Thursday, September 8, 2011

Be yourself bro.


"Kau ni,nak pergi The Curve macam ni?" dia angkat kening. Aku senyum saja. faham dah.
 Turun saja kereta dia pandang aku atas bawah. "Macam orang kampung."

Aku lekas-lekas tengok tingkap kereta. Tengok diri sendiri atas bawah. baju kurung,tudung labuh. Orang kampung  eh? Aku tengok kiri kanan. ada la dua tiga kerat orang di tempat parking. Perempuannya pakai cantik-cantik. hek eleh. nak beli barang aja kan. Tak perlu kot mekap mekap. 

Itu kepala otak aku la punya welstanchuung.

...........

"McD nak?"
alamak. soalan yang paling aku tak suka. malas nak cakap boikot,nanti ada aja sindiran menyusul.

"aaaa..orang teringin la nak makan nasi.lapar nasi."
"Nasi? ada ke nasi kat sini?Fast food r..macam orang kampong je"
"kat sini tak ada jual nasi ke?" Okay soalan ini memang macam orang kampung top-top punya. macam tak penah masuk KL.
"Ayam penyet ada. Jom."

...............


"Kau nak makan pakai tangan ke?"
"yela."
"kau..." dia buat muka tu lagi. Ah bengkak. Tak habis-habis KL kau.
"Kau ni ni,dah bagi nasi makan la pakai tangan. Dia pun tak sedia sudu. Kalau dia bagi sudu tu lainlah. Cuba kau tengok orang lain,lek je makan pakai tangan. Yang kau nak g kalut-kalut mintak sudu buat apa?"Aku balas.
dia tengok kiri-kanan. 
"Kita ni nak makan untuk diri sendiri,bukan untuk orang lain. Kau dahlah bayar dia lepas tu kau nak ikut dia pulak. Kita makan ikut puas kita la. makan nasi dengan ayam,rilek jelah. Kita makan nak puas hati kita bukan hati orang." aku membebel. Dua benda kau tak boleh buat dalam dunia ni,tinggal solat dan bagi aku cakap tentang prinsip. Memang la sampai malam.

Dia diam.
Dekat-dekat habis makan..."Pak!!" Dia letak sudu dia ratah ayam pakai tangan. “Susah r..”
Aku gelakkan dia puas-puas.

................

Masuk kereta giliran aku pula sindir dia.



Hidup ni kalau nak ikut redha orang memang susah bro. kalau ketam sibuk nak ikutkan jalannya buaya atau kucing,memang dah lama bunuh diri sebab sampai mati ketam tak boleh jalan tegak.
Kalau dah Melayu Melayu la. Apa erti pulak lah nak bersudu-garpu bermoden-moden tak bertempat?

Dan apa salahnya menghidupkan sunnah?Menegakkan syariat? Takkan pergi surau pakai jubah kau nak pergi The Curve pakai miniskirt? Whatthefish?

Sunnah tetap sunnah,syariat tetap syariat. Islam tu relevan di bandar atau di desa.Betullah kata hadis Islam di akhir zaman akan jadi gharib sekali. pakai tudung labuh orang pandang macam tak pakai baju. Tapi kata hadis itu juga,Beruntunglah orang yang dagang(Ghuraba'). Tidakkah kita mahu jadi orang yang beruntung?

Hidup untuk diri sendiri,bukan orang lain dude. Dan kalau kau cintakan diri sendiri pasti kau akan fikir banyak kali tentang akhirat. 

1 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah.

Related Posts with Thumbnails