Tuesday, October 12, 2010

Hina

4 comments
Janganlah pandang orang sebelah mata,
belum tentu kau sahaja yang masuk syurga
belum tentu dia yang masuk neraka
siapakah tahu dia yang lebih mulia

Janganlah pandang orang  sebelah mata
walaupun kau di maqam ulama'
siapakan tahu orang yang kau aggap hina
lebih dipandang Allah hatinya.

jangan pandang orang sebelah mata
hanya kerana ia pelaku dosa
belum tentu khatimahnya
siapa punya iman dan siapa yang tak punya

jangan pandang orang sebelah mata
hanya kerna ilmu kau seluas dunia
siapa tahu anugerah Allah kepadanya
lebih tahu tapi tidak menunjukkannya.

jangan terlalu sombong dengan jubah labuhmu
dan serban putihmu
dan tasbih di jarimu
siapakan tahu hati yang sedang merintih meminta ampun
akan dosanya yang menggunung
merayu tuhan Agung.
Tidaklah Nabi diuji dengan Ibnu Ummi Maktum      [Surah Abasa:1-2]
sehingga ditegur dalam Al Quran
melainkan untuk memberikan kau pengajaran
kerna sesungguhnya Nabi itu mulia dari dosa

pandanglah orang yang datang kepadamu
meminta secebis dari ilmumu

janganlah mencebik pada orang yang kau pandang hina
kerana boleh jadi orang yang hina hari ini akan lebih mulia suatu masa [Surah Al Hujurat;11]
maka takdir ketentuan ALlah siapakan tahu

tak semua yang hina itu mati hatinya
ada yang sakit tapi sedang minta diobati tabibnya.(hadis Qudsi: "..Aku adalah tabib bagi seluruh hamba-Ku"

Sunday, October 10, 2010

Berbahasa.

0 comments
 "Kepada yang Islam,sila ke sini sekarang kita solat berjemaah,kepada yang BELUM ISLAM sila ke slot moral bersama Tuan Sami." lantang suara Ustaz Rahim di corong hailer.
arahan tersebut diulang berkali-kali.

saya terkesima sesaat. ada satu perasaan yang aneh menyelinap di hati. eh,indahnya kata-kata ustaz. belum pernah saya mendengarkan panggilan 'belum islam' digelarkan kepada non-muslim yang biasanya kita sebut sebagai 'bukan-islam'. Eh,indahnya! saya terdiam. saya cuba membayangkan perasaan sahabat-sahabat 'belum islam' yang mendengar. apakah perasaan mereka?saya tahu,saya yakin ada yang 'terasa' sesuatu. sedang saya sendiri jadi 'semacam'. mungkin mereka akan merasa 'ada apa dengan islam sampai aku digelar 'belum Islam'?seolahnya mereka kerugian sesuatu. ya,itu yang saya rasakan dan yakin mereka juga merasakan yang sama.
anda juga kalau anda berada di tempat kejadian.

Sebelum ini,saya tidak pernah menyangka besarnya pengaruh bahasa dalam penyampaian sesuatu mesej. maksud saya,sudah tentu bahasa digunakan sebagai alat komunikatif dan penyampaian maklumat tetapi saya tidak pernah melihat signifikan di sebalik 'pemilihan gaya bahasa 'tertentu dalam memberikan impak yang berbeda kepada audiensnya.

[ei.gelinya bila saya cakap dengan serius. saya tak suka bila saya serius. nampak aneh. dan macam orang tua yang membosankan.tapi saya dah dewasa jadi wajar serius-serius.oke,continue]

Dulu saya selalu rasa orang yang bercakap dengan bahasa yang indah dan tersusun serta 'bijaksana' ini adalah orang yang tua dan membosankan. 

Tapi kini,mungkin sebab saya kian matang dan sikit hari lagi sudah layak mengundi ,ahem,ahem. dah boleh pilih kerajaan yang saya mahu walau cuma satu undi. InsyaAllah boleh meng'hijau'kan lagi bumi tuhan ini.[wink]

apa-apa pun,sedar atau tidak ,penggunaan bahasa yang sesuai penting dalam dakwah islamiah. saya tahu saya bukanlah orang yang cukup layak berbicara perihal dakwah tapi sebagai seorang mad'u dakwah sebelum ini saya dapat menyimpulkan betapa besar peranan bahasa yang indah dalam dakwah.

seorang da'ie perlu juga pandai bersastera. ayat yang indah dan cantik boleh menarik perhatian siapa saja. saya boleh berjalan menatap buku sampai nyaris terjatuh ditangga kerana tak lepas dan asyik menatap tulisan Aidh Al Qarni . saya sampai menitis air mata dengan gaya bahasanya yang meruntun hati. bacalah,Pesanan Orang Berdosa terbitan Al Hidayah.

beliau kerap menggunakan syair-syair Arab untuk menyampaikan mesejnya,
antaranya,
" Jika ucapan orang dengki membuatmu bahagia,
Jika engkau reda maka luka tak akan terasa"
-Al Mutanabbi

syair ini sangat mengesankan saya sehingga saya pegang bait-bait ini sebagai pegangan. Maksudnya hati orang yang teguh imannya dan hanya mahu kan keredhaan Allah sudah tidak peduli tindakan manusia lain kepadanya. Jika kita memandang perkara itu seperti tiada apa-apa,ditusuk,ditikam pun kita akan tersenyum.Dan apa saja yang berlaku di dunia,kalau kita redha,nescaya apa pun tak terasa. Inilah panduan bagi yang selalu berdiri tepi jambatan mengira-ngira untuk satu hari terjun akibat stress. Belajarlah untuk redha.
Sekrang saya malahan makin memandang orang yang tinggi keelokan bahasanya. Saya teringat pertama kali berjumpa Dr Siddqi Fadzil dalam satu seminar AL Quran baru-baru ini. dia membawakan satu madah yag cukup indah dalam membicarakan tentang kedudukan seseorang pemimpin dan rakyatnya.

                    Yang didahulukan selangkah
                    yang ditinggikan seranting
                    yang dilebihkan serambut

          murabbi saya,kalau saya layak menjadi mutarabbinya, juga antara contoh manusia yang boleh berbicara dengan cukup indah. spontan tapi ayat-ayatnya tersusun bak membaca petikan teks sastera yang telah dikarang.maka ayat-ayat sebegitu lah yang benar-benar menyapa qalbu manusia-manusia yang bertamu di majlis kuliahnya. sedang saya tenggelam dalam tangisan sendiri,saya seakan-akan mendengar sedu-sedan keinsafan sahabat-sahabt yag lain. sampai tamatnya kuliah,berpaling ke belakang,semua orang mukanya merah saga[bukan merahmu bara semangat waja]. 

itu kesan pertuturan yang tersusun bahasanya,pemilihan kata yang sesuai,dan nada yang baik,dan HATI YANG IKHLAS.kata-kata yang elok dan ikhlas menyentuh hati,bukan telinga.

Bagi saya,orang yang diberi hikmah akan bercakap dengan kata-kata yang paling indah. ringkas,tapi cukup indah dan padat. Dan siapalah yang paling diberi hikmah dalam hal ini melainkan baginda Nabi yang ternyata bukan insan biasa seperti kita. Jawami'ul kalim..itulah sifat kata-kata yang terbit dari bibir Rasulullah.Pendek,ringkas tapi penuh padat dengan mesej yang ingin disampaikan.

Para ulama' bercakap dengan bahasa-bahasa yang indah. Imam Ghazali,kerap menggunakan madah-madah yang menarik dalam tulisannya. ANtara yang paling saya ingat ialah semasa menceritakan bab ilmu yang tidak diamalkan dalam Ayyuhal Walad,beliau memetik syair Parsi,
"Seandainya engkau menimbang dua ribu kati arak,maka engkau tidak akan mabuk sehingga bila engkau meminumnya."
 mahu saja saya coretkan semua kata-katanya yang saya kira indah,bukan petikan syair bahkan kata-katanya sendiri tapi terlalu banyak. nasihatnya menusuk ke hati,menjentik batang hidung tapi pada masa yang sama cukup lunak didengar. lazat diambil. 'terasa' di hati tapi tak 'terasa hati'.

Indahnya kata-kata orang yang berbahasa. Lebih indah lagi bahasa orang yang Ikhlas!

Thursday, September 16, 2010

Cepatnya masa berlalu,semua sudah dewasa:edisi review reunion raya 2010

4 comments




wah. canggihnya tajuk. Macam tajuk novel Alaf 21 gamaknya.
Saya sudah janji sama kawan-kawan mahu buat entry review reunion raya semalam,jadi here goes.

Raya dtg lagi!(dengan nada Tora datang lagi). Walaupun xsmeriah tahun-tahun sebelumnya tapi adanya aktiviti ziarah sekurang-kurangnya terasa lah juga raya.(sebab hari hari biasa tak ziarah dengan alasan masing-masing cuti tak sama padahal kalau cuti pun segan+malas nak datang ziarah) Alhamdulillah,reunion raya pada raya keenam tahun ini menjadi lagi.

Bila berjumpa mulalah kedengaran dialog-dialog biasa,"eh,adik kau dah besar lah, tak cam dah"..atau "ei,dah lain la kau.." atau "waah,dah kerja dah kau ya?" dan ada juga dialog ,"bila langsung?". Tak remaja langsung soalan itu.

rasa macam baru semalam[oke.tipulah semalam]bergelak ketawa dalam reunion raya tahun lepas. sedar-sedar reunion raya 2010 dah tiba. Seronok berjumpa kawan-kawan lama,ada yang nostalgik dan membangkitkan memori lama,ada yang er..ingat-ingat lupa. puas ingat pun-tak dapat recall-last2 buat2 kenal je.

Rusydi dulu mase sekolah sumpah innocent muka stok tak pernah buat dosa gitu. Akhlak mulia lah cukup nampak sopan aje dalam kemeja putih sekolah dan study mase rehat. Sekarang..er,,,masih baik tapi sudah dewasa makin kurang innocentnya. Sekarang di UTP,ambil mechanical. Tak lama lagi baitul muslim. haha.dah asyik sbut aja,tak lama la tu.Syila PR kami yang fungsinya lebih kurang macam Yellow Pages,sekarang di UTHM,(eh,betul kan?]tak lama lagi jadi cikgu. [tapi kau lagi kasian sebab kau jadik cikgu sekolah menengah lagi sengsara layan stres]. Syila dah dewasa juga,pakaiannya pun sopan-sopan pengacara Al Hidayah gitu.sesuai buat bini. Shaz kini di Utem. sekarang sudah bergaya.sikit tahun lagi boleh qualify American next Top Model. Ami sekarang di Utem. juga.masih ceria macam dulu tapi tak kurus-kurus dah.Zulsyazwan pula?dulu masa sekolah tak pernah cakap dengan beliau tapi bila jumpa macam dah separuh abad jadi jiran sebelah. ramah dan mesra macam kawn-kawan lain juga.sekarang zul aka street runner yang rajin baca blog ini di UITM Sri iskandar. orang-orang komputer lah jugak.Jiha masih kalut seperti dulu,sekarang buat Town planning.cemerlang you. nanti bolehlah transform Tangkak jadi bandar Urban dengan shopping complex yang ada lif transparent.1malaysia kan menjana transformasi.heh.

masa berlalu .semua dah dewasa. matang. sembang pun sembang orang dewasa. politik,sistem,masa depan. Sekejap-sekejap sembang pasal shortwave longwave ,piring astro,parabola dengan siaran gelong masa hujan. Itu orang Fiziklah punya cerita .saya cikgu Kajian tempatan.

masa semakin berlari. malaikat maut pun semakin cemburu. Masing-masing mengejar mimpi dan haluan sendiri. Entah sampai bila boleh berjumpa begini lagi. Tapi masa tak mendatangkan keasingan pada kita. boleh gelak-gelak dan bergurau seperti biasa. semoga ukhuwwah ini terus kekal selamanya.


Sunday, September 12, 2010

Raya macam hujung minggu biasa

2 comments



 Tak tahulah kalau cuma perasaan saya atau memang raya tahun ni semakin kurang meriah berbanding tahun lepas-lepas. malah memang bermula beberapa tahun yang lalu suasanaya semakin pudar dan pudar. Sekali lagi,tak tahulah kot saya saja yang rasa begitu. lain orang lain perasaannya. Sedang warna mata pun lain-lain. melayu pun belum tentu mata hitam,contact lense sudah mampu kasi warna macam-macam. hazel,turqoise[jujurnya sampai sekarang sumpah saya tak tahu mana satu warna turqoise].

Anyway,perasaan raya dah lain. sampai terdengar2 juga suara-suara saya dan adik2 di dalam rumah,"rasa cam malas aja nak raya"..wah.sampai begitu. ke sebab saya dah DEWASA?Wah,kalau begitu jadi kanak-kanak memang asyik~~.=p

pertamanya,sudah tak ramai kanak-kanak muncul di tangga rumah datang beraya.Kalau dulu zaman saya kecil2 masih saya ingat,setiap berapa minit ada saja suara kanak-kanak beri salam. kadang-kadang sampai tak menang tangan. Poket kempis [mak saya lah]bagi duit raya. sekarang jalan sunyi. macam hujung-hujung minggu biasa. mujur kalau jalan2 di pekan tu masih boleh lihat raamai orang mengenakan baju kurung dan baju melayu.hah,nampak la sikit suasana raya. Tapi ziarah-ziarah suda tiada lagi. Apa sudah jadi?

Teori saya:kanak-kanak sekarang dah semakin ego. Malu nak berjalan ke rumah-rumah jiran yang tak dikenali. Malu nak jalan kaki sekeliling kampung. Atau lembik.takut penat. Atau memang MALAS nak bergerak. duduk rumah tengok Hikayat Putera Shazlan di Astro Ceria lagi seronok. atau teman mak tengok konsert Diva Siti Nurhaliza yang ditayang back to back-sampai rasa nak muntah.mungkin la.

Malu nak ziarah. Segan nak berkenal-kenalan jalin ukhuwwah. Bukankah selama ini itu yang bagusnya tentang adat kita orang Melayu di hari raya?jangan kata kanak-kanak.orang dewasa pun. Saya pun.[tapi saya tak ada transport dan kawan-kawan duduk jauh]-okay-alasan.

tapi apa-apa pun.yang paling buat saya terkilan,satu perkara yang tak berubah dari dulu ,iaitu penghayatan Aidilfitri. tadi,semasa dalam kereta dalam perjalanan pulang dari Pahang beraya,saya menyanyi-nyanyi dengan cukup kuat mengikut lagu yang terpasang. Lagu inggeris,bertukar ke lagu Arab-ke lagu melayu- lagu maher Zain pula-cukup 1malaysia pendek kata.Tiba-tiba saya tersedar,"adakah saya akan menyanyi begini di bulan ramadhan?"

TIDAK. Saya malah nak membuka tv dengan kuat pun tak berani. Konsert di tv,saya terus tukar channel. Hormat ramadhan,niatnya. Tapi adakah ramadhan yang saya hargai,atau fahilatnya?adakah ramadhan yang saya takuti atau Tuhan saya,Allah?Adakah semua amal terhenti di ramadhan?bergema takbir equals to berakhir rasa muraqabah?

ouh. Tidak hairanlah Nabi berpesan di dalam hadisnya,"Brangsiapa menghidupkan malam raya,tidak akan mati hatinya di saat hati-hati lain mati."Astagfirullah. Nabi berpesan di dalam hadisnya diriwayatkan Abu Hurairah,"Hiasilah raya mu dengan takbir dan tahmid."
Bukan dengan menyanyi2 lagu raya-mintak-mak-kuih-sepotong-dam-dam-dum bunyi mercun dan sebagainya.

Di Tv,suasananya masih sama. Raya jadi adat,bukan ibadat. sambutan,bukan penghayatan. cuma yang beza sambutannya di televisyen lebih bersifat lokal. 1malaysia. kalau dulu raya aidilfitri-equals kepada sarkis -sarkis dan lebih banyak sarkis. kemudian sampai pula kepada era hari Raya equals kepada Aishwarya Rai,Shah Rukh Khan dan sebagainya. Baru sekaranglah yang ditayang lebih banyak cerita2 tempatan.Tapi hedonisme la pula. Konsert sana konsert sini.

malaysia saya kira merdeka hanya bila di media,Aidilfitri mendapat pentafsiran baru yang lebih tulen,sejati dan islamik.

Thursday, August 5, 2010

Syahid yang aku impikan

0 comments




Mata saya melilau-lilau mencari kelibat orang yang diraikan. Sanggup pulang lambat dari kuliah semata-mata nak ikut sama menghantar wira Allah . Ustaz Nazmi,Encik MBo dan Miss Teo saya lihat keluar akhirnya,masing-masing mengenakan Tshirt Viva Palestin berwarna hitam. Alahai pahlawan kami ke Gaza. Inilah Wakil kami bertemu saudara-saudara di sana. Ustaz Nazmi saya kira ketika itu memakai jaket milik isterinya ,berdasarkan nama yang tertera di jaket tersebut. Pengubat rindu agaknya. 

Suara Takbir bertalu-talu kedengaran. Teringat perhimpunan Himmah II di Kepala Batas baru-baru ini. Hati saya makin cemburu, Jujur saya katakan,saya cemburu.

Mac lalu,sebaik pulang dari Himmah iaitu sebuah perhimpunan Palestin baru-baru ini,dan setelah dimaklumkan akan adanya flotila kedua awal Ramadhan ini,saya terus membuka laman Haluan Palestin. Niat nya apa?Kononnya ingin ikut serta. Angan menggunung.Hendak juga saya lihat kriteria apakah diperlukan untuk ke sana. Berdebar-debar teruja membuka laman web tersebut. 

Penyertaan terbuka kepada sesiapa sahaja. Wah,berbunga hati. Masih ada hati walau tak sedar diri yang kerdil. Namun,muka saya pantas berubah bila dikatakan belanja semuanya atas biaya sendiri,malah kosnya lebih rm5000. Belum lagi dengan makannnya dan tambang ke sana pula. Untuk makan sebulan pun saya masih mengharpkan elaun kerajaan,apatah lagi untuk ke sana. 

saya cuba membayangkan kalau saya ini diberi peluang untuk pergi. Hati pasti menanti-nanti tetapi saya yakin akan tantangan dan tiadanya restu emak. Ibu tua itu bukan seperti Al Khansa yang tabah merelakan syahid anak-anaknya malah menyeru dan mengasak lagi empat puteranya ke medan perang. Ibu ku itu adalah seorang perempuan tua biasa di perut kampung pinggir bandar yang sama sekali tak akan mengizinkan aku pergi. Kalau dijawab "saya mahukan syahid" seperti yang pernah ku jawab pada maksu dulu ,lagilah berkeras hatinya menghalang.

Indahnya syahid. Indahhnya perjuangan ini. Ini adalah medan perang alaf moden. Ini adalah lowongan syahid abad baru. Zaman ini,kita tak akan berpeluang menyahut semboyan dan mengangkat pedang ke muka-muka musuh. zaman ini pisau silat saya yang saya namakan Al Azwar  itu pun tak laku lagi di sini. Rotan tempur saya yang saya beri nama Al haq juga tak mampu nak berbakti mengetuk tulang belakang musuh. Lalu apa saja cara kita untuk syahid?

"Apabila datangnya mati kepada penuntut ilmu(tholibil 'ilmi) dan ia berada dalam keadaan tersebut(menuntut ilmu).Mati ia(dengan mendapat)syahid. Riwayat Abu Bazzar dan At tabrani.

serta merta saya teringat akan hadis tersebut dan huraiannya oleh Syeikh Nuruddin Al Banjari Al makki lewat kedatangannya tempoh hari.

Kemudian sebuah lagi ayat Quran terlintas di kepala saya,yang dahulu kerap saya dengarkan di ceramah-ceramah.

"Tidak patut semua orang mukmin itu pergi ke medan perang. Mengapa tidak satu rombongan dari tiap golongan pergi untuk mempelajari dengan mendalam ilmu agama agar mereka dapat memberikan peringatan(pelajaran) kepada kaumnya apabila mereka sudah kembali."
Surah At Taubah:122
        
Sebelum ini saya terpikir,apakah memang tidak ada lowongan dan peluang untuk berjihad?Maksud saya the 'real jihad'. Maksud saya,jihad Abdullah bin Rawahah,Hamzah Ibnu Abi Thalib dan jihad Khaulah Al Azwar selain jihad melawan nafsu. Alaf moden,jihad dan 'MEDAN PERANG yang tersedia untuk kita ialah dunia ilmu. DUNIA ILMU. 

Dunia sekarang ialah era yang memakai konsep 'the survival of the fittest', the survival of the strongest,dan the strongest of all people hakikatnya adalah orang yang bijak dan berilmu. dan masyarakat yang kuat ialah masyarakat bersatu. Peperangan kini guna akal. Ghazwul fikri. Zionis dan Barat kini tak jajah tanah secara fisikal,tetapi jajah mental. jajah otak dan budaya. jajah mentaliti agama.

Jadi bagaimana untuk menyertai peperangan ini? saya suka mengetengahkan konsep satu masyarakat syumul,sebagaimana syumulnya Islam itu.satu ummah. bukan 1Malaysia. Mengikut konsep 'segolongan' yang kerap diterapkan dalam Al Quran(Qs Ali Imran:104,At Taubah122 ,dll)mestilah ada segolongan umat islam menceburi setiap bidang. Tidak akan sesuai strategi jika semua mukmin mahu menjadi ustaz,atau guru agama ataupun penceramah bebas sekalipun. 

Pokoknya,di bidang apapun kita,ayuh berjihad dengan akal. Curahkan ilmu di mana sahaja ibarat menabur benih ke merata-rata tanah.InsyaAllah akan tumbuh jundullah-jundullah baru sebagai pelapis.

Bayi

9 comments
Entry ini ditulis dengan perasaan yang cukup hiba.Asalnya ingin ditulis tentang Gaza,tetapi jemariku tak dapat melawan kehendak hati yang memberontak mahu didengari. Ya,entry ini berbau peribadi.

Beberapa hari lalu,sesuatu terjadi. seseorang akhawat mendekatiku dan MashaAllah,tidak pernah sekali dalam umurku aku cemburu kepada seorang kawan melebihi yang ini. Aku cemburu kerana ada rakanku yang memiliki seorang sahabat yang cukup hebat. [Izin laluan untuk air mata ini,sudah tak terbendung,maaf]

Baru sekarang aku menyedari bahawa aku sangat-sangat merindukan seorang sahabat yang prihatin akan imanku dan ke'istiqamah'an ku di dalam jalan da'wah. Aku rindu pada sahabat yang bertanya "sudah solat atau belum" atau,"ayuh jemaah bersama". Aku rindu pada sahabat yang mula risau bila melihat perubahan yang tidak baik pada diriku. Aku rindu pada sahabat yang mampu mengalirkan air mata bila melihatku semakin jauh dari Allah. Aku rindu pada sahabat yang menegurku bila aku berbuat salah pada Allah. Aku rindu pada sahabat yang mengingatkan aku kepada Allah cuma dengan melihat wajahnya.Aku rindu pada sahabat yang sama-sama berkongsi rasa kasih kepada Rasulullah.

Tapi sahabat itu tak kunjung tiba. Atau mungkin aku yang terlepas pandang? Semua yang menarikku kepada Allah seakan-akan kian menjauh. Aku terasa semakin 'kosong.' Sesekala hati ni menjerit di dalam,"Mana da'ie2 yang membawa aku kepada jalan ini??"

Aku rasa seperti seorang bayi yang baru diajar berjalan. Baru pandai bertatih,aku ditinggalkan untuk berlari mengejar mereka. Aku tak mahu tercicir.

Maafkan lah aku. Aku masih bayi. Dan bayi ini terasa sungguh asing sekali di daerah ini.

Saturday, July 31, 2010

Yang sedang-sedang saja

0 comments


Sahabat pembaca sekalian,ayuh saya tanyakan,kalau minum kopi gulanya terlebih atau gulanya terkurang yang lebih elok?Nah cuba. kalau buat kopi secawan,gulanya sesenduk. MashaAllah tabarakallah.
senyuman Siti Nurhaliza pun tak semanis itu! Kalau kena suami yang panas baran,dah lama cawan terburai di dinding dan muka pun makan tempeleng(bukan lempeng)Tapi selalunya kalau buat kopi ni gula memang kena dlebihkan sedikit,baru lemak katanya,kena dengan kopi yang pahit.Tapi tidaklah terlampau manis.
Kalau kena gulanya terkurang,contohnya kopi secawan,gulanya secubit[ala-ala macam garam pula main cubit-cubit saja] nah,pasti rasanya pahit ya amat. Berkelat muka suami yang kacak. menari-nari lidah meludah pahit. 
Jadi rahsianya macammana?Yang sedang-sedang aja..

Siapa yang paling bersederhana di dalam dunia?Tak perlu ditanya semuanya pun tahu menjawab. Nabi Muhammad S.A.W Qudwah hasanah yang mulia. 

Nabi Muhammad adalah contoh manusia yang paling bersederhana dalam dunia dan kesederhanaan Baginda itu tidak menurunkan darjatnya sedikitpun,malah menaikkannya,dan tidak menambah kebesaran yang tidak berpatutan baginya sebagai seorang rasul dan kesederhanaan Nabi cukup indah.

Pernah satu ketika saya merenung-renung solusi untuk masalah krisis alam sekitarnya yang tak pernah-pernah padam malah meruncing. bila mana saya merenung-renung permasalahan tersebut mencari solusi yang paling jitu dan efektif,saya hanya dapat menyimpulkan punca permasalahan adalah sistem kapitalis. Amerika merangkumi 5 % populasi dunia tetapi menggunakan 30% sumber dunia!mashaAllah. Kilang-kilang syarikat TNCs(Transnational Companies) atau juga dikenali sebagai MNCs dari negara-negara maju berpijak di negara-negara dunia ketiga dan juga serata pelusok dunia dan masing berebut-rebut mendominasi sumber alam untuk kepentingan duniawi.

Sistem kapitalis yang mendesak setiap manusia untuk melebihi yang lain,mengisi poket mereka lebih dari yang perlu dan ke tahap yang dahsyat,dan meng'haiwan'kan manusia hanya boleh dihilangkan dan dirawat dengan terapi gaya hidup Khatimul Anbiyaa,khairul anam,Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad mengajarkan gaya hidup yang sederhana melalui qudwah. Qudwah qabla Da'wah. SubhanAllah. Nabi menjahit bajunya yang koyak dan tidak langsung membeli yang baru,Nabi juga tidak pernah memakan makanan yang mewah di rumahnya. 
Diriwayatkan dari Aishah r.a,maksudnya;
"Keluarga rasulullah s.a.w tidak pernah memakan roti gandum sehingga kenyang selama dua hari berturut-turut sampai beliau wafat." Riwayat Tirmidzi,Bukhari,Muslim dan Ibnu Majah.
banyak lagi contoh bukti kesederhanaan nabi yang kalau saya coretkan semuanya tak habis-habis entry ini. 
Nah,kalau setiap orang cuma makan dan ambil keperluan apa perlunya dan terima apa adanya,sudah tentu tidak akan ada perebutan. Jika setiap orang bersederhana pasti tidak ada kapitalis.

Namun sikap bersederhana tidak pula menghalang manusia mencapai taraf lebih baik,jauh sekali menyekat konsep ikhtiar dan usaha. Di zaman Nabi juga ada orang kaya tetapi kayanya bagaimana?

Abdul Rahman Bin Auf adalah antara sahabat yang terkaya di zamannya. Dikatakan satu hari seisi Madinah gempar dengan kedatangan satu kafilah dagang yang terdiri daripada 700 kenderaan milik Abdul rahman bin Auf.
Namun kapitaliskah?

Nabi Muhammad mengajarkan kepentingan bersedekah dan mengamalkannya sendiri dengan contoh yang hebat sehingga Abdul Rahman Auf,sahabat yang terkaya ,hasil tarbiyyah Qur'ani dari baginda sendiri,sanggup memerdekakakan 30 hamba setiap hari,menderma kiri dan kanan,mewasiatkan 1000 ekor kuda malah mewasiatkan 400 dinar kepada setiap tentera Islam yang ikut serta dalam Perang Badar dan juga mewasiatkan 50 ooo dinar. Kaya,ya,kaya tetapi tidak gelojoh menambah kekayaan sebaliknya ghairah menderma fisabilllah. Inilah orang kaya yang sederhana.
 Orang kaya islam tidak terikat dengan hartanya. Lihat saja Mus'ab bin Umair yang dikatakan nabi sebagai sahabat yang memiliki pakaian yang paling bagus,seorang anak kaya yang dimanjakan ibunya. Sekian lama mengecap kekayaan,begitu senang sahaja beliau keluar dari balutan kekayaan itu dan hidup dengan serba kekurangan sekali demi Islam.

Sungguh terlalu banyak bukti kesederhanaan baginda untuk diambil contoh. dari segi pakaian,gaya percakapan,malah sikapnya bersama sahabat-sahabat.

Baik. Cermin saja diri kita. Adakah kita bersikap sederhana.? Nabi menegaskan kita adalah ummatan wasata. Ummah pertengahan. Ada orang yang extreme dan melampau dalam agamanya lalu menghukum kafir dan sesat kepada sesiapa sahaja yang menyalahi pandangannya,malah ada yang membunuh membuta-tuli meski dengan sesama muslim,ada juga yang mengetepikan jemaah kononnya atas dasar 'kesufian'.[syeikh Nuruddin sudah menyatakan semalam BUKAN ahli sufi,jika meninggalkan solat jemaah dan meninggalkan sunnah]

Ada orang berpakaian dengan harga yang mampu beli sebiji Perodua,ada pula terlalu selekeh dan kotor pakaiannya sehingga menimbulkan tak senang orang melihat. Bersederhanalah..

Ada orang beribadat sehingga tak tidur 24jam dan tak mencampuri isteri dan masyarakat,ada yang terlalu dikit beribadah malah ada yang tak ibadah pun. Bersederhanalah..

Ada orang yang lagaknya angkuh walau hanya berpangkat di dunia,jalannya tak boleh bersaingan,duduknya tak boleh berteman,dirinya tak boleh setara ,makannya tak boleh sepinggan. Ada orang meminta-minta walaupun berupaya sehingga menjatuhkan air muka. bersederhanalah..
Kalau anda mengaku ummat nabi,ayuh,bersederhanalah.

Related Posts with Thumbnails