Semalam saya melihat keletah anak saudara cilik saya,baru lewat usia 3 tahun tahun tapi sudah petah bercakap. sepanjang malam dia bersembang tentang artis-artis Akademi Fantasia. Melopong saya melihat satu-persatu nama peserta disebut malah siap dinyatakan peserta musim ke sekian dan sekian . Malah,pada siang harinya dia merengek di hadapan nn,ivkedai-kedai mintanjnljh.bg6ee dibelikan sebuah mainan semata-mata kerana meniru lagak AC mizal di TV. Malah,pernah satu hari si comel ini saya lihat mengheret beg berodanya ke hulu ke hilir ,bila ditanya,dia menjawab," saya peserta tersingkir lah!.(AF)"
Sememangnya situasi ni mengundang rasa geli hati,saya pun malah ketawa melihat keletahnya. Tapi dalam lucu dan geli hati,timbul kebimbangan. sempat saya ceritakan perkara ini kepada seorang rakan dan luahkan kebimbangan berhubung perkara ini.. Baru tersedar betapa kuat impak media khususnya television pada kanak-kanak. sedangkan generasi kini terus menerus disuapkan dengan hiburan berterusan yang melampau. Pagi petang siang dan malam.
Mana saya tak bimbang,hampir setiap kata-kata yang keluar dari mulut anak-anak masa kini adalah imitasi dari artis-artis yang dilihat di Tv. dan kalau apa yang ditirunya baik ,tak mengapa tapi ianya adalah sebaliknya. saya ambil contoh,anak saudara saya yang berumur 3 tahun ini,sudah pandai berkata dengan kata-kata yang kasar meskipun kepada ibunya,kerana meniru kata-kata Awan dania yang sedikit tomboy (saya sendiri tak pernah menonton cerita ini,cuma diberitahu ibunya). banyak lagi tagline-tagline atau kata-kata 'trademark' yang kasar bunyinya dari watak-watak drama dan sebagainya. Dalam kelucuan melihat kecekapan skil imitasinya,saya tersangat bimbang.
Pengaruh televisyen begitu kuat. Inilah SENJATA musuh terhadap Islam yang paling sukar dielak. Unsur-unsur mazmumah dari segala segi,akhlak khususnya,meresap ke otak anak-anak langsung ke pembuluh darah menjadi sebati dengan darah daging anak-anak. natijahnya,sudah terbiasa dengan kata-kata kasar,melawan ibu bapa seperti yang dilihat di kartun-kartun dan cerita jenaka,dan sebagainya. Di mana cerminan akhlak islamiyyah yang murni?
Saya fikir,bagaimana kita mahu capai matlamat membina masyarakat Muslim jika tingkat peribadi muslim pun sukar direalisasikan? Bagaimana mahu kita lahirkan generasi yang berjiwa pejuang sedangkan hampir separuh masa mereka di'tarbiyah' dan dididik oleh televisyen,dan bukannya guru atau ibubapa?
Di sini,peranan ibubapa adalah crucial. Kawal rancangan televisyen. Seorang teman saya,ketika saya adukan perkara ini berkata,seorang ustaz di Institut kami,seorang yang sangat saya segani,mendidik anaknya dengan cara yang bagi saya amat mengkagumkan. Tiada Tv. Beliau tidak mahu membiasakan anaknya dengan pengaruh-pengaruh hiburan yang melampau dari tv.
Eksperimen Albert Bandura(1977) dalam mengemukakan teori pembelajaran sosialnya sudah membenarkan hakikat kanak-kanak belajar dari pemerhatian dan peniruan iaitu antara empat peringkat pembelajaran tingkahlaku iaitu attention,retention,reproduction(di sinilah berlakunya imitasi) dan juga motivation di mana kanak-kanak termotivasi untuk terus mengimitasi. Nah. ini baru bab hiburan. tentang kesan buruk terhadap akhlak. belum masuk lagi akidah. Baru tadi saya menukar siaran Tv apabila ahli keluarga saya lihat sedang menonton cerita Indonesia yang mneceritakan tentang peri dan dewi dan sebagainya. malah drama bawang Putih dan Bawang Merah dari Indonesia yang satu masa dahulu menjadi quite a phenomena saya lihat tak lebih dari satu anasir yang bakal mengelirukan dan menjejaskan pemahaman akidah kanak-kanak. Mana tidaknya,wataknya dilihat bersembahyang malah menyebut nama Allah,kemudian meminta tolong pula pada si peri. Siapakah peri ini di dalam Al -Quran? Ini akan menjejaskan tauhid kanak-kanak.malah ada juga bahagian(saya dengar) watak permpuan yang rajin solat ini berzina lalu melahirkan anak luar nikah. MasyaAllah.
Membesarkan anak pada masa kini kian sukar. Ibubapa terpaksa 'berebut' hak mendidik anak dengan media. Guru juga akan mengalami kesukaran membentuk generasi akan datang yang telah sedia terbentuk oleh 'astro Ria' dan sebagainya.
sebagai konklusi,saya suka untuk hamparkan sebaris konklusi dari Wang Da-wei,dari Media management school,Communication university of China,Beijing dalam kajiannya yang bertajuk "A study on media culture's negative influence on children"
The point is to learn how to use media correctly to improve the positive effects and limit the negative influence on our children. We should make best use of this
cultural tool to educate our children and simultaneously protect them from the bad influence.
p/s: runsing memikirkan cabaran menjalankan misi saya di sekolah nanti. bagaimana mahu membentuk pejuang Islam dengan generasi 'bentukan ' media ?
6 comments:
Bermulakan dengan membuang TV ke tong sampah kat luar. Tapi kalau tong sampah tu kecik sangat, susah juga. Pandai-pandai la unscrew TV tu. Hehe.
Sekarang ni memang susah saya nak buang TV. Satu family dah ketagih dengan siri-siri indonesia. Dah bagi tau negatif effect tapi tak ke mana pun TV tu.
Besides that, mashaAllah, its good that you realize the issue about the "stranger" in each of our homes.
Wassalaam.
kita boleh gunakan strategi "manipulate enemy's weapons"
bagaimana?
aku selalu menonton movie. ya. itu hobi aku dan mungkin semua ahli keluargaku. channel hbo and starmovies memang favourite kami sekeluarga.
biasanya usai menonton satu2 filem, mesti setiap daripada kami ada komen tersendiri. well dlm bentuk santai of course. huhu. sambil2 sembang.
masa ni lah aku gunakan as a chance untuk masukkan elemen2 "behind the scene". ajak diorang fikir apa cerita di sebalik cerita? kenapa orang barat suka tayangkan cerita macam ni? apa bentuk serangan pemikiran dalam sesebuah cerita yang diorang bikin?
dan masa ni lah kita dapat dengar apa sebenarnya pandangan ahli keluarga kita tentang sesuatu. ada yang main terima je, ada yang tak fikir pon, ada yang enjoy the movie. hah. dan kita pun masuk jarum la. cerita tentang startegi orng barat, bahaya kalau kita terima sesuatu tanpa fikir, budaya hedonistik n so on.
and mujur family aku bukan penonton those rancangan sampah macam af, sehati berdansa, or apentahlagik. agak terselamat di situ.
Sir Adib..haha..tergelak sy bace komen kamu..haha..ya,betul. mmg sush..kalau anak2 tu saya boleh faham lagi.tapi jujur cakap,sampai ke orang tua pun minat sungguh dgn cerita yang jelas2 xlogik dan menyimpang dari mengingati Allah. um,mmg once kita dah dibiasakan dengan tv memang susah nak jauhkan. macam tulah keluarga saya. Tapi Alhamdulillah,keterbiasaan duduk di asrama sudah membuat saya senang menjauhkan tv malah sekrang ada kalanya benci
yeah Muna. selalunya bukan nak mengkritik saja tapi kalau dilihat cerita barat ada juga moralnya atau mesej yang ingin disampaikan,dan paling penting,most western movies tend to invite you to think,bukan sekadar cerita ringan untuk gelak ketawa. Tapi cerita malaysia seperti realiti tv (ini termasuklah juga American idol,The next top model,bla,bla) selalu melalaikan.
seperti kata Wang da -wei yang saya quote tu la,make best use of tv dan pada masa serentak lindung dari pengaruh tak elok. Bukan tak boleh tengok tv. cerita Halaqah,al kuliyyah,jejak rasul..on saja tv itu.
oh,ya..muna,sy pun tgk movie juga kdg2 ..kite srupe..xslah rasanya jika xmemudaratkan akidah dan akhlak=)
salam.
entry yg baik. saya pun dah lama nak tulis tentang tv ni. baguslah enti dah tulis.
cuma ana tak nampak solution di penghujung kritikan ni.
jd ana bg solution yg ana dah ana fikirkan sebelum ni:
ni yg ana dh buat:
1-masa family tgk tv tu, kita perlu ada sekali sambil menjadi 'pengulas' yg brainwash balik pemikiran mrk.
2-tukar siaran lain.
yg blm ana bt tp terfikir nk buat:
hantar email pada penerbit rancangan tersebut. Cth, ana geram dgn rancangan bang, bang boom. ana nak ambil email penerbit dihujung rancangan n email pada dia tanda protes ana pada rancangan tersebut. nampak macam kecik.tp semua org blh fikir mcm ana mesti byk dia dpt email protes dari ramai org. msti dia berubah.
2-hantar email or surat pada erma fatimah tanda sokong movie yg dia terbitkan.sbb dia sorng yg ana nmpk slalu terbitkan movie yg ada manfaat walaupun takda comercial value.
sekian adanya. maaf salah silap.
Terima kasih akh ehsan..bagus.nanti sy akan ambil solusi anda dan tambahkan dengan beberapa solusi saya yang lain..er.tapi saya ada letakkan solusi yang saya ambil dari Da Wei,yang berbahasa inggeris scr umum. tapi trime kasih ya..really,really apreciate it.nice thinking. dan,oh ya.saya punxsuke bang bang boom tuh.=)
Post a Comment