mereka.
dan adik comel ni.
Two head is better than one. three is better than two. Four is better than three.
Ada sebab saya selalu menumpang solat di blik kalian. Sebab dalam ramai,ada kekuatan. Ada kekuatan bila kau tidur lewat dan daging-daging di badanmu seolah melekat dengan katil dan kadang tak tersedar macam koma. Ada tangan yang menggerakkan mu. Juga ketika bangun qiam dan tengok orang itu selepas salamnya,bangkit untuk solat lagi dan solat lagi lalu hati kau kata,"Ish aku pun kena solat lagi juga." Atau semasa selepas solat melihat orang membaca Quran hati kau rasa tenang kerana kau pun membaca jua dan terasa ada kekuatan yang luarbiasa kerana semua orang melakukannya, Atau ketika kau membuat silap kepada Tuhanmu ada mulut yang menegur.
dan bila kau sedih,ada yang dapat membaca walau kau tak bersuara. Malah mendesak-desak minta dibicara. Atau bila kau sakit ada yang ambil tahu. Baik dan hangat seperti seorang ibu.
tak selalunya kau sempurna seperti malaikat.
jadi bila ada yang menerima jiwa ini yang serba cacat.
Indahnya dunia bukan kepalang.
0 comments:
Post a Comment