh panas. kan dewasa tu?
Dalam kalangan kawan-kawan yang selalu minum air begini adalah Naz. jadi everytime dia order saya akan kata,"Wah,dewasanya kau minum air orang tua." Sebab orang muda suka minum air ais kan?tak pun juice.cam orange juice,lemonade,laicikang.kan.kan.kan.
Dulu saya tak pernah rasa keinginan untuk menjadi 'matang'. Tak pernah nampak beratnya tanggungjawab. tak pernah nampak masa depan. Sekarang sudah.
Tapi orang kadang-kadang tetap nampak kita macam budak2.terutama family. ya,memang perangai kita keanak-anakan tapi orang putih kata itu young at heart. jiwa muda,pemikiran tetap matang.masuk akal x?
Saya dah dewasa lah.kadang-kadang memang perangai keanak-anakan tapi minda saya sudah 22tahun. Saya sudah tak sembang tentang drama Korea bila saya jumpa kawan.Juga tak sembang tentang gosip kahwin cerai artis,apatah lagi Justin Bieber.
Saya faham tanggungjawab dan tahun ini adalah tahun pertanggungjawaban bagi saya. tahun pembelajaran.
Tak semestinya kita tak pandai masak sepuluh lauk atau kemas rumah atau gubah bunga kita belum cukup 'matang' kan?
Dewasa itu memahami tanggungjawab,memahami situasi dan mampu bertindak dengan rasional kan? Walaupun kadangkala saya menjerit kecil bila bateri Handphone habis atau teruja kinja-kinja bila jumpa video Habib tapi itu tak bermakna saya belum dewasa.kan.?
Jadi...mak?Macammana?=)
7 comments:
mak cik(mak k.iechan)...
bagilah anak mak cik ni kawen...heee..
haha,aimiiii.
no komen.=)
ye...saya mengakui,,,ican mmg sgt matang...=) huh...
pesanan buat MAK ican...mak cik...anak mak cik ni mmg dah cukup matang utk beRUMAH TANGGA...bg la dia peluang mak cik...sy yakin dia blh mengemudi bahtera yg bakal dibina...
oiiiiiiiiiiiiiiii.jgn la ckp cmtu..huk2.post ni bkn psl kawin laaaaaa
Oh mama aku mahu kahwen..
Kahwen dgn siapa??
tanyalah sama hati.. hahaha
..........
besar da kamu ni.. sah2.
mak kita sentiasa ingat kita ni kecik lagi...walaupun dah besar panjang sebab dia sayangkan kita macam kecik2 dulu...ingat tak doa yang kita baca kenapa dia bunyi macam ni "kasihanilah dia sebagaimana aku masih kecil..."kenapa tak guna waktu "aku dah besar ke...tua ke...mesti ada hikmah yang tersembunyi...
"mak bagila sy kawin cepat supaya ia jadi wasilah tuk saya jadi lebih matang n kenal kehidupan dunia sebenar...kita tak kan dapat rasa pahitnya/manisnya sesuatu melainkan kita merasainya sendiri..."
pembeatulan : "kasihanilah dia sebagaimana dia mengasihani daku ketika keci...
Post a Comment