Sekarang ni pusing kiri kanan hampir semua orang sembang tentang kahwin.ada yang baru check in IPT pun dah sembang Baitul Muslim. Baguslah bukan tak bagus.
Sedar tak sedar semuanya dah nak nikah. Topik-topik perbualan bukan lagi tentang drama Tv Melayu-anak-derhaka-balik-balik-mak-dah-mati,atau sinetron yang tak habis-habis tayangannya atau kisah-kisah anak remaja putus-rujuk-merajuk-curang(u kata u keluar pergi dinner~) dengan kekasih.
Sembang orang matang dah sampai ke meja saya.
Sembang orang yang lebih rasional. Lebih realistik. dan lebih terkedepan.
Lebih wajar dari di usia ini masih nak bimbang berendam air mata peduli tentang kekasih tak setia dan sebagainya.
Apa salahnya menikah awal kalau sudah ada calonnya?
Couple oh Couple.
Saya tak mahu jadi salah seorang lagi dari jutaaaaaaaaaaaan yang membincangkan tentang haram halal couple ni. Bukan tak mahu turut serta angkatan dakwah tapi rasanya kalau ditanyakan tentang hukum hampir semua sudah tahu.
Nikah oh nikah
Jadi nak cakap tentang nikah pun,nak menyuruh orang nikah awal sekadar mengusulkan lah saya mampu. Nak cakap lebih-lebih i pun tak ada orang nak sarung cincin lagi. Kenduri pun belum nampak bayang lagi. Bunyi kompang masih jauh. Bak kata Ustaz Nazmi,"enti nak selesaikan urusan orang,urusan enti pun belum selesai lagi."
fuh.
Tanggungjawab oh Tanggungjawab
Di tengah-tengah trend anak muda nikah awal ni,saya ingin sekali tekankan pentingnya bersedia bukan hanya dari segi kewangan atau emosi,tapi juga ILMU. siapa kata nikah tak guna ilmu?Nikah bukan sekadar nak pakai baju cantik duduk atas kerusi kasi semua tengok dan lepastu boleh pegang-pegang,dan halal itu ini. Tidak. perkahwinan itu sesuatu yang besar. Separuh dari agama. Perkahwinan itu boleh jadi tiket ke syurga dan boleh jadi tiket ke neraka. jadi bahayalah orang yang menujunya tanpa ilmu seperti orang yang menaiki kapal dan berlayar tanpa kompas.
0 comments:
Post a Comment